Showing posts with label cerita suami isteri. Show all posts
Showing posts with label cerita suami isteri. Show all posts

Monday, June 4, 2012

1st Anniversary. Alhamdulillah Ya Rabb..

Assalamualaikum,

Hari ini, 4 Jun 2012, genap setahun perkahwinan aku dan pakcik labuku shayang hehe...Setahun sudah!!! Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku dok kalut-kalut prepare nak kawin.. Rasa macam baru semalam jari manis aku ni disarungkan cincin kawin.. Rasa macam baru semalam aku dengan dia bersanding atas pelamin.. Semuanya rasa macam baru berlaku semalam! Oh how time flies.. 

Now dah setahun dah.. Dah ada anak sorang dah pun. Anak pun dah umur 3 bulan (in 2 days time - 6 Mar).. Aku bersyukur sangat Allah kurniakan kami rezeki awal. Ada la tu hikmahnya kan? Ada yang tumpang gembira sebab kami dapat anak awal. Ada yang ermm aku pun tak taula tumpang ape.. Bila dorang kata "hah dapat anak awal tak dapatla korang nak honeymoon berdua-duaan puas-puas.." " Dapat anak awal susah. Tak sempat nak enjoy berdua. Nanti dah nak kena bawak anak sekali.." Haa ni orang tumpang ape ni? hehehe.. Ape-ape jelah. Banyak benda positif aku dengar, banyak jugakla yang negatif. Apa-apa pun, aku terimanya dengan hati terbuka.

Susah ke ada anak awal ni? At first mungkin la.. Aku admit, masa aku mengandung aku rasa ralat jugak sebab tak bleh nak jadi macam pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Dari segi nak pergi berjalan la maksud aku. Benda-benda lain okkay jee hehe.. Orang baru kawin kann suka berjalan. Jeles jugak tengok orang ke sana sini dengan husband masing-masing. Aku pulak dah memboyot. Tak larat jalan dan nak buat ape-ape benda pun terbatas la sket. Kesian laki aku dan kesian kat diri sendiri wuhuhu.. Tapi bila pikir-pikir balik, kenapala aku nak jeles kan.. Tu lah silap aku dari dulu sampai sekarang. Suka sangat nak ikut orang sedangkan setiap orang ni ada perancangan yang berbeza. Allah dah tetapkan dah... Allah dah rancang untuk aku dan suami punyai anak lebih awal. Pasti ada sebabnya kan? Sama jugak kisahnya buat pasangan suami isteri yang belum mempunyai anak setelah sekian lama berkahwin. Pasti ada sebabnya. Percayalah, Allah ada perancangan yang terbaik buat hamba-Nya.. 

Eh panjang pulak membebel, ada ke yang nak baca ni :P

Apa-apa pun, setahun berkahwin ni boleh kata macam-macam jugakla yang kami dah belajar. It's not easy ok. Macam-macam dugaan nak kena hadapi. Kahwin ni bukan sekadar duduk serumah lelaki perempuan dengan sah, bleh buat benda-benda yang dulunya haram tapi kini halal.. It's more than that. Ada hati yang perlu dijaga, ada maruah yang perlu dijaga dan banyak lagilah. Slowly we're learning. Insyaallah dengan setiap pengalaman ni kami akan belajar untuk menjadi suami isteri yang lebih baik... Insyaallah dengan kehadiran anak ni akan menjadikan kami lebih dewasa dalam alam perkahwinan ni.. Anak ni akan menjadi pengikat kasih kami. 

Anniversary pertama ni takleh nak sambut bersama.. Sorang di Malaysia Timur. Sorang lagi di Malaysia Barat. Takpelah... 10 hari lagi, we'll be reunited. Nanti nak makan Kenny Rogers ehehh.. 

Pumpkin dearie,

Happy 1st anniversary! Dah setahun dah bang.. Banyak benda lagi sayang tak buat untuk abang. Ye la kan, setahun kawin ni banyak bulan kita tak duduk bersama. Nanti kita ganti balik all the time we have missed. Terima kasih sebab sentiasa bersama sayang waktu susah dan senang. Especially masa dalam labour room haritu haha.. I know that was the hardest thing for you to do kann.. Tapi demi sayang abang masuk jugak dalam LR. Love you even more for that hehehe... Kita lupakan yang pahit, kita ingat yang manis. Kita tinggalkan yang keruh, kita amik yang jernih. Let's work hard to be the best hubby and wifey and the best abah and mama for our darling son, Shaheem, ok bang? I love you with all my heart :x

Bergambar dengan hadiah anniversary..
Saif Shaheem our boy!
Produk hasil setahun kawin.
Dua tahun kawin keluar produk baru lagi.
Ada beran???
:P



Thursday, May 31, 2012

Friday, May 25, 2012

19 Tips Cinta Suami Isteri

Assalamualaikum,

Mari amalkan!



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Monday, May 7, 2012

Petua Rumah Tangga Bahagia




Source: https://www.facebook.com/ePetua

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

7- Suami isteri perlu mengekalk
an sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia

8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka

9- Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan kemesraan.

Thursday, May 5, 2011

Waktu Sesuai Untuk Berjimak

Assalamualaikum,

Okeh, aku pikir puluh-puluh kali nak buat entry ni ehehe.. Sebabnya ini topik orang dewasa dan blog aku ni ada budak tak cukup umor suka baca!

Alia, jangan baca yang ni ye. Ni untuk orang-orang dewasa macam macik je. Mama dia, tolong pantau! Kang dia tanya bukan-bukan I tak reti nak jawab muaha..

Ini ilmu yang patut semua suami isteri tahu. Aku pun insyaallah akan bergelar isteri nanti dan pastinya akan melakukan benda ni dengan suami aku nanti kan?? *blushing* 

Marilah kita membaca dan praktikkan sama-sama :)

Amaran keras: Amalan ini hanya untuk orang yang dah berkahwin ye. Aku on the way, so kutip ilmu awal-awal, karang tinggal nak prektis je muahahaha..

Masa berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama
orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa.

6. Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
*Diambil dari majalah Pesona Pengantin.

Bacaan lain tentang adab berjimak: Adab-adab berjima' menurut Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...