Tuesday, April 28, 2009
Daneen Alissa, I miss you dear....
Cinta Tidak Direstui Keluarga - What Should We Do?
Mengundurkan diri.. Tinggalkan si dia dan cari yang lain ataupun terima siapa saja pilihan keluarga..
Tak ambil peduli - Teruskan juga percintaan dan hubungan tersebut secara senyap-senyap..
Cuba berbincang dan memujuk ahli keluarga supaya menerima si dia..
Atau ada cara lain?
Monday, April 27, 2009
Cerita Minah Desperado - Sambungan Kesian Betul~
Kesian kan kat minah tu.. So pathetic and desperados....
Macamle tak dapat kasih sayang sepanjang hidup kan..
Walau bagaimanapun, minah tersebut sudahpun menemui kembali kasih sayangnya..
Setelah kekasihnya tidak sibuk lagi dengan perniagaan kerepeknya. Rupa-rupanya si kekasih juga merindui minah tersebut..
"Yang, busy tak? Rindula.. Nak cal boleh?"
"Oh abang, sayang pun rindukan abang. Cal laaaa..."
Maka berlakulah perbualan telefon yang sangatlah berbunga-bunga cinta di antara mereka.
Dan minah tersebut kembali tersenyum....... :D :D -- macam kerang busuk haa tersenyumnye..
Sunday, April 26, 2009
Kesian Betul~
Saturday, April 25, 2009
Standing Strong
Kalau last month, genap 1 tahun 6 bulan aku mesej dia, ::ceritanya:: tapi kali ini aku tak dapat nak mesej dia. He's too busy!! Ada sape-sape pegi Jom Heboh kat TLDM Lumut? Korang carila dia kat sana... Dia busy jual kerepek, jual keropok lekor, jual aiskrim..Jangan dia busy ngorat awekss dahla uhuhuuhuhuhu.... Tidakk tidakk, aku percayakan dia...
Friday, April 24, 2009
Aku Sakit....
kesibukan yang melanda diri ini membuatkan aku melupakan seketika kesakitan jiwa ini
---amal: Jiwa ini tidak tenang. Tidak akan tenang.
Tuesday, April 21, 2009
Hidung berhingus, Orang macam **toot** - All these are so irritating...
Mengadu kat mypumpkin tapi kena perli balik. "Bagusla demam. Bukankah itu yang sayang nak?" Sobsob, bukan salah dia bersikap kejam. Salah aku sebab hari tu aku ada cakap dengan dia aku dah lama tak demam and aku nak demam. Sekali betul demam. Hamikkkkkk ko uhuhuhu... Padan muka, nak ngadu sakit tapi kena perli balik huwaaaaaaa....
Aku tak dapat nak update blog sebab satunya, busy dengan kerja dan duanya kerana demam ni. Last week, 2,3 hari juga aku balik lambat (penat tapi senang hati kerna kerja sume settle). Kemudian on Saturday aku selesaikan satu misi peribadi dan menghabiskan masa tersadai je kat atas katil kerana demam. Ahad, my mummy and my sis ada kat sini so kami pergi meronggengla kan (walaupun demam kugagahkan jua kaki ini).
Yesterday, Monday, quite busy. Pagi got meeting dengan big boss buat weekly report (dem i hate doing it, tq), then tengahari ada performance review meeting dengan big boss and second boss (scary!!). Macam-macam kritikan, komen dan feedback yang aku dapat. Aku setujula dengan apa jua komen tu. I am aware that i have a lot of weaknesses need to be improved. But it will take some time la kan. I have zero knowledge about this kind of work. Memang aku mulakannya dari bawah, merangkak perlahan-lahan. Thanks jugak to my bosses for all the nice words and compliments (eheh kembang hidung aku). I'll keep up the good work and I'll learn and fix all the errors I've done. I'll work on my confidence, I'll work to be someone who is polite but FIRM and I'll do anything to make sure my work is done at best level for the good sake of the company and me also lah. Well, masa nilah banyak nak keluarkan perkataan I will, I will tu kan hehehe..
Aku tak sabar mahu pulang ke rumah ni. This flu is making my head dizzy. Berat je rasa kepala. Nak baring!! Nak baring!! Nak duduk bawah ketiak mak!! Oh,cepatlah masa berlalu (sigh).
Pagi ni badan terasa hangin jugak dengan sikap beberapa orang dekat sini. Mulut lembik. Ini kes yang kena tegur sebab sepahkan pantry tula. Sekarang dorang dah pandai menyindir-nyindir dah. Datang pantry, sindir2, "Basuh pinggan, nanti TV3 datang amik gambar!" Another one with mulut yang lembik menyahut, "These people are so sick laa. Complaint everything! I tak sabar nak pindah ofis bawah." They said it out loud dengan harapan aku akan mendengarnya.
Aku dengar dengan jelas dan aku geram je nak cakap, " Nyahla korang dari sini. Pergila sepahkan ofis korang tu. Cuba tengok korang boleh tahan ke tak." Tapi disebabkan Yang Maha Esa kurniakan aku sifat sabar, aku sabar dan diamkan ajelah. Malas nak layan orang dewasa yang berfikiran kanak-kanak ini. Diorang terasa sangatla tu that's whyla dorang bermulut lembik macam tu kan. Sungguh tak profesional and so damn childish!! Seriously, i am sooo annoyed with them, sangat menyampah dan meluat sesungguh-sungguhnya. Dorang nak menyampah dengan aku jua? I don't give a damn!!!!!!!!!
---amal: Fed up gile dengan perangai orang sebegini rupa. Macam **tooooooottttttttttt**
Friday, April 17, 2009
Terpaksala Kawin Macam Niiii.....
Perbualan Pertama
Jam 2.30 petang, di hadapan lif.
Perbualan Kedua
Di hadapan booth Pakej Perkahwinan anjuran Hotel Pullman di Alamanda, Putrajaya
Aku ni dah ada rupa bini orang ke? Dah ada rupa mak budak ke? Teringat masa belajar dulu. Dr. Bakri, my Environmental Law lecturer, pernah cakap wajah aku wajah keibuan (hampeh).
Jadi bang, terpaksala kita kawin ni..hahahahahahahahahahahaha..... (oh kegedikan melampau sudah menguasai diri).
---amal: It's a compliment, i take it with an open heart (sesi sedapkan hati sendiri).
Learnt Their Lesson Well
Alkisahnya, aku dah repot kat bos aku and tunjuk sekali gambar yang aku amik tu.
Bos aku pon pegila sound sape2 yang berkenaan kan. But actually, takdela sound, cuma tegur secara baik.
Alkisahnya juga semalam, aku ada dengar ketung ketang ketung ketang kat pantry. (Cubicle aku dpan pantry je, jadi aku boleh tahu sape yang masuk pantry dan dengar apa saja perbualan yang berlaku di pantry tu). Aku ada dengar orang cakap, "Ehh, you wash ur cup before u go back eh today?" Jawab orang yang tengah basuh cawan dia tu, " Yaa lorrrr....have to laa..if not people come and take picture.."
Hahahahahahahahahahahahahahaha.....
Dah kena tegur baru nak buatla kan.. Malula, dah tua-tua pun, basuh pinggan mangkuk pun nak kena bagitau.
2 hari ni xdela darah aku naik sangat. Pantry kemas je hehehehehhe...barula tak sakit mata memandang kan.
---amal: So, they have learnt their lesson very well, tapi harap2, janganla hot hot chicken shaiittt jek ye..
You Belong To Me
Fly the ocean
Ini versi dolu2 - Dean Martin
Ini versi moden - Jason Wade
---amal: Nice Song...
Thursday, April 16, 2009
Huwaaargggghhhh..jum nguap ramai2..

Wednesday, April 15, 2009
Happy Birthday!!!
Sunday, April 12, 2009
2 Days of Heaven for My Perut
Sabtu, my sis ajak ke Alamanda. Dia nak buat glasses baru. Aku ikutla kan. Masukla ke Focus Point. Aduiii, mamat salesman tu punyela banyak cakap. Potpetpotpet xberhenti2. Penat aku dan akak nak melayan. Tapi aku kinda respect gakla ngan dia, sume benda dia tau, and cara dia bercakap tu memang konpiden abesla. Pastu pandailah nak memancing pelanggan ni. Masa akak aku masuk dalam bilik yang nak check power tuh, tinggalla aku ngan dia kat luar. Aku cakap ngan dia aku nak beli solution contact lense. Nak tanya pendapat dia, solution mana yang bagus. Boleh pulak dia suruh aku beli lense kaler2, bagitau ada macam2 kaler, boleh besarkan anak mata blabla..Serius lari tajukla mamat tuh huhu.. Sungguh aku tidak terpedaya. Tak kose la aku nak pakai lense kaler2 nih.
Kemudian, dah lebih sejam kat kedai spek tuh, kami lapar la plak kan. Lebih-lebih lagi perut alwaniamalini. Memang dari rumah lagi minta diisi. Awalnya aku ajak akak aku makan stimbot (semalam mengidam nak makan huu~), tapi fikir2 balik, tak jadila. Sebab kitorang dua je nak makan, rasa macam x best je. Jadi, kami ke Noodle Station. First time makan kat situ. Kenyang yang amat!!! Tapi noodles yang aku makan tu tak berapa menyengat. Tak pedas, tawar.hmm bad choice kot semalam.
Ahad, jalan-jalan dan makan-makan di Midvalley.
Breakfast kat KL Sentral. Then naik cab ke Midvalley. First thing yang dicari ialah perfume kakak aku. Dah siap beli, jalan2. Melecet2 kaki aku haa..Then, terpaksalakan beli selipar baru hehe..Selipar murah je pon, rm 29.90. But comfy to my feet. Nice2.. Then makan time!!! Pening gak fikir nak makan ape. Last2, we decided untuk makan kat St Francisco's Steakhouse. Aku makan sizzling beef. Wahhh berasapppp wa cakap lu.. Sedap2 eheh..Kenyang yang amat jugak. Kemudian, singgah sebentar di Speedy. Aku beli Twilight (balas dendam donlod ari tu xdapat) and Bed Time Stories untuk anak buah aku (dorang tengah tengok sekarang dengan khusyuknya)..
Banyak jugak pic aku snap2. Pic gedik2 gitooo akan ku uploadkan kat friendster aku nanti hehe..
Saturday, April 11, 2009
Friday, April 10, 2009
Melampaukah Aku?
--- Dengan meletakkan bendera Kelantan di blog aku ini, adakah aku akan dilabel sebagai seorang yang mempunyai sikap kenegerian yang melampau-lampau? ---Thursday, April 9, 2009
Kalo ex aku cakap sume2 ni.....
Baikk2....better than ever!
Hey! You wanna go to the mall?!
Tak nak ahh, xde benda nak beli. Lagipon aku geli nak jalan seblah ko...
I LOVE U...
ohoo..i love you NEVER
DO u want some cookies?
Cookies2, biskut2 ni please do not mention depan aku. Berdesingggg telinga...
Can you take me a picture?!?
Bleh2.. (amik kamera dari tangan dia pastu cabut, bawak lariiii....)
Help me in my homework!
Bilelaaa ko nak pandai nii..asyik mintak tolong haku jek nih..
Here's my gift to you...
olololo, masyeh lerrr...aku memang ske dapat hadiah..
Let's just be textmates..
Lets just be nothing...
Do you want me to buy you an ipod?
Watpe beli ipod..kalo ko beli eskrem pon bes, leh aku makan.ipod neh bukan leh wat makan..dah tau aku ni kuat makan kan....
Let's sit together in the bus
Eeeee, ape kelasss naik bas. tolon skett...
Hi baby
you sound gay laa..
Your still handsome/beautiful!
Haruslah, aku kan kuat makan jamu...
I still LOVE you!
bluwekkkkkkkkk.....aku tak bodoh cam ko, x sedar diri orang dah tak nak ko..
Do you have new boyfriend/ girlfriend?
aih sudah terang lagi bersuluh....keliling pinggang boyfriend n girlfriend aku...
Do you love me?
erkkk, xde masa. dem.i.hate.u
---amal: ahah, i never have one ex.......er mungkin ada, tapi dia bukan pakwe aku pon, dia hanyalah kesilapan masa lampau aku....
Wednesday, April 8, 2009
Sebelum tido kita mestilahhh....
APA NAMA PENUH ANDA?
alwani amalini mustapha
NAMA APA YG ANDA HARAP ITU NAMA ANDA?
tengku amalin aisyah putri hahaha --- nama anak Sultan Kelantan. Suka nama dia, maybe sebab depan tu A,A jugak ngee~~
POST 4 PICTURE LATEST DIRI SENDIRI YG EKSKLUSIF YG XDAK SAPA2 TGK LG..
oho, gambar2 di bawah bukanla latest sangat.dah lama.
Hmmm kenangan ye? Kenangan ngan family, yang paling aku ingat masa kecik2 dulu, ayah selalu bawak jalan2. Seronok. Kalaulah aku boleh putarkan masa kembali ke zaman aku kecik2 dulu kan bes.
Xde. Srius. Aku just follow the route. Kalu route nye mcm ni,mcm ni lah prinsip aku. Kalau routenya macam tu, mcm tu lah prinsip aku. Ada sorang laki nih pernah btau aku (dem i hate him), "orang macam awak ni kan macam perahu yang berada di tengah2 lautan yang dihempas ombak besar. yang xde arah tuju sebab tak ada prinsip dan matlamat hidup." Suke suki nak berfalsampah ngan aku. Cuba cermin diri dulu. caittttttttt.....
16 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang alwaniamalini
Perkara Satu
Lahir pada 28 Julai 1985, jam 12.55pm dengan berat 4.75kg. Tolong jangan terkejut. Ye, saya seberat itu semasa mak saya melahirkan saya. Sayalah baby giant pada hari itu. Mak cakap kecoh satu spital (ape lah jakun sangat dorang ni..). Aku sebesar itu bermakna aku sihatla kan? Hebat kan aku, time baby pun dah obes waaa...Sekarang, aku maintain besar. Bes ape jadi orang besar?? Aku ada tengok video yang dia payah gile nak culik orang berbadan besar. Untungkan aku. Aku bangga aku sebesar ini.........And by the way, my p******g mantap okehh...
Perkara Dua
Aku sangatla hitam. Kalo diletakkan muka aku sebelah bontot kuali hitam legam itu, pasti wajah aku yang tenggelam. Korang akan perasan kehadiran kuali tu dulu daripada aku. Aku kecik2 dulu, kuat derak (terjemah: merayap). Suka round satu kampung, naik basikal BMX abang aku. Pastu suka lari2 g kedai runcit yang dekat dengan rumah aku, beli megi ngan asam. That's whyla i gelap dan hitam. Letak foundation banyak2 pon tak guna. Wat muka aku bertompok ade laaa..Orang selalu ingat aku ni asal Penang. Anak Mami. Hellooooo, aku asal Kelate. Anok mok dehh.. Asal gelap je anak mami...asal gelap je....ahh lu pikirla sendirikkk..
Perkara Tiga
5 tahun dulu pernah pakai braces. Gigi aku sangatla tak teratur. Kicik2 dulu malu nak senyum. Masuk Maahad, ramai member pakai braces. Aku pun dengan beraninya nak pakai jugak. Padahal masa tu takut gile nak jumpa dentist. So, sejarahnya, tahun 2000 aku stat pakai braces. Sampaila tahun 2004, braces dibuang, pakai retainer plak. Huh 4 tahun pakai, seksa wa cakap lu..Mulut sure slalu berdarah...Air liur selalu tersembur2 masa bercakap..Wire penah patah sebab aku makan kopok keras pastu sekali lagi patah sebab aku gigit tulang ayam dengan rakusnya. Pernah diejek, BETTY masa kat SMK KL. Sampai skang aku ingat muka budak tuh. Balasannya dia ditibai dengan hebatnya oleh member aku, Fahmi. Pastu tak pasal2 pulak aku kena panggil ngan cikgu disiplin. Cikgu tanya aku, 'awak dengan Fahmi ni ada ape2 ke sampai dia sanggup belasah orang sebab awak?" Hoh, tebal muka aku. Maluuuuu....Pastu, aku dah tak tego Fahmi. Aku malu. Dan semuanya kerana braces.cehss..Ape2hal pon, masyeh ye Fahmi hehe.. Sekarang gigi dah bebas braces, dah berani senyum, in fact suke sangat sengih cam kerang busuk skang nih. My self confidence is higher compare dulu2..Banyak dah berubah, kecuali satu. Air liur ku masih tersembur2 bila aku bercakap. Jadi kalo nak cakap ngan aku, jarakkan diri sket ye eheh..
Perkara Empat
Pernah belajar di sekolah arab tersohor di Kelate. 4tahun je,tapi macam2 aku belajar. Tapi yang kurengnye, aku x reti langsung bahasa Arab. Rugi kan???
Perkara Lima
Pernah belajar taekwondo. Sampai blue belt. Pastu dah kuar dari Maahad x join dah. Masuk UPM join balik. Ingat bleh sambung je blue belt dulu, leh trus naik red..pastu black (eceh berangann..). Tapi tak boleh, kena amik white balik (cehss..)..Mula2 rajin, dah lama2, dah masuk 2nd sem malas dah. So sampai tahap yellow je masa kat UPM. Tah kat mana dah baju aku sume. Belt pon tah ke mana2.Padahal beli mahal tuu huhu..Jadi jangan wat jahat ngan aku ye. Aku bagi turning back kick kangg...
Perkara Enam
Sayang kucing. Suka kucing. Gilakan kucing. Suka bercakap2 dengan kucing aku. Aku gelarkan diri aku mummy mereka hehe.. Aku sanggup buang najis mereka, sanggup buang muntah mereka. Sanggup riba mereka walaupun mereka berkurap. Aku sayang kucing, suka kucing, gila kucing..
Perkara Tujuh
Benci tikus. Tak suka tikus. Geli dengan tikus. Erghhhh, makhluk inilah yang paling aku tak suka. Serius. Dulu, kini dan selamanya. Geli, ekor dia yang panjang tu, eeeyuuuuu..Nasib tak berapa baik mungkin, rumah kat kampung banyak tikus. Selamba tikus je dia lalu depan kitorang masa tengah syok2 tgk tv. Menjeritla akuu..eeeeeeeeeeeeee....Kucing aku pun wat bodo je ngan tikus2 tu. Punyela tak energetic punya kucing. Pnat bagi makan ikan berkilo2.Mypumpkin tau aku x suka tikus jadi, masa birthday aku last year, dia bagi tikus sekor. menjeritla aku.Huh wat malu jekkkk...Dan balasannya, aku cubit dia secukup dan sesedap rasa..
Perkara Lapan
Adehh..baru perkara lapan ke? Lapan benda lagihh saya kena fikir..
Perkara Sembilan
Anak nombor lima. Mak ingat aku bongsu. Sekali adilaamilin lahir ke dunia ini, merampas title anak bongsuku. Tapi takpe. Saya sayang adik saya. Dia teman sejati saya.
Perkara Sepuluh
Sekarang tinggal di Putrajaya bersama kakak dan anak2nya. Dulu aku pengasuh mereka, sekarang aku dah keje, dah x larat nak mengasuh dah huhu...Terus terfikir sejenak, macamana nak jaga anak sndiri nanti?? Balik keje penat.. So, saya terpaksala jadi suri rumah tangga sepenuh masa dah kawin nanti lalala~~
Perkara Sebelas
Kat UPM blajar Env Sc. 3 tahun.Tapi skang keje jauh terpesonggg dari bidang tersebut.
Perkara Dua Belas
Saya belum iron baju nak gi kerja lagi. Malas.
Perkara Tiga Belas
Saya bahagia dengan hidup saya walaupun banyak onak dan duri perlu saya tempuhi. Keluarga saya bermasalah but yet we are strong together. Aku dan mypumpkin hubungan kami jalannya sukar. Tapi kami pilih jalan ini dan kami akan tetap melaluinya. Masa depanku belum dapat kuramal. Aku tidak mahu meramal masa depan. Datanglah apa jua dugaan, akan aku jalaninya dengan hati yang terbuka. (Ahh ape aku merapikk nehh)..
Perkara Empat Belas
Ade ke orang baca ni? Saya konfius.
Perkara Lima Belas
Saya dah tak sabar nak tunggu Perkara Enam Belas
Perkara Enam Belas
Saya dah takde perkara yang nak dikongsikan.
Itulah serba sedikit perkara mengenai alwaniamalini. Sekian, terima kasih..
--amal: ....... tak tau nape aku taip sume nihh..
Aktiviti 2,3 hari ni - punyela xde benda nak post..
I'm out of order~~
Dah lama x mengupdate blog. Anyone miss me??? (Hikkk, prasan...)
Quite busy these days. Busy dan juga kepenatan (TOTALLY PENAT)...
This week ada visitors from our Amsterdam office, Director of Communication kot. Agak tinggi jugakla jawatannya. Jadii, office perlu berada dalam keadaan neat and tidy, and its my jobla kan... Itu keje hari2, sampai visitors tu pulang ke Amsterdam..
Hari ni aku ke Bukit Bintang. Settlekan keje kat sana. Terima kasih diucapkan kepada Yana, Cayam n Rosie sbb sudi jadi bodyguard aku..eh adik guard aku hehe..First time drive jauh gile hehe..Macam2 benda jadik. Satu, sesat. Dua, aku nak kencing. Tiga, minyak dah nak habis. Huiii, yang part kencing tu aku leh tahan lagi, part minyak dah tinggal sket tu yg wat aku panik sket huhu..Dahle sesat tah kemana2, minyak pulak xde..Dalam KL mana nak cari stesen minyak. Nasib baik sampai ke tempat yang dituju dengan selamatnya. Nak balik tu aku tanya pakcik guard dkat situ mana stesen minyak terdekat. Nasib baik ada..Kalo tak nayeeeee....Nak isi ngan air kencing??hahahaha..karang punah jahanam kete aku hehehe...
Kemudiannya, bawa mereka makan2 kat Times Square. Sayang xleh dok lama sbb aku nak balik ofis lagi..Walaubagaimanapun, nyesal seyhhh balik ofis. Masuk je dalam ofis, melambak2 keje. Bos aku cakap, "Waniii, u spatutnya terus balik. Ini u datang lagi, memangla takkan dapat balik.Keje tak pernah habis.."
Aku bukan ape,aku fikir kalo aku balik, kang nanti ada benda2 yang x settle aku jgak yang kena. Nanti ada yang akan cakap, "You sepatutnya kena settlekan sume keje dulu baru balikk.." Aku pernah ditegur macam tu and aku dah serik dah...Tak nak lagi kena tegur macam tu. 2,3 hari aku stress.. Jadinya, aku sanggup keje lebih masa asalkan keje aku semuanya settle. Barulah balik pun dengan senang hati. Tido pon lena je....Inipun rasanya ada yang belum settle huhuhuh...
Penat keje admin ni..Macam2 nak kena buat untuk kesenangan semua pihak. Especially staff la kan...Semuanya nak kena cukup, semuanya nak kena in order, semuanya nak kena segera. Semuanya nak kena ikut kehendak mereka. Tapi mereka ini bukannya seorang. Mereka ini bermaksud ramai. Jadi nak menjaga kehendak dan kemahuan ramai ni memang susah. Yang ni kata ok, yang ni kata tak ok..So yang mana satu aku harus ikut??? Bagi contoh mudah pasal biskut la kan (aku memang tension pasal biskut nih).. Aku bawak turun biskut kering (dah sah2 orang tak suka kan), ada yang mintak tukar. Dia cakap orang tak suka biskut kering ni, dorang suka biskut coklat. Aku pon take note. Next biskut, amik yang coklat, orang suka. Pastu bila dah amik biskut coklat, ada pulak orang cakap tak suka. Dia kata tak bes, suka biskut jem. Tapi ada pulak yang suka tadi kan? Then aku amik biskut jem, ade pulak yang tak suka...Kesimpulannya, nak memenuhi kehendak semua orang ni susah..Seriously susah. Aku nak jaga hati semua orang, tapi semua orang tu kena pahamla. Bukan dia sorang je yang duduk dalam ofis. Dan bukan semua orang ada citarasa yang sama. Jadi kena tolak ansur sikitla kan..Janganla banyak sangat komplen. Kalau benda tu salah, komplenla.. Ini benda kcik macam ni pun nak komplen (yesss, ada yang komplen)..Dorang ni kan, nasib baik orang sediakan..Kalo x sedia langsung baru tauuu huhh...
Kalau ikutkan hati banyak benda aku nak luahkan.....Tapi aku simpan je....Malasssss...Biarla dorang sedar sndiri. Tapi kalau dah melampaui batas memang aku xleh sabarla kann....
Sudah2la tu membebel alwaniamalini...
---amal: Tolongla jangan buli admin anda. Sekian, terima kasih..
Sunday, April 5, 2009
WARNING! VIRUS TAG SEDANG MELANDA
Last phone call
7.22PM - My mummy~ Checking on me, pukul brape balik dari meronggeng ngeee~~
Last text message
6.25PM - mypumpkin~ Bagitau dia nak g mandi and malam nanti msg2 lagi n telling me how much he loves me alalala~~
Last time you cried
Petang tadi sobsob =,( Saya rindu mypumpkin. Serius.
HAVE YOU EVER :
Dated someone twice - Lorh, dah kuar dating ngn mypumpkin banyak2 kali dalam setahun, Tapi dalam sebulan, yes, once or twice sobsob (siksanye rasa pabila berjauhan huu~~)
Been cheated - Tipula kalo x penah kan. Aku penah kena tipu ngn org jual jam. Dia kata jam tu waterproof. Tapi asal aku rendam dalam air dia basah? Kata waterproof..caitt tipuu!!
Kissed someone and regretted it - Aku cium orang dengan penuh makna n i will never regretted it!!! (Suka cium mak, nanti melekat bau bedak Safi hehe)..
Lost someone special - Arwah datukku meninggal pada 1 Ramadhan, tahun 1996. Aku ingat mak kejutkan aku untuk makan sahur, tapi rupanya nak bagitau Ayah Dir dah xde sobsob..
IN THE PAST MONTH HAVE YOU:
Fallen out of love
Hahhh apekah??? I AM IN LOVE..DEEPLY IN LOVE. I DON'T WANT AND NEVER WANT TO FALL OUT OF LOVE. I've been craving for love for yearsss..So please don't take this love from me!!!
Laughed until you cried
Pernah!! Ini cerita masa kat Maahad. Aku dan dua org rakanku tgh makan nasik. Nasi bungkus tu baaanyak sangat. Memang serius kenyangla. Then one of my friend said, "Iskk, sekok perutlaa" (terjemah: kenyang sangat).. Dan dengan tiba2, prottttttttttttttttt kawan aku tu kentut....kuat gileeeeeee...hohoho serentak itu aku gelak guling2...mencurah2 air mata aku kuar..adeiii, sampai skarang aku ingat peristiwa itu huahuaha (wait, this is not in the past months. This was, yearsssss ago huhu)
Met someone who changed your life
Hari2, aku jumpa dengan macam2 ragam orang. Dan ragam mereka itulah yang mengubah aku menjadi yang lebih baik..
Found out someone was talking about you
Hmm..no..but i once found out someone's talkin bout me thru email (tertengok inbox dorang huu~).My boss and big boss. Jengjenggjengggg.....
How many people on your top friends do you know in real life?
Top friends dalam ape nih??Aku x paham huhu..so x perlu jawab ngee..
How many kids do you want to have
5!!!
Does u have any pets
YES! Motam, Monti, Sipo, Spark, Congek, Yenn, BnW dan beberapa ekor anak kecil yang belom didaftarkan lagi nama mereka..
Do you want to change your name
NOPE! Aku cukup bangga dengan nama aku yang unik ini eheh..
Want to get married?!
Op koslaaaaaa.....Gatal bebenor dah nihhh hahaha..
What time did you wake up today
Erm, mula celik mata kul 4.20pg (Skang dah otomatis bangun kul 4pg, ingat nak p keje)..Then tido balik, bangun kul 6.30pg kemudian tak tido2 sampai sikalang..
What were you doing at midnight last night
Aku masuk tido kul 11 lebih lpas bola habis, makanya kul 12 tgh mlm tu dah nyenyak tidola..
Name something you cannot wait for
mypumpkin datang umah bawak rombongan meminang. Kmudiannya sebulan lps tu kawen lalalala..Kemudian 2 mggu lps tu pregnant huahauahauahuah (gilo gatal)
Last time you saw your father
Cuti 2 hari, last month. Sobsob miss daddy!!~~
What's one thing you wish you could change
Hmm sport rim Cik Bibab. Tensen aku tengok..
What's getting on your nerves right now
Nak gi keje esok. Tadi check email. Ada masalah problem. Adehh, nak gugur rasa jantung.
Elementary/Primary School
SK KOTA
SRK ZAINAB II
Middle/Secondary School
SMU (A) MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN
SMK KAMPUNG LAUT
Hair color
Hitam itu menawannn...
Long or short
Long but not so long..yang sedang2 sajaaaa (jum gelek2 cam Iwan dangdutt)..
Want kids?
Opkoslaaaa...5 ye, 5...
Want to get married?
Aihh nak anak mestila nak kne kawin kannnnn....So, semestinyelahhh...(Perkara utama dalam pikiran sekarang hahaha..Alah omakk kawinkan akuuuuu...)
HAVE YOU EVER :
Kissed a stranger - erkkk NOPE!!
Lost glasses/contacts - glasses x penah hilang. Tapi lense slalu. Berkali2...
Ran away from home - TIDAAAKKKK....
Broken someone's heart - Kalo gaduh ngan mypumpkin aku slalu rasa aku dah lukakan hati dia..
Been arrested - hohoho never...
Cried when someone died - Of course..Aku bukanla manusia yang berhati batu. Yang tidak akan menitiskan air mata walaupun setitik tatkala bersedih....
ANSWER TRUTHFULLY :
Is there one person you want to be with right now?
mypumpkin. He's the one person. Dah 2 bulan tak jumpa dia. sobsob..
Do you believe in God?
Alhamdulillah, imanku masih teguh, hanya kepada Dia aku berserah...
---amal: Panjang rupanya tag nih...adehssss dah mabuk dan lebam nehh
Siapa Aku???
alwaniamalini.Kuli.Suka makan dan suka tido.
Sikap kamu yang 'mantap'?
Sikap??? Takde. Aku hanya ada p******g yang mantap okehh..
Sikap kamu yang sangat jelek?
Korek hidung di khalayak ramai.Serius.
Apa gadget yang sentiasa kamu bawak?
Telefon mudah alih kuu..
Dah berapa handphone kamu pakai selama neh? Senaraikan brandnya. Jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang?
Hmm stakat ni dah pakai 4 HPs;
Nokia 3310 - HP ni abang aku yang punya. Dah aku dapat masuk matrik, dia bg hp tu kat aku. Then turunkan to my daddy. Now dah jahanam kot tipon tu huhuhu..
Nokia 1100 - Ini pun HP abang aku. Dia bagi masa aku dapat masuk UPM setelah HP Nokia 3310 tu dah tak dapat digunakan. Skarang ni HP ni diambil balik abang aku..
Motorola C168 - HP pertama yang aku beli sendiri. Ermm masa 2nd year kat UPM kalau xsilap aku. Sekarang ni HP ni kat kampung bersama dengan nombor Maxis ku..
Sony Ericsson K530i - HP yang dibeli dengan duit gaji pertama. Masih digunakan dengan baik hingga sekarang...
Siapa bestfriend kamu?
Semua kawan saya adalah yang terbaik. Kalau tidak, saya tidak akan berkawan dengan sesiapa pun...
Siapa yang kamu sayang selain family?
Rakan-rakan, dan semestinya mypumpkin. Dia, dia, dan hanya dia.
Lagi 10 tahun kamu jadi apa?
Lagi 10 tahun umur aku 34 dan mungkin tika itu, aku sudah pun bergelar isteri kepada mypumpkin, mempunyai anak 6 orang (??), dan membantu mypumpkin mengusahakan perniagaan.
Kata2 hikmah yang pernah kamu dengar dan paling kamu suka?
Errr....satu kelemahan aku, aku tak pernah ingat kata2 hikmah yang aku pernah baca. SORRY!~
Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
11 orang followers
Senaraikan follower yang paling kamu suka? (Tak kira kuantiti) Kenapa?
Semuanya dan tiada yang terkecuali.
Wednesday, April 1, 2009
Been Tagged by ShiMawar!! - Tag Kawen, Sukee Sukee~~~
23 tahun
Are you single?
Tidak, sudah dipunyai lalala~
At what age do you think you'll get married?
Hmmphh, 23 tahun??hahahaha..Sabarlah, 2,3,4 tahun lagi. So maybe masa umur aku 27?? Insyaallah jika dipanjangkan umur dan dipanjangkan jodoh.
Do you think you'll be marrying the person you are with now?
Aku nak dia. Hanya dia. So, YES!! Semoga jodoh kami dipanjangkan Allah SWT.
If not, who do you want to marry?
Sila rujuk jawapan di atas. AKU NAK DIA. HANYA DIA.
Who will be your bridesmaid and bestman?
Sahabat aku kat Maahad dulu, Kema. Sebab aku penah janji ngan dia dulu hee~~ Bestman, biarlah mypumpkin yang decide sape nak jadi tukang kipas dia eheh..
Do you want a garden/beach or traditional theme wedding?
Aku tak nak sume tema di atas. Aku nak wedding yang simple. Hanya akad nikah, makan2, itu saja. Tak nak sanding2.SERIUS. Tema pon simple2 jelah..Biarlah orang kata nikah hanya sekali dalam seumur hidup jadi kena buat grand2. Well, I'm not that kind of person. Tidak perlu grand mahupon melebey2. Tak kose makkk..Yang penting, aku dapat kecapi saat yang paling bahagia dalam hidup aku. Saat,dia melafazkan "Aku terima nikahnya Alwani Amalini bt Mustapha dengan mas kahwin *brape2 ringgit* tunai." Iskk, can't hardly wait!!! (Gatalnye nyahhh..)
Where do you plan to go on honeymoon?
Aku nak gi Perancis. Nak naik cruise hehe..Nak gi Perancis sebab aku tau,mypumpkin pun nakk sangat pgi sana, tapi dia tak berpeluang dulu sebab dia jatuh sakit masa pemilihan nak ke sana. So, Perancis is where i want to go!!! Tunaikan impian aku dan dia......
How many guess do you think you'll invite?
Huiii ramai2..jap pk..kawan mak,kawan ayah.Kawan aku, kawan mypumpkin (dia mungkin akan bawa satu bala tentera dia kot huhu), orang2 kampung, sedara aku, sedara mypumpkin. Eh ramailahhh pendek cite..
Will that include your exes?
Hoh, aku ada ex ke?? hehehe...Macam xde...So, xde ex yang akan dijemput. Cuma mungkin akan ada axe untuk menebang pokok betik. Nak amik betik buat bunga manggar..
How many layers of cake do you want?
Disebabkan aku cuma mahu yang simple2 saje, jadi cukupla satu layer je... Wat besar2, buleh makan ramai2...
When do you want to get married, morning or evening?
Morning. Siang2 bleh layan orang. Malam2 layan... (haa haa pk bukan2 hehehe)..Layan bukak hadiahlaaaaaa...
Name the song/tune you'd like to play at your wedding?
Huu, bukan tradisi keluarga aku pasang2 lagu masa majlis kawin nih. Mahu kena potong kepala ngan daddy bulehla nak pasang. So, takkan ada bunyi musik. Yang ada cuma bunyi, "Haaa tambah2 nasikk...makan banyakk2...Jangan segan2..oo pengantin ada kat atas, g la tengokk..silala naikk..sila2..."
Champage or red wine?
Hohh ape kejadahnya minum air haremmm ni huu..ermm, sirap ah..sirap kenduri kawin, sdappppp... Kalau sirap yang saje2 wat kat umah tak sedap. Sirap masa kenduri kawen je bes. Aku pon tak paham nape fenomena ini boleh berlaku..Seri pengantin tu kot......
Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Daysss after the wedding. Seminggu dua lepas kawin tu, kena pegi jalan2 umah sedara mara dulu. Kena kenal sume orang..
Money or household items?
Ermmm...dua2???hehehe...tapi household items pon ok gak..snang nanti xyah wat kuar duit buat beli barang umah heheeh..ikea, toshiba, panasonic, sony tak nak taja ke nikah aku nanti? Bagila, set sofa satu, set meja makan satu, peti satu, microwave satu, iron dan iron board satu, dapur gas satu, mesin basuh satu..Cukup lengkap umah aku nanti huhuhu...
How many kids would you like to have?
5!!!!!!!!!!!!!! Nak wat selang bunga. Yana dah ajar cane nak wat hahahahahahahaha...
Will you record your honeymoon in DVD or VCD?
DVD lah leh muat banyak sket muehehehe...Banyak benda nak record nih lalalalala~~
Whose wedding plan would you like to know?
SEKIAN, TERIMA KASIH...
Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Terimala Kann huu~
Saya baru pulang. Uhh, 12hours saya bekerja hari ini. Dan kurang 8 jam lagi, saya akan bekerja untuk hari esok pula. Inilah yang saya kata, TOTALLY EXHAUSTED.
Sebelum pegi Alamanda dari ofis tadi my pumpkin called. Dia ingat aku dah balik rumah. Huhh membebel2 dia sebab aku tak balik lagi. Keje dari pagi sampai petang. Aku dengar suara dia, dengar dia bebel2 tu rasa macam nak nangis. Bukan sebab sedih dia bebel saya, tapi terharu kerana dia prihatin terhadap saya huuu...Dia sama macam ayah. Ayah depan aku tak banyak bicara. Tapi bila dia mula membuka mulut, memberi nasihat, aduhhhh, terharunya rasa. Hmm miss my daddy la plakkkk....
Malam ni hajatnya nak tido awal. After this nak mandi manda segarkan badan, makan, iron baju, aku nak terus tido. Penat yang amat. Kepala aku serius sakit. Jadi, sebelum tidur ni, aku nak upload gambar yang aku janji nak bagi petang tadi.
-- Fridge magnet pemberian Audrey yang ke Australia 2mggu lepas. Aku tepek kat CPU aku--
Terima kasih di atas segala pemberian tersebut dan terima kasihla sebab ingat aku. Wat susah2 je hehe...
--amal: Pengakuan jujur - Aku tak reti nak beli hadiah kat orang,jadi bila dapat hadiah dari orang ni rasa bersalah pulak, sebab aku tak pernah menghulurkan sebarang pemberian. Am I selfish??isk ---
:: Aduhh..sakit kepalaaaa ::
Ye. Kepala saya sakit. Bangun je dari kerusi, terasa macam berada di awangan. Berpusing-pusing gitu.. Bila ngadu kat kakak Timah, buleh pulak dia cakap, "Haaa Waniii, ape abang dah buat niii.." Haishh, ngarut je kakak Timah ni tauuuu... Dia berada beribu-ribu kilometer jauhnya dari saya, ape dia bleh buat??hehehe (Oh suddenly aku rindu dia sobsob)..
Haa ni ada kisah 1 April nih, selendang colleagues aku hilang. Ada sape2 sengaja amik x?? Ish3, tak paham aku. Kata kawan aku ni, dia letak selendang tu kat kerusi dia then dia balikla umah. Datang pagi ni dah takde. Dia tanya aku sebab dia takut kalau2 ada night shift staff yang amik. Aku macam tak berapa nak setuju la. Tah,aku pikir orang yang educated, orang yang dah berfikiran matang, orang2 ni aku percayai, takkanla selendang tu dorang nak curi? Dahla terletak elok kat kerusi. Dah sah2 ada tuan punya. Lainla kalau selendang tu kat atas lantai ke, kat mana2 ke yang tak mencerminkan ia berpunya. Takpela jugak kalau nak amik. Hmmm..nak kata acik2 cleaner ni yang amik, xnakla tuduh2 kan. Iskk..sape tah yang amik. Selendang je ponnn... Kalau barang kemas berjuta2 ringgit aku pahamla kenapa dia nak amik huhu.. Doniaa doniaaa, aku tak pahammm... Bahagiakah hidup kita dengan memiliki barang yang bukan hak milik kita??? Saya tidak bahagia, saya takut, nanti tak tau nak jawab apa di hari perhitungan nanti..
Lagi..lagi..ape lagi cerita 1 April ni ye..Haa, pagi2 lagi ada orang bikin hati aku panassSSss...Ade ke orang itu kata handbag aku besau???Dia kata itu handbag makcik2 je tuh..Aihhhhh sukee sukiiii je mulut tu ye..Geram betul, pagi2 dah nak naikkan darah aku. Aku geram,aku cakap, "You jangan xtauu, beg I ni besar, duit banyakkkk...Mana leh pakai beg kecik2, x padan dengan duit I yang banyak nii.." Pastu lagi satu, dia bebel2 cakap biskut yang aku bawak turun tak sedap. Eeee makan jela yang mana ade. Nak memilih2 tu napelaaa..Nasib ada biskut nak makan time lapo2, orang kat zon perang, kat mana2 yang mengalami krisis makanan tu, ulat pon dorang sanggup makan tau..Minum pun minum air kencing sendiri. Ini orang dah bagi makanan (ko suka ke tak suka) makan jela. Kalo betul2 x suka, xpayah susah2kan diri nak makan. Ko carila makanan sendiri. Tak bagi salah, dah bagi pon salah.eee...huhhhh,nyampohss aku dengan orang yang mulut takde insurans nih. Tengok, tak pasal2 alwaniamalini dah membebel2 macam nenek tua.
Ape je yang best hari ini? Owh, aku dapat souvenirs from my colleagues yang sorang, pegi Australia for training (beshnyeee dia. Baru masuk dah pegi training kat Australia. Admin tak nak hantar training kat Australia gak ke?uhuu~~).. Pastu sorang lagi baru pulang dari Padang Besar. Actually dia konvo hari tu kat UUM, so sesambil tu jalan2la kat Padang Besar kan. Terima kasih sangat2 =) (Sejuk sket hati aku yang panasssSS nihhh).. Nak upload gambar tapi x sempat. Malam nanti aku upload.
Kenapa aku masih di ofis waktu begini???? Biasalah, aku kan pekerja berdedikasi..
Dan selepas ini aku nak ke Alamanda. Apee??shopping???Tidakk tidakk..Kena pegi beli air kotak untuk Training pukul 6.30pg esok. Aduh, tetiba rasa cam nak nangis. PENAT PENAT..SAYA PENAT..SAYA NAK BALIK TIDO...sobsob..dan pagi esok aku kena masuk awal. Pukul 4pg mungkin. Tinggal 12 jam lagi nak pukul 4pg. Adeh, leh mati aku.. Apo dayoo...aku hanyalah kuli yang makan gaji. Kerja yang diberikan akan aku laksanakan seikhlas dan sebaik mungkin. Aku tak nak makan gaji buta. Tak bahagia hidup aku nanti huu~~~
Baiklah, enough all the s**t talking. Masa untuk aku menjalankan tugas seterusnya. Daaaa~~
---amal: Caffeine caffeine..I need caffeineeee....

