Thursday, August 25, 2011

Crystal Soil Tak Boleh Dijual Mulai Esok

Berita daripada Sinar Harian:




PUTRAJAYA - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.- Bernama


Huh bahaya jugak benda alah ni ye. Nampak je comel. Pokok pun nampak berseri-seri je kalo letak crystal ball ni kan. Lebih-lebih lagi kalo pasunye pon cantik. Memang sesuaila jadi hiasan kat rumah.

Tapi secantik-cantiknya, boleh bawak kemudaratan pulak. Budak-budak biasalah, bila kita terlepas  pandang sekejap je, dah macam-macam benda dah dia buat. Makan sampah, makan taik cicak, makan ubat nyamuk, makan crystal soil huhuhu.. Semua benda pun nampak macam makanan je lahh.. Especially crystal soil ni kan. Sebijik macam gula-gula!

So parents tingkatkan lagi pengawasan di rumah. Kalo ada benda ni kat rumah, buang jela.. Takut nanti anak kita tertelan tanpa sedar. Benda ni kalo dah masuk perut, dia tak hancur macam makanan. Tu yang boleh buat usus tersumbat ape sume. Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik...

6 comments:

  1. lorhh..yeke..ishh2..tapi meme bhaya pn..bdak tgk pn dio bkenan..hehe

    ReplyDelete
  2. adeh bahayanya .. akak dah agak lama dah akan ada kes .. sbb pernah kawan akak cakap anak dia pernah nak telan sbb mender tu mcm jeli kan .. harus geram bila budak2 tgk dan nak makan ..

    syukur buat yg terbaik kan .. kalau dah diharamkan pasti ada sebab kan :)

    ReplyDelete
  3. dila milin
    tahuuu takpe. dia kan sebijik macam gula-gula. tu yg buat budak berkenan.

    ieda
    yeke kak.. huh bahaya. nasib baik kawan akak tu nampak ek. tula, nasib baik dah diharamkan. sebelum ramai lagi kanak-kanak yang tertelan. nasib baik takde yang mati huhu

    ReplyDelete
  4. aah la wani. bahaya jugak kan. budak2 memang suka benda berwarna warni macam ni.

    ReplyDelete
  5. lina chan
    sangat bahaya! bagusle kerajaan dah haramkan..

    zura
    a'ah.. bukan satu kes je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...