Thursday, August 11, 2011

I'm Not Feeling Well

Assalamualaikum,

SAKIT.

Yep. Saya sakit. Tak tahulah sakit ape ni. Tangan bengkak. Tak boleh nak genggam. Ada merah-merah seperti darah bergumpal. Badan pun sakit. Lenguh-lenguh. Nak straight up lengan sakit sangat rasa. Kaki pun sama. My whole body is so painful! Nak solat..... lagilah sakit. Rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, iktidal.. Aduh, sakit badan ni Tuhan saja yang tahu macamana rasa...

Dah pergi 2 klinik. All doctors tak tau kenapa. Dorang cuma cakap allergy. Allergy to what tak tahulah. Doktor kata kena try and error. Stop makan sea food for few days. Kalau tak ok jugak, stop makan ayam atau telur. Kalau tak ok jugak, ape lagi nak try and error? Uhukuhuk...

Sorang doktor give up nak amik darah aku. Katanya my veins too small. Susah nak cari dan rasa thus susah nak amik  darah.  He kept mentioning I have put on weight. Ya ya blame me. I'm gemok! So he referred me to Columbia Asia Hospital.

Hmm ni part sedih. Terpaksa menagih simpati dan menyusahkan kawan mintak tolong hantarkan pergi hospital. Cik Bibab I need you! :(

Right after work semalam terus pergi. Dah sediakan duit cukup-cukup. Insurance cover tapi policy my company is pay first then baru claim pfftt..

Doctor suruh buat blood test to make sure bukan denggi atau ada infection dalam darah. Argh amik darah lagi. Ni part paling tak suka. Sure kejadian dengan doktor haritu akan berulang lagi. Cucuk 2 tempat tak dapat-dapat darah.

And so, it's true... Sejarah berulang lagi. Memula staff nurse try cari veins. Puas dia tepuk, puas dia tekan-tekan. Still cannot find. Eventually dia give up. Panggil doktor. Doktor pun sama. Cari-cari tak jumpa. Dah jumpa kat lengan, cucuk jarum, korek-korek cari veins, tiba-tiba veins boleh hilang. End up keluar balik jarum kosong. Sakit hokkay! Then try kat tangan, jumpala memula tu. But then bila dah cucuk, takde jugak. Arghhh tension! But thank God doktor ni baik. She didn't blame me. She didn't say I'm gemuk. Terima kasih doktor...


2 tempat cucuk tak jadi.... Jarum masuk tapi darah tak keluar. Uhuk sakit!

Then at last dia jumpa jugak kat tangan kanan. Itu pon sikit je. Kata doktor darah aku mahal. Mencabar betul nak amik. Kata dia lagi, lepas ni banyak lagi nak kena amik darah. Ok ok, dah rasa ngilu dah.. Abesla nanti tangan penuh dengan kesan cucuk tak menjadi +__+

Tunggu result for about 30 mins. Alhamdulillah, blood clear. No denggi, no infection. So doktor kata, it's allergy. Allergy ape memang tak tau unless buat allergy reaction test. Oke, takmo buat. Dah takde duit! Gaji belom masuk weh.. Then doctor cakap if within 2-3 days ni still tak baik, dia suruh aku pegi balik dekat Gynae to check on baby. Takut ada effect. Ya Allah, takut je dengar. Please o please Ya Allah, do not let this unknown allergy/disease harm my baby.. I've read that some rashes can actually harm baby.  And then some more I am still in trimester one. Critical stage kan? Pray for me and pray for my baby's health ye kawan-kawan..

Doktor bagi ubat tahan gatal. Ubat ni katanya very mild, tapi boleh buat mengantuk and takkan apa-apakan baby. Tapi dia suruh aku amik bila perlu jela. Malam-malam kalau gatal sangat, makanla. So far aku tak makan lagi. Gatal kalu, garu lahh huhu.. Tho doctor kata ubat tu tak bahaya untuk baby, still aku takmo makan. Takut!

Overall kena RM246.25. Tow dia.. pergi lagi sepital prebet. Nasib buleh claim huhu..

Semalam tak boleh tido. Asyik terjaga. Urat-urat ni cekang. Tido tak selesa. Badan sakit! Masa ni la rasa macam nak my pumpkin ada sekali sobsob.. But then apa boleh buat. We are 174 miles apart.

Apa-apa pun kena sabarla. Ini ujian daripada Allah di bulan puasa ni. Dia nak tengok aku boleh tahan ke tak sakit atas dunia ni. Boleh tahan atau tidak menanggung semuanya sorang diri. Insyaallah, kalian doakanla aku segera sembuh ye..


وعن أَبي عبدِ الله عثمان بنِ أَبي العاصِ : أنّه شَكَا إِلَى رسول الله وَجَعاً ، يَجِدُهُ في جَسَدِهِ

فَقَالَ لَهُ رسول الله : « ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَألَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ : بسم اللهِ ثَلاثاً ، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ : أعُوذُ بِعِزَّةِ الله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أجِدُ وَأُحَاذِرُ » . رواه مسلم . .


Abu 'Abdullah bin Abul-'as (May Allah be pleased with him) reported: I complained to the Messenger of Allah (PBUH) about a pain I had in my body. The Messenger of Allah (PBUH) said, "Place your hand where you feel pain and say: 'Bismillah (With the Name of Allah)' three times; and then repeat seven times: 'A'udhu bi'izzatillahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa 'uhadhiru (I seek refuge with Allah and with His Power from the evil that afflicts me and that which I apprehend)." 

3 comments:

  1. alolo ciannya dia....moga amal cpt sembuh ye,tabahkan hati..namo sedih2 nanti bbpun rasa sedih tau...take care

    ReplyDelete
  2. Salam amalini,
    Aduhh kesiannya saya baca kisah niiiii, dasayat juga ni. Apa pun banyak bersabar dan terus berdoa k. Semoga sakit cepat sembuh sepenuhnya, Amin Amin Amin.

    ReplyDelete
  3. azrin zelina
    huhuhuh ok2.. sy try x sedih. yg penting sakit ni sembuh

    cikgu zam
    wsalam..
    terima kasih, semoga Tuhan balas jasa baik cikgu doakan saya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...