Thursday, December 1, 2011

Update Hidup di Sabah So Far :D

Assalamualaikum,

Oh oh.. internet sangatla menyedihkan! Asyik GPRS je sejak kebelakangan ni. Ditambah pulak bill aku overdue, October bill belum bayar!ekekeke... Nantila bayar. Tapi sekarang aku ingat nak terminate je Maxis BB nih pastu tukar amik Digi BB pulak. Sebab kat Tuaran nih ada satu billboard Digi besarrrr punye. Bermakna line Digi bagusla kot? Celcom, hmmm even phone pun tak penuh sangat line. So aku agak sangsi line BB nye penuh.. Agaknye tak ok jugak kot. Maxis ni kekadang ok kekadang tak. Rasa nak marah jugak kadang-kadang. Susah aku nak buat keje huhu..

Keje apakah yang aku tengah buat sekarang? Jeng jeng jengggg.. Actually aku sekarang tengah buat freelance dengan company dulu. Ala sekejap je, until end of this year. Kalo ada keje dorang bagila kat aku. Kalau takde, melanguk jele.... Dan yang paling penting tak dapat payment la kalo takde keje huhuh.. Tolongla bagi saya keje! Kalo tak sesia je contract saya.. Untuk November ada jugakla keje, dah submit pun timesheet. Supervisor pun dah approved. Alhamdulillah, ada la dapat sikit :) Disember ni jela, tak tau ada keje ke tak.. Macam takde je huhu...

Erm what I've been doing lately? Well nothing much actually. Weekdays hubby keje, aku dok umah jela. Malam jarang keluar sebab dia pun letih, aku pun maleh. Last weekend pergi pasar tamu kat Tuaran. Tapi mood spoiled. Boleh pulak aku cirit-birit. Nak terberak aje. Cepat-cepat ajak hubby balik. Nak tumpang mana-mana kedai punya toilet malas. Err tak selesa, sure tak berapa bersih huhu.. Berpeluh weh menahan. Korang pun penah rasa kan? Jangan tipu ehehehe...  

Semalam ajak hubby pergi Uptown kat Kota Kinabalu. Uptown ni betul-betul depan Pasar Filipin. Barang yang dijual sama je dengan barang yang dijual dalam Pasar Filipin tu cuma harganya sedikit murah. Aku rasa la... Semalam pergi tu sebabnya nak beli set mutiara (rantai, gelang & cincin) untuk mak aku. Ada orang kat kampung pesan.. Nantila aku snap gambar tunjuk kat korang ye. Sure korang pun berkenan hihihi..

Pastu singgah pasar basah beli lauk sikit. Peti ais dah kosong. Ikan sume murah-murah weh. Rasa macam nak beli sume ikan yang ada ehehe... Bayangkan ikan tenggiri, sekor RM10 je.. pehh.... besar pulak tu. Kalau kat tempat kita tak dapat tuu... Udang besar-besar RM15 sekilo, ikan kerisi satu pinggan ada dalam 6 ekor, RM3, ikan tongkol 2 eokr besar-besar RM10.. peh murah-murah. Duduk sini makan ikan jela aku ehehehe...

Overall life kat Sabah ni ok ok jela. My neighbourhood pun ok. By the way aku dah takde jiran huhuh.. Jiran aku yang baik hati tu dah pindah masuk base sebab senang anak dia nak sekolah tahun depan. Sapela jiran baru aku nanti. Harap-harap okla. Aku ni dahle tak reti nak bersosial hihi.. Jiran depan umah pulak dah tukar orang jugak. Yang lama dah kena draft balik ke Lumut. Yang baru dah masuk tapi aku tak pernah nampak muka lagi... Takpela, aku buat hal aku sendiri la. Jumpa nanti, pandai-pandaila senyum-senyum dan bertegur sapa kan. Tak nak la tak kenal jiran langsung. Kan kan?

Saya nak pergi masak lunch. Nanti sambung lagi! :D

Wah masakk.. korang leh caye ke aku masak?? ekekekeke

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...