Friday, August 26, 2011

I Have Decided & This Is What Best For Us *pumpkin & me*

Assalamualaikum,

Awal bulan 8 haritu, my pumpkin ada bagitau aku, ONE BIG SHOCKING NEWS.

"Yang, abang kena transfer pegi Sabah."

Terkejut tak bini ni rasa-rasanya? Mau semput haa terkejut! Tu terkejut satu. Terkejut dua ialah..

"Abang kena lapor diri 12 September. Lepas raya."

Huwaa nangis. Jatuh terjelepok atas lantai (ok over sudah).

Lepas dapat berita tu, aku memang jadi bengong sekejap. Tak tahu nak pikir. Tak tahu nak cakap ape..
Sabah?! So far away...... Lumut ni pon dah jauh, apatah lagi Sabah.... Nak balik Semenanjung ni  satu jalan je ada, kapal terbang. Or maybe kalo dia sailing, naik kapal laut la kan.. Ya Allah, aku sedih sangat masa tu. Sedih memikirkan, aku dan dia akan bertambah jauh.. And some more, I am carrying our first baby! :'(

Terus terbayang, sepanjang aku mengandung ni, dia tak ada bersama aku. Kalo muntah, dia takde nak tolong urut-urut belakang. Kalo kaki cramp, dia takde nak tolong legakan. Kalo baby dah menendang, dia takde untuk saksikannya buat pertama kali. Worst come to worst, masa aku bersalin pun dia takde di sisi. Sedih tak sedih....

My pumpkin buat rayuan. Mintak tukar dari Sabah ke base lain di Semenanjung ni je. Tapi kitorang dah boleh agak, rayuan tu akan gagal. Masakanla dorang senang-senang je nak bagi kan. Dalam masa sebulan je pon lagi! And memang betullah.. rayuan my pumpkin gagal. Dia tetap kena pergi lapor diri di Sabah, 12 Sept ni.

My pumpkin asked me to go with him. Dia tak nak aku duduk jauh daripada dia. Cukupla selama ni kami berjauhan. Dia pun sedar, dia tak banyak beri perhatian pada aku. He asked me to quit my job. Katanya, nanti kita jimat cermatlah.. Satu income pun boleh survive..

Pening aku nak pikir. Yesssss.. aku memang nak duduk dengan dia. Tak mau lagi dah berjauhan. Aku nak ikut dia. Tapi memikirkan terpaksa berhenti kerja dan takde pendapatan bulanan buat aku dalam dilema. Bukanlah nak kata aku ni mata duitan, cuma aku ada banyak komitmen. Kereta.. PTPTN.. insurans.. sape nak bayar semua tu kalau aku berhenti kerja. Nak cari keje kat Sabah sure susah, sebab aku pregnant sekarang. Kalau nak keje pun lepas maternity which is on May 2012. So from November to May, sape yang nak bayarkan semua tu?

What did my parents say about all this? Ikut hati mak aku, dia pun tak nak aku pergi. Oh aku selalu nak nangis bila teringatkan mak. Mak kata mak dah tua, dah uzur.. Anak duduk jauh-jauh, mak tak larat nak pergi jenguk. Anak pun susah nak jenguk mak. Tapi mak kata, tempat seorang isteri ialah bersama suaminya. Mak relakan aku pergi. Sob sob sayu.. Dan mak sanggup bayarkan kereta aku tu bulan-bulan dengan duit pencen dia. Terus aku rasa anak apelah aku ni. Dari kecik sampai ke besar menyusahkan orang tua. Betapa sayangnya mak pada anak dia nih.. Ayah.. entahla, tak boleh nak baca fikiran dia. Dia seorang pendiam. Cuma dia ada cakap dengan aku, tunggula sampai bersalin Mac nanti. Lepas tu pergilah.. But my pumpkin nak jugak aku pergi segera. Bersalin kat Sabah jela katanya.. Sebabnya dia tak nak terus mengabaikan tanggungjawab dia pada aku.. Ayah aku paham. Dan dia juga lepaskan aku pergi. Sedih.... Nanti kena tinggal mak.. tinggal ayah wuwuwu :'(

How about my sister and her children? Dah 3 tahun aku duduk dengan dorang. To suddenly go like this memang agak susah.. Lebih-lebih si Khalis. Aku dah bagi dia hint. "Khalis..nanti makcik Wani nak duduk Lumut dah. Boleh tak?" I didn't say Sabah sebab dia tak tau pon Sabah kat mana. Dia tau Uncle Din dia duduk Lumut je.. Dia jawab, "tak boleh.... nanti Khalis miss makcik Wani.. nanti Khalis dreaming...nanti Khalis cry.." Huhuhu sedihnye. Kids, you know.. setiap ayat yang keluar dari mulut dorang adalah betul..ayat yang ikhlas dan jujur daripada hati dorang.. I cannot imagine bila aku betul-betul pergi nanti. How will he be..

Apa-apa pun, I have decided. Dan keputusan aku muktamad. Keputusan ni aku amik untuk kebaikan aku dan my pumpkin. Apa gunanya kahwin kalau tak dapat hidup bersama? Aku selalu rasa bersalah sebab aku tak pernah jalankan tanggungjawab aku pada dia. Rasa macam aku ni isteri yang tak baik. Useless gila. My pumpkin penah makan nasik dengan serunding je tau. Sedihnye. Dia kata, "ala takpe. Askar kena pandai survive.." Nak survive dalam hutan je bagi aku.. Kesian dia kan, dah ada isteri tapi isteri takleh nak masak sedap-sedap bagi dia. Dah makin kurus dah pon dia..... Ni sebulan dah tak jumpa. Macamanala rupa dia sekarang..


I have tendered my NOTICE OF RESIGNATION
and my last day of work will be 31st Oct 2011

Masa aku bagi surat ni kat boss aku, aku pon tak tau macamana perasaan aku. Serba salah ada.. berdebar ada.. lega pun ada.. Whatever it is, I have made my decision.. And this is the best..

Insyaallah, November nanti aku akan ke Sabah. To stay there permanently with my dearest husband. And paling penting... jadik full time housewife! :D

Yes, it is sad to leave all my family and friends here. But no worries, we can still keep in touch. Blog dengan facebook kan ada hehehe..

Sedih jugak nak berhenti keje. Keje tu keje pertama aku lepas gaduate. Banyak yang aku dah belajar. 3 years tu macam-macam lah jadinye.. Gonna miss my colleagues nanti. Haa kalo ada budak opis aku yang baca blog aku nih, keep it to yourself dulu ye berita nih. Takmo nanti the whole office kecoh aku nak berhenti. Aku kan famous haha *perasan*

Okeh, dah rasa lega dapat luahkan semua ni kat sini.. Sape orang Sabah?? I'll be Sabahan too soon... Cepat-cepat bagitau aku tempat makan kat mana yang best kat sana. Haha tau makan aje....

8 comments:

  1. oh patutla tanya saya sabah kat mana :)
    keluarga saya tinggal kat kampung warisan inanam, kk jugakla

    husband u askar? maybe u kena duduk kat lok kawi kan?
    takperla bekorban sikit
    tak lama boleh transfer sini balik kan :)
    jangan sedih
    tempat isteri memang disisi suami sebab tu lah saya pun ada kat tanah semenajung ni :)

    Salam Aidilfitri
    mohon maaf andai terkasar bahasa dan keterlanjuran kata

    drpda tinie sekeluarga

    ReplyDelete
  2. sedinye wani...duduk jauh plak tue..xpelah ikut suami bkan pegi suka2 pun..

    ReplyDelete
  3. takpe wani. selamat duduk di sabah. sabah best tau. 12 tahun sy duduk sana fasih berbahasa sabah. nanti pas ni boleh la kita bertiga borak dengan rosie dengan lancar. :)

    ReplyDelete
  4. rumet saya!! dah nk pindah ke sabah??:( xpela..its ok..be strong ya..mmg tpt wife adalah di sisi hubby nye..lgpun b4 akak xdpt naik kapal terbang coz pregnant, jadi mgkin masa yg sswai utk ikut hubby..rumet saya tabah orgnye..:)

    btw..sabah kat mana? kite stil leh contact guna fb..ym..skype.. right??:)

    ReplyDelete
  5. xpe wani...mmg spatutnya u follow ur husband.... sabar eyh...

    *i sebak jgk bc entry u...huhu*

    ReplyDelete
  6. sis tinie
    hehe sebab tu lah bertanya haritu. saya insyaallah duduk di Tuaran nanti. Husband navy, bertugas di Teluk Sepanggar.. Tu la kak, saya terima je ni. Ada hikmah jugak kan. Ni lah masanya untuk bersama suami :) Thanks for the support!

    zura
    sedih jugakla nak tinggalkan keluarga n kawan-kawan kat sini. Tapi takpelah, wani pergi untuk bersama suami..

    chan
    haha ok2..nanti saya belajar cakap sabah. nnti kita leh borak2 :)

    tati
    iyeee rumet sayeee.. saya akan ke sabah november nanti. duduk Tuaran. Nanti kalo gi jalan-jalan Sabah lehla roger2 ehehe.. yep2, insyallah can still keep in touch :)

    shida
    uhuk uhuk terima kasih kerana memahami :)

    ReplyDelete
  7. Takpe, yg penting duduk disisi suami..
    Keje pelan2 boleh cari..

    Yg penting ceria2 selalu tau :)

    ReplyDelete
  8. SALAM...LAMBAT DAPAT TAU...SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN OLEHNYA..AMIN

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...