Sunday, December 4, 2011

6 Bulan Berkahwin - Alhamdulillah Ya Rabb :)

Assalamualaikum,

Hari ini, 4 Disember 2011 genapla 6 bulan atau setengah tahun aku dan my pumpkin melayari bahtera perkahwinan...

Huh pantas sungguh masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam kami diijab kabulkan. Sedar-sedar dah 6 bulan dah kawin, 6 bulan dah bergelar suami dan isteri. Walaupun dah kawin 6 bulan, kami baru 3 minggu duduk sebumbung :) Ni paling lama la ni duduk sekali. Last duduk sebumbung masa lepas kawin, seminggu je. Insyaallah, lepas ni kami takkan berpisah lagi..

Dalam masa 6 bulan ni macam-macam jugak berlaku. Yang paling pentinggg.. of coursela aku tengah pregnant kan? hehe.. Bukti cinta kami. Tak sangka jugak, rite after kawin terus dapat anak. Alhamdulillah, rezeki awal Allah kurniakan. Mama abah kawin 6 bulan, baby dalam perut pun 6 bulan jugak dah harini. Alhamdulillah. Moga anak kami ni membesar dengan baik dan sempurna dalam kandungan dan kemudian apabila lahir nanti akan menjadi anak yang soleh ataupun solehah, menjadi penghibur hati, pengerat kasih sayang dan cinta antara kami, insyaallah :)

I love you sayang!

4 comments:

  1. Thniah ye dah 6 bln kawen & yg utama dah preggy \

    ReplyDelete
  2. Thniah ye dah 6 bln kawen & yg utama dah preggy \

    ReplyDelete
  3. tahniah amal..rezeki pon awal :)

    ReplyDelete
  4. myra jay
    terima kasih dear :)

    ummi
    thanks ummi :) tu lah, rezeki Allah nak bagi. syukur sangat2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...