Saturday, December 31, 2011

Suka Duka 2011

Assalamualaikum,

Jom tengok apa yang dah jadi dalam hidup aku sepanjang tahun 2011 :)

  • 7-10 Januari bercuti di Sabah bersama rakan-rakan 




  • Berjaya turunkan berat badan dari 72kg ke 65kg



  • 21 Januari, abang aku selamat diijabkabulkan dengan isteri pilihan hati :)



  • 11 Februari, majlis merisik aku berjalan dengan lancar :)




  • 28 Februari, mak aku diragut di depan rumah. Bahu mak retak, luka-luka di kaki.. 
  • 4 Jun, aku selamat diijabkabulkan dengan my pumpkin. One of the biggest event in my life :)



  • 9 Julai aku disahkan hamil 4 minggu. Bunting pelamin kehkehkeh.. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami suami isteri.




  • Early August, my pumpkin bagitau dia kena draft ke Sabah. Huh, satu tamparan hebat buat aku yang sedang mengandung ni. Dahla lepas kawin dah duduk berjauhan, dia di Lumut aku di Putrajaya. Bulan September dia terpaksa berpindah ke Sabah pulak. Memang satu dugaan untuk kami.....


  • 26 Ogos, aku hantar surat berhenti kerja. Nekad, nak ikut my pumpkin ke Sabah. Tak sanggup duduk berjauhan lagi





  • 17 September, dapat berita yang sangat mengejutkan, anak sepupu aku, Fakrul Amin, meninggal dunia akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola bersama rakan-rakan arwah. Berita kematian arwah mendapat liputan meluas daripada media. Sedih sangat arwah dah takde. Arwah memang seorang yang baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...




  • 15 November, hari terakhir aku bekerja. Sedih sangat nak tinggalkan kawan-kawan. Tapi aku harus dahulukan yang lebih penting. Kenangan bekerja dan bersama rakan-rakan akan sentiasa berada dalam minda..


16 November, bermulalah episod baru dalam hidup aku. Menetap di Sabah bersama suami, berjauhan daripada keluarga dan menjadi seorang suri rumah tangga. It's not easy, tapi aku cuba untuk sesuaikan diri..



Macam-macam dah berlaku dalam hidup aku pada tahun 2011 ni. Suka duka, semua ada. Apa-apa pun, aku bersyukur dengan semua pemberian Allah. Sayang sangat nak tinggalkan 2011, tapi kita tak bleh nak hentikan masa kan? Hidup mesti diteruskan. Tahun silih berganti, macam-macam benda lagi kita nak kena hadapi. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..Terima dengan hati terbuka segala ketentuan Allah ke atas hidup kita. 

Aku berdoa tahun 2012 akan membawa kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup aku dan suami serta keluarga kecil yang bakal kami bina. 

Aku berazam untuk menjadi insan yang lebih baik tahun baru ni. Nak tebus segala kesilapan aku pada tahun 2011, insyaallah.. Pastinya yang dinanti-nantikan pada tahun 2012 ialah kelahiran cahaya mata pertama kami. Semoga semuanya selamat nanti. Doa-doakanla ye :)

Selamat tahun baru!

4 comments:

  1. mcm2x ek terjd dlm hidup amal ni..tetapi yg interesting dlm thn ni la amal jd isteri..thn ni gak amal mengandung...& next year..cahaya mata 1 bakla lahir...semoga bahgia ye

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mia ina
    alhamdulillah, memang macam2 jadi dalam thn 2011. smoga thn 2012 ni lebih baik :)

    ReplyDelete
  4. xpe wani..dugaan tue yg buat kite kuat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...