Wednesday, April 1, 2009

Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Terimala Kann huu~

Assalamualaikum..

Saya baru pulang. Uhh, 12hours saya bekerja hari ini. Dan kurang 8 jam lagi, saya akan bekerja untuk hari esok pula. Inilah yang saya kata, TOTALLY EXHAUSTED.

Sebelum pegi Alamanda dari ofis tadi my pumpkin called. Dia ingat aku dah balik rumah. Huhh membebel2 dia sebab aku tak balik lagi. Keje dari pagi sampai petang. Aku dengar suara dia, dengar dia bebel2 tu rasa macam nak nangis. Bukan sebab sedih dia bebel saya, tapi terharu kerana dia prihatin terhadap saya huuu...Dia sama macam ayah. Ayah depan aku tak banyak bicara. Tapi bila dia mula membuka mulut, memberi nasihat, aduhhhh, terharunya rasa. Hmm miss my daddy la plakkkk....

Malam ni hajatnya nak tido awal. After this nak mandi manda segarkan badan, makan, iron baju, aku nak terus tido. Penat yang amat. Kepala aku serius sakit. Jadi, sebelum tidur ni, aku nak upload gambar yang aku janji nak bagi petang tadi.





-- Keychain dari Padang Besar pemberian Aishah & Izat --


-- Fridge magnet pemberian Audrey yang ke Australia 2mggu lepas. Aku tepek kat CPU aku--

Terima kasih di atas segala pemberian tersebut dan terima kasihla sebab ingat aku. Wat susah2 je hehe...

--amal: Pengakuan jujur - Aku tak reti nak beli hadiah kat orang,jadi bila dapat hadiah dari orang ni rasa bersalah pulak, sebab aku tak pernah menghulurkan sebarang pemberian. Am I selfish??isk ---

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...