Thursday, December 8, 2011

Nak Keje Ke Tak Nak?

Assalamualaikum,

Aku tengah bengong ni. Tak tau nak keje ke nak jadi full time housewife and bila dah ada baby nak jadi stay at home mom je.. 

Bila tanya hubby, dia suruh aku decide sendiri. Dia memang ada suruh aku cari keje kat Sabah ni. Tiap-tiap hari uruh aku google keje kosong kat Sabah. Dia suruh aku cari keje sebab dia kesian aku kebosanan kat rumah sorang-sorang.

Hmm memangla sekarang ni aku bosan tak tau tahap ape. Hari-hari buat benda sama je. Suka memangla suka tapi bosan jugakla. Nak tunggu hubby balik rumah tu haih lamanye rasa.

Lepas tu aku pikir pulak, sekarang duduk sorang memangla bosan. Bila dah ada anak nanti sure tak menang tangan nak jaga anak. Terus tak sempat nak bosan bosan. Kalau aku keje, nanti anak nak tinggal kat sape? Aku tak kenal sape kat Sabah ni huu.. Rasa macam susahnye nak percayakan orang yang aku tak kenal untuk jaga anak aku nanti..

So how?? Kalau keje bleh jugak tambahkan income kami sekeluarga. Tapi nanti anak nak tinggal kat sape?




2 comments:

  1. eerrmmm skrg ni mmg buhsan sbb xde apa nak buat... mungkin leh carik part time yang ringan2 tuk buat xtvt supaya x buhsan..
    nanti kalu dah bersalin mmg sgt bz jaga baby.. masa tu rs x nak tgalkan baby.. huhu

    ReplyDelete
  2. ain nazri
    tu la, kalo bleh nak cari part time la yang bleh buat kat umah. nak bisnes tak tau nak bisnes ape. huhu... memang rasa sayang nak tinggal anak nanti.. tu ingat nak dok umah je. tapi pk pasal duit pulak. haihh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...