Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Baju Nikah & Sanding & Sambut Menantu

Assalamualaikum,

Haritu aku share hantaran nikah and sanding aku kan.. Now nak share baju yang aku pakai pulak.

Aku pakai 4 helai baju..

Masa nikah 1, masa sanding kat umah aku 2 dan majlis menyambut menantu kat umah my pumpkin 1. Daripada 4 baju ni, satu je sewa, yang lain hak milik sendiri :)

Baju nikah

Sorry, takde gambar full yang clear. Ni je kot paling clear?
Aku pilih colour lilac for nikah sebab masa sanding nak pakai putih (yang tak berapa nak putih sangat).
Kain satin, alas dengan lace. Beli kat Kedai Kain Honyi, KB, total RM300++
Upah jahit lupe dah bape. Tapi tak mahal sangat rasanya.
Aku buat baju kurung moden, kain duyung sahaja. Senang boleh pakai balik pasni.
As for my pumpkin, baju melayu tu beli yang dah siap. Alhamdulillah syukur nikmat, dapat jumpa baju melayu with the same colour. Penat aku cari. Baju ni beli kat Pasar MPKB kat KB. Dah pindah dah pun pasar tu. Pegi Bazar Tok Guru pulak. Harga baju err, RM80 kot? Lupe dah ihihih.. Saiz ialah saiz S ye *keciknye laki aku*
Sampin beli kat pasar MPKB jugak. Harga err RM50 kot? Aiyark dah lupa hihihi.... Beli sampin kaler cream cream sebab nak pakai lagi sekali masa kat umah my pumpkin pulak.... Senang, reused je ehe

Tudung nikah plak.
Tudung nikah dibeli secara last minute dan kelam kabut ye tuan tuan dan puan puan kekeke
Beli kat Pasar Wakaf Che Yeh malam sebelum hari kejadian.
Murah sajo, RM10. Nak cari tudung bawal tapi takde. Sadis betul. Sekarang berlonggok tudung awning tu je. Dan aku bukanla peminat tudung tersebut. Dah tudung bawal takde, aku rembat la tudung chiffon nih. Last piece. Pedulikkk.
Memula risau tudung ni susah nak bentuk, tapi alhamdulillah, ok je.
Veil pulak sewa dengan bridal. Alhamdulillah dorang ada veil kaler purple yang sesuai dengan baju n tudung aku.



Baju Sanding:

Baju Satu

Ekekeke sorile, takde gambar full la.. Kalo ada pun, aku nampak gemuk. Wajibla takleh share kat sini kan? haha..
Baju ni, baju sewa.. Hmphh, aku main bedal jugak ni. Cos semua baju kat bridal tu kecik kecik. Aku nih plus size memang takde harapangla nak pakai baju kecik. Tema ialah putih ye. Tapi baju ni tak putih pun. Macam cream gitu. Masa pilih aku tak perasan pon kaler tu tak putih. Veil, tudung semuanya dari bridal.

Baju ni ada banyak beads. Meriah giteww. Tapi tang lengan dengan baju jela.
Kain takde. Kain ala ala songket. Actually baju ni, baju kebaya pendek.
Rasa macam tak sesuai je dengan aku. Urgh whatever, majlis dah selesai haha!

Ok, reason sebenar kenapa saya pilih putih ialah kerana my pumpkin nak pakai baju nombor satu dia.
Tapi tapi tapi, as I said earlier, baju saya bukan putih, tapi cream. Nampak sangat kan kontranye???? Cehs.. Nasib baik masa majlis tu aku tak perasan sangat. Dok sebok senyum kat orang je, tak sempat nak check baju sama kaler ke tak. Kalau aku perasan time tu, sure takde mood. Ni dah lepas kawen baru perasan, tak de ape la boleh dibuat ekeke.. Peduliklah!
Eh aku nyampoh la tengok gambar ni. Aku nampak gemok gileeeeee..
Haih~

Baju Dua

Ni persalinan kedua masa sanding kat rumah aku. Baju ni, aku beli kat PKNS, Bangi. Dengan harga sobsob agak mahal juge :( Tapi takpelaaa.. Then ada tambah manik manik sket kat bawah tu, tapi tak nampak kan??? Takpela...
Baju ni aku beli last minute sebab supposedly aku sewa satu lagi baju dengan bridal, tapi last minute pulak dorang bagitau aku, baju yang aku nak tu actually dah ada orang punye *hampagas betul*
So aku belila baju ni, pejam mata je masa bayar huhuhuhu..
My pumpkin pulak pakai baju nombor 5. Dia la paling bes, semua baju sendiri, kerajaan bagi. Tak kuar sesen pun! 
Erm, tudung, aku beli dengan akak ipar aku. Ok, my first tudung awning. Amacam? Ok ke aku pakai tudung ni? Tak seswai kanssss.. Veil sewa from bridal juga.


Baju Sambut Menantu:

Hehehe biru kan kamiii :P
Baju ni yang kat atas dulang hantaran tunang tu.
Alahai besar betul baju melayu my pumpkin. Dah saiz S dah tu.
Apa bleh buat, tuan empunya badannya kecik. Tak macam bininye! haha
My first kebaya +__+
Macam SARUNG NANGKA BUSUK hahaha
Tudung beli kat Pasar Wakaf Che Yeh. Secara last minute juga ye..
Veil pakai balik veil baju sanding yang pertama.



Jadi kawan-kawan, itula dia baju-baju yang aku pakai masa nikah, masa sanding dan juga masa majlis sambut menantu. Simple simple saje laaa.. Biar sesuai dengan diri ehehehehe...

Monday, October 3, 2011

Hantaran Majlis Persandingan/ Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, line internet sangat memuaskan malam ni. Dapatle attach gambar hantaran masa sanding kat blog ni hehe..

Erm sebenarnye aku takde bersanding pun. Just duduk atas pelamin, salam-salam dengan ahli keluarga then amik-amik gambar. Itu sahaja. Renjis-renjis dipilis takde.

Masa majlis persandingan/majlis kesyukuran ni, keluarga my pumpkin bawak 7 dulang/bekas dan to be fair and square keluarga aku pun balas dengan 7 dulang/bekas juga.

Yang menariknya, tema kedua-dua keluarga adalah sama iaitu kaler purple! haha.. Dah macam sama je aku rasa. Tak kisahla, yang penting barang tu ada dan boleh digunakan.

For my pumpkin, from me :)

Kasut Bonia.
Beli kat Sogo.

Buah-buahan

Set perfume Polo Blue.
Beli kat Metrojaya, Midvalley Megamall.
My pumpkin loves it. Sampai ke harini tak abes lagi.
Sembur sket je kot. Sayang punye pasal haha

Set wallet, belt plus 1 pen Alain Delon.
Beli kat Sogo.

Seluar slack Durban & collared t shirt Langford Ease.
Beli kat Sogo.
Baju ni dah takleh pakai. Sebab kena karat air masa basuh kat umah aku. Kat kampung.
Benci! :(

Set slack & kemeja Durban.
My pumpkin tak pakai gak sebab ada gam melekat.
Gam kat riben tu. Ish. Dah basuh tapi tak hilang.
Ada cara lain tak?
Benci benci

Chocolate Vochelle sudeyyy hehehe


For me, from my pumpkin :)

Bunga telur dan pulut kuning

Set perfume Issey Miyake.
Beli kat Metrojaya, Midvalley. Sampai sekarang tak pakai lagi. Except for the sample.
Sebabnya bila pregnant takleh bau perfume sendiri.
Poning den poning

Buah-buahan

Bekas potpourri

Kek.
Kitorang makan pada malamnya. Masa upacara bukak baju hadiah 

Telekung & sejadah.
Sangat cantik ok telekung tu.
Dengar-dengar cite, telekung tu koleksi peribadi mak mertua.
Terima kasih mak :)
Handbag Pierre Balmain & wedges Primavera. 
Handbag beli kat Parkson, Alamanda. Wedges tu beli kat outlet Primavera juga di Alamanda.
Aku pilih sendiri. Wedges bayar sendiri, handbag my pumpkin bayar  kihkih..
Err both tak guna lagi huahua.. Handbag sebab rasa macam macik-macik pulak (gedik kan). Wedges pulak pakai aku rasa sekali ke dua kali je. Pastu aku pregnant. Dah takleh pakai. Kang terpeleot. Aku bukan reti pakai kasut tinggi-tinggi huhu..

Sunday, October 2, 2011

Hantaran Tunang & Akad Nikah

Assalamualaikum,

Petang-petang Ahad ni tetiba la pulak mood nak blogging datang. So masa ada mood ni lah kita kena update blog!

Aku nak share pasal hantaran tunang dan akad nikah aku 4 bulan yang lalu kihkih.. Not too late lagi kan. Ala, bila-bila pun boleh cerita betul tak? Blog aku, suka hati aku la hehe..

Ok ok back to the story. Aku tunang dan nikah pada hari yang sama iaitu 4 Jun 2011. Hantaran untuk tunang dan akad nikah ialah sebanyak 5 bekas berbalas 5 bekas jugakla. Senang. Tak payah nak ganjil ganjil, genap genap huhu.. Tak adil je bunyinya kalo yang laki dapat banyak, perempuan dapat sikit erk? Mak aku cakap, ore Kelate tak buat macam tu. Kalo yang perempuan dapat 10 bekas, laki pun dapat 10 bekas jugak. Barula adil dan saksama ehe..

For me, from my pumpkin :)

Sireh junjung dan cincin.
Yang dalam bekas kaler gold tu cincin tunang. Dalam bekas merah pulak cincin kawin.
Aku takde rantai mahupun gelang. Cincin je sume. Senangggg dan murah sikit. Jimat kos hehe..

Tafsir Al Quran

Sepersalinan baju. 
Baju ni dipakai masa majlis menyambut menantu belah laki.
Kainnya aku beli kat Jalan TAR. Murah sajo, RM30 kot kihkih..
Then jahit buat kebaya. My first kebaya!
And last maybe. Sekarang dah tak muat +__+

Album berisi duit mas kahwin sebanyak RM dot dot dot hehe

Kuih penderam eh ke ape nama standard dia? hehe
Aku panggil kuih telinga keling je huhu
Bukan racist eh. Dah memang panggil nama tu.

For my pumpkin, from me :)

Cincin tunang. Perak+sapphire.
Pilihan aku sendiri. Tapi sayang cincin ni longgar.
Beli tak ikut saiz jari my pumpkin. Sebab saiz ni je last ada. Aku tak suka batu lain. Aku suka sapphire je huhu..
Rembat jugakla. Lain kalila pegi alter saiz eh sayang?

Towel

Sepersalinan baju Melayu. Untuk dipakai di majlis menyambut menantu belah laki.
Ye, kami beli baju Melayu ni di Nagoya, Jalan TAR. Tengok kaler baju lebih kurang sama dengan kaler baju kebaya aku tadi. So terus je beli. Malas nak cari tempat lain. Nagoya pun Nagoya lahh hihi

Kek buah mak saya buat!

Buku pemberian ayah saya. Aww so sweet :)

Simple simple je hantaran kami. Bagi yang termampu sahaja. Macam aku, kotak-kotak hantaran tu sume recycle abang aku punye dulu. Dah barangnya masih elok, guna ajelah. Kalau tak, berhabuk macam tu je. Lagipon benda ni sume bagi aku untuk main-main je. Adat je kan. Yang paling penting sebenarnya ialah, kesempurnaan akad nikah dan mas kahwin tu. Itu yang wajib :)

Nanti aku share hantaran masa sanding pulak eh :)

Wednesday, September 7, 2011

Photobook Wedding Sudah Dapat!~

Assalamualaikum,



Akhirnyaaaa.. Setelah 3 bulan berkahwin, siap jugak photobook kawin aku ni ye.. Thank you very much my official photographer, Karismatik Fotografik. Memang dia dah bagitau aku photobook ni lambat siap. Aku pon tak penah nak call call dia paksa suruh siapkan cepat-cepat. Sebelum raya haritu je aku ada call dia tanya dah siap belum sebab aku kan nak pegi Sabah nanti. Tak maula aku kat Sabah baru gambar tu siap. Tak pasal-pasal nak kena pos ke Sabah pulak kan. Buatnye hilang masa pos tuh? Huuu nangis tak berlagula aku...

Anyway, sume decision, gambar mana nak letak, cover macamana and etc dia yang buat. Dia yang decide untuk aku. Aku tak cakap ape pun. Sebabnya, I trusted him dan juga sebab aku bukan reti benda-benda nih sume haha.. Bagi aku, cukupla ada gambar untuk kenangan aku dan suami dan juga untuk tatapan anak-anak dan cucu cicit piut piat nanti..
 
Gambar aku simple simple aje. Takde edit pelik pelik. Aku pon tak suka kalo banyak sangat edit. Hilang originality gambar tu nanti.
 
Rasanya dah settle dah kot hal kawin ni. Hutang-hutang sume sudah dibayar. Tinggal hutang budi dengan mak ayah dan adik beradik je yang tinggal. Insyaallah akan aku balas. Terima kasih di atas pertolongan kalian, physically and mentally hehe..
 
Oh baru ingat.. kad pintar nikah tu je belum buat. Tak wajib kot kan?? Aku dah fotostat surat nikah and letak dalam hand bag. Kang kalo kena tangkap basah tunjuk jele surat tuh. Ke tak diterima? ehe...

Monday, July 4, 2011

4th of July 2011 - Genap Sebulan :)


Terima kasih buat adik tersayang yang gigih membuat video ni. So sweet okeh. Mau nangis bila tengok ulang-ulang kali. Thanks a lot dear. Hadiah sempena genapnye sebulan kitorang kawin hari ni ehehe..

Buat suami tersayang, I love you more and more each day! :)

Thursday, June 16, 2011

Hadiah Kawin

Assalamualaikum,

First of all, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan aku 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, dengan adanya tetamu ni majlis aku yang simple mimple je pon jadi sangat meriah. Tak putus-putus orang datang. Dari start majlis pukul 12 tengahari sampaila ke pukul 7 petang ada lagi yang datang. Tu lah bezanya kenduri kawin di kampung aku ni dengan kenduri di KL. Besenye kalau kat KL, pukul 4 dah tutup kedai dah. Dah takde orang datang. Tapi kalau kat kampung, 2 hari lepas majlis pun ada lagi yang datang hehehe..

Yang paling best of coursela sebab tetamu-tetamu ni tak datang dengan tangan kosong. Mengikut apa yang aku paham, kalau di Kelantan, ada 2 jenis kenduri kawin. Pertama, Walimatul Urus dan kedua ialah Majlis Kesyukuran. Bezanya ialah, kalau walimatul urus, tetamu yang hadir kena bagi duit kat pengantin. Kalau majlis kesyukuran pulak, pengantin dan keluarga tak akan terima duit. Kenduri hanya diadakan untuk menunjukkan rasa syukur dan menjamu rakan-rakan dan orang kampung makan. Tapi biasanya tetamu akan datang dengan membawa hadiah just to make sure they do not come empty handed. Adat datang rumah orang kan. Bawakla something betul tak? Tak kisahla nak bagi apa pun, gula, susu, kain batik, kain tuala, pengantin dan keluarga terima dengan hati yang terbuka. 

Kenduri kat rumah aku baru-baru ni ialah kenduri majlis kesyukuran. And yeszaa, aku dapat banyak hadiah!

Er I don't have the pictures to show it here. I know adik busuk aku ada amik gambar. Tapi dia transfer dalam laptop dia la.. Lupe lak nak copy dengan dia. And poor me takde kamera. Hp dah lama dah dok guna hp cabok takde kamera. Sigh sigh.. Takpelah, korang imagine aje ye, ada satu meja. Sebesar meja makan. Kat atas meja tuh ada setimbun hadiah! Dari sekecik-kecik kotak ke sebesar-besar kotak... Bleh bayang tak niii?

Hadiah tu kitorang bukak pada sebelah malam. Dah jadi acara tahunan dah tu kalo ada kenduri kawen, malam tu mesti malam bukak baju hadiah. Yang paling seronok pastinya kanak-kanak ribena dekat rumah. Macam pesta ape je dorang bukak hadiah. Kita nih punyela slow-slow bukak, sayang wrapping paper punye pasal. Sekali dapat kat budak-budak ni, brukkkk brakkkk... prekkk prakkkk. Itu bukan bunyi kentut, tu bunyi kertas kena koyak ehe.. Dasyat tol sound effectnye. Suka hatilah anak-anak, asalkan korang happy ehehe..

List of hadiah I received:

1. Set pinggan - Ada 2 kotak. 

2. Set gelas/tumblers - Uncountable. Banyak!

3. Periuk nasik - 5 ketul! Ok, ini nak perli aku suka makan nasik banyak ke ape nih eheheheh.. But I love it! Senang kalo nak wat jamuan kat rumah ke ape, boleh masak nasik banyak-banyak dalam masa yang sama.

4. Kain sarung batik/kain pelikat & sejadah - Banyak jugak!

5. Kain tuala - Juga banyak :)

6. Set gelas & jug - 2

7. Kipas angin - 1

8. Iron - 1

9. Tudung syria - haa this one very rare. Terima kasih kepada sape yang bagi tu ehehe.. Saya dok pakai yang tu je masa kat umah in law. Senang!

10. Cadar - erm adala dalam 4 kot?

11. Selimut - 1. Macam tau-tau je my pumpkin takde selimut haha..

12. Sandwich maker - 1. I'm loving it! :)

13. Set cawan & teko - 2 kot? Lupe dah.

14. Microwave oven - 1

15. Toto - 1. Dah guna dah pun :)

16. Kain pasang - 1

17. Cermin - 1

18. Set periuk - sangat-sangatla berguna! Sayang gile nak pakai huhuh.. Basuh pastu dah tercalar-calar then bising kat my pumpkin. Terus kena perli, "kalo tak nak calar, jangan guneee.." hehehe... Tak gune kalu, nak masak dalam ape lak kannn... 

19. Gula, susu - banyak jugak :)

20. Duit - ada jugak kawan-kawan yang kirim duit. Actually takleh amik pun sebab knduri aku bukan walimatul urus, but people insisted. Amik sajelahhh ehehe.. Mak pesan, kumpul duit tu pastu belila something. 

21. Voucher Jusco RM300 - nak beli ape tah ni...

22. Set tupperware - haa ni pun best. tupperware bukan sebarang tupperware, ini tupperware betul!

23. Frame ayat-ayat suci Al Quran - 2

24. Ada lagi kot hadiah lain yang aku dah lupe...... 

Alhamdulillah, murah rezeki aku dapat banyak hadiah. Aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang sangat pemurah. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki mereka!

Sume hadiah aku tinggal kat kampung. Bawak ke Lumut certain things je macam set pinggan, set cawan, sandwich maker, set periuk & microwave oven.

Itu hadiah kawin, satu lagi adat kalau di Kelantan bila dah kawin ni ialah kena bawak menantu kenal-kenal saudara. Kena pergi umahla. Time nak balik nanti, saudara tu akan bagi hadiah kat menantu. Kalau untuk lelaki biasanya orang akan bagi kain pelikat. Untuk perempuan pulak biasanya kain batik. Pemurah sungguhla ore ore Kelate ni kan ehehehe...

Ahamdulillah, I felt truly blessed to have wonderful family and friends!

Wednesday, June 15, 2011

Believe It or Not, I am Now a Wife

Assalamualaikum :)

Blogging kat Lumut sekarang ni. My dearest husband dah pegi keje. Sedih kan, baru lepas kawin dah kena keje huhuh.. Tapi takpe, aku paham, dah memang tugas dia. Lagipon keje bukan sampai tak balik rumah. Petang karang balikla dia kan kan.. Takleh berenggang langsung, nyampos rasa ehe.. Biasalah, dah kawin nih, lain pulak feelingnya haha.. Nak dia sentiasa ada di sisi. Dok tercongok kat depan kita je pon takpelah. Yang penting dia ada depan mata. Haih.. takleh bayang macamana rasa bila aku dah balik Putrajaya nanti. Huu takmo pikir!

Aku still ada rasa tak percaya yang aku dah kawen. My pumpkin yang dulunye hanya seorang pakwe kini dah jadi suami aku! And I still called him pakwe bila bersembang dengan kawan haha.. "Pakwe aku kan.. eh pakwe lak, somi laa hikhik.." Asyik tersasul je.. Even dia pun sama. Masa jenjalan dengan dia kat Sitiawan tempoh hari, sembang-sembang dalam kete macam biasa. Then dia cakap, "abang rasa macam kita ni still bercinta je.. macam dulu-dulu. Macam time jadi kekasih dulu je. Padahalnye dah jadi laki bini." Hehehe...

Yelah, macam unbelievable je dah kawin. Senang sangat rupanya nak kawin ni. Sekali lafaz, dah, ko dah sah jadi isteri orang. But actually ada juga bezanya bila dah kawin. Masa bercinta dulu jumpa kat luar rumah je. Jumpa-jumpa pakai smart smart. wangi wangi. Sekarang ko dah duduk serumah dengan dia. Haa macam-macam pe'el la bleh nampak kan. But so far, my pumpkin baik-baik aje ehe Oh saya sangat beruntung! Pastu lagi dulu tido sorang-sorang, sekarang dah berdua. Dengan lelaki plak tu! Ehem first night, aku gelabah nak masuk bilik tido haha.. Sebab tak tahu macamana nak tido dengan lelaki kat sebelah kuikuikui... Fyi, aku pe0d masa kawin jadi tidak ada babak 18sx pada malam pertama muahaha..

Apa-apa pun, aku rasa bersyukur sangat-sangat, I am finally a wife to a man that I love the most. Bersyukur sebab keluarga aku dapat menerima dia seadanya dan keluarga dia juga dapat menerima aku dengan seadanya. Alhamdulillah :)

Semoga masjid yang kami bina ini akan sentiasa memperoleh kerberkatan dan kerahmatan daripada Allah dan semoga Allah mengurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam rumah tangga kami. Aminn...


Monday, June 13, 2011

Indahnya Alam Perkahwinan *senyum*


Rindu nak update blog tapi belum ada masa.
Terima kasih pada semua yang menyinggah :)

Tuesday, June 7, 2011

Dengan Sekali Lafaz....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, aku kini sudah sah menjadi isteri kepada sang kekasih tercinta. Tanggal 4 Jun 2011, akan sentiasa menjadi ingatan, insyaallah. Hari paling bersejarah dalam hidup aku. Menandakan peralihan baru dalam hidup. Dulu sorang diri, sekarang dah berdua. Berdua pulak dengan seorang lelaki yang akan memimpin aku di dunia untuk mendapat keredhaan di akhirat nanti, insyaallah...

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat majlis akad nikah kami berlangsung dengan baik. Despite of many problems before that. Bukan problem ape pun, problem buat keje last minute. Aku lah tu, esok nak akad nikah, malam ni baru nak pegi cari tudung. Dan macam-macam lagila keje last minute. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli keluarga yang banyak membantu sedangkan dorang pun ada keje sendiri. Terima kasih. Jasa baik kakak-kakak, abang-abang, adik, mak dan ayah takkan Wani lupakan. 

Ada lagi problemnya, on the day itself. Tok Imam yang nak nikahkan kami tu datang lambat. Janji pukul 11 pagi, pukul 12 tengahari pun tak nampak batang hidung lagi. Padahal dah remind dah tu. Tapi biasalah tu. Musim orang kawin, Tok Imam pun sibukla. Lagipun kitorang adakan majlis kat rumah, jadi mungkin amik masa jugakla untuk Tok Imam tu sampai. Aku tak risau sangat Tok Imam lambat sampai sebab pengantin lelaki dah ada kat luar haha.. Tok Imam lambat takpe, jangan pengantin lelaki lambat sudeyyy huhuhu..

Alhamdulillah, alhamdulillah, pengantin lelaki pun steady je. Sekali lafaz saja maka sah la kami sebagai suami isteri. Macam tak percaya jugak. Bertahun-tahun bercinta (takdela bertahun-tahun pun. Baru je ni), berbulan-bulan merancang, tapi hanya dalam masa beberapa minit je kitorang dah sah kawin. Ish memang senang ajelah! Preparation je yang pening hehe.. Seriously, bila my pumpkin (my husband now) lafaz nikah then saksi pun kata sah, Tok Imam pun bacakan doa, fuhhhhh.. lega beb! Rasa macam terlepas segala beban yang dipikul selama ni.

Dah habis baca doa, mak peluk aku. Ingat lagi masa peluk tu mak cakap, "Wani dah jadi isteri dah sekarang. Jadilah isteri yang baik..." Pehh, sebak :'( Termenangis jugakle. Then peluk mak mentua, adeh lagi sebak. Nasib baik tak menangis lebih-lebih. Aku ni ratu air mata gak ni ehehe.. Takleh nangis lebih-lebih, kang uduh lak mekap :P

Panjang membebel.... pendekkan jela ek. Saya cuma nak cakap, saya dah jumpa ketenangan yang saya cari selama ini. Alhamdulillah Ya Rabb.. :)


Saturday, June 4, 2011

My Marital Status

Bukan bujang, bukan in a relationship and it's complicated. Tetapi...


And I am so happy.
Alhamdulillah.
Thanks all for the prayers.
A new chapter of my life has begun.......

Friday, May 27, 2011

Geli-geli Dalam Perut

Assalamualaikum,

Haa suspension nya tajuk hehe.. Bese yang geli-geli dalam perut ni ibu-ibu mengandong je. Tapi aku nih kahwin pon belum. Macamana dah boleh geli-geli dah nih? Jeng jeng jenggg.. Saya pun mengandong gak ni. Mengandong ulat beluncas yang dah jadi kepompong pastu dah jadi rama-rama dah. Jadi ada butterfly in my stomach. Err tak paham gak? Aku nebes la.. nebes! Sebab......


Arghhh.. nebes!

Tak lama dah ni.. and I still have things that are not settle yet.

Mari kita lihat senarainya:

1. Veil (untuk akad nikah & persalinan no 2) - sewa atau beli? hmm..

2. Tudung (untuk akad nikah & majlis - persalinan 1 & 2) - Yang akad nikah pastinya aku beli. Yang majlis tu tak sure nak sewa tak. Cos tudung sewa sume tudung awning tu. And I don't like! Tak sesuai kot dengan bentuk muka aku huhu..

3. Deco mini pelamin & bilik pengantin
- Design tak confirm lagi
- Flowers (belum beli)
- Curtain (Done)

4. Shoes - sewa atau beli? Urghh malasnye nak beli baru! (Tak cukup duit sebenarnye wuwuwu)

5. Door gifts - Thank you card. Belum Print.

6. Hantaran +__+  - Tak reti nak buat. Tak kretip huhu..
- Flowers & ribbons (belum beli)

7. Kemas & hias rumah

8. Hand bouquet akad nikah  - sewa atau beli?

9. Karpet untuk groom & tilam untuk bride duduk masa akad nikah  - err karpet mak beli, tilam, guna tilam baby jek nanti kihkih


Peh banyak nye tak settle lagi. And I only have 1 week to go. *Pengsan* Sempat tak??????

Korang doa-doakanla sumenye berjalan lancar hokkay?


*Blog ni lama-lama dah macam blog bride to be dah ehehe*

Thursday, May 26, 2011

Cerita Aku Hari Ini

***Arghhh internet slow!!***

Assalamualaikum,

Ye saye berada dalam keadaan tertekan. Ayik tertekan je tuan rumah ni kan haha.. Sori sori. Bukan tertekan ape pun, tertekan dengan internet yang macam harem ni je. Lampunye biru.. Signalnye HSDPA tapi hampehs. Slow jugak. Biasanya EDGE aje yang slow. Lampu kaler ijau. Lampu biru pun slow jugak???? Err lampu hijau lampu biru, macam ada unsur-unsur politik pulak di situ. Choyyy, blog aku suci dari cerita politik okkay. Takde pekdah sume tu. Membahayakan kesihatan je.

So how was your day today?? 

Mine was..... tiring! Sibuk mengobserve temp staff yang akan ganti aku time aku cuti nanti. Sibuk jugak mengajar dia itu dan ini. Banyak jugak rupanya keje aku bila dah ajar-ajar orang ni. Penat!! And bila mengajar kenala sabar kan. You cannot expect orang tu terus paham bila kita ajar. They may take time. Tapi kalo dah puluh-puluh kali ajar tak paham jugak boleh sakit otak aku. Huhu sabar sabar.. Risau pulak nak tinggalkan keje. Risau kalo dia buat salah. Keje aku plak takleh salah-salah. Huhu... *risau* Semoga budak tu dapat faham apa yang aku ajar and dapat buat keje dengan baikla time aku takde. Jangan dok call aku time tengah akad nikah tu dah laaa hehe...

Siang tadi call ahkak bridal yang tolong jahitkan manik untuk baju yang  aku beli kat PKNS Bangi tempoh hari. Aku tanya akak tu ape progress. Gelak aje dia huhuh.. Dia kata mamat yang nak tolong jahit tu promise Ahad ni siap. So saya benar-benar harap dia pegang pada janjinya. Kalau Ahad siap, Isnin kawan aku leh tolongkan courier, then Selasa or Rabu sampai. Kan kan kan? Harap-harap everything goes as planned. Tolong hambaMu ini Ya Allah!

Ohh.. I got my first wedding present today! *big grin* Terima kasih banyak-banyak buat rakan di opis yang pakat-pakat bagi hadiah tu. Banyak lak tu. Haih terharu saya. Terima kasih!! Hadiahnya berupa voucher Jusco and ada 2 bungkusan hadiah lain. Amount voucher tu banyak sangat. Terkedu kejap saya. Terima kasih banyak banyak. Lepas ni aku boleh shopping kat Jusco sepuas hati ehehe.. I might buy a microwave using the vouchers :)

Haa cakap pasal wedding gift ni, ada kawan aku, kawan opis jugakla, suruh aku post kat Facebook my wedding wish list. List hadiah yang saya nak. At first I thought of doing it, tapi bila pikir-pikir balik, tak naklah. Cos actually hadiah ni up to the guest la nak bagi ke tak kan. And ape pun yang dia bagi, saya terima dengan hati yang terbuka. Bukan senang nak beli hadiah untuk pengantin ni kan. So I welcome any gifts :) Kalau takde pun takpe, yang penting doa dan kehadiran dorang ke majlis aku. Cuba bayang kalau takde sape datang majlis aku? Huh sadis.. Takde hadiah takpe lagi ehehe.. Hatta kalo nak bagi jugak, tak nak datang dengan tangan kosong, bawak susu gula pun aku terima. Lagi bagus tu. Boleh buat stock sampai setahun dua ehehe.. 

Apa yang pentinggggg.. kerjasama tu memangla.. Yang penting lagi, doa kalian buat aku dan my pumpkin. 

Thanks all :)


Monday, May 23, 2011

Duit Mengalir Macam Air

Assalamualaikum,

*haih*

Ee tak senon mulakan entry dengan mengeluh. Tapi saya memang dalam keadaan bersusah hati ni. Hadui, bilala hati nak senang. Aku tahu bila! Bila semuanya dah selamat dan selesai! Lambatnyee huhuhu..

Semalam habiskan masa sehari di Bangi mencari baju ganti. Singgah dua tiga bridal jugak. Mak aih, mahalnye nak sewa selai baju pompuan je. Rata-rata quote harga RM250-RM450. =(

Last-last aku beli satu baju kat PKNS, Bangi . Puas hati! Tapi mahalunnnnnnn... Dah terdesak apa boleh buat. Then hantar untuk jahit manik. Sekarang dah kopak dah :( Kisah nak hantar jahit manik tu pun panjang jugak kisahnya. Ingat senangla nak cari tukang jahit. Sekali takde. Kalau ada pun dia takmo hamik sebab dah suntuk sangat masa. Aku nak by this Friday, 27/5. Memangla tak sempat kan? huuhuh

Nak dijadikan cerita, terjumpa satu bridal di Precint 15, Putrajaya. Main redah je masuk. Tawakal ajelah bridal ni boleh tolong jahit manik. Alhamdulillah, Allah tolong aku. Dia pertemukan aku dengan bridal ni. Akak owner sanggup menolong. Dia kata dia sendiri memang dah busy, so dia tolong tanya kawan-kawan dia. Adalah sorang yang sanggup menolong. Tuhan je yang tahu perasaan aku. Happy tak terkata. Nak nangis pon ada gak ehe.. Though upahnya agak *telan air liur* mahal, aku on aje lah. Malas dah nak pikir-pikir. At least baju tu hak milik kekal aku. Takdela terasa sangat nak berbelanja mahal. Boleh pakai balik time ada dinner ke, if muat lagila masa tu haha.

Erm terima kasih sangat-sangat kat akak tu dan kawan dia. Saya tahu benda ni terlalu risky, tapi apa boleh buat, saya terdesak huhu.. Risky sebab aku hantar hari Ahad 22/5, aku nak siap by 30/5 la paling lewat. Aku dah balik Kelate dah time tu so aku mintak tolong kawan aku amikkan and then courier ke rumah aku di Kelate nanti. Hopefully sampai on 31st or 1st June. That is a couple of days before my wedding. Very risky kan? Hmm takmola pikir benda bukan-bukan. Moga-moga semuanya baik-baik. Bagai dirancang. Ya Allah bantulah hambaMu ini!

Nor & Dina
Credit to my 2 lovely friends, Dina & Nor sebab teman aku seharian semalam. Tolong carikan baju, tolong bagi pendapat, tolong carikan kedai. Aku penat, dorang lagila penat. Terima kasih sebab berpenat seharian untuk saya. Allah saja dapat balas jasa baik korang berdua. Love love love!

Eh tak masuk cerita yang ada sangkut paut dengan tajuk lagi ni tapi dah panjang gila membebel haha..

Serious I tell you, nak kawin ni banyak gila duit pakai. Kita ingat kita nak buat simple simple je. Tapi tak kirala simple ke tak you still need to spend quite a lot. Tho maybe not as much as majlis yang grand grand. 

Catering, door gift, deco, photographer, etc.. Semuanya perlukan duit yang banyak. 10 grands may not be enough. Betul! 

Duit aku ni aku rasa macam laju gila mengalir. Baru je simpan dah kena keluarkan lagi. Nak bayar macam-macam. Deposit tu deposit ni. And now, dah kering kontang :( Walhal banyak lagi nak kena settle ni *haih* Terdengar pulak minyak nak naik, barang nak naik ape sume terus gelabah jadinye. Terus niat nak puasa direct seminggu ni ehehe.. Gaji May dah habis, gaji Jun 15hb baru masuk :(

Apa apa pun, I am glad I have family yang sudi membantu. Aku ada 5 orang adik beradik, dan each of them ada sponsor sikit-sikit. Oh serius rasa nak nangis. I love them. Terima kasih sebab ingat lagi kat adik korang yang banyak menyusahkan korang ni. Aku akan balas jasa baik korang nanti. *PROMISE* Mak ayah lagi banyak sponsor. Sob sob I love you mak ayah!

So to all brides and grooms to be, simpan duit banyak-banyak. At least setiap sorang kena ada RM10k. Groom kena lebihla sket sebab nak bagi duit hantaran/mas kahwin lagi kan. Jadi bersediala awal-awal. Sebab when the time comes, duit korang akan mengalir lajuuuu je. And rancang elok-elok, jangan sampai over spend. Ok? *Talking from the experience*

psst.. memandangkan beg duit saya dah takde duit sangat cuma berisi resit saje, makanya korang tolong-tolongla klik iklan nuff aku tu ye hihihihih *malu* 

Duit duit duit.. di mana ko duittt.... isk tetiba rasa macam mata duitan pulak!


$__$

Saturday, May 21, 2011

Saturday Updates

Assalamualaikum,

Harini pergi Alamanda. Beli hadiah untuk Chan Chan yang akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ni :) Hadiah ape kitorang beli taklehla cakap. Cos Chan Chan kekadang baca gak blog aku ni. Kang kantoi, tak surprise pulak ehehehe.. Hadiah tu ikhlas dari kitorang tau Chan. Harap ko suka lah :)

Aku tak dapat pegi wedding Chan Chan nanti cos hari dia kawin tu la aku balik kampung. Dah tak boleh postpone to another day dah balik kampung tu sebab aku pon banyak lagi hal tak settle. Kena balik cepat-cepat. Sorry ye Chan. Tapi saya doakan ko dari jauh. Semoga sentiasa bahagia dengan Daus :)

After beli hadiah lepak-lepak jap dengan Dina, Nor and cousin Dina kat foodcourt Alamanda tu. Plan nak tengok Nur Kasih tapi mak aih orang ramai. Every showtimes sume penuh. Ramai betul yang nak  tengok ye. Ni nak try beli ticket online. Tapi hampa jugak... sampai malam sume time penuh. Macamana ni??? Kempunan nak tengok.. Huh ramai betul peminat cerita Nur Kasih ni ye ehehe.. Aku takdela layan sangat drama dia dulu. Tengok skip skip.. Movie ni nak try gakla tengok. Baca review pun best best. Katanya, lagi best dari cerita Kongsi tu. Cerita Kadir Bhatia memang selalu best kan. Banyak bermain dengan emosi. So rasa macam tak nak lepaskan peluang tengok. Tapi kalo dah penuh macam ni, takde chance la nak tengok kan huhuhuh... Takpela. tunggu aje CD :) Or maybe download secara haram je nanti kihkihkih *ada hati nak donlod. line slow macam siput babi. cane nak donlod?!*

Erm esok nak ikut Dina pegi Bangi. Nak cari baju.. ganti yang orang dah amik tu. Eeee bencinye bila ingat-ingat balik. Harap-harap ada la baju yang okay and harga pun munasabah. Kalau harga dalam RM400 huh sekian terima kasih jela. Aku pakai baju kurung bese je nanti time majlis. Tengokla nanti huhuhuhuhuhuh *Seteresssssssssssss*

Dah dah jangan sebut hal tu. Kang BP naik sape nak bertanggungjawab...

Klah.. nak buat wishlist.. Hadiah kawen apa saya nak hahahahaha.. Senang sket orang nak bagi hadiah kat saya kan kan kan :P

Nyte all :)

Friday, May 20, 2011

Senyum Sambil Menangis

Assalamualaikum,

Saya senyum tapi sebenarnye saya sedih...

These few days asyik memikirkan tentang persiapan nak kawin.

Hari-hari orang dok tanya aku, "So how's your preparation? Settle already?" "Wani, dah siap ke semua benda nak kawin ni?" And banyak lagila soalan pasal prep kawin nih.

Soalan-soalan tu semua buat aku  tension! Stress! Sebabnye, I haven't done anything yet.

Hantaran - 0%
Mini pelamin  - 0%
Door gift - 0%

Semua tu tunggu aku balik kampung nanti baru nak settle. Which is a week before my big day. Sempat ke? :(

Aku asyik dok pikir nak mintak tolong sapela buat tu semua. Aku nak buat sendiri memang tak mampula cos tangan aku tangan kayu. Tak kreatif langsung. Nak mintak tolong orang lain, masing-masing sibuk. And aku dah takut nak mintak tolong orang sebab takut akan menyusahkan. Dah kena dah haritu jadi aku serik dah.

Stress!!!!

Then today stress tu berganda-ganda lagi. Received a phone call from bridal aku sewa baju & pelamin. Boleh pulak dia cakap baju yang aku book tu sebenarnya dah ada orang lain book. Long before me. Tapi sebab staff yang handle masa tu tak tag they thought baju tu still available masa aku pegi tengok. And the 'best' part, staff tu dah resigned. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Now aku kena let go baju tu and cari baju lain. Boleh tak??? And it's only few weeks away! Memang rasa nak maki-maki orang je tadi. Tapi nasibla rasa sabar masih ada dalam diri. Well, aku tak boleh nak cakap ape dah.. Sedih :(

I wish the call was just a prank call. But it's not! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa...



Wuwuwuwuwuwuwuwuwu whyla now only the dugaan come to me. Datangla awal-awal. Bolehla aku settle awal-awal. Ni dah last minute. Nak settle masalah lagi, nak settle stress lagi. Huwaaaa..

Petang ni nak pergi cari ketenangan. Nak pegi klinik gigi buat scaling. Moga-moga saya tenang selepas membuatnya!

*dah ting tong*

Saturday, May 7, 2011

Sabtu Yang Ceria :)

Salam 1Malaysia..

cecece bajet macam baca berita. Apa kabar anda-anda semua?? Saya sihat alhamdulillah. Ceria ye saya hari ni sebabnye semalam Kelate menang ekekeke.. Tak abes abes dengan bola. Mainnye tak reti! 

Sebab lain saya ceria ialah kerana mak, ayah dan adik saya baru sampai dari kampung pagi tadi. Pukul 6 pagi, alhamdulillah mereka yang menaiki bas transnasional nak ke sini selamat sampai di Putrajaya Sentral. Dengan muka bangun tido saya pegi amik.

Sesampainye di rumah perkara pertama saya buat ialah, bukak kotak kad kawin saya! haha bertuah punye anak. Bukan nak salam peluk cium mak ayah dulu... hey hey heyy of course aku hug hug kis kiss dorang dulu. Saje tak nak mention. Eh dah termention jugak dah :P 

Kad kawin saya sangat cantik haha boleh tak nak puji sendiri. Kalau orang lain kata tak cantik peduliklah. Yang penting, saya kata cantik. Kaler lembut je. Oh kaler dipilih ayah saya sendiri :) Nanti esok bolehla cerita kat anak, "kaler kad ni Tok Yah yang pilih tauuu.." And then map pun cantik. Aku suke aku suke.. Thanks Artlife Solution :) Orang semayang subuh aku pulak sibuk melipat kad.. Excited bebeno dah..

That's the reason why saya sangat ceria. Dapat bertemu mak ayah dan adik tersayang dan dapat tengok kad kawin aku sendiri. Iskk.. dah nak kawin dah.. Macam tak percaya gadis comot cam aku dah nak kawen haha.. Percaya atau tidak.......

Aktiviti weekend belum dirancang. But tomorrow plan nak ke Lumut. Nak jumpa my pumpkin untuk pass kan kad jemputan and amik baju melayu dia. Heh tak sabar nak jumpa dia plak. Sangguplah travel jauh-jauh. Balik hari pun jadilaaaa.. Esok dia duty. Yayy boleh tengok dia in uniform..* Saya suka tengok lelaki pakai uniform. Even pak gad. Cos they look smart, neat and clean!*

Dah tu je cerita ceria saya. Nak turun makan. Huh perut aku pon turut ceria kalau mak datang!

Wednesday, May 4, 2011

30 Hari

30 hari lagi wehhh.. dah takde month month dah...

*gulp*


Kad jemputan dah siap, alhamdulillah and finally! Hehehe sendiri silap sebab last minute baru tempah. Tunggu ye kawan-kawan, nanti saya edar-edarkan :)

Call mak just now. Mak bagitau ayah tengah cat tangga rumah ehehe.. Boleh bayangkan ni ayah berpeluh-peluh mengecat. Favourite dia tuh mengecat... Thank you, ayah! :)

Banyak lagi tak settle. Tapi boleh tak kalau tak nak pikir?

Monday, May 2, 2011

Sunday, May 1, 2011

1 May - Kenduri Kahwin Tini

Assalamualaikum,

Selamat Hari Pekerja semua!!! :)

Entry entry kat bawah tu semuanya scheduled entry. Sebabnya hari Sabtu, aku and member-member PCD keluar pegi Alamanda beli hadiah untuk Tini. Pastu aku tido umah kawan aku. Nak mengelakkan blog dari berabuk berdebu, aku buatla auto publish entry..

Ape cite korang harini? Pegi jalan-jalan dengan family? Dating dengan pakwe makwe? Atau cuma tido tergolek kat rumah? Kalo saya takde apa aktiviti nak buat, saya dah sah-sah tido tergolek kat umah je hari ni ehehe...

Tapi harini saya dan rakan-rakan berjalan jauh. Ke Telok Panglima Garang. Jauh jugaklaaaa.. Turun pukul 10.30 pagi dari Serdang, sampai di sana jam 12 tengahari. Lama kan kan kan? Pergi ke sana dengan tujuan nak meraikan pasangan pengantin Muhd Fakhri & Hartini Yahya. Tini, is my best friend at UPM. One of the PCDs. Dia PCD pertama yang kahwin.. Kenduri kat rumah Tini di Mukah, Sarawak kitorang tak dapat nak attend sebab jauh sangat. So kitorang pergila kat umah lelaki ni. Jadi wakil keluarga Tini sebab dorang tak dapat turun dari Sarawak.

Terima kasih banyak-banyak keluarga Fakhri sebab layan kitorang dengan baik. Dapatla renjis-renjis pengantin. First time woo buat hihihi.. Makanan pun memang marvellous habis. Penuh pinggan dengan lauk. Tak pernah lagi aku pegi kenduri yang hidang banyak lauk. Ada ayam, ada daging, ada kerabu ada macam-macamla. Dan saya makan semua! hehe.. Tak cukup dengan tu, kena invite makan kat meja pengantin pulakkk... Dapatla makan lauk sedap-sedap. Ish, makan banyak. Tak sedar perut dah membuncit huhuhu

Penat nak bercerita panjang. Tengokla gambar 3 keping nih. Cilok dari FB Tini ehehe...



Us, PCDs :)

Saturday, April 30, 2011

What's Up With My April Planning

Assalamualaikum,

time flies!

Oh my oh my, esok dah nak masuk May! *gulp*

April planning:

  1. 3 April: Wedding Nisa di Kajang (coursemate BSAS UPM)
  2. 9 - 10 April: Shopping barang hantaran.
  3. 21 - 26 April cuti: Balik kampung to settle few things:
  • HIV test
  • Fitting baju (hopefully muatla huhu)
  • Tempah kad jemputan for both sides
  • Survey door gift and deco for mini pelamin (akad nikah) & bilik pengantin
  • Jumpa photographer to show around the house

1. Done. Read this: Nisa's Wedding
2. Done. Tapi bukan dari 9-10 April. Tapi dari 15-16 April. Read this: Great Weekend
3. Done. Selamat pergi dan balik. Cuak jugak sorang-sorang tapi, kena la belajar hidup independent kan? Read this: Cerita di Kampung
  • HIV test - Done. Buat di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Jumpa HA yang lucu eheh..
  • Fitting baju - Done. Muat alhamdulillah. Tho aku still rasa nak kena kurus lagi. Sebulan lagi ni. Sempat ke? huhu.. Sambar another baju jugak untuk 2nd persalinan. But my pumpkin kinda disagree with the colour of the dress *sobs*
  • Tempah kad jemputan - Done. Buat dekat Wakaf Che Yeh jugak sebab dekat dengan rumah. Tempah pun tak banyak sebab jemputan tak ramai. Kad simple sangat. Takde gambar kitorang ape sume. Orang letak gambar tunang, kitorang tak tunang pun lagi hihi.. Merisik hari tu pun takde gambar kitorang berdua. Colour kad pulak dipilih oleh daddy tercinta :)
  • Survey door gift & deco - Not Done. Errr.. yang ni aku serah 100% kat mummy. Biarlah mak yang tentukan ape dia nak bagi kat orang. Aku tak kisah pun huhuh.. But my friends, please do not expect me to give some expensive things sebab aku tak punya budget yang mencukupi huhuh... Door gift biasa-biasa saja tapi insyaallah cukup sebagai tanda terima kasih kami kepada kalian kerana sudi hadir, insyaallah :) As for the deco, ermmm... yang ni a week before majlis baru nak pikir kot muahaha.. marilah kita berkelam kabut di minit-minit terakhir.
  • Jumpa photographer - Not Done. Aku lupa! kihkihkih.. Takpela, seminggu sebelum majlis sempat lagi kot ehehehehe

 Planning korang ape cite? On track tak? 
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...