Friday, December 9, 2011

My First Attempt Cooking Curry

Assalamualaikum,

Aku nak bagitau korang secara jujur dan ikhlasnya nih, aku tak reti masak ekekeke..

Serius. Ala masak simple simple bolehla. Masak air, masak megi, goreng telur, goreng sayur, goreng ayam, goreng ikan, sup ayam, sup sayur. tom yam.. Bolehla.. Tapi nak masak kari ke, gulai-gulai ke, yang ada santan santan nih memang aku tak reti huahuahua.. Sebabnye.. aku tak penah try buat ehehe.. Inila padahnya kalo malas, duduk jauh dengan mak pulak. Kalau duduk dekat dengan mak bolehla belajar kan. Ni dari muda remaja dok jauh takleh nak cakap apela. Kena pulak pemalas kan hihihi...

Tapi memandangkan dah kawin, dah jadi bini orang ni, takleh follow dahla yang malas dan tak reti tu. Kenala masak jugak kan? Habes laki aku nak makan ape kalo tak masak. Cumanya, aku ni dikira sangat beruntung sebab my pumpkin makanan kegemaran dia budu dengan petai dan ulam-ulam je kehkeh.. Kalo ada dua benda ni, segala jenis gulai ke kari ke memang dia tak pandang. Beruntung tak aku? Tak payahla susah-susah nak masak gulai kan kan..

Tapi tapi... aku rasa tak boleh jugakla. Takkan laki aku nak makan budu je hari-hari. Pastu takkan nak makan sup sayur je hari-hari..Dia dahla dah kurus, kang makin kurus lak.. So kenala belajar jugak masak kari nih..

Kelmarin, aku tryla masak kari. Kari udang dan sotong hihi... Dah tu je yang ada dalam peti sejuk. Aku main campak je. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Pastu tumis. Pastu masuk rempah kari. Santan aku guna yang dalam kotak. Main masuk je, tak tau banyak mana. Santan kotak ni pekat berkrim. Makanya kari aku pun pekat berkrim jugakla. Lantakla ahahaha...

Dah siap, hidangla untuk my pumpkin makan malam. Aku dah agak dah dia mesti makan sikit je kari tu sebab dia request nak makan budu ngan petai jugak. Cehh.. Makanya memang sikit betulla dia makan. Aku yang beria-ia dok makan.. Beria-ia sebab takut tak abes, membazir! Huhu...

Sudahnya, memangla tak habis. Masuk dalam peti ais....

Semalam aku perangatkan balik. Sayang oi. My pumpkin tak nak makan takpela, aku bleh makan huhu... Kebetulan semalam ada Challenger Muay Thai Finale. Lama jugak, 2 jam. Aku dah lapar-lapar dah. Nasib baik my pumpkin ada beli roti canai segera. Terus aku pegi goreng, makan dengan kari tak abes tuh ehehe.. Sedap jugak hihi.. My pumpkin pun ada la jugak jamah. Sedap dia cakap. Tak taula tu amik hati ke ape hihi..

Aku punye yang ada gula tu hihihi...
My pumpkin masa ni tengah syok sangat tengok Challenger Muay Thai...
Tu yang tak terusik lagi roti canai dia
Amacam kari aku tuh?
Ada rupa kari jugakla kan haha..

My pumpkin selalu cakap dengan aku, jangan kecik hati kalo dia tak makan gulai yang aku masak. Bukan tak sedap tapi sebab dia memang kurang makan. Dia pun cakap tak payahla masak semua ni. Dia tak nak aku susah-susah. Aku tak amik hati pon sebab aku memang tahu dia tak makan. Even masa kat kampung, kat rumah mak mertua aku, dia makan nasik dengan budu je. Kalau ada gulai atau kari memang dia tak pandang. So aku dah paham. Itu yang dia suka. Takpela abang, yang penting perut abang kenyang, sayang pun suka :)

6 comments:

  1. wani...serbuk kari tu tumis dl tak??...hikhik...sori ler...tergelak plak...but nice try..perut suami kene jg!!!..my MIL kt, perut en suami tgh berlumbe2 ngan ibu mengandong!!!...huahuahua

    ReplyDelete
  2. mai
    hehe tumis2.. lepas tumis bawang, masuk rempah kari. tunggu dia kering, keluar minyak baru masuk santan ehehe.. betul2, ape2pun nak kena cubala. perut suami kena jaga. biarla dia tak makan pun :D

    ReplyDelete
  3. ok la tu dear,,janji kita ada usaha kan..ore kelate meme x leh lari dh ngan budu ni,,,hi3,,,

    ReplyDelete
  4. eamy milea
    hehehe usaha tangga kejayaan. tau takpo. ada sedozen budu di umah ni haha

    ReplyDelete
  5. ok la tu, pandai jugak masak kari. saya, erm.. haremm.. sejak pregnant tak memasak langsung. tak boleh bau menumis. rasa nak uwek uwek..

    ReplyDelete
  6. chan
    laa takleh bau menumis ke? huhuh sabar2... nanti dah abes 1st trimester ni mesti ok punye :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...