Monday, December 5, 2011

Anjing Berselerak!

Assalamualaikum,

Hehe hanco bahasa Melayu.. ada ke anjing berselerak? Aku nak cite kat Tuaran nih, aku jaranggg sekali jumpa kucing. Anjing baaanyak. Dah rupa kambing berkeliaran je. Mana-mana pergi mesti ada anjing. Anjing ni pulak anjing liar. Bukan anjing peliharaan. Kalo anjing orang bela aku tak kesah pun. Tapi kalo anjing liar nih, haish, bahaya je aku rasa. Aku takut anjing! Yela, selalu sangat disogokkan dengan cerita orang kena gigit dengan anjing, isk gerun. Kena pulak anjing ni haiwan yang haram disentuh kan? Lagila aku rasa cuak kalo berdepan dengan anjing. Masa kat Semenanjung tak rasa takut nak keluar jalan-jalan sebab jarang jumpa anjing berkeliaran, tapi kat sini... nak keluar rumah pun takut!

Area rumah aku ni pun ada anjing liar. Banyak ekor pulak tu. Satu family lagi haa.. Hari-hari dok menyalak. Panjang-panjang, lama-lama pulak tu. Macam semalam, lewat malam pulak tu, tak berhenti dorang ni dok menyalak. Terganggu tido aku. Paling best siap masuk dalam mimpi aku lagi. Haih kacau daun betul!

Anjing ni selalu melepak kat pondok sampah. Pondok tu pulak betul-betul depan blok aku. Tu yang selalu sangat dengar dorang ni menyalak beramai-ramai. Setakat 3 minggu duduk sini, aku tak penah lagi turun bawah buang sampah. Hubby yang selalu buang. Dia pon tak bagi aku pegi. Dia takut aku terkejut bila terserempak dengan anjing. Masa pregnant ni kan tak elok terkejut terkejut nih...

Anjing ni kekadang over, siap naik tangga, melepak depan rumah orang. Epecially rumah ground floor. So kalau nak bukak pintu kena make sure grill tu tutup. Jangan bukak, kang tak pasal-pasal tetiba ada anjing dok sebelah, tengok tv ngan korang huhu... Nasib baikla rumah aku tingkat 2. Tapi akak sebelah cakap, kekadang anjing ni naik sampai ke tingkat atas.. Huh bahaya! 

Dengar cerita, ada anak penghuni rumah aku ni kena gigit dengan anjing. Tapi silap dia la sebab dia dok kacau anjing tu. Pengajarannya jangan kacau anjing tu. Biar jela dia. Kalo kita sergah dia, kita yang sakit. Gigi dia tajam wooo.... Kalo anjing tu ada penyakit anjing gila macamana? Lagi haruuu....

Ni la family hanjeng yang suka berpoya-poya kat area rumah aku. Siap ada anak tuu.. Comel! hehe..





Orang kata kalo anjing menyalak malam-malam ni maknanya dia nampak hantu. Aaaaaa scary okay. Kalo my pumpkin ada kat sebelah ok lagi. Boleh polok-polok dia, tidur bawah ketiak dia. Otomatik rasa takut akan hilang. Tapi kalo my pumpkin duty, I'm on my own, tido sorang-sorang, nak peluk sape kalo anjing tetiba menyalak jam 1 pagi? Huwaaaaaa.....

2 comments:

  1. hihihihi kalau huby tader polok bantal guling jer sambil pejam mata kuikui

    ReplyDelete
  2. kat umah saye ni pulak, anjing xbersepah camtu, tapi jirang selang sebuah rumah kat belah kiri, n selang sebuah rumah kat kanan ni dua2 ada bela anjing, yang belah kanan 2 eko, bila pukul 1 pagi mesti nak menyalak sampai la pukul 3 pagi lbh kurang, yang belah kanan seko je... tapi rajin sangat2 menyalak... hadoi ai... rs cam nak je bagi anjing2 tu makan racun...
    p/s: jemput la like page saya yang baru buat ni ye...<a href="http://www.fb.alongxp.com/>Alongxp.com</a>

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...