Monday, December 5, 2011

Have A Lovely Monday - Mari Bekerja! :)

Assalamualaikum and selamat morning! :)

Happy Monday y'all.. Aku dah tak bekeje jadi dah takde Monday blues ekekeke.. *jangan jelos*

Hari ni hubby keje (dah Monday keje la kans). Aku bangun awal, lepas Subuh terus tak tido. Note that Subuh kat Sabah ni ialah pada jam 5 pagi. Pukul 6 pagi dah cerah, terang benderang dah alam Tuaran ni. Kalo kat Semenanjung pukul 6 tu kita dok mimpi-mimpi lagi kan?? Huuu... Semalam dahla tido tengah malam. Layan Tamil dengan hubby eheh.. 

Memula bangun awal pagi tu sebab kunun-kunun nak prepare breakfast untuk hubby. Tapi dia pulak cakap, "takpela.. sayang sambung tidola. Abang makan kat Wisma je.." Bagus tak laki aku? ehe.. Dia memang macam tu. Every morning makan kat Wisma je. Masa aku takde dulu macam tu la dia. So dah terbiasa. Lagipun dia dalam pukul 6 pagi macam tu dah kena turun pegi keje sebab jarak rumah ke base agak jauh jugak. Takes about 30 mins lebih kurang. Bergantung pada trafik. Jadinye kenala turun awal. Bila turun awal sempatla makan minum di Wisma dulu.. Makan kat Wisma pun ok, cukup lengkap diet nye..  Kalo kat rumah ni, aku mampu buat air milo dengan roti bakar je hihihi...

Then lepas hantar dia pergi keje tadi, hantar depan pintu je pon, aku ingat nak sambung tido la. Tapi mata dah segar pulak. So hari ni rasa macam tak nak sambung tido, nak buat keje rumah. Yeahh kata dah jadi housewife kan? I have lotsa washing to do. Nak mop lantai cadangnye, tengokla kalo larat. Sekarang pinggang dah tak kuat. Asek sakit je.. Nak bangun dari duduk pun mengaduh. Sampai hubby pon cakap, "asyik mengaduh je dia.." Apa bleh buat, dah sakit! Huuu.. Ni baru 6 bulan.......

Then, nak kemas-kemas rumah sket.. Lepas tu nak masak! Haaa... masak untuk makan malam je. Cos lunch, hubby makan kat Wisma jugak. Harini kena masak dinner awal sebab hubby ada training kung fu malam ni. By 6pm dah kena makan, 6.30pm dia pergi training. 6.30pm kat Sabah ni dah gelap gelita dah. Maghrib pukul 6pm...

Tu la rutin aku sekarang ehe.. Betul-betul macam housewife kan kan.. Ni takde anak lagi. Dah ada anak sure nak kena settlekan hal anak.. Haih macamana la agaknye??? Masa yang akan menentukan segalanya..

Aku masih sedang cuba mencari keje. Tak boleh kalo tak keje. Income cukup cuma kalau ada extra income lagi bagus kan? Summore ada baby on the way nih. Macam-macam nak beli... 

Okla, mahu memulakan keje sebagai pengurus rumah tangga :) Internet kena disconnect! Kalo takk, tak jadi keje la kan? Take care all. Selamat bekerja on a lovely Monday! :) :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...