Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Thomas & Uber Cup

Assalamualaikum,

Sekarang ni tengah berlangsungnya Thomas & Uber Cup di China. Dah final dah pun. For both Thomas & Uber Cups, Korea Selatan vs China. Tadi sempat jugak aku tengok sekejap final Piala Uber. Perseorangan pertama. Huh hebat betul player China. Apa ntah nama dia ehe.. First set Korea menang. Second set Korea dah nak menang dah, dah mata akhir dah. Sekali China dapat kejar, dapat mata deuce 20-20. And finally China menang terus masuk rubber set. Dah masuk set ketiga, Korea dah penat. China pulak bersemangat. Apatah lagi main depan penyokong sendiri kan.. Menangla dia akhirnya. Huh sengit sengit. Aku kalau tengok badminton mesti rasa gerun. Especially kalau doubles. Huh, takut! Laju betul dorang ni main...

Aku tak nak komen pasal Malaysia yang awal-awal dah bungkus :P

Just nak share asal usul Piala Thomas & Uber ni..

PIALA THOMAS



  • Sebelum ini dikenali sebagai World's Men Team Championship. Pertandingan badminton antarabangsa di antara ahli-ahli Persatuan Badminton Dunia atau Badminton World Federation (BWF).
  • Diadakan setiap 2 tahun semenjak tahun 1982. Sebelumnya setiap 3 tahun.
  • Pertandingan pertama diadakan pada tahun 1948-1949.
  • Semenjak diperkenalkan, Indonesia menang 13 kali, China (hanya mula menyertai pada tahun 1982) 8 kali dan Malaysia 5 kali.
  • Piala ini diperkenalkan oleh pemain badminton England yang terkenal pada tahun 1900 iaitu Sir George Alan Thomas.
  • Malaya negara pertama memenangi Piala Thomas dengan menewaskan Denmark 8-1. Dan menjadi juara bertahan sehingga tahun 1955. Pada tahun 1958, Malaya tewas kepada Indonesia.
Boleh baca lagi di Wikipedia | Thomas Cup

PIALA UBER


  • Piala Uber ialah Piala Thomas versi wanita.
  • Pertama kali diadakan pada tahun 1956-57.
  • Nama piala ini adalah sempena nama bekas pemain badminton England, Betty Uber yang memperkenalkannya pada tahun 1950.
  • China telah memenanginya sebanyak 11 kali, Jepun 5 kali dan Indonesia serta US, 3 kali.

Boleh baca lagi di Wikipedia | Uber Cup


Bila aku baca info ni barula aku tahu Malaysia dulu sebuah pasukan yang hebat sangat sehinggalah Indonesia dan China menjadi kuasa baru dalam dunia badminton ni. Kena plak negara kita tak ramai pemain pelapis. Dok bergantung harap pada sorang pemain je. Last sekali kita menang ialah pada tahun 1992. Tahun ni di China kita awal-awal lagi dah kalah. Tahun 2014 tak tahu lagi main kat mana tapi hopefully akan ada la pemain baru Malaysia yang dapat bawak pulang Piala Thomas ke Malaysia... 

Saturday, February 11, 2012

Bertemu Mata Dengan Players Red Warriors :D

Assalamualaikum,

Harini Kelantan lawan Terengganu di Kota Bharu kan. Semasa aku menaip ni, Kelantan tengah mendahului 2-0. Harap-harapnye Kelantan menang la ek ehehe..

Anyway, aku nak bercerita pasal Kelantan lawan Sabah di Stadium Likas 8 Februari lepas.

Masa mula-mula tahu Kelantan akan datang ke Sabah, aku memang excited gile hoho... Nakkk sangat pegi stadium tengok Kelate main secara live. Dah penah tengok dulu di Stadium Shah Alam masa Kelantan lawan Selangor. Pergi dengan kawan-kawan dan abang aku. Kali ni nak la jugak pegi tengok bola dengan my pumpkin kan kan ehehe.. Walau bagaimanapun, hajat saya ni dibangkang sekeras-kerasnya oleh sang suami yang risau bini dia ni terberanak di stadium :P Lagipun suasana dalam stadium tu pun mungkin tak sihat untuk saya.. Lelaki ramai berbanding perempuan. Of course majoritinya merokok kan. Asap rokok tak elok untuk ibu mengandung nih. Kang tak pasal-pasal semput pulak kann... Sebagai isteri yang mendengar kata, saya redha jelaaa... Biarlah suami pergi dengan kawan-kawan dia.. Pasrah je bunyinya haha..

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum game tu hubby dengan kawan-kawan dia pergi ke Stadium Likas nak beli tiket. Tapi dorang tak jual pun lagi. Esok harinye baru jual.. Tapi dorang ni langkah kanan. Kebetulan pulak masa tu player Kelantan datang ke stadium untuk training. Ape lagi kannnnn ehehehe.. Amikla peluang bergambar dengan dorang..

Ok, saya jeles :P

Tiket perlawanan, RM10 untuk tempat terbuka,
Tapi my pumpkin dapat duduk di grand stand (tiket RM20)
Dengan kapten Red Warriors, Badhri Radzi aka Piya :)
Tinggi rupanya Piya ni..

Daudsu..
4 orang ni ketinggian lebih kurang jek ekekeke

With coach, Peter Butler..

Tan Sri Annuar Musa, sporting :)

Ok, yang ni paaaaling aku jeles.... Sebelum my pumpkin balik dia dah bagitau ada surprise. Aku takleh nak teka la ape benda surprisenye... Dia sampai depan pintu aku sambut macam biasa, tak perasan apa-ape yang pelik. Sekali my pumpkin cakap, "sayang ni tak perasan ke..." Aku tanya dia, "ape dia?" Dia tayang-tayang baju yang dia pakai.... Hohhhhhhhh.... ok jelesssss...


Ni la baju yang dia pakai..
Ada sign Tan Sri Annuar Musa, Peter Butler, Indra Putra, Daudsu, Mat Yo & Piya
Dia pinjam marker pen dengan abang yang jual tiket hehehe..
Guess what, aku belom basuh baju ni! haha.. takut hilang dakwat..
Nak kena letak dalam frame nih...
10-20 tahun lagi sure baju ni sangat berharga kan kan hehehe
*jelesssssssss*
Aku tanya dia nape tak amik gambar & sign player yang lain. Dia kata dia segan. Huh, kalo aku ada kat sana, abes semua orang aku amik gambar hahaha.. Peduliklahh segan ke tak segan :P

Sunday, October 23, 2011

(VIDEO) Pelumba San Carlo Honda Gresini Marco Simoncelli Mati di Litar Sepang, Malaysia

Assalamualaikum,

Aku tak tau pun sekarang ada perlumbaan Moto GP kat Sepang tu. Tak penah amik tahu pun pasal Moto GP ni. Alih alih petang tadi tengok kat facebook banyak pulak berita pasal sorang pelumba ni mati setelah jatuh dan kepalanya dipijak pelumba yang lain. Urgh ngeri.

So aku cari dekat You Tube videonya.

Silala menonton, might be a bit eerie.



Mesti hentakan terlalu kuat sampai helmet dia pun tercabut.. Hmm.. dah ajal dia... My pumpkin is one of his follower. Minat betul dia dengan Simoncelli ni. Dia ikuti perkembangan Simoncelli dari 125cc, 250cc hinggalah ke Moto GP. Kata my pumpkin, last week Simoncelli dapat no 2 di Moto GP Australia..

Muda lagi orangnya, Baru umo 24 tahun. Macamana la family dia kan? Huuuuu~

Wednesday, May 18, 2011

Inilah Orang Kelate Kata - Gura Bodo


Apa tafsiran anda selepas melihat kartun ni?

Tafsiran saya: Orang perempuan Kelantan ni perangainya teruk. Sanggup tinggal anak dan suami semata-mata nak tengok bola. Dan dengan derhakanya pulak mengarah suami macam-macam (ayat dalam kotak hitam). 

Tafsiran anda sama tak macam tafsiran saya?

Ni lah yang saya boleh simpulkan sebagai gurauan paling bodoh abad ini. Eh no. Second one. Sebelum ni yang kartun kata rakyat Kelantan tak bertamadun main mercun tu. Tak abes-abes dorang ni kan. Saja nak buat orang Kelantan naik darah, naik angin.

Ada orang kata bila keluar kartun macam ni kena pikir positif. Tafsir yang positif. Tapi kat mana positifnye tu. Cuba cakap dengan aku. Mungkin aku tak nampak. Yela, dah marah sangat kan ni. Tercalar naluri kewanitaan Kelate aku nih huhuhu.. Dah tak boleh nampak kat mana baiknye kartun ni. Cuba cerita sikit kat aku mana baiknya.

Kenapa asyik rakyat Kelantan je yang selalu jadi mangsa gurauan bodoh ni?

Kartunis ni pun satulaaaaa... Tak mengamalkan konsep keluarga bahagia dan 1Malaysia. Apa salahnya buat dialog pegi tengok bola sama-sama walaupun berlainan negeri?? Buatla kartun yang bermoral sikit. Kenapa nak buat double standard? Kenapa nak tunjuk rakyat Kelantan ni teruk walhalnye kita ni semua duduk dalam satu negara yang sama? Nampak sangat..konsep 1Malaysia belum tercapai.. Kuciwa aku kuciwa... 

Ish malasla nak cakap lagi.......

Friday, March 4, 2011

Random Stories

Assalamualaikum,

Aduiyai lama jugak tinggal blog nih tak berupdate. Sibuk sangat. Maklumlah baru habis month end closing. Awal-awal bulan pulak sibuk nak submit report. Campur pulak products pun banyak jugak seminggu dua ni. Jadi, tak sempatle nak curi-curi masa update blog di ofis (opss kantoi eheh..).. Then kat rumah pulak, line macam... siput bambis. Geram! Slow gile! Gile pun tak slow macam ni. Hangin jugak dengan Maxis BB ni sometimes. Rasa macam tak worth it dok membayar bil bulan-bulan tapi line slow teramat sangat. Nak loading satu page pun take time. Aku bukannye duduk di ceruk hutan simpan. Duduknye di Putrajaya cemerlang gemilang terbilang. Macamana tuh? Sabar ajelah...... :(

Ape cer eh awal-awal bulan 3 ni?

Oh ye, mak aku dah beransur sihat. Haritu pegi x ray, tulang kat bahu kanan retak sket (celaka punye peragut!). Doktor pakaikan anduh and bagi ubat. Mudah-mudahan cepatla sembuh. Awal-awal haritu, mak lemah jugakla. Alhamdulillah sekarang dah ok sket. Tapi masih trauma duduk rumah sorang-sorang. Erm, Ya Allah, Kau lindungilah ibu, bapa dan semua ahli keluargaku daripada perkara-perkara yang tidak baik. Amin!~

Malam ni Kelantan vs Johor FC. Sape menang agak-agaknye? :)


Wednesday, March 2, 2011

Kelantan vs Negeri Sembilan

Assalamualaikum,

Sape pegi tengok dua musuh tradisi ni bertarung semalam?

Alhamdulillah, Kelantan tanah tumpah darahku yang menang :)


Kelantan 3 0 Negeri Sembilan.

Gol dari S. Chanturu & Norshahrul Idlan Talaha.



Stadium Sultan Mohamed Ke IV sentiasa penuh!


Jom tengok gambar-gambar perlawanan 2 pasukan hebat ni di

Monday, February 21, 2011

Gambar & Video Azizulhasni Awang Cedera - Betis Tertusuk Kayu

Assalamualaikum,

Anda kenal siapa Azizulhasni Awang? Masakan tak kenal.. He's our national and professional track cyclist. Baca kisah dia dekat Wkipedia ni [http://en.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang]. He's born in year 1988! Muda lagi mamat nihhh... muda dari aku toww and he's married! Goshhh (jeles ahaha)..

Anyway, semalam tengok Buletin 1.30. Azizul cedera selepas terlibat dengan kemalangan di Manchester. Serpihan kayu veledrom sepanjang lapan ke sembilan inci tertusuk betis dia. Ok. ngeri. ngilu. sakit.

Yang membanggakan aku, despite of the injury, Azizul bangkit untuk meneruskan perlumbaan dan dia berjaya merangkul pingat gangsa. Isn't that great? Hebat gile tow! Ko boleh buat ke camtu? Wa saspek sama lu Azizul! :)

Alhamdulillah, dia selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang serpihan kayu tu dan dijadualkan pulang ke tanah air hari ni. Alhamdulillah, kecederaan tak teruk sangat dan dia cuma perlu berehat beberapa hari. Yang sedihnye, dia terpaksa melepaskan peluang untuk menyertai Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23-27 Mac ni. Kata isteri Azizul, dah memang jadi impian Azizul nak join kejohanan dunia. Tapi bila dah jadi macam ni sure susahla dia nak terima. Takpela Azizul, yang penting kecederaan tak serius. Dah cukup rehat and injury pun dah sembuh, bolehla masuk lagi. You have made us Malaysian proud with your high enthusiasm. Bravo Azizul!

Ni gambar Azizul yang aku amik from few websites












Korang boleh baca berita mengenai Azizulhasni in below links:

Awang injury masks mixed fortunes of Chris Hoy and Victoria Pendleton
Azizulhasni Awang to have 20cm splinter surgically removed after crash
Cyclist finishes race with splinter through leg
Cycling: "Put Me Back on My Bike" - Is This the Toughest Man in Sports? (Video)
Crash put paid to Azizul’s plans to set the world on fire
Shard removed from Awang's leg after Manchester crash
BIG SPLINTER FOR CYCLIST SPRINTER
Azizul selamat dibedah
Terlepas Kejohanan Dunia
Athiyah pasrah
'Pahlawan Manchester'
Cedera Azizul tak serius


Ni video kemalangan yang menimpa Azizulhasni:



Tahniah Azizul
You are truly a hero!
&
Get well soon!!
=)
  
p/s: Dalam Harian Metro kata dia dah kawen sebab ada kenyataan dari isteri dia, tapi I read in one of the news dalam website kat atas tu (tak ingat pulak link mana satu) katanya Azizul April ni baru nak kawin. So which one is correct? Ada sape-sape tahu boleh tolong clarify? Tq...


[25 Feb 2011] Clarification on Azizul's status: Dia dah kawen dah dengan his lovely wife last year, 30 January 2010. Tahun ni genap setahun. April ni mungkin majlis resepsi nya pulak. Mungkin masa tu nikah dulu belum ada kesempatan nak buat kenduri kan? Read Azizulhasni's personal blog http://thepocketrocketman.blogspot.com as well as his wife's http://tyailyana.blogspot.com for more stories about them. Thanks Mai & Ahmad Nadzri for clarifying and sharing! =)

Friday, February 18, 2011

Piala FA - Kelantan lwn T Team

Fuh fuh fuhhhh....

Mintak-mintakla Kelate menang!!!!!!

Erk..berdebar-debar jantungkuuuu...

*********************************************************************************

Yaho0o0oooo0ooooooooooo!!!!!!

Kelantan menang!!!!!!!!!!! 

Kelantan menang penalti 6-5. Kira betul-betul sengitla game dorang. Nasibla T Team takleh sumbat penalti last tu. Tersalah aim kot hihi.. Please try again later ya! :D

Huahuahua punyela berdebar-debar menunggu keputusan akhir. Masyeh my pumpkin tolong update.

Okeh, malam ni boleh tido sambil tersenyum lebar hikhikhihki..

Wednesday, February 2, 2011

History's Greatest Goalkeeper

Assalamualaikum,

Aku nih, walaupon perempuan ayu (ayu ker?), minat gila dengan bola. Mungkin menurun dari ayah aku kot? Mak cakap, ayah masa muda mudi dulu suka sangat pegi stadium tengok Kelantan main. Sampai mak nak beranak kat hospital nih pon dia sempat lagi pegi tengok bola (boleh pahamla kan nada suara mak aku masa bercerita tentang ayah tu ehehe)..

Masa aku sekolah rendah and menengah dulu, local team aku suka Selangor. Masa tu Kelantan tak gah macam sekarang and masa tu jugak player Selangor ramai yang hensem (muahahaha) contohnye Azman Adnan. Huh, dulu handsome wey, sekarang macam dah kurang handsome (dah tua kot? hahaha).

Cari mana Azman Adnan yang menjadi pojaan gadis dolu-dolu :P

Then seberang laut punya pulak, of course la Manchester United pasal masa tu David Beckham main dengan MU and masa tu dia pon masih muda trang tang tang.

Oloh oloh comeynye Beckham time muda remaja!

Aku dulu minat yang amat sampai setiap artikel dalam surat khabar aku gunting-gunting, tampal dalam buku, buat scrapt book. Huh, minat yang takde pekdah langsung! Tu masa aku muda-muda takde keje la. Lama-lama lepas tu, minat dah slow down sket. Masa dekat U pun tak minat mana dah sebab masa tu Liga Malaysia pun macam suram je. Dua tiga menjak ni je naik balik. Tapi takdela aku tinggal macam tu je minat tu. Still sanggup berjaga malam tengok World Cup and amik tahu sikit-sikitla pasal dunia bola sepak. Cuma dah tak obses sangat dengan player-player hensem. Mungkin dah sedar diri yang walaupon ko puja-puja separuh mati, seumur hidup pun ko tak boleh nak kahwin ke ape dengan dia ehehehe..

By the way let's go back to the title of this entry, who do you think the greatest goalkeeper in the world? Khairul Fahmi Che Mat? ehehe.. Tak mustahil kan? Dia memang terbaheklah. Suka tengok bila dia dapat tangkap bola, dia pelok kemas-kemas. Untung awek dia Elia, nanti sure Apek suka peluk dia kemas-kemas hahaha (sori-sori gurau aje :P) Kalau Apek bermain dengan kelab-kelab ternama donia, pasti dia salah satu penjaga goal terbaik dunia. Nothing is impossible :) FIFA No 1 goalkeeper now is Iker Casillas dari Spain. Erm dia pun terbaik jugakla. And handsome too ahaha.. Ni lah natijahnya kalo perempuan suka bola. Tengok pemain hensem aje! kuikui.. Dah memang habitat tabiat orang perempuan okay! :P

Bagi aku, ada seorang je penjaga gol terbaik yang pernah aku tengok cara dia bermain (dalam tv jela) dan sampai sekarang aku kagumi dia dan takde sape yang boleh tandingi dia.


PETER SCHMEICHEL

Anda kenal sape Peter Schmeichel?? Pernah tengok dia main?? Masakan tak kenal Schmeichel.. Lagenda ni beb!!!


Ce tengok video kat bawah ni:



Yes, bagi aku dia lah History's Greatest Goalkeeper! Bukan Khairul Fahmi ye puan-puan tapi Peter Schmeichel ehehe.. Cuba korang tengok cara dia saved bola tuh.. Huh melayang, terbang, meniarap, sepak terajang bola, tumbuk bola, tampar bola.. Sume dia boleh buat. Sekali dia tampar/tumbuk bola, jauh bola tu terkeluar. Ini kalau dia tampar/tumbuk orang ni, mahu berderai gigi patah.

Dan... jangan ingat dia goal keeper dia takleh sumbat gol. Schmeichel nih dia versatile. Proofnye:


Senang kacang je dia sumbat gol. Tengok dia lari first first tu. Ada style beb. Rambut berombak-ombak muehehehe..

"Tidak syak lagi.. sayalah penjaga gol terbaik dunia dan terhebat di dalam sejarah!
Bukannye Khairul Fahmi Che Mat hohoho
walaupun saya akui dia pun terbaik, bukan di dunia tapi di Malaysia!!"



p/s:
Dialog di atas adalah rekaan semata-mata.
Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.
Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...