Thursday, August 18, 2011

VIDEO: Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum,

A friend posted this video in Facebook,


Ya Allah, sedihnya. Cukup terkesan dalam hati. It makes me miss my daddy so much!

Video ni dari Thailand. Nasib baik ada subtitle. Bolehla paham apa yang nak disampaikan. 

Mengisahkan seorang gadis yang mengalami konflik dengan ayah dia. Sebab ayah dia ni bisu dan pekak. Dia tak boleh nak terima kekurangan ayah dia tu. Dia tak paham apa ayah dia cakap, dia tak boleh nak bagitau ayah dia apa yang dia rasa. Dia sering kena buli di sekolah disebabkan kekurangan ayah dia tu. Buat dia benci sangat kat ayah dia. Kemuncaknya, malam hari lahir dia, gadis ni cuba bunuh diri. Kelar pergelangan tangan sendiri. Ayah dia dengar bunyi dia jatuh. Kat sini lah part paling sedih. To be honest, air mata aku mengalir! Ayah berusaha nak selamatkan anak dia.. Dia sanggup bagi rumah, dia sanggup buat segalanya untuk anak dia yang  dia sayang sangat-sangat. Dia sanggup derma darah untuk selamatkan satu-satunya anak dia ni...

Hmmm.. sedih sedih...

Hargailah ayah kita selagi dia masih ada. Banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk membesarkan kita. Dari muda ke tua, hidup dia untuk anak-anak. Nak pastikan anak dia hidup senang... 

Teringat kes di Kuala Nerang minggu lepas. Kes anak tetak ayah hanya disebabkan masalah kecil. Dia mungkin mentally retarded.. Tapi alangkah sedihnya. Seorang bapa, mati di tangan anak sendiri.......

2 comments:

  1. makin berani kan anak-anak skarang...

    ReplyDelete
  2. makbed
    itule pasal. terlebih gula kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...