Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Aku & Poslaju Memang Takde Jodoh

Assalamualaikum..

Haihh apela nasibbbb... Harini Poslaju buat hal lagi dengan aku hahaha... 

Alkisahnya aku order Jumper Baju Melayu. Order borong nak jual. Supplier pos hari Jumaat. Pagi Isnin aku check tracking on delivery process. Seronokla rasa sebab tak sabar nak upload kat page. Hari Isnin tu aku amik Shaheem awal dari sekolah sebab selalunya budak Poslaju tu datang petang dalam pukul 2 atau 3. Aku duduk je kat ruang tamu sambil tengok kat bawah pintu. Perati kot ada orang datang. Gril aku bukak sesiap. Selalunya aku kunci. Ni bukak menandakan ada orang la kat rumah. Semayang pun aku semayang kat ruang tamu ok. Riso takut tak dengar orang ketuk kalau aku dalam bilik. Aku tunggu sampai ke petang nak senja tak datang datang. Adui bengang je rasa.

Pagi ni (Selasa) aku bukak web Pos Malaysia check latest status. Katanya semalam unsuccessful delivery dan dia suruh aku call hotline. Aku pun call la. Operator kata barang akan dihantar sekali lagi harini. Oke fine. Again aku amik Shaheem awal. Dok rumah diam diam. Nak kencing pun ku tahan tahan. Tapi sampai bila nak tahan kan. Dekat pukul 2 gitu aku masuk tandas jap. Shaheem ada kat luar tengah main car. Keluar dari toilet (tak sampai 3 minit kot) aku gi depan tengok dah ada terselit nota gagal hantar tu. Allah masa tu aku punya bengang...... Urghhhhh.. Aku bukak pintu dah takde jejak budak poslaju tu. Aku tanya Shaheem tak dengar ke orang ketuk pintu? Dia kata tak. Ishhh musykil betulla. Selalunya dia alert dengan bunyi bunyi ni. Selalunya dia paling excited kalau bunyi orang ketuk pintu sebab dia memang suka kalau ada barang sampai.

Stress betul aku petang tadi. Barang tu kalau kena amik kat Pejabat Pos Tuaran je ok lagi. Ni kena pegi KK sana. Jauh okeyy.. Tuaran-KK 30km pergi saja. Kekadang jalan jem. Pastu lagi parking pun susah kat pejabat pos tu. Sakit hati sangat-sangat rasa. Rasa geram je nak pergi amik kat KK. Malas nak mintak second delivery sebab rasa macam tak larat dah nak menunggu goyang kaki tapi last last kena amik sendiri jugak. tapi memikirkan jauh tu. Dengan anak lagi. Grrrr bengangnya rasa!! Call husband dia memang tak bagila aku drive pegi KK tu. Hmmmm so aku call jela hotline mintak 2nd delivery esok.. Aku siap cakap dengan operator tu suruh remark call aku bila hantar barang. Ni call pun tidak. then apa guna bagi number phone kan. Huhhhhh...

Mesti korang kata aku ni tah pape kan. Sebab dah tau Poslaju problem kenapa still guna servis dorang. Well have to la.. Sebab susah nak cari courier service lain yang hantar barang ke Sabah ni. In fact kena la ikut supplier kan. Dah suppier guna Poslaju terpaksala. Dan sebenarnya barang-barang sebelum ni hantar ke office husband. Tapi husband sailing minggu ni. Jumaat baru balik. Aku nak cepat barang tu so guna la alamat rumah. Before this ok je hantar barang. Sebab tu aku berani bagi alamat rumah. Tapi tu lahh..... servis sekejap okey. Sekejap tak. Tak tau nak suruh aku alert macamana lagi dengan kehadiran budak poslaju tu. Please lah call bila nak hantar barang huhu.. 

Sabar jelaaaa... nak cepat tapi jadi lambat jugak akhirnya.... Cobaannnnnn...

Sunday, November 2, 2014

Tipah Tertipu!

Assalamualaikum,

Few days ago, masa ronda-ronda di newsfeed Facebook aku ternampakla post seorang rakan mengenai iklan jawatan kosong di RISDA. Tengok pada jawatan-jawatan yang ditawarkan tu macam best je. Teringinla nak apply. Mana lah tau kot kot ada rezeki. Aku siap bagitau kawan-kawan lagi pasal iklan tu. Suruh dorang pun apply.

Petang tadi mr husband pun ada forward kat whatsapp iklan yang sama. Beria-ia dia suruh aku apply. 

Aku pun ape lagi, gigihla explore website RISDA. Mencari iklan jawatan kosong tu. Bila dah jumpa frust betul aku. Iklan tu dah lama dah rupanya. Dah tutup dah pun tarikh permohonan tu. Jun lepas lagi haaa... 



Adoii sape sebar berita tak betul ni. Memberi harapang palsu kat orang sungguhla. Sakit hati ini.

Bukak front page web RISDA terpampanglah pengumuman mengenai iklan jawatan kosong palsu ni. Aigooo.. Sabar jelah.



Hmm, moral of the story, kena selidik betul-betul, make sure maklumat sahih baru boleh sebarkan maklumat pada orang lain. Takleh percaya bulat-bulat berita dalam Facebook or Whatsapp ni. Haih..Sebelum ni dah selalu beringat dah. Aku memang jarang nak percaya bulat-bulat cerita dalam media sosial ni. Memang selalu ada putar belit, putar alam. Tapi pasal iklan jawatan kosong ni tak sangka la pulak putar alam jugak. Grrrr.. pengajaran la ni. Lepas ni kena lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat.

Sunday, October 20, 2013

Poslaju Memang Dengki dengan Aku

Assalamualaikum,

Sakiiiiittttt nyeeeee hati aku dengan Poslaju nihhhhh.. Tak habis-habis dengki dengan aku. Tak habis-habis cari pasal dengan aku...

Sebelum ni dah jadi dah, sekarang jadi lagi. EXACTLY THE SAME THING!!!!!!

Entry sakit hati yang dulu boleh baca entry yang ini: Bengang dengan Poslaju huhu

Alkisah aku ada order Apple Learning Machine dengan supplier. Dia pos kat aku sehari sebelum Raya Haji, 14hb Oktober.


15 Oktober tu cuti so memang betulla no delivery.

16 Oktober Attempting for Delivery pukul 10 pagi. Pastu ko tengok status pukul 3 petang. DIA SURUH AKU PEGI AMIK KAT PPL KK SEBAB AKU TAKDE KAT RUMAH???!!

WHAT THE HELL??!!!!!

16hb tu aku tak check lagi tracking kat web sebab aku ingat barang belum sampai lagi kat KK. 

17hb pun aku tak check jugak.

18hb baru aku check. Aku check pun dah pukul 4 kalau tak silap aku. Memang hangin la bila tengok status gitu. Paling tak tahan sebab aku takde kat rumah. Tak logik sungguh! Tanpa buang masa aku terus call hotline Poslaju 1 300 300 300. Cakap dengan operator dia. Operator dia cakap, driver remark dia ketuk pintu rumah tapi takde sape bukak dan bila call takde orang jawab. Jadi dia tinggalkan slip untuk amik di PPL KK.

Bertambah hangat hati aku! Grrrr... 16hb tu seingat aku, aku keluar pun dah pukul 5 petang sebab husband balik keje pukul 4.30 petang. Kitorang keluar basuh kete dan pegi pasar. Sebelum pukul 5 tu aku duduk rumah tak pergi mana pun. Well dalam status cakap dia hantar pukul 3 kan, so time tu aku memang ada je. Dia call tapi takde orang angkat. C'monlaaa.. Kalau aku tak angkat sure ada miss call kan. Serius tak ada! Kalau aku off hp pun akan masuk mesej dari Celcom bagitau aku ada miss call daripada sekian sekian nombor pada sekian sekian waktu.. Tapi serius takde! Serius!! Dia tinggalkan slip? Mana slipnye?? Kat bawah pintu rumah aku takde, takde pun tertampal kat pintu rumah aku, takde pun dalam mailbox rumah aku. Kalau slip tu ada, aku memang takkan hangin macam ni. Sebab kalau ada slip, bermakna memang betul dia ada hantar dan memang betul aku tak pickup call, aku tak bukak pintu. So for sure aku akan pegi amik sendiri la sebab dah memang salah aku. Tapiiiiii, sekarang ni, slip tu takde!! Dan aku tak bersalah!!!

Huhuhuhuhuhu.....

Aku cakap dekat operator tu aku nak 2nd delivery. Dia kata boleh tapi 2nd delivery next day la, 19hb (Sabtu) sebab aku call tu dah lewat. Ok fine, aku tak kisah. Yang penting aku nak barang tu sampai.

19hb pagi, aku check tracking sekali lagi. Aku ingat aku dah boleh tarik nafas lega la, tapiiii.. dia update suruh aku pegi amik jugak???? Aduhaiii, ape masalah dorang ni huhu.. Serius nak nangis je rasa time tu.. Terus ngadu dengan husband. Dia pun hangat hati jugak haha.. Terus dia call hotline poslaju. Laki aku kalau mengsound sound ni pedassss sikit. Takut jugak aku. Takut dia bergaduh dengan operator tu hahaha..

Tapi syukurla lakiku berjaya mengawal emosi hehe.. Dia cuma bercakap dengan nada yang tegas. Yela, geram jugakla kan. Kata boleh hantar hari Sabtu (semalam) tapi kenapa tiba-tiba update tracking suruh pegi amik sendiri jugak? Kalau bagitau Sabtu no delivery awal-awal lagi takpelah jugak. Operator tu bagi jaminan kat husband dia akan make sure barang aku tu akan dihantar pada hari Sabtu tu TANPA GAGAL.

So aku tunggu dan tunggu. Tunggu sampai tak keluar pegi mana tau. Sikit-sikit tengok bawah pintu kot-kot ada bayang kaki orang depan rumah. Dok dapur pun tak senang, takut tak dengar orang ketuk. Handphone sentiasa ada di tangan. Setiap masa check takut takut ada mesej ke ape.. Sampai pukul 4 petang tak datang-datang. Check tracking, masih sama suruh pegi amik sendiri. Sedih ok.. sedih..

Aku pun call la lagi sekali hotline Poslaju. Menyatakan betapa kecewanya aku.... Betapa kecewanya aku, aku tunggu sampai tak pegi mana-mana tapi barang tu tak sampai-sampai seperti yang dijanjikan.. Operator tu bagitau, dah 2 reports dihantar ke PPL KK untuk mintak 2nd delivery tapi takde response dari pihak PPL KK. Jadi dorang pun takleh buat ape. Dorang cuma tolong sampaikan je. Action hanya PPL KK yang bleh buat. Teruknye.. Kenapa dengan PPL Kota Kinabalu, Sabah ni? Apa masalahnya?

Kali ni aku serius frust.. Serius.. Masa first time jadi haritu aku memang dah frust. Bila jadi kali kedua, bertambah-tambah frust tu. Aku ingat dorang ni dah ok dah. Aku selalu je nampak van Pos Malaysia masuk. Tapi kenapa time ada barang aku mesti jadi problem. Dorang sengaja ke ape? Ke sebab rumah aku tinggi sangat? Tingkat 2 je pun. Aku dulu masa ngandong dok turun naik turun naik tangga tu. Parcel aku tu bukan berat sangat pun. Driver pun biasanya lelaki. Kudrat ko kuat kan? Kenapa kenapa?

Aku bayar mahal-mahal. Kos pos Semenanjung-Sabah ni yang termahal tau.. Tapi apa yang aku dapat? Dorang sepatutnya kena hantar sampai ke depan pintu rumah (baca ayat dalam kotak merah). Tapi sekarang aku kena amik sendiri?? Supposedly kalau aku takde kat rumah harini, dia kena datang lagi esok dan esok dan esok sampaila barang tu diterima di depan pintu rumah. Bukan di kaunter pos laju!


Inipun kira aku ni bernasib baikla boleh check tracking dalam website. Kalau orang-orang yang duduk di kawasan pedalaman ataupun orang-orang yang takde internet kat rumah tu macamana dia nak check? Entah-entah berbulan-bulan jadi pekasam kat pejabat pos laju. Lama-lama boleh hilang. Macamana kalau parcel atau surat tu penting? Mana lah tau surat interview keje ke ape. Bukankah tu dah kira menganiaya orang?? Sekarang ni pun dorang dah kira menganiayai aku. Disebabkan barang tak sampai, aku terpaksa delay pelbagai urusan. Very troublesome!

Hmm.. Silap besarla aku bagi peluang kat dorang.. 

Aku akan tunggu sampai dorang hantar parcel tu kat rumah. PPL KK dengan Tuaran bukan dekat. Pegi balik lebih 60km. Husband aku kerja. Aku nak drive sendiri memang tak lah. 

Tolonglah jalankan tugas. Tolonglah tunaikan tanggungjawab. Tolonglah amanah dalam bekerja. Tolonglah.....

Esok aku update barang sampai ke tak ye. Doakan sampaila huhu..


Wednesday, June 5, 2013

Bengang dengan Pos Laju huhu

Assalamualaikum,

Akhirnyaaa barang yang kutunggu-tunggu dari last week selamat sampai semalam. Laaamanya perjalanan nak sampai ke rumah aku ni haa.. Seller post hari Isnin, 27 May, Selasa 4 June baru sampai. Haihla.. Pos Laju dah tukar nama jadi Pos Lembab ke ape ni huhuhuhu.. Aku memang terrsangat geram dengan PL ni. Korang tengok status tracking number aku ni eh...


Seller pos barang 27 Mei (Isnin). Dua orang seller so dua tracking number. Dua-dua status sama.

28 Mei dah sampai KK and dah attempting delivery. But then tetiba petang tu kata Missed delivery. Aku tak tahu apa maksud missed delivery. Dia tak nampak parcel aku ke apa.. The next day 29 Mei, attempting lagi sekali. Aku dah excited la menunggu kat rumah.Tapi sampai ke petang tak datang-datang van pos laju nih.

Check tracking, UNABLE TO DELIVER DUE TO ADDRESSEE NOT AROUND AT TME OF DELIVERY. HOIIII ni aku nak marah ni. Pos Laju ni bab menipu status pandai kan. Suka suka kata aku takde kat rumah. Aku ni housewife aka JAGA kat rumah ni. Aku takde ke mana-mana pun. Tercongok depan pintu tunggu orang datang hantar barang. Ehh sesuka hati cakap aku takde kat rumah. Kalau aku takde kat rumah mananye slip kata aku takde kat rumah tu?? Nombor phone aku kan ada kat consignment note, kenapa tak call?? Ni memang dia tak datang langsung pastu letak status sesuka hati. Dahla status yang nak salahkan aku. Yang aku sangat geramnya, 30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat) Sabah cuti Kaamatan. Memang delay sampai ke minggu ni la barang aku. Ni sah sah driver tu nak cuti awal. Takmo datang Tuaran ye. Grrrrrrr.... 

Takpe takpe, aku sabar menunggu hingga hari Isnin (3 Jun). Tapi sampai ke petang Isnin tu tak datang datang. Check tracking, CONSIGNMENT TO BE COLLECTED AT COUNTER DELIVERY - PPL KOTA KINABALU. Haaaaa ni BIKIN PANAS ni.. Ko malas nak hantar barang aku pastu ko suruh aku pegi amik sendiri pulak ye. Baaaaanyak cantek!! Ingat Tuaran dengan KK dekat ke??? Korang tu yang patut hantar barang tu sampai depan pintu rumah aku, bukan aku yang kena pegi amik. Berasap telinga aku haritu menahan marah.

Terus call hotline Pos Laju 1 300 300 300. Aku tanya operator tu, apahal pulak kata aku takde kat rumah. Kalau aku takde kat rumah mana slip nya?? Operator tu cakap, ni driver kami kata puan takde kat rumah dan  takde nombor telefon kat consignment slip. Haa nampak sangatla kan menipu. Seller tu siap paste gambar parcel aku lagi. Memang ada no phone aku.. Hangin betulla aku. Nak kata aku salahla ni. Aku cakap dengan operator tu suruh hantar kali kedua. Tak kuasa aku nak pegi amik. Nasib baikla operator tu cakap lembut-lembut dan baik-baik je. Sejukla sket hati ni. Kalau tak, mendidih jugakla huhuhu.. Operator tu cakap dia akan arrange untuk 2nd delivery tapi hari Selasa la baru bleh buat sebab masa aku call tu dah petang dah. Aku tak kisahla, yang penting barang tu dihantar pada aku, bukan aku yang kena pegi PPL KK.

Selasa (4 Jun) pagi aku check tracking, alhamdulillah, courier is attempting delivery. Aku tunggu tunggu.. Lebih kurang pukul 12 lebih ada orang ketuk pintu rumah aku. Bukak bukak orang PL la kan. Huuu nampak di tangannya 2 parcel yang ditunggu.. 

Aku cakap je ngan orang tu, lama saya tunggu ni tau. Seminggu lebih. Dia pun cakap, saya ganti orang ni cik. Patutnya orang lain. Tapi dia cuti. Dan dan la kan ganti orang ape sume hehe.. Takut aku marah letteww.. Pastu dia cakap, erm kat parcel ni tulis suruh 2nd delivery 7 Jun, tapi saya pelik jugak kenapa 7 Jun. Harini kan baru 4 Jun. Tu saya hantar jugak. Haa sapela yang nak khianat tu kann.. Saje je tau. Mentang mentang aku call hotline sebab nak buat aduan ko terus nak hantar barang aku 7 Jun pulak ye huhuhu.. Sampai hati. Takpela aku pikir positif, orang yang menulis tu lupa tarikh kot..


Ni haa barang yang ditunggu..
2 pasang Busha sets - untuk Shaheem pakai siang hari
2 cd baru! hehe PemPem & Bebibum :D


Maaflah kalau ada terkasar bahasa huhu.. Sekadar meluahkan rasa geram dalam hati. Sekarang dah legaaaaa.. Takmo dah guna alamat rumah.. Actually selalunya guna alamat tempat keje hubby kalau pos pos barang ni. Tapi kali ni guna alamat rumah sebab aku beli tanpa pengetahuan hubby. Konon-konon nak sorok dari diala. Dah sampai baru nak tunjuk haha.. Padan muka. Balasan la nih huahua.. Ampun banggg.. 

Wednesday, May 18, 2011

Inilah Orang Kelate Kata - Gura Bodo


Apa tafsiran anda selepas melihat kartun ni?

Tafsiran saya: Orang perempuan Kelantan ni perangainya teruk. Sanggup tinggal anak dan suami semata-mata nak tengok bola. Dan dengan derhakanya pulak mengarah suami macam-macam (ayat dalam kotak hitam). 

Tafsiran anda sama tak macam tafsiran saya?

Ni lah yang saya boleh simpulkan sebagai gurauan paling bodoh abad ini. Eh no. Second one. Sebelum ni yang kartun kata rakyat Kelantan tak bertamadun main mercun tu. Tak abes-abes dorang ni kan. Saja nak buat orang Kelantan naik darah, naik angin.

Ada orang kata bila keluar kartun macam ni kena pikir positif. Tafsir yang positif. Tapi kat mana positifnye tu. Cuba cakap dengan aku. Mungkin aku tak nampak. Yela, dah marah sangat kan ni. Tercalar naluri kewanitaan Kelate aku nih huhuhu.. Dah tak boleh nampak kat mana baiknye kartun ni. Cuba cerita sikit kat aku mana baiknya.

Kenapa asyik rakyat Kelantan je yang selalu jadi mangsa gurauan bodoh ni?

Kartunis ni pun satulaaaaa... Tak mengamalkan konsep keluarga bahagia dan 1Malaysia. Apa salahnya buat dialog pegi tengok bola sama-sama walaupun berlainan negeri?? Buatla kartun yang bermoral sikit. Kenapa nak buat double standard? Kenapa nak tunjuk rakyat Kelantan ni teruk walhalnye kita ni semua duduk dalam satu negara yang sama? Nampak sangat..konsep 1Malaysia belum tercapai.. Kuciwa aku kuciwa... 

Ish malasla nak cakap lagi.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...