Monday, August 1, 2011

Cerita Pergi Lumut Weekend Haritu

Assalamualaikum,

Disebabkan tak tahan dengan godaan, saya ke Lumut lagi weekend lepas. Kalau dikira-kira, bulan 7 ni, every weekend kitorang jumpa. Either my pumpkin turun Putrajaya atau aku ke Lumut.

And weekend 30hb haritu, aku tak plan pun nak pegi. Tapi my pumpin bagi ayat menggoda haha.. Katanya dia free weekend tu, sepatutnya dia duty tapi dah tukar hari lain. Then lagi katanya nak belanja sempena birthday aku. Ah aku pantang digoda dan dipujuk kann.. Terus beli tiket hihi..

Naik bas macam biasa, Jumaat malam pukul 8.50 malam, sampai di Lumut jam 1.30 pagi. Takdela selewat masa pergi time Bersih dulu tu. Aku sampai pukul 3 pagi masa tu. Huh cramp punggung!

Sabtu tengahari, kitorang pergi klinik untuk 2nd checkup aku. Alhamdulillah, everything is fine and baby is developing well. Dah ada heart beat dah! So sweet :)

Lepas happy happy jumpa doktor, aku pun menuntut janji la kann.. Kata nak belanja makan ehe.. Klinik tu dekat je dengan Secret Recipe, so kitorang pergila makan kat situ...

Ordered my pumpkin's fave cake - chocolate banana. Order 1 slice je sebab aku tak lalu sangat nak makan huhu.. Kalo order dua takut tak habis pulak. 

my pumpkin nak bawak lari.
nak makan sorang-sorang yeee :P

Untuk makan pulak, kitorang order semangkuk Tom Yam Kung. Order satu jugak sebab aku takut aku takleh habiskan. Order tom yam sebab malam tu aku ada mimpi makan bihun tom yam haha.. Mengidam ke apa aku ni weh...

Kopi tu milik my pumpkin.
Aku minum plain water rege 50sen jekk 

Lepas makan-makan kat situ, kitorang pergi Tesco. My pumpkin nak cari buku kat Popular. Dia sekarang minat betul baca buku-buku motivasi. Bagusla kan ehe.. Dia beli 2 buku. Satu tulisan Dr Fadzillah Kamsah mengenai motivasi diri di tempat kerja. Satu lagi buku tulisan Ridhuan Tee mengenai nasib Melayu di Bumi Melayu. Unik kan, kisah orang Melayu tapi yang menulisnya, orang bangsa Cina. Memang bagus buku tu...

Lepas ke Tesco, pergi Billion pulak. Cari barang dapo. My pumpin takmo beli kat Tesco. Sebab dia tak suka. Dan katanya takut barang yang dia nak tu takde. So baik cari kat tempat yang dia biasa pergi. Ikut ajelaa.. dah tempat dia kan ehe..

Malamnye, aku bisik-bisik dengan dia aku nak makan char koay tiaw kat Stadium Manjung. Aku dengar-dengar orang kata sedap. Sahihla aku mengidam ni kan haha.. Thank you my darling pumpkin! Dapat jugak aku makan eheh..

Char koay tiaw special. Udang banyak gile! Kuah pun banjir. Melimpah-limpah..
Sedap sedap :)

Sabtu tu memang kitorang jalan sakan. Yelah, Ahad aku nak balik dah. Huu sedih betul bila time nak balik tu. Tapi cekalkan jela hati. Jumpa lagi nanti my dear! :)

9 comments:

  1. char kuew teow stadium....slalu gak g ctu...tp hubby je mkn...sbb mai mmg tak blh mkn udang@campuran udang...so mkn ns lemak bungkus jer...sedap...tp tak tau ns lemak tu ader lg ke tak...yg bungkus daun pisang...

    ReplyDelete
  2. fav lin gak kek coklat banana tu, shedapppp

    ReplyDelete
  3. mai
    oh ada nasik lemak gak ke.. wani tak perasan pulak. ingat kat situ ada jual char koay tiaw je..

    azrin zelina
    yum yum kek tu memang sedap! ops pose nih ehe

    ReplyDelete
  4. sedap ka car keutew kat citu..nak p cuba la nnt..ingtkan xbalik lumut tidak boleh tumpang ana..

    ReplyDelete
  5. adna madiha
    boleh tahan sedap jugakla. nnt pegi try eh. a'ah balik lumut haritu :)

    ReplyDelete
  6. wahhh terliur tgk char kuey tiow!!!!!

    sedap kan... tp ana suke yg kat hospital lg.. kalo kt hosp ramai org bru pg yg kat stadium :D

    ReplyDelete
  7. ryehanna
    kat hospital mana ana? Hosp Manjung ke? Nanti nak kena pegi gak nih haha

    ReplyDelete
  8. sedapnye banana cake tue..alamak teringin nk makan..

    ReplyDelete
  9. zura
    haha saabar naa.. pose nih. karang pergi Secret Recipe, beli utk berbuka eh ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...