Wednesday, December 28, 2011

Taman Rekreasi Motung-Lotung, Penampang, Sabah

Assalamualaikum,

Lamanya tinggal blog. Bersawang berhabuk bersepah-sepah dah ni. Meh aku sapu sikit-sikit ehehe...

Cuti panjang krismas haritu korang pegi mana? Aku pegi berkelah! ehehe.. Alkisahnya kawan my pumpkin yang ajak. Kitorang on je la kan. Memang suka jalan-jalan. Especially pergi berkelah di air terjun. My pumpkin la paling suka...

Kitorang ke Taman Rekreasi Motung-Lotung di Penampang. Yang pergi ialah aku & my pumpkin, kawan my pumpkin satu keluarga dan sorang lagi kawan my pumpkin.. Dia macam dah kawin sebab aku tengok 3 jari dah berinai ehe tapi tak bawak wife. Maybe wife kat Semenanjung lagi..

Adat berkelah kena la bawak bekal makanan kan.. Aku in charge bahagian air dan dessert. Nasik wife kawan my pumpkin tu yang buat heee.. Nak suruh aku buat memang fail lah! haha.. Haritu kitorang makan nasik dengan gulai ayam, ayam goreng berempah siap dengan sambal lagi. Pehh sedap, pedas menyengat! Dessert pulak aku buat trifle, beli tembikai sebijik. Air, oren & teh O.. Jadila tu kan. Makanan sume habis. Main air memang buat kita cepat lapar kan?

Anyway, aku tak mandi pon. Dah boyot mana boleh mandi ehehe.. Nak turun bawah kat tempat air pun aku takut. Takut tergelincir. So aku duduk je kat pondok makan kitorang. Jaga daripada gangguan kucing dan anjing huhu... 

Layan gambar dulu eh


Malu bertanya sesat jalan, jadi kita tanya jalan dulu ehe
Masa ni kitorang dok pusing pusing tak tau nak pi mana..
Sesat!

Us, pumpkin & me :) and baby! :D
Kat bawah ni la gambar tempatnya....











Cantik jugakla.. Kawasan sekeliling dijaga dengan elok. Kena la dengan bayaran yang dikenakan untuk masuk. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Er cumanya tandas kot tak berapa ok. Tahla, aku tak jenguk, nampak dari jauh je. Macam tak bersih sangat.. Ada pondok untuk duduk, siap ada meja lagi. Nak bentang tikar pun boleh sebab kawasan dia rata jugak. Nak barbecue pun bleh. Ada barbecue pit, bawak dawai sendiri la..Yang banyak berkeliaran ialah kucing yang comel-comel. Anjing pun ada tapi sekor je kot hari tu. Lepas orang halau terus dia lari...

Air sungai memang jernihhh... Tapi ada tempat dalam. 20meter dalamnya my pumpkin cakap. Kalau tak pandai berenang memang tak boleh mandila kat tempat dalam tu. Berbahaya ok :) Tapi jangan risau, tempat cetek pun ada. Sesuai untuk bawak budak-budak mandi...

Oh ye, nak dijadikan cerita, aku jumpa blogger jugak kat sana heeeeeee.... Aku jumpa Eamy! hehe.. Actually sehari sebelum tu kitorang ada dok bersembang kat facebook cakap nak pegi berkelah esoknya. Tak sangka pulak kitorang perg tempat yang sama. Eamy, thanks eh tego. Saya memang dah tak perasan dah ehe.. Dok sebok memantau sorang pakcik tu mandi, galok sangat macam orang muda ehehehe... Silap tak amik gambar haritu. Kalo tak, boleh tempek kat blog kan kan ehehe.. Next time la. Ada peluang, kita pegi berkelah lagi ok :)

So, korang yang nak datang Sabah, bolehla pergi ke Taman Rekreasi Motung-Lotung ni. Best :)



3 comments:

  1. hehe..baru baca en3 ni hihi..tq awk...tu la terlupe lak nak amik skeping dua ngan mak buyung ni hehee...next tyme kito jupo lagi deh,,, :)

    ReplyDelete
  2. iizla
    hehe memang best. kalo dapat mandi laagi best! :D

    eamy
    hihi tu la.. takpe2, next time :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...