Showing posts with label cik bibab. Show all posts
Showing posts with label cik bibab. Show all posts

Tuesday, November 10, 2015

9 Nov 2015 ~ Cik Bibab Is Free From Maybank!!

Assalamualaikum,

Harini hari bersejarah. Kena catat dalam blog. Alhamdulillah, kereta aku aka Cik Bibab dah habis bayar dah. Aku pegi bank buat full settlement. Sepatutnya Januari 2016 habis bayar. Tapi aku discuss dengan husband better aku settle jela terus. Sementara ada rezeki lebih ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Cik Bibab, aku beli pada tahun 2009. Beli sebab masa tu aku baru dapat keje. Keje pulak kena pegi pukul  5 pagi. Takkanla aku nak suruh kakak aku hantar kan. So, dengan gaji pertama aku, aku bayar down payment dan buat loan dengan Maybank selama 7 tahun. Mak yang suruh buat loan 7 tahun je sebab dia tak nak aku berhutang lama lama. Setiap bulan bayar RM564. Sehinggalah aku berhenti kerja pada tahun 2011 sebab ikut husband berpindah ke Sabah. Ayah aku sambung bayar. Kereta tinggal kat kampung. 

Aku mula mula rasa macam serba tak kena jugak nak berhenti kerja, nak biar ayah yang bayar. Tapi mak aku pulak insist suruh aku berhenti dan ikut husband. Dia kata tempat isteri di sisi suami. Dia tak suka tengok kami tak tinggal bersama. Mak jugak yang cakap takpe, mak ayah boleh sambung bayar. Guna duit pencen, duit sewa kedai, duit sewa rumah tamu.. Huuu.. aku sedih. Kadang kadang timbul rasa kecewa dengan diri sendiri sebab dari kecik sampai ke tua dok menyusahkan mak ayah. Allah... anak jenis apa aku ni? Memang kadang kadang timbul rasa menyesal berhenti kerja. Aku sedih sangat. Macam macam perasaan ada. 

3 tahun ayah yang tanggung hutang aku. Aku tahu ayah pun perit nak membayarnya lebih lebih lagi selepas dia pun beli kereta baru. Bertambah bayaran yang dia kena buat. Kadang kadang dia tak dapat bayar penuh sebab tak dan duit katanya. Aku sedih sangat. Bukan sedih sebab duit nak bayar tak cukup tapi sedih sebab aku dah menyusahkan dia. Dia pulak yang minta maaf sebab duit tak cukup. Allah... Wani mintak maaf mak, ayah..... 

Hujung tahun 2014, kampung kami dilanda banjir. Bah kuning. Cik Bibab pun tenggelam sekali. Allah.. sedih sangat rasa. Besar ujian Allah bagi. Dahla masa tu aku tengah pantang Shafina. Lepas banjir dah surut, kami hantar ke bengkel Perodua. Kos baiki berjumlah RM2000. Itupun tak dibaiki sepenuhnya. Dia just baiki untuk hidupkan enjin je. Lepas tu tambah lagi kos cuci buang lumpur, baiki lampu belakang tak menyala, dan banyak lagi lah. Almost RM3k jugak kot total total semua. Again, mak ayah yang tanggung kos baiki. Husband aku pun ada bagi sikit duit. Sedih lagi sebab banyaknya dugaan huhu... Malu sangat kat mak ayah, kat husband.. 

Cik Bibab sekarang adik aku yang guna. Bawak pergi keje. Aku serah kat dia jela untuk jaga. Baru baru ni dia tinted cermin Cik Bibab tu. Hihi umur  6 tahun lebih baru nak tinted. Haritu ada jugak dia cakap nak bagi duit sikit. Tapi aku cakap dengan dia tengok gaji lah. kalau rasa cukup bagi lah sikit untuk kurangkan beban ayah. Tapi ni memandangkan aku dah bayar habis so takpelah. Cukuplah dia guna, isi minyak, tolong basuh 2 minggu sekali ke hehehe.. Aku selalu pesan kat adik aku, cari keje elok elok. Doa dapat permanent job. Dapat keje kerajaan lagi bagus. Lebih secure dari segi pendapatan. Aku pesan kat dia, jangan jadi macam aku. Nak kawin ke ape, tunggula stabil dulu. Cukupla aku sorang yang susahkan mak ayah. 

Alhamdulillah. Aku lega sangat bila dah settle semua bayaran. Mak ayah dah tak perlu bayar bulan bulan lagi dah. Terima kasih mak, ayah atas pertolongan ni. Banyak sangat jasa mak ayah. Banyak dah duit yang habis. Aku tak mampu nak bayar dengan wang ringgit.. Wani hanya mampu doakan mak dan ayah dari kejauhan. Semoga Allah sentiasa lindungi mak dan ayah, murahkan rezeki, panjang umur, sihat selalu... 






Tuesday, July 26, 2011

Seksanya Hidup Tanpa Cik Bibab!

Assalamualaikum,

Ye.. hidup memang agak tersiksa tanpa Cik Bibab di sisi. Rasa macam kalo berjalan pun tempang jek kaki ni.. Pada yang baru follow blog aku (hehe gedik je bunyinye tu) Cik Bibab ialah kereta aku. Viva 1.0 warna Sapphire Blue. Haa amik keterangan penuh detail ehe.. Gambar takdela pulak nak tempek tempek.

Cik Bibab sekarang berada di kampung aku yang indah permai di Kota Bharu, Kelantan. Aku jugak yang tinggalkan dia kat sana. Huwaa sori Cik Bibab! Now I know how hard life is without you.

Pagi-pagi kena bangun awal pegi keje sebab carpool dengan kakak. Dia nak kena hantar anak dia sekolah. By 7am dah kena gerak. Huwaa awalnye.. Kalau Cik Bibab ada, pukul 7am tu baru nak mandi kot.

Petang-petang pulak, by 4.30pm kakak aku dah paging: Let's go home! Waa awalnye. Keje tak settle lagi nih. Almaklumla buat keje sambil blogging muehehehe.. Tapi terpaksala balik jugak. Dah nama carpool kan. Abes kalo tak balik sekali nak balik ngan sape pulak? huhuhuhu... Kalaulah Cik Bibab ada. Pukul 8, 9, 10 malam baru balik pun takpeee..

Takde Cik Bibab di sisi, aktiviti meronggeng bersama rakan-rakan sebaya turut terbatas. Kalau dulu, asal bosan je turun Serdang, bosan je pegi UPM. Tak pon ke Alamanda.. ke The Mines.... Tapi sekarang dah kena bergantung harap dengan rakan-rakan untuk datang pick up aku. Ah susahnye! :(

Nak keluar membeli belah barang keperluan sendiri pun agak susah. Yela, boleh follow akak aku kalo dia pegi shopping. Tapi.. sometimes no privacy. Kadang-kadang aku nak jugak masuk kedai lingerie sexy sexy nak beli selai dua untuk pakai depan laki kan? Muahahahaha.. Pendek cite, susahla kalau Cik Bibab takde. Secara otomatis saya malas nak kuar shopping. Eh goodlah kan? Jimat duit!

Haa lagi satuuu.. kalau ada Cik Bibab, tanpa rasa syak wasangka, Jumaat petang je pasti saya akan memecut ke Lumut! Tapi Cik Bibab takde ni, macamana nak pegi. Naik bas adalah sangat dasyat. Very bumpy! Jalan dari Teluk Intan - Lumut is like HELL. Lopak dan lobang merata-rata. MB Perak, please take note ye huhuh.. Kesian saya dan yang paling penting kesian baby dalam perut saya. Melompat-lompat dia. Eh ehh ehehehe..

 Hmmmm.. Cik Bibab oh Cik Bibab.. I miss you like crazy...............


Saturday, April 2, 2011

Apa Nak Buat: Sabtu, 2 April 2011

Assalamualaikum,

Susulan entry ini, my pumpkin is okay. According to him la. Hopefully dia betul-betul ok and he's not saying it just to comfort me. Yelah, dia takde depan mata aku, so aku tak tau keadaan dia yang sebenarnya. Percaya je bulat-bulat apa yang dia cakap. Katanya dahi bengkak sikit. Doktor dah bagi ubat and hari ni dapat pelepasan untuk berehat. Kalau ikutkan dia masih ada aktiviti lagi. Dia kan tengah kursus seminggu. Ape-ape pun, glad that he's okay. Geram takleh cakap dengan dia cos dua-dua pun takde kredit eheheh.. Erm kalau still pakai handphone Sony bolehla suruh dia mms gambar. Nak tengok sikit bengkak tuh. Tapi apakan daya aku sekarang pakai handphone Nokia cabuk jeh.. Seangkatan Nokia 3310. Sabau jele..

Thinking to buy new phone and switch to postpaid line..Nantilah pikir...

Harini nak teman akak aku service her new car dekat Bangi. Eh I didn't tell you guys kan my sister dah beli kereta baru. 6 months after her accident. Banyak survey kereta, test drive pun banyak jugak. We've tried Alza & Forte.. But finally she bought Toyota Avanza eheh.. Affordable car, big, just nice for her family. Senang nak sumbat basikal my niece and nephew. Aku dah drive few times. Ok la.. It's just that kereta tu macam a bit bumpy. And macam kurang pickup berbanding Cik Bibab aku ehehe.. Kereta besar kot. 1.5L. Berat. Cik Bibab 1.0L jekkk ehehe.. Oh oh, speaking bout cars, minyak naik lagi kan?????? Luckily RON97 yang naik. Naik bukan sikit, 20 sen tuuuu.. Bak kata Zura, lepas ni isi kete ngan minyak angin jela ehehehe...

Lepas pegi servis kete, mungkin ke Alamanda. My niece Hanin claimed dia kurang nampak. Erk.. kecik-kecik dah nak pakai spek ke? Aku cukuple tak berkenan. Yela, once dah pakai spek, sampai ke tua la ko kena pakai. And mata akan jadi makin rabun from time to time. Dulu masa awal-awal pakai spek, aku ingat lama-lama mata akan ok sebab mata absorb power dekat spek tu. Okay, I was so stupid that time! Tidak rupanya. Sekarang, dah terpaksa bergantung pada spek. Tak pakai memang langsung tak nampak! Menyesal okayyyyy...... 

Ini Hanin and her tupai teeth hihihi

That's why aku macam tak berkenan bila my niece cakap mata dia dah tak nampak. Hello, she's only 9 years old!! Like so very young. Aku tanya dia, "betul ke tak nampak ni?". Dia cakap, "Betul, Hanin dok row number four, nampak kecik je tulisan teacher. Pastu Hanin tak nampak kalau teacher write dengan marker colour red."

Aku cakap dengan dia, "marker dah habis ink kot?" muahahaha.. Then dia cakap, "ish.. takla. kalau habis ink, teacher tukarla new marker." Pandai je dia menjawab ye.. Takpe takpe... I told her, "nanti kat kedai spek tu, hanin kena letak chin hanin kat satu machine ni. pastu hanin kena tengok kat machine tu, hanin tak bleh blinking pun!" haha..jahat tak macik dia ni? Terusla lepas tu dia dok bulatkan mata, besarkan mata. Practice not to blink. hahahaha... So naive! We'll see la nanti. Hopefully she does not have to wear glasses.. *fingers cross*

Ini Hanin pakai spek tipu-tipu


How's your day like? :)

Saturday, February 19, 2011

2 Tahun Bersama!

Assalamualaikum,

Selamat sore semuanya! Dah minum petang? Pepetang nak hujan, mendung, awan gelap berarak, syok jugak kalau dapat minum teh o panas-panas pastu cicah kuih bahulu. Pehhhh.. sedap! Teringat kuih bahulu yang my pumpkin bawak masa merisik haritu. Sekejap je habis. Laku! ehehe (eee nak gak selit cite my pumpkin dia, nyampoh!)

Monolog diri dengki lagi. Abaikan dia pls!

Erm, pagi tadi pergi servis Cik Bibab. Kata service consultant supposedly kena buat major service dah kalo ikut mileage tu. Er.. aku tanya dia, "kalo buat major service berapa ratus kena nih?" "Dalam RM300++ cik", jawabnye. Huwaa... terkedu sebentar. Tanya dia lagi, "kalau tak buat sekarang boleh ke???" Nasib baekla dia jawab, "boleh je cik".. Aku bukan ape, lari bajet! Huhu... bulan ni macam banyak sangat nak pakai duit kan. Dah dia kata leh buat next service takpela. Mungkin by that time dah ada duit lebih sikit. Lagipun Cik Bibab ni bukan jalan jauh pun. Alih-alih Putrajaya-Cyberjaya-Putrajaya je. Paling jauh, pergi Serdang (jauh kerrr?) ehehe...

Btw, servis tadi kena dalam RM250. Benci! huhuhu... 

Erm ada kawan-kawan yang suruh aku servis kat bengkel biasa je. Katanya kalau kat bengkel biasa takdela mahal sangat. Tapi, entahla.. Ada a few reasons la kenapa aku tak hantar Cik Bibab pergi bengkel biasa. 

Satunye sebab aku tak tahu bengkel mana yang sesuai. Takut nanti ditipunya aku. Aku nih kan perempuan yang reti bawak kereta je..hal-hal dalaman kereta memang aku totally tak tau ape. So orang pun senangla nak tipu kan?? 

Duanya sebab aku meragui spare parts yang digunakan. Entah ori entah tidak.. Lagi sekali sebab aku ni perempuan yang tak reti ape-ape pasal hal dalaman kereta, maka aku risau kalau aku ditipu.

So, takpela...aku hantarla dulu ke Perodua Service Centre ni walaupun mahal sobsob.. And Perodua, jangan tipu saye! Kang saya heret pi Tribunal Pengguna *tetibe*

Ini bergambar dengan Cik Bibab tahun bile tah.
Rasa macam masa awal-awal dapat Cik Bibab, tu yang gaya macam sayang gile tuh.
eheheh Cik Bibab jangan marah noo...
Sekarang pun masih sayangggg :D

Friday, June 5, 2009

Darling Cayangku Cik Bibab

Assalamualaikum...

Semalam, memandangkan mood tidak berapa baik, maka saya telah mengambil keputusan membawa Cik Bibab untuk dicuci (apakah relevannya?!)

Cib Bibab dah comot sangat, saya pun serabut menengoknya.... So, bawak cuci plus vacuum.. Kena RM10. Mahal ke? Kat Cyberjaya ni, (rasanya) inilah satu-satunya car wash yang ada. Dekat dengan Terminal Bas Cyberjaya dan Streetmall. Dekat Putrajaya (rasanya juga) tak ada car wash. Nak tak nak, aku bayar jela. Nak basuh sendiri, sori beb, I tak suka main-main kotor ni (eeyuu statement tak leh blah, padahal malas!!!!).

--- Abang carwash tengah mengelap cermin Cik Bibab agar berkilat dan berseri ---

--- Cik Bibab kembali anggun, tidak comot lagi ---


Dah abes cuci Cik Bibab, aku isi minyak plak. Kesian Cik Bibab, lapo petrol. Berkelip-kelip haa mata dia. Aku pon naik risau, lambat lagi nak sampai petrol station ni, dia dah berkelip-kelip dah. Memang agak kritikal la lapar dia tu. Alhamdulillah, Cik Bibab mampu bertahan sehinggala sampai ke petrol station. Aku isi RM40. Ingat sampai full tank, tak rupa-rupanya. Almost full je. Dasar perut besar Cik Bibab neh....


Dah isi petrol, rasa macam tayar Cik Bibab kurang angin. Aku fikir-fikir, nak pam ke tak. Kalo tak pam, kang jadi pape plak kat tayar Cik Bibab neh. Nak pam, tak retila pulak macamana. Pikir masak-masak, aku gamble jela. Belek-belek manual, nak tengok brapa banyak angin yang perlu dipam dalam tayar Cik Bibab ni. Ahh, terlupa, kat tepi pintu ada. 200kPa front and rear.
Macam konfiden je, aku bawak Cik Bibab pegi dekat pam tu. Serius aku tak tau macamana nak pump!!!


Aku godek-godek jela kan.. Tekan-tekan ape yang patut. Aku bukak dia punya err penutup tu, cucuk menatang tu kat situ, takde ape-ape hasil. Rosak ke pam ni? Aku try lagi sekali. Tak dapat jugak. Tak gerak-gerak pun meter tu. Tanpa aku sedari kan, ada sorang mamat berdiri kat sebelah aku. Dia tanya "Boleh ke? Macam terkial-kial je?" Wah, tetiba rasa malu. aku jawab, "err, x boleh...awak boleh tolong?" Dengan tak malunya aku tanya (muehehehehe)... So dia amikla wire tu dari aku.. Dia buatla kat satu tayar. "Ok dah.."katanya. Aku pun cakap, "awak, tayar lain pon blum isi lagi.." tersipu-sipu malu ni.. "Hahh...??" Buat-buat terkejutla plak kan dia.. "Saya ingat yang lain dah..." Terus dia pam tiga tayar lagi.


Terima kasihla kepada abang tersebut yang sudi menolong saya (hihi)...
Nasib baik ada lelaki gentleman lagi dalam donia ni.


Biarlah dia (atau korang) nak kutuk aku tak pandai pam angin dalam tayar pon. Aku redha je. Sebab aku memang tak reti! (hihi)..



Pesanan buat Cik Bibab,
Darling cayang, darling cayang jangan buat hal ehh... Jangan rosak-rosak eh..nanti I tatau cane nak baiki. I bukan mekanik uhuhu..
Darling cayang jangan selalu sangat buang angin eh, I tak reti nak pam balik uhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...