Wednesday, April 8, 2009

I'm out of order~~

Assalamualaikum y'all........

Dah lama x mengupdate blog. Anyone miss me??? (Hikkk, prasan...)
Quite busy these days. Busy dan juga kepenatan (TOTALLY PENAT)...
This week ada visitors from our Amsterdam office, Director of Communication kot. Agak tinggi jugakla jawatannya. Jadii, office perlu berada dalam keadaan neat and tidy, and its my jobla kan... Itu keje hari2, sampai visitors tu pulang ke Amsterdam..

Hari ni aku ke Bukit Bintang. Settlekan keje kat sana. Terima kasih diucapkan kepada Yana, Cayam n Rosie sbb sudi jadi bodyguard aku..eh adik guard aku hehe..First time drive jauh gile hehe..Macam2 benda jadik. Satu, sesat. Dua, aku nak kencing. Tiga, minyak dah nak habis. Huiii, yang part kencing tu aku leh tahan lagi, part minyak dah tinggal sket tu yg wat aku panik sket huhu..Dahle sesat tah kemana2, minyak pulak xde..Dalam KL mana nak cari stesen minyak. Nasib baik sampai ke tempat yang dituju dengan selamatnya. Nak balik tu aku tanya pakcik guard dkat situ mana stesen minyak terdekat. Nasib baik ada..Kalo tak nayeeeee....Nak isi ngan air kencing??hahahaha..karang punah jahanam kete aku hehehe...

Kemudiannya, bawa mereka makan2 kat Times Square. Sayang xleh dok lama sbb aku nak balik ofis lagi..Walaubagaimanapun, nyesal seyhhh balik ofis. Masuk je dalam ofis, melambak2 keje. Bos aku cakap, "Waniii, u spatutnya terus balik. Ini u datang lagi, memangla takkan dapat balik.Keje tak pernah habis.."
Aku bukan ape,aku fikir kalo aku balik, kang nanti ada benda2 yang x settle aku jgak yang kena. Nanti ada yang akan cakap, "You sepatutnya kena settlekan sume keje dulu baru balikk.." Aku pernah ditegur macam tu and aku dah serik dah...Tak nak lagi kena tegur macam tu. 2,3 hari aku stress.. Jadinya, aku sanggup keje lebih masa asalkan keje aku semuanya settle. Barulah balik pun dengan senang hati. Tido pon lena je....Inipun rasanya ada yang belum settle huhuhuh...

Penat keje admin ni..Macam2 nak kena buat untuk kesenangan semua pihak. Especially staff la kan...Semuanya nak kena cukup, semuanya nak kena in order, semuanya nak kena segera. Semuanya nak kena ikut kehendak mereka. Tapi mereka ini bukannya seorang. Mereka ini bermaksud ramai. Jadi nak menjaga kehendak dan kemahuan ramai ni memang susah. Yang ni kata ok, yang ni kata tak ok..So yang mana satu aku harus ikut??? Bagi contoh mudah pasal biskut la kan (aku memang tension pasal biskut nih).. Aku bawak turun biskut kering (dah sah2 orang tak suka kan), ada yang mintak tukar. Dia cakap orang tak suka biskut kering ni, dorang suka biskut coklat. Aku pon take note. Next biskut, amik yang coklat, orang suka. Pastu bila dah amik biskut coklat, ada pulak orang cakap tak suka. Dia kata tak bes, suka biskut jem. Tapi ada pulak yang suka tadi kan? Then aku amik biskut jem, ade pulak yang tak suka...Kesimpulannya, nak memenuhi kehendak semua orang ni susah..Seriously susah. Aku nak jaga hati semua orang, tapi semua orang tu kena pahamla. Bukan dia sorang je yang duduk dalam ofis. Dan bukan semua orang ada citarasa yang sama. Jadi kena tolak ansur sikitla kan..Janganla banyak sangat komplen. Kalau benda tu salah, komplenla.. Ini benda kcik macam ni pun nak komplen (yesss, ada yang komplen)..Dorang ni kan, nasib baik orang sediakan..Kalo x sedia langsung baru tauuu huhh...

Kalau ikutkan hati banyak benda aku nak luahkan.....Tapi aku simpan je....Malasssss...Biarla dorang sedar sndiri. Tapi kalau dah melampaui batas memang aku xleh sabarla kann....

Sudah2la tu membebel alwaniamalini...


---amal: Tolongla jangan buli admin anda. Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...