Wednesday, August 24, 2011

Peniaga Sila Berhati-hati Dengan Gadis Bertudung. Erk?

Berita daripada Harian Metro:


Oleh Ravale Savarinathan

TELUK INTAN: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.

Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.

Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.

“Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.

“Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.

“Pemilik kedai telefon bimbit itu bagaimanapun mula pelik apabila suspek yang keluar seketika tidak muncul semula,” katanya.

Mangsa menyedari dua telefon bimbit berjenama terkenal berharga RM3,000 hilang dari rak pameran di dalam premis.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari diperdaya gadis itu membuat laporan di Balai Polis Langkap.

“Gadis itu sekali lagi menggunakan taktik sama dua hari lalu dengan memperdaya seorang pemilik premis menjual telefon bimbit.

“Suspek yang berpura-pura mencari pekerjaan melarikan satu telefon bimbit dan 100 keping kad tambah nilai dianggarkan RM4,000 keseluruhannya tetapi suspek tidak sedar wajahnya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) mangsa di kedai di Langkap,” katanya.


Kenapa tak disiarkan aje wajah gadis tu? Barula famous tak gitu? hehehe.. Kalo kat negara barat dah lama dorang expose. So senangla nak tangkap sebab dapat bantuan daripada orang ramai. And then, peniaga pun lebih berhati-hati sebab dah cam muka. Kan kan.. Ape-ape pun, kesian gadis ni. Kalau betul anda kesempitan wang, carila rezeki yang halal dik.... Tak berkat hidup dunia akhirat mencuri nih.. Semoga apabila ditangkap nanti, dia akan diberikan hukuman yang sewajarnya agar menjadi pengajaran buat dia dan orang lain juga. Ada hukum potong tangan baru takut kot nak buat? Dah hujung-hujung bulan puasa dah ni. Bawakla bertaubat dan perbanyakkan ibadat!

Baca jugak tadi kat blog Relevan Sokmo pasal kerbau kena curi.. Haih...... macam-macam manusia nih. Tak sedar makanan yang dibeli hasil daripada kerbau yang dicuri tuh dah jatuh haram. Bergelumang dah yang haram tu dalam darah daging.. Turun kat anak cucu.. semua keturunan... Tapi aku pasti, yang mencuri ni tak pernah kesah semua ni. Yang dorang tahu, duit masyukkk, raya pon raya sakan! Dunia dunia dunia.. Akhirat nanti tahula kamu! huh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...