Monday, December 19, 2011

Deena Dah Terkeluar Dari Masterchef Malaysia :(

Assalamualaikum,

Source
Start malam ni, dah tak berapa nak best dah tengok Masterchef. Sebabnya my friend Deena dah terkeluar! Huhu.. Selalunya, pukul 9pm mengadap Astro Ria sebab nak tengok Deena masak. Nak tengok pencapaian Deena. Nak support Deena. Ni dia dah takde, buat ape tengok lagi? Wuwuwu (over la tu kan ehehe)..

Serius frust. Both of us, husband and wife frust. Semalam siap bertangguh nak dinner. Plan nak makan lepas tengok Masterchef. Semangat tak semangat eheh.. Sekali Deena tersingkir, terussss hilang selera makan huhu.. Tapi makan jugakla. Mana bleh tak makan, laparla anak dalam perut saya nih :D

Ermmm.. bukan rezeki Deena untuk meneruskan perjuangan dalam Masterchef. Aku sokong dia bukan saja sebab dia ni kawan masa sekolah dulu, juga sebab dia memang berbakat. Tiap kali cabaran dia selalu dapat pujian. Berani mencipta resepi baru, makanan selalu sedap-sedap. Siap pernah menang pin kebal lagi. Bukan mudah tu kan?

Semalam tu.. betul jugakla Deena tak jadikan kupang sebagai hero dalam sajian. Rasa manis tu mungkin bagi Deena ok, bagi orang lain tak. Tapi takpelah, Deena pasti jadikan semua tu sebagai pengalaman untuk dia.

Whatever it is Deena, you have made us proud. This is not the end, this is only the beginning. Bak kata Chef Joe, pelajar yang baik akan sentiasa dikenang. Yes Deena, you will always be remembered! :)

Aku benci membaca komen-komen yang bersifat kenegerian di Facebook mengenai penyingkiran Deena ni. Please la. Tolong bersikap lebih matang boleh tak? Tak habis-habis nak cakap benda tak elok tentang orang Kelantan. Adeh geram! Sampai ada yang mention nama ulamak lagi. Pastu kata bergurau. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... Sendiri tanggung lah. Hmmm, sabar jelah.............

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...