Friday, December 16, 2011

Kempunan Nak Makan Nasik Lemak

Assalamualaikum,

Huuuu awal pagi dah buat entry sedih. Dalam Facebook pun aku dah mengadu. Sape yang rasa menyampah baca maafla ye :P

Semalam aku lapar. Lepas makan nasik 2 pinggan pun lapar lagi. Ape cite nih. Aku pun buatla susu se mug, goreng keropok. Tak jadi jugak. Lapar jugak lagi. Minum air masak banyak-banyak. Tak jadi jugak. Last last tido dengan rasa lapar. Tapi tak tido jugak pun. Aku rasa aku asyik terjaga je semalam.

Masa terjaga tu aku dok teringat-ingat nasik lemak yang dijual kat bawah blok rumah. Heh nekad esok pagi lepas subuh tak nak tido, nak pegi beli nasik lemak.

So pagi tadi, seperti dirancang, aku tak sambung tido. My pumpkin cakap biasanya pukul 6.30pg dorang dah start meniaga. Dorang ni ialah isteri-isteri Navy jugak. Rajin betul meniaga eheh... Aku pun turunla pukul 6.30 tadi. Dengan tak mandi, tapi sebelum turun dah check mata, kot kot ada taik mata ekekek..

Turun tangga, dari kejauhan dah nampak gerai. Jalan cepat-cepat tapi masih ayu. Bila dah nak sampai tu aku tak nampak bungkusan nasik lemak atas meja. Ada bekas kuih je. Tapi aku berharap nasik lemak ada di sebalik bekas-bekas tu.

Tapi................. sedihnya, sampai kat gerai, akak-akak kat situ cakap, "ini je yang ada dik. Nasik lemak dah abes. Buat tak banyak. Kuih pun tak banyak jugak...."

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Rasa macam nak nangis kat situ jugak. Tapi control. Hmm alang-alang dah turun, aku beli jela kuih seringgit.

Balik rumah dengan perasaan yang.... LAPAR!

Terpaksala makan nasik semalam je...

Isk sedihnye :(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...