Thursday, December 8, 2011

My Last Day in WKESP

Assalamualaikum,

Pfffttt cerita basi hehehe.. Last day aku kat company terchenta nih dah lama dah, 15 November yang lalu....

Hari-hari dok teringat nak buat satu entry pasal ni tapi entahle, bila nak type je mesti ketiadaan mood ataupon internet slow nak mam...

Mehla aku cerita sikit.. Ini tempat pertama aku keje after graduate. Akak aku yang bagi resume kat HR. Akak aku memang dah keje kat company ni dah lama dah. HR panggil aku pegi buat test Sub Editor. Peh soklan susah gile. Terbukti la English aku tak berapa tereris hahaha.. Fail! So tak boleh jadi Sub Editor. Then pergi pulak interview Production Editor. First time pegi interview weh. Tah pape je rasanya. Yang interview pula speaking ala Mat Saleh. Peh power. Terasa diri ni kerdil hoho... Tak dapat jugak. HR kata dorang KIV dulu aku. Heh takde maknenya KIV, tak dapatla tu maksudnye ehehehe...

Then the next day HR call lagi. Dorang kata ada satu keje contract. 3 bulan je. As a Procurement. Aku masa tu cam heh ape tuu.. Nak menyebutnye pun aku tak reti apatah lagi nak buat keje tu. Tapi aku cakapla, ok je. I don't mind. Contract pun jadi laa.. So aku pun pegila interview. Masa interview tu boss tanya, "Are you good in Excel?" Time interview kena cakap sume pandai kan, so aku cakapla pandaii.. Sebenarnye tak pon hahahah....

Alhamdulillah, I got the job. Masa tu bulan September, tahun 2008. Aku ganti sorang colleague aku yang cuti maternity. Kejenye ialah liaise dengan printer kat Australia. Company ni publishing company. Mencabar jugak kejenye sebab aku kena familiar dengan products company and orang production pun selalu rujuk aku for printing ni. Kena la belajar, kena ada ilmu la kan. Takkan nak ajar orang ajaran sesat wuwuwu. Tak pasal-pasal rosak product company aku. Contract abes bulan 12.

Alhamdulillah lagi, Allah murahkan rezeki aku, although contract aku dah abes, company tu offer aku untuk keje lain. Jadi Administrative Support untuk US team. Starting January 2009, waktu keje aku ialah 5.30 pagi hingga 3 petang. Aku terima offer tu. Dapatla beli Cik Bibab... Keje odd hours ni mencabar jugak. Nak kena adjust waktu tido dan waktu bangun tido. Stress tak payah cakap. Keje admin memang dasyat. Some more aku takde experience langsung. Tapi aku redah je. Anggap je ni benda baru untuk aku belajar..Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan...

Aku keje as Admin Support for 1 year++. April 2010, company offer aku keje lain pulak heh... As Supply Chain Assistant - keje sama aku buat memula dulu. Maybe aku tak sesuai buat keje admin kot ehehehe.. Aku accept offer tu. So dari April sampaila November lepas, aku buat keje Procurement/Supply Chain ni.

Honestly, aku suka keje kat sini. Masa nak tender tu berat hati jugak. Tapi aku fikirkan masa depan aku, masa depan anak aku. Sampai bila nak berjauhan dengan suami kan? Tempat isteri kan bersama suaminya. So takpela, aku berkorban. Memang gaji aku dapat kat company tu  banyak jugak, cukup untuk bayar hutang, cukup untuk aku belanja, tapi takpela, duit bukan keutamaan... Aku cekalkan hati ehehe.. Dah tak bleh berbelanja lebih macam dulu dah. Berpada-pada saja...

Masa last day aku dah pesan kat member member opis, jangan nak buat farewell ape sume sebab aku kompem akan nangis. Aku takmo nangis depan dorang, malu weh! Masa farewell untuk ex boss Admin aku pon aku nangis gile gile, apatah lagi farewell untuk aku. Huwaa sure nangis meraung-raung. Aku ni kan kuat nangis. Kena pulak time ngandung ni. Jiwa sensitif terlampau-lampau.

Tapi, member aku nih degil. Dibuatnye jugak farewell. Tapi kantoi ehehe.. Sebabnya masa dorang tengah kumpul-kumpul kat reception area, aku pegi sana. Walhal dorang tak ready pun lagi hihihi...

Ape-apepun, thanks sangat korang sebab buat aku nangis on that day. Cehs memalukan! But it was a moment yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Thanks for all the gifts :)

With Order Management Team.
Selalu jugak keje dengan dorang bila nak order barang.
Masa duduk Level 3 dulu banyak jugak buat aktiviti dengan dorang :)

My beloved team!
Masa aku mula-mula masuk tahun 2008 dulu, they are my team mates.
Macam-macam benda jugak buat dengan dorang. Indoor & outdoor.
I miss you all so much! :(

HR Team :)

Teddy bear pertama saya! Serius, saya tak penah ada teddy bear hehe

Gifts I received that day.
Thanks all soo much!

Jacq. Diala yang aku ganti masa maternity leave tu ehehe..
My sifu, my sister, my friend.
Dia baaaaanyak bagi barang baby kat aku.
Thanks a lot Jacq!

Some of the production's peeps yang aku selalu deal with.
Selalu kena kejar dengan aku sebab lambat clear product hihi..
 Last but not least, inilah orang yang aku sayang sangat-sangat. She's my bestfriend! Di ofis, luar ofis. Banyak yang kitorang share together. Dia banyak sangat tolong aku. Aku pun tak mampu nak balas. Timah, semoga Allah balas jasa baik Timah pada Wani. Wani sayang Timah sangat-sangat! :)

Mmmuahh, miss u love u!
Dalam botol kat bawah ni ada mesej dari colleagues aku. The wishes are all very meaningful. Nasib baik tak nangis masa baca hehe.. Mug pulak dari team aku. Ada gambar semua team mates tapi ramai yang dah takde. Yang tinggal, kitorang berempat kat atas tadi je...

Aku yang pakai baju hijau tuh. Gedik! haha
Gambar masa awal-awal join :D

I missed working in WK so much. Moga-moga ada lagi rezeki aku untuk keje kat sini lagi. Insyaallah :)

3 comments:

  1. berkunjung sob..salam blogger
    salam kenal dan sukses selalu ..:)

    ReplyDelete
  2. gituler yer tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja.. tapi demi masa depan keluarga yerk kena tabahkan hati jugak moga tempat barupun gembira jugak...

    ReplyDelete
  3. outbound malang
    salam kenal. thanks for dropping by :)

    cho zila
    itulah.. ape2pun kena pentingkan keluarga...alhamdulillah happy kat sini :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...