Thursday, December 15, 2011

Berperang Dengan Semut. Grrrrrr

Assalamualaikum,

Aku nak lepas geram dengan semut nih. Rumah aku ada baaaaaaaanyak sangat semut. Especially kat dapur. Tapi sebenarnya, the whole house pun ada. Banyak sangat dok merayap kat dinding. Eee sakit sangat hati aku bila tengok semut-semut nih. Aku kekadang rasa seriau je tengok semut banyak-banyak. Geli pon ada eee..

Anyway, aku geram dengan semut kat dapur. Suka sangat masuk dalam jug air!!!!! Bayangkan, ko dah masak air, sejukkan dalam jug sebelum masuk dalam botol. Sekali sehari lepas tu ko tengok, dah ada beratus-ratus ekor semut dok berenang-renang dalam air yang banyak tu. Arghhhhhhh... mana boleh masukkan dalam botol dah kalo ada semut beratus-ratus dalam tu. Nanti jadi bodoh 40 hari!!! Nanti cepat lupa!!!

Aku sakit hati betul bila benda ni jadi. Sia-sia air satu jug tu. Terpaksala buang. Rugi tauu.. rugiiii....

Ini contohnya. Aku snap pagi tadi. Nasib baik tak banyak air dalam jug. Tapi dalam kettle jug elektrik tu ada. Terpaksala aku guna air tu untuk siram pokok huhuhu...







Dia suka merayap kat tepi jug, dalam jug, arghhh gerammmm....

Aku google la nak tau ape sebab semut-semut ni suka sangat dengan air masak. Bukan manis pun air tu. Tak paham betul aku. But I couldn't find any explanation. Instead, aku jumpa thread dekat cari.com.my. Ramai rupanya yang hadapi masalah sama macam aku. Can read the thread here.

Antara tips yang dikongsikan ialah:

1. Buat pulau. Letak jug air tu dalam dulang atau pinggan yang berisi air. Sebelum semut masuk dalam air dalam jug, dia jatuh dulu dalam air dalam dulang tu. (Berapa banyak dalam daaaa...)

2. Letak jug air atas dapur. Sebab dapur berminyak, semut tak suka pergi.

3. Sapukan minyak sapi/butter di sekeliling jug. Permukaan jug jadi licin, semut tak boleh merayap naik.

4. Tabur ubat semut di sekeliling meja tempat letak jug air.


Aku dah buat yang nombor 4. Tapi sehari je semut tak kacau hidup aku. Lepas tu datang balik. Erm nak try tips nombor 1 & nombor 3 lah. Katanya berkesan.

Korang ada tips lain? Meh meh share dengan aku. Tolongla hilangkan stress aku huhuh...

4 comments:

  1. tips no 1 tu terbaik. buat pulau. :)

    ReplyDelete
  2. mai & chan chan
    a'ah wani pun rasa buat pulau terbaik ehe.. nak letak minyak jadi berminyakla pulak jug tu nanti.. mlekit!

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya semut tu haus , dia ingat air tu dah masak dia minum lah huhu.. sekali ter terjun daaa
    ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...