Tuesday, December 13, 2011

Hubby's New Interest

Assalamualaikum,

Eh ehh lamanya tak update blog yang ni ekeke.. Selalu dok update blog pregnancy je.. 

Howdy y'all? Aku sihat alhamdulillah. Esok ada checkup kat KKIA Tuaran. Nak kena buat MGTT! Minum air gula sebabnya mak aku ada kencing manis. Jadinye, aku pon kenala buat test nak tau aku ada kencing manis jugak tak. Harap-harapnya takdela eh? Malam ni start pukul 10 dah kena puasa. Huuuu.....

Ermm ape cite eh.. Haa cite pasal hubby lah! :D

Hubby ada moto baru!!

Demak DTM 150
Moto idaman kalbu dia
Tinggi macam kuda
Sebelum beli moto nih dia ada tanya aku dulu. Ape-ape pun kena tanya mem dulu kan ahaha.. Bagusnye sayang saya nii... Kat kedai pon berapa kali dia dok tanya, "Yang ok tak? Boleh tak?"

Aku ok je asalkannnn, bulan-bulan dia masih ada duit simpanan dan duit emergency.. Duit simpanan tu penting. Navy nih keje sampai umur 40 je. Lepas 40 dah pencen, kena cari keje lain. Kalau takde duit simpanan susahla kan? Duit emergency pulak in case la, kereta rosak ke, rumah bocor ke, nak beli ape-ape yang emergency, sekurang-kurangnya ada duit spare. Takdela nak kena pinjam duit orang ataupun terpaksa keluarkan duit simpanan..

Alhamdulillah, suami aku nih, memang seorang yang menitik beratkan hal kewangan. Aku percaya dia memang boleh urus kewangan dia dengan baik. So takpela, tak jadi masalah. Aku pun bagi la dia beli.. Seronok bukan main dia ehehe.. Maklumla dah lama dah nak moto nih. Sebelum kawin lagi. Selalu dok mms kat aku gambar moto motorcross. Dah kawin dia bawak aku pegi kedai moto tunjuk sendiri yang mana dia nak... Kat Sabah ni dia jumpa lagi, dan alhamdulillah, duit pun dah ada sikit, bolehla beli...

Satu sebab dia beli moto ni kat Sabah ialah dia nak kan nombor plate Sabah or to be specific, nombor plate Sandakan, SS.. Nama dia kan? hehehe.. Memula ingat nak SS xxxx B. B tu Besut. Tapi B dah lama lepas. Then nak SS xxxx N. N tu Navy. Dah lama lepas jugak. Lepas tu nak SS xxxx W. W tu Wani. Aku la tu ehe.. Tapi tak dapat jugakkk.. Sebabnya sekarang nombor plate Sandakan SS xxxx P. P pun P lahhh.. P can be Pumpkin kan?? Haaa.. Pumpkin pun ok hihihi...

Satu lagi sebab dia beli moto ni sekarang ialah, dia kata nanti bolehla buat kenangan. Bila baby kami dah besar, boleh cakap kat dia, "Moto ni, abah beli masa mama tengah mengandungkan anak abah ni la..." Hehehe pandai aje dia nak amik hati aku!

To my dearest pumpkin, jaga elok-elok motor ni ye. Mahal ni hohoh... Hati-hati masa bawak moto ni pegi keje ke pegi mana-mana. Nanti tambahla bakul, senang nak bubuh sayur kalo pegi pasar ekekeke...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...