Showing posts with label pjj. Show all posts
Showing posts with label pjj. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Random Updates

Assalamualaikum,

Eh lamanya tak update blog! Lama ke? Consider lama la jugak kan. Ada orang every day blog dia berupdate! Erm, aku macam takde cerita sangat kot nak update blog nih. Hari-hari baca news online, banyak jugak news yang menarik perhatian aku.. Thinking to share it here, but then, as usual lah, penyakit MALAS tu ada. Malas nak copy paste ehe..

Erm, tolak harini, ada 8 hari lagi nak abiskan puasa kan? Alhamdulillah aku puasa penuh lagi. Sometimes kesian jugak kat baby.. Kesian takut dia kelaparan. Aku selalu takut if anything bad happened to him/her. Weekend ni asyik pikir bukan-bukan je. Almaklumle, dok umah je tak buat pape. Asyik dok pikir ridiculous things jela. Last nite ada terbaca kat blog mana tah, dia kata ibu mengandung yang takde alahan ape-ape, lebih berisiko untuk kehilangan kandungan i.e keguguran. Arghhh that scares me alot!!! Sebab aku memang takde alahan ape pon. Muntah-muntah tu memang takde. Baru 3 kali kot aku muntah selama 10 minggu++ pregnant ni. Orang lain almost every day, every hour kan muntah? Uhukuhuk...... Takutnye. I don't want to lose my baby.... Ya Allah, Kau lindungilah dia Ya Allah. Kau peliharalah dia. Biarlah dia membesar dengan sempurna dan sihat di dalam rahimku ini Ya Allah. KepadaMu sajalah aku berserah.. Amin amin Ya Rabbal Alamin.....

24hb ni nak pegi checkup kat KKIA Precint 9. Normally kat KKIA takde scan baby kan? So aku ingat right after that nak pergi klinik, nak scan. I just want to see my baby. Nak make sure he/she is doing well.....

Hmm okey takmo pikir banyak sangat pasal ni. Berserah saja pada Allah Yang Maha Esa....

21 hari puasa.. Sekali pon belum pernah berbuka dan bersahur dengan my dearest pumpkin. Sedih sedih. Nasib badanla duduk berjauhan macam ni. Dia takleh turun Putrajaya sebab sibuk mencari rezeki. Aku pulak, tak sibuk pon. Weekend je berkurung dalam bilik, tergolek-golek atas katil. Doing nothing. Aku cuma tak larat nak naik bas pergi Lumut. Perjalanan bukan sekejap. Dan bukan comfy pun perjalanan tuh. Very bumpy ok! Since aku belum melepasi trimester pertama ni, ada baiknya aku stop travelling. Takpelah, demi keselamatan dan kesihatan baby and mummy kan? Kekadang memangla datang rasa sayu, pilu tak dapat nak masak untuk husband etc etc.. Jeles tengok kawan-kawanla. Tapi apa boleh buat. Aku hanya perlu ingatkan diri yang aku dengan husband ni tak sama dengan orang lain. Situasi kami berbeza... Insyaallah, we will have our chance too. Soon, insyaallah... Doakan aku dan suami dapat bersatu, duduk sebumbung, tido sebantal, makan semeja sama seperti pasangan suami isteri yang lain nanti ya!

Persiapan raya also taraakk.. Aku dan husband takde baju raya pon. Sepakat nak pakai je baju kawen haritu. For him no problemla cos takde masalah muat tak muat. Aku jela, for sure tak muat sebab after kawin, badan naik bagai dipam-pam hehehe.. Takpela, kalo tak muat, aku pakai jela baju kurung yang mana ada. My pumpkin pon cakap, tak perlu nak sedondon bagai. Takde dalam Islam pun suruh isteri pakai sedondon dengan suami time raya. Okkay, kalo dah kuar bab Islam tu memang aku takleh nak bantah dahla ehe.. Baiklah suamiku. Saya yang menurut perintah! Tapi tapi teringin jugakla kan nak pakai sedondon dengan suami. Barula nampak muafakat membawa berkat kan?? Tapi takpelah. Aku pon takde masa nak pegi shopping mopping baju lain. Kereta takde, susah sikit nak gerak. Pakai jela apa yang ada. Tak payah nak pening kepala...

Korang start cuti raya bila? Aku amik cuti 29hb Ogos & 2 Sept. 26hb Ogos last keje. Insyaallah 27hb tu gerak balik Kelate. Ni satu lagi cerita sedih. Aku tak balik dengan my pumpkin. Balik separate jugak. Kat kampung nanti baru jumpa. Sebabnya dia most probably sehari sebelum raya tu kena kerja lagi. Sabar jela kannnn...

Oklah.. petang ni nak berbuka dengan kawan-kawan opis. Tak tau nak pakai baju mana lagi. Kang nanti rembat je mana-mana t shirt yang tak payah iron. Haha aku sekarang dah jadi selekeh, selebet gila dah. Malas dah nak  bersolek-solek bagai. Pembawakan budak jugakla kot ehehe.. See nak blame pregnant lagi. Padahal diri sendiri yang malasssss..

Baiklah, tata uols. Selamat berbuka pukul 7.25 petang karang! (Waktu berbuka bagi Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan yang sama waktu dengannya).

Friday, July 22, 2011

Harini Saya Nak Senyum Je :) :) :) :)

Assalamualaikum sohabat sekalian :)

Hari ini saya isytiharkan sebagai Hari Senyum Sampai Lenguh Rahang... :P

Kenapa in happy mood? Sebab si husband nak datang. Yay!  :D

Si husband sebenarnye duty weekend ni. Jadi tak dapatla nak datang jenguk si wife yang tengah sarat mengandung menanggung kerinduan nih muehehe.. Oh oh.. makanya si wife ni memangla dalam kesedihan beberapa minggu ni. Dahle weekend ni duty, weekend depan pulak si husband ada keje jugak. Takleh nak datang jugak. Si wife nak pegi ke Lumut, pikir 2,3,4 kali. Serik nak naik bas! Kalau ada kereta, no hal. 

Si wife.. si husband.. macam cerita hikayat jek :P

Alhamdulillah.. my pumpkin faham isi hati isteri dia ni.. Itupun selepas aku merengek cam budak kecik huahuahua..And with some magic done (hehe) dia dapat turun ke Putrajaya weekend ni. Right after work today, insyaallah dia akan gerak dari Lumut ke sini.

Terima kasih abang.. You make me the happiest person today. Yayy malam ni boleh tido bawah ketiak dia! muehehehe..

That's the reason why I smile today :) :) :)

Errr.. tapi kan.. muka aku penuh berjerawat nihhh.. Dah tak comel dah...... +__+

Monday, June 20, 2011

Bye bye Husband. I'll Be Missing You :'(

Assalamualaikum,

Semalam dearest husband dah balik Lumut. Tinggallah aku sorang-sorang kat Putrajaya. Tinggallah aku tido sorang-sorang huahuahua (itu yang paling penting). Maka bermulalah episod PJJ kami. Orang lain PJJ dapat Master atau PhD. Aku PJJ dapat ape tah ni?

Sedih....

Macamla tak biasa duduk jauh. Erm memang tak biasa. Dulu duduk jauh sebagai kekasih je. Sekarang dah tukar status. Dah jadi isteri. Bila dah jadi isteri dan masih duduk jauh, sedih sangat rasa. Kalau ikut hati, dah lama aku resign and duduk je kat Lumut. Jadi housewife pon jadilah. Tapi bila pikir balik secara tenang, it's not that easy. Banyak benda kena pikir. No worries, this will be only for a while. Temporary je nih. One fine day, I'll go there and stay with you honey! *Sesi sedapkan hati*

Semalam memang berat hati nak lepaskan dia balik. Sobsob.. kalau boleh peluk, aku peluk dah dia erat-erat, tak bagi pergi. Tapi ada akak aku, jadi kena behave hehehe.. Salam pun salam cium tangan je. Nak cium lebih-lebih kang jadi aksi tak senonoh pulak depan akak aku hahahahaha.. Behave behave.. Bila dia naik kete, I tried not to look at him. Air mata dah bergenang. I can see that he's looking at me. Mungkin dia pun berat hati nak tinggalkan aku...

Bila dia dah pergi barula air mata gugur sikit. But still aku tahan. Tak nak akak aku nampak. Malulah dah besar camni pun nangis. Kan kan.. Then aku busykan diri. Tak nak ingat sangat that I am now all alone. Aku cuci baju, cuci pinggan mangkuk, kemas beg etc etc.. Buat-buat sibuk tapi masih teringatkan dia huhuh..

So I ended up calling him...... Huwaaa, dengar je suara dia, terus nangis macam kanak-kanak. Even now pun menaip dengan air mata bergenang di bibir mata :'(

I really missed him................

Aku kena kuat kan? Macamana nak kuat kalau ubat kuatnye takde huahuahua..

:'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...