Showing posts with label Saif Shaheem. Show all posts
Showing posts with label Saif Shaheem. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Shaheem Celebrate Birthday @Tadika

Assalamualaikum,

Ni cerita last week. Biasala aku kan, Selalu update siaran tertunda hehe..

Birthday Shaheem dah lepas lama dah. 6 Mac. Tapi sekolah baru buat sambutan birthday untuk murid lahir bulan Mac minggu lepas. Combine sekali dengan murid birthday bulan April. Ibu bapa murid yang sambut birthday tu diminta sediakan makanan untuk jamu murid2 ni.. Jenuh jugakla mikir nak bawak ape. Kek tu kompem. Makanan sampingan tu tak tau nak bawak ape. Ingat nak goreng mi ke bihun ke tapi rasa macam.. ermm tak pandainya haha.. Alasann... 

Aku order kek sebijik. Kek sedang sedang je.. Memula aku tanya sorang homebaker yang aku ada add dalam FB. Dia quote RM70 sebijik. Mahal sebab aku request edible image. Edible image tu yang mahal katanya.. Bagitau husband dia suruh aku survey yang lain dulu. Kebetulan masa tu akak ex-jiran aku baru buat sambutan birthday husband dia. Aku tanya la mana order kek tu. Dia pun bagila contact. Homebaker juga. Wife Navy dalam base. Aku whatsapp bagitau aku nak kek coklat biasa je pastu letak edible image kereta. Dia quote RM60. Murah RM10. Kedek betul mama, RM10 pun berkira haha.. Ekonomi meleset, kena jimat hehe.. Terus proceed order dengan dia. Aku serah je kat dia nak deco macamana kek tu. Yang penting ada gambar kereta. Saif Shaheem tu la dah lama dah request nak kek kereta huhu..

Aku order hari Isnin, janji ambil petang Khamis. Dengan akak yang aku mula-mula deal tu aku cancel order kek tapi aku order cheese tart dengan dia. Mix cheese tart 50 biji RM35.. Janji pagi Khamis ambil.

So hari Khamis tu kehulu kehilir jugakla aku driving. Penat gile rasa huhu.. 

Inilah keknya.. Rasa tak tau sedap ke tak sebab aku takleh nak rasa hehe.. Akak ex jiran yang rekemen kata sedap kek adik ni buat. Next time la order lagi. Tanya Shaheem dia kata sedap je. Okla tu.. Yang penting dia suka.


Puas hati jugakla dengan deconya. Image pun bukan kat atas je. Tepi keliling kek pun ada. 

Gambar kat sekolah ni cikgu yang whatsapp. Heee cute Saif Shaheem. 
Kelas 4 tahun 3 orang celebrate birthday so ada 3 la kek nye. Seronokla bebudak makan kek banyakk..

Alah gambar cheese tart aku tak amik pulak. Cilok gambar kat FB tukang buat lah hehe..


Orang area Sepanggar, IP dan sekitarnya bolehla contact Kak Umie ni kalau nak order cheese tart ya. Dia ada buat kek, durian crepe, cheese cake dan macam-macam lagilah. 

Friday, November 13, 2015

NO TV!

Assalamualaikum..

Rumahku sunyi dah dari bunyi lagu "Ceriaaaaaaaaa...." Hahahaha.. Abahnye sudah mengamuk! Hari Selasa kot, lupa dah aku. Dia angkut tv tu, buh dalam kotak, simpan dalam bilik. Katanya pada Shaheem, "TV rosak! Rosak sebab Shaheem asyik tengok Ceria je.. Pastu Shaheem tido lambat. Lama sangat TV tu terpasang.. Rosak dahlaa..." Shaheem cebik sedih. Awal awal tu dok ulangla mengadu kat aku, "mama... sian tv takdok..."



Memang wajar pun husband simpan tv tu. Korang tau, hari Isnin kot eh, lupa laagi, Shaheem tido pukul 4 pagi! Buat ape lagi? Melayan kartunlaaa huhu... Aku dah tido dah tak sedar ape. Dia kejutkan abah dia pukul 4 pagi tu. Nak makan tu, makan ni. Nak minum milo la.. Macam macam. Bengangla abahnye. Tu mengamuk tu huhu..

Mek ni pun minat jugak tengok Ceria ni


Shaheem semenjak asyik sangat dok melayan Ceria ni, jadual tido dia dah kelaut. Selalu tido lewat malam pastu siang liat nak bangun. Kalau nak keluar pergi mana mana mesti susah. Macam macam alasan dia bagi sebab tak nak bangun. Selalunya pukul 1 tengahari baru bangun. Itupun bangun je terus mengadap Ceria. Haihhh seteresssss aku. Bila larang meraung pulak. Dahla dok rumah flat ni. Malu kat jiran huhu..

Nah sekarang takde tv, setakat 3 hari ni aku notice, malam malam pukul 10, 11 dah tido. Bangun awal pagi dalam pukul 7 atau 8 pagi. Okla kan gituuu.. Bila bangun pagi macam macam boleh buat. Aku cuba jugakla plan aktiviti untuk dia. Colouring, sorting items ikut colour, menyanyi eh macam macamla. Untuk hilangkan rasa boring dia tu. Kadang kadang datang jugak rasa kesian kat dia, takleh tengok Tobot tu. Tapi takpelaahhhh... Mama lagi suka macam ni.. Rumah pun bersepah macam tongkang pecahla bila dah takleh tengok tv ni hahah.. Balas dendam ekkkk... Takpe. Rumah bersepah takpe. Mama boleh kemas. Jangan mata asyik dok melekat kat tv je dahla...

Semalam. Around 10.30pm dah tido dua dua.. 

Takleh tengok tv, kita makan jelaa haha.. Tengok kat belakang tu, kotaknye, plastik pampersnye. Tak tengok dalam bilik lagi. Nak berjalan pun tak boleh haha

Lepak kat beranda

Tido petang! Ini adalah sangat sangat jarang berlaku kalau ada TV. 


Husband kata nak simpan tv tu seminggu. After seminggu tak tau la macamana.. Dia dok cakap kat Shaheem nanti tv dah ok, Ceria takde tau. Dah rosak. Haihh tak taula macamana penerimaan dia nanti. Rasanya lepas ni kena ada jadual la. Time mana boleh tengok tv dan time tak boleh. Aku dengan husband pun kena take part jugakla. Jangan time tu dia tak boleh tengok tv tapi kita sesedap je tengok. Not fair la kan. Kesian dia.. Nantilah bincang lagi dengan husband. 

Anyway aku lebih suka keadaan sekarang. Free from TV. Sebab aku nampak bila takde tv ni dia lebih rapat dengan adik. Sebelum ni asyik nak bercakar je. Sekarang pun ada jugak bergaduh cuma ada time dia boleh duduk rapat dan bergurau dengan adik. Sebelum ni takleh langsung tauu. Agaknye sebab boring sangat kot sebab tu dia layan jelaaa adik tu haha.. 

Ujian anak dah besar. Macam macam peel! Moga kami sabar dalam mendidik mereka. Amin....

Thursday, November 5, 2015

Tantrum in Public

Assalamualaikum,

Hmmmm.. ini cerita Sabtu lepas. Baru ada kekuatan nak bercerita haha..

Sabtu lepas abahnye bawak jalan jalan. Ingat nak lepak tepi pantai Likas tu tapi nak hujanla pulak. Langit gelap semacam. At first ingat nak straight ke KK. Pergi Suria ke, CP ke.. Tapi aku cakap dengan husband malasla pulak nak pegi jauh. Better gi 1B jelaa.. Sokmo sokmo pun pegi 1B je. So, off to 1B lah kami. 

Masuk dalam 1B mula mula ingat nak cari Kidzoona tu. Tapi tak jumpa. Kami pun tak cari beria. Aku malas sebenarnya nak bawak Shaheem masuk situ. Sebab takut dia tak nak balik haha.. So kitorang just jalan jalan window shopping. Masa tu dah maghrib dah malam dah pun. Ingat nak dinner kat sana sekali la. Makan pizza ke sebab tu fave Shaheem. 

Shaheem biasala kan. mesti ajak pegi kedai mainan. Asal jumpa booth jual mainan mesti berhenti. Nak tengok dulu. Lastly, kitorang masuk Toys'r'us. Eh ke cemane ejanya? Haaa tempat berhantu ni. Tobattt dah aku takmo masuk dah lepas ni! huhuhu... 

Shaheem bila masuk Toys'r'us ni memang biasala usha usha toys. Selalunya dia usha je la. Takdela sampai nak membeli. Kalau nak beli pun kami berjaya pujuk dia beli kat kedai lain yang lebih murah. Ok, mama dengan abah memang kedekut haha.. Bukan kedekut, cuma rasa, untuk mainan ni tak perlu la nak keluarkan duit sampai ratus ratus. Especially kalau mainan tu boleh dapat kat kedai lain dengan harga yang lebih murah. Mama dengan abah bukan orang ada ada.. Bukanla tak nak beli untuk anak cuma kita berbelanja lah ikut kemampuan. Kalau mampu, then no problem.. 

Alkisahnye haritu dia berkenan dengan set mainan bomba ke ape ntah. Harga RM150++. Husband aku cakap macam tak berbaloi je nak beli dengan harga tu sebab trak bomba tu buat dengan plastik je pun. Sekali pijak hancur terus. Kalau die cast metal tahanla sikit. Shaheem ni bukan pandai jaga mainan dia. Kadang kadang dibalingnya, disepaknya.. Jangka hayat mainan tu biasanya tak lama la lebih lebih lagi yang buat dari plastik ni. Abahnye pujukla beli mainan lain kat Giant. Dia tak nak. Dalam Toys'R'Us tu dia dah jerit jerit dah. Abah dia pujuk lagi naik troli yang ada stering macam kereta tu. Tetap tak nak. Aku cepat cepat ajak keluar dari kedai tu. Dia jerit lagi. Aduiii..

Shaheem kalau dia mengamuk memang dia akan menjerit dan meraung. Haa kalau kat rumah ni, sehari tak menejerit memang tak sah. Jerit tu pulak macam nak keluar anak tekak. Haritu memang dia buat mengamuk macam kat rumah. Allahuu.,, Habis semua orang pandang. Aku rasa bingit satu floor tu dengan suara dia je. Sampai depan Giant lagi kuat dia menjerit sebab tak nak masuk dalam tu. Aku dah tak tahan dah. Orang tengok semacam je. Malu hoiii.. Aku ajak husb balik. Mood memang dah spoil habis. Kitorang masuk lif. Dalam lif lagi kuat dia menjerit. Sampai kat parking laaaagi kuat. Dahla tempat tu tertutup macam tu. Bergema suara dia menjerit tu. Ada la satu family ni baru parking. Keluar dari kete diorang tengok je. Tak berganjak dok menonton drama anak aku ni. Aku dah rasa macam, alaaa blah jela.. Janganla tengok tengok huhu.. 

Shaheem masa tu memang jerit jerit je. Aku dengan husband takleh nak cakap apa. Sebab bila kitorang buka mulut lagi dia menjerit. Nak pergi kat kereta dia tak nak bergerak. Pening kepala aku. Abahnye muka dah stress habis. Dia siap cakap, "abah tak nak bawak dah Shaheem jalan jalan lepas ni. Abah serik dah..." Shaheem bukan paham. Laaaagi kuat dia meraung huhu.. Family yang aku cakap dok tengok tadi tu masih setia menonton. Siap dorang tegur lagi tanya kenapa. Shaheem kalau dah orang tanya tanya lagila nak meraung. Haihhhhh.. 

Kami pujuk pujuk lagi. Ajak dia masuk balik, pegi makan pizza. Masuk Giant beli Hot Wheels. Beli Robocar Poli. Tetappppp tak nak! Last last husband give up. Dia cakap, "ok jom masuk beli trak bomba. Tapi lepas ni abah tak beli dah mainan untuk Shaheem.." Kebetulan pulak masa tu ada guard lalu. Dia buat sign suruh senyap tu.. Terus Shaheem diam dari menjerit dan peluk abahnye. Adoiii, kenapala tak terserempak dengan guard awal awal?? Shaheem sambil menangis teresak esak cakap kat abah dia, "ok jom naik troli kete.. beli robocar poli.." Pulakkkk.. dah lupa dah kat trak bomba huhu.. Sebelum dia tukar fikiran cepat cepat kitorang masuk balik dan pergi Giant.

Dan Shaheem act like nothing happened...........

Aduii... berpeluh mama abah ni tau tak. First time dia mengamuk kat public macam ni. Adoiiii.. Serius rasa serik nak bawak dia keluar. Especially pegi mall macam ni. Lepas ni dah takleh pergi dah. Serikkk serikkk serikkkkk.. Memang tak sangka la dia akan mengamuk macam tu sebab biasanya dia very well behaved kalau kat luar. Haihh, dah nak masuk 4 tahun ni macam macam pulak perangai dia. Aku tak taula. Apa yang menyebabkan dia suka menjerit kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia nangis takpe lagi. Ini dia menjerit. Bingit telinga tau! Uhukhuk.. sedihnya rasa... 

Terjumpa link ni. Good tips for handling temper tantrum in public.

Thursday, April 9, 2015

SAIF SHAHEEM 3 YEARS OLD

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Anak sulungku, Saif Shaheem bin Shamsuddin dah pun berusia 3 tahun, tahun ni. Haihh cepatnye masa berlalu. Dah 3 tahun dah! Rasa macam baru semalam lahirkan dia. Sakit tu masih terasa. Moment lahirkan dia tu masih terbayang-bayang dalam kepala ni.

Saif Shaheem. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kami anak yang sangat senang untuk dijaga. Yang tak pernah susahkan kami. Sentiasa menjadi penawar dan penyejuk hati kami.

Mama tak dapat berikan kemewahan pada Shaheem. Tapi mama mahu Shaheem tahu, kasih sayang, cinta mama pada Shaheem adalah lebih daripada segala-galanya.

Birthday Shaheem 6 Mac haritu mama tak buat party ke ape. Mama just beli kek je, makan dengan sepupu-sepupu Shaheem.

Maktok pagi-pagi dah masak pulut kuning utk Shaheem. Kegemaran dia ni. Makan kosong macam tu je.

oMalamnya makan kek. Excited dia nak tiup lilin tu. "Habeday to you" katanya..

Aummmm makan kek!

Ini birthday present daripada mama. RM12.90 tauuu satu. Layan jela kehendak dia.. 


Shaheem sekarang dah tak hisap botol dah. Aku berjaya stopkan 2 minggu sebelum birthday dia kot. Lupa dah. Tiba-tiba jugak sebenarnya dia tak nak tu. Alkisahnya Saif Shaheem dia suka gonggong botol susu. dia bukan nak hisap pun. Dia just nak bubuh puting tu dalam mulut. Kalau botol kosong takde susu pun takpe. Dah macam hisap putingla pulak kan. So ada satu hari tu aku sengaja tak basuh botol dia. Dalam tu ada sikit lagi sisa susu. Susu tu dah basi la. Dia mintak nak gonggong so aku bagi la. Haa terus buat muka nak muntah hahaha.. Kejam tak mama? Start situla dia dah tak nak. Cumaaaaaa... masalahnya, Shaheem tak nak minum susu Dugro dia tu dalam gelas. Bila buat dia kata tak sedap. Masam. Jadi aku terpaksala gantika dega susu lain. Kadang-kadang bagi dia minum susu Dutch Lady yang full cream tu. Yg selalu dia minum Milo, air oren & vitagen. Air masak of course kena minum jugak. Yang aku perasan lepas dah wean off botol ni Shaheem lebih banyak makan. So mama kena rajin sikitla masak utk dia huhu...

ni haa contoh dia menggonggong botol. susu tu kadang2 tak hisap pun. 

beli botol straw utk senang minum air masak.


Ada orang cakap kat aku 3 tahun tu awal sangat nak stop botol. Tapi aku ada pendapat aku sendiri. Lagi cepat lagi bagus kan? Lambat2 takut susah pulak nak stop. Aku risau sebenarnya Shaheem dok gonggong botol tu nanti gigi dia rosak. Sebab tu aku cepat2 stopkan habit dia tu. 

Shaheem juga dah tak pakai diapers siang dan malam. Alhamdulillah. Yang siang tu dah lama dah pass. Malam baru seminggu ni je. Mama nekad nak dia diaper free malam2 sebab pampers selepas kena GST ni mahal haha.. 

Tido wajib lapik dengan waterproof sheet protector. Alhamdulillah setakat ni Shaheem tak kencing malam. Maybe sebab dia dah tak hisap botol. Sebelum tido wajib kencing dulu. Pastu Subuh aku akan kejutkan lagi sekali. 

Phewwwwww mama lega. Mama dah tak payah pening pikir nak beli susu dan pampers Shaheem dah hehe..

Satu lagi improvement yang mama wajib catat dalam blog ialah... Shaheem first time gunting rambut kat kedai gunting hehe...



Alkisahnya Shaheem ni sangat susah nak gunting rambut dia. Masa umur setahun dulu pernah bawak dia gi barber shop tapi dia bantai meraung haha.. Sebab tu dulu rambut dia ala kpop sangat. Susah nak potong. Masuk 2 tahun dah boleh gunting dah tapi abah & pakcik dia je yang boleh guntingkan. Itupun tak boleh lama-lama. Dia cepat rimas. So selalula jadi rambut senget2. 

Minggu lepas dia beria2 ajak aku pegi gnting rambut. Mula2 maca tak percaya jugak. Betul ke ni. Takut jugak nak bawak. Takut dia menangis meraung kat situ. Tapi dah dia yang sungguh nak, ku bawak jela. And yes... dia memang tak nangis pun! Ya Allah, aku macam tak percaya sangat haha. Sepanjang dia dok bergunting tu, aku tak boleh stop senyum. Sebab happy sangat. Betulla orang cakap kan. Never under estimate your children. Shaheem good boy sangat tau! Alhamdulillah.

Pasal relationship dengan adik, alhamdulillah Shaheem okey je. Kadang2 ada jugak dia buat adik. Paling teruk dia gigit jari adik. =_=' Bila tanya kenapa gigit? Dia jawab sebab geram. Grrrrrr... Tapi sebenarnya dia sayang adi. Pak Uda dia selalu cakap nak amik adik bawak balik. Aaa meraung kau dia nangis. Sambil jerit cakap kat aku, "mamaaaaa amikla Shafinaaaa..." Sayang rupanya hehe... Sekarang kalau dia nakal ke ape aku ugut, "mama call pak uda lah. amik adik.. " Terus dia tak jadi nak buat onar hahaha

Adik baru sebulan lebih kot masa ni

ni gambar bulan lepas. adik debabbb hehe

Tu jela dulu cerita pasal dak Shaheem. Actually banyaaaak sangat cerita pasal dia. Budak banya akal. Macam-macam peel. Tapi nanti cerita kat entry lainlah. Kita akhiri cerita dengan gambar ulangan selfie mama dan Shaheem. Oh mama sangat gemuk! huhuhu


Shaheem, mama loves you to the moon and back!!!








Thursday, November 6, 2014

Apa Khabar Abang Shaheem?

Assalamualaikum,

Lama tak cerita pasal anak bujangku Saif Shaheem tu kan. Dah besar dah haa.. Harini 6 Nov 2014, genap umur 2 tahun 8 bulan.

Alhamdulillah Shaheem baik-baik je. Sihat walafiat. Cuma baru-baru ni dia ada la selsema dengan batuk sikit. Aku tak bagi makan ubat ape pun. Just apply garlic oil dekat dada, belakang dan tapak kaki dia. Dia pun relakan je mama bubuh minyak tu. Dia panggil minyak putih hehe.. Alhamdulillah hingus yang cair berair dalam masa sehari jadi hingus yang pekat kuning tu. Macam dah nak habis selsema gitu. Mujurla Shaheem ni pandai blow nose keluarkan hingus. Jadi takdela hidung dia tersumbat ke ape. Tiap kali blow mesti dia sibuk nak tengok hingus yang keluar tu. Haha. Aku tunjuk je kat dia. Sebagai motivasi untuk dia rajin-rajin blow nose hehehe..

Bercakap pun dah petah sangat-sangat dah sekarang. Dannnn, Shaheem dah pandai kecek Kelate! HAHA.. Kelakar betul. Cepat betul dia belajar. Yela dok dengar mama kecek Kelate hari-hari mestila dia pun cepat tangkap. Sekarang dah takde "tak nak" atau "tak mo." Dia cakap "tok sey" siap ada lahh kat belakang, "tok sey lahh.." Hehehe comel comel. Banyak lagila patah perkataan yang dia boleh sebut. Memang penat nak melayan dia bercakap. 

Banyak tanya especially tanya pasal car. Dia minat betul dengan car. Dia akan tanya semua jenis car yang dia nampak, "car ape ni mama?" Dia dah kenal kereta Honda, Perodua, Toyota, Proton, Mini Cooper dan banyak lagi lah! Kalau let say kita salah cakap dia akan betulkan kita balik. Geram tau, kalau dah tau kenapa nak tanya lagi?? Saje je kan hehe..

Makan minum masih berperang. Dia banyak minum susu je. Makan pulak banyak makan biskut, biskut dan biskut. Nasi dia nak makan nasi yang berperisa macam nasi minyak, nasi ayam, nasi beriyani tu. Amboi sangat ko nak. Nak makan nasi beras mahal je. Haritu 3 hari berturut-turut mak tok dia masak nasi beriyani, atas permintaan Shaheem. Untunglaaaaa hehe.. Mama pun tumpang sekaki makan haha..

Potty training memang dah sukses. Poo & pee dalam mangkuk tandas dah sekarang. Dulu kat lantai je. Sekarang dah pandai guna tandas senangla sikit. Cumanya mama la yang kena angkat dia duduk atas mangkuk tandas tu. Huarghh berat sangat. Tapi takpelah huhu.. Shaheem still pakai diaper waktu tidur malam. Walaupun selalunya bila bangun pagi pampers dia tu kering je. Huhu aku masih tak confident nak diaperless waktu malam. Tunggula sikit masa lagi..

Dah kenal ABC. Lambat kan Shaheem kenal alphabet ni. Aku baru ajar je sebenarnya. Before this ada gakla aku dok ajar-ajar. Tapi dia macam banyak nak main-main. Taknak follow sangat. Aku taknak la paksa-paksa dia kan. Sehinggalah 2 bulan lepas kot aku belikan ABC Puzzle Card ni. Alhamdulillah dia suka. Bangun tido je ajak mama belajar. Start dari situla dia kenal huruf. Bila dah nampak minat sikit-sikit tu aku bukak You Tube pulak. Cari lagu-lagu ABC. Paling dia suka phonic songs tu. Lagu tu aku dah bagi dia dengar dari kecik. Jadi mungkin dia teringat-ingat lagi tu yang dia suka tu. Awal-awal kalau kita tunjuk huruf dan tanya dia huruf ape, dia akan sebut dalam sebutan phonic. Contohnya huruf B dia akan sebut "beh beh ball.." Huruf K dia akan sebut "keh keh kangaroo." Tak kisahla, yang penting dia kenal huruf tu. Tapi sekarang dia dah sebut huruf satu-satu dah. Alhamdulillah. Takpelah lambat pun kan, yang penting dia minat nak belajar. Dan alhamdulillah Shaheem ni kira fast learner jugakla. I am proud of u sonshine! :)


Masa ni baru bangun tido. Terus ajak mama belajar.

Suka main car kecik-kecik. Dah tak tau berapa kali hilang, berapa kali beli baru. 
Nak beli yang besar-besar tak nak!

Ni dia cakap kat mama, "mama, tengok Shaheem sunsun.."
Sunsun pun boleyyy kikiki


Tersangatla manja sekarang ni. Suka baring atas perut sambil panggil nama adik hehe..
Sampai tertidur-tidur. 

Sangat sukakan kucing!

Hahaha ni lawok of the year. Nangis kena dukung dengan Norman Hakim. 
Bagusla. Don't ever let strangers to hold u hehe

Sekarang petang-petang (kalau larat) mama akan bawak Shaheem keluar main ball. Main kat area rumah je pun. Mama duduk je memantau dari jauh hehe.. Sekali sekala bagi keluar peluh. Baru sihat!


Macam-macam telatah dan kerenah la abang Shaheem sekarang. Penat sangat mama nak melayan hehe.. Alhamdulillah dia membesar dengan baik. Hopefully ada adik nanti dia akan jadi big brother yang baik juga. Sekarang selalu sayang sayang adik. Selalu usap-usap perut mama. Bila adik dah keluar nanti tak taula macamana ragamnya huhu.. Mama kena get ready. He might get jealous. Dan mama kena pandai bahagikan kasih sayang sama rata. Insyaallah. Walaupun anak mama dah 2, 3, 4 orang kasih sayang tu tetap sama, takkan berubah, takkan berkurang!


Cinta hati mama. Dunia dan akhirat.



Tuesday, September 23, 2014

Quality Time with Incik Husband

Assalamualaikum,

Last week encik husband terchenta pulang ke kampung. Cuti seminggu. Jadi laa, buat hilang rindu sekejap hehe.. Husband tumpang kawan dia yang kebetulan nak balik ke Besut. Tapi dia hantar husband sampai Tanah Merah je. Kebetulan haritu mak ayah ada kat sana, melawat nenek aku. Husband sampai kat Tanah Merah tengahari lagi. Tapi sampai kat rumah aku di KB ni lewat petang huhu. Sebabnya pegi hantar adik aku dulu kat Machang. Pastu katanya ada 2 accident. Jalan jem teruk. Sabar jela.. Takpela lambat pun, yang penting, dia selamat sampai :D

Anyway, seminggu dia balik kitorang takde pegi jalan mana pun. Dia balik sini Sabtu. Isnin kitorang balik Besut. Sampai hari Khamis. Kat Besut takde pegi mana. Plan macam-macam. Konon nak pegi mandi air terjunlaa, nak gi pantai laa.. Sekali tiap-tiap petang hujan. Terbantut semua plan. Nak keluar pagi masing-masing bangun lambat haha.. Buruk perangai. Termasukla aku, menantu hantu kehkehkeh... 

Kitorang just pergi Jerteh, beli barang-barang baby sikit. Pegi warung kopi adik husband. Minum teh, makan megi sup. Perghhh sedappp.. Hmm teringat-ingat pulak hehehe.. Pastu selebihnya banyak lepak kat rumah je. Hari Rabu tu husband panjat pokok dokong. Lebat betul berbuah. Dapatla 4 baldi penuh. Err takde gambar plak nak tunjuk hehe.. 

Hari Khamis petang balik KB. Nak dijadikan cerita aku cirit birit haritu. Huarghh. Seksa seksa. Dari Besut nak ke KB singgah 2 masjid, buang hajat besar haha.. Sabo jele. Terketar-ketar aku menahan sakit. Dah rupa nak beranak dah. Puncanya aku rasa sebab makan macam-macam huhu. Dok umah mak mentua memang heaven. Makan tak berhenti! Padanla dengan muka kan..

Hari Jumaat aku ajak mak ayah pegi pantai. Husband ada beli swimsuit untuk Shaheem. Ni lah masanya untuk merasmikannya hehe.. Kitorang pegi Pantai Geting, Tumpat. Huii meriah betul kat sana. Maklumla nak mengundi tak lama ni kan. Macam-macam aktiviti ada. Orang BN buat, orang PAS pun buat hehe.. Hari kitorang pegi tu kat pantai ada ceramah agama dari PAS. BN pulak buat pertandingan lumba kuda. Banyakla kuda kat situ. 









Kitorang sampai kat pantai dalam pukul 8 pagi. Dah panas dah masa tu. Tapi apeadehal. Main je haha.. Masing-masing dah hitam. Nak risau apee.. Abang aku pun join sekali, bawak anak dia 3 orang. 

Seronok betul Shaheem main. Main pasir dia macam tak suka sangat. Dia nak masuk dalam air. Dah masuk dalam air siap tak nak abah pegang tangan dia. Nak lari ikut suka hati. Berapa kali dia terselam dalam air. Tapi tak serik! Anak orang laut kan, mana takut dengan air laut hehe.. Naik atas sekejap-sekejap je. Bila aku offer air minum, dia jawab, "toksey. nak air sana, main.." sambil tunjuk kat air laut. Amboi sangat ni.. Tapi mujurla time balik dia tak merajuk ke ape. Agaknye sebab dah betul-betul penat. 

Eh lupa pulak, hari Ahad aku pegi wedding kawan sekolah aku dulu. Masa awal-awal dia jemput dulu aku memang niat nak pergi. Sebab lama sangat dah tak jumpa dia. Ingat bolehla pegi dengan adik aku. Nak pegi sendiri ngan Shaheem memang payah. Tapi adik aku dah masuk asrama pulak dah time tu huhu.. Aku dah cuak-cuak pikir kena pegi sendiri. Aku dahla tak tau jalan. Tapi alhamdulillah husband dapat cuti. Dengan segera aku bagitau nak pegi wedding tu. Sebelum dia bagitau plan dia haha.. Alhamdulillah husband on je. Lagipun dia kenal jugak kawan aku tu hehe..

Selamat pengantin baru Shida! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)
Husband Shida tak bergambar sekali sebab masa ni dia dah tukar baju. Panas katanya haha..
Tapi memang panas pun. Masa tu dah nak pukul 5 dah hehe..

Budak ni nak bergambar jugak. Nak naik atas pelamin malu. Jadinye duduk jela atas tangga tu hehe

Mama & Shaheem
Abah jadi photographer tak bertauliah hehe


Tu jela cerita sepanjang husband balik seminggu. Rasa macam tak puas je huhu.. Shaheem la yang paling sedih. Nampak abah naik bas terus nangis teresak-esak sambil cakap, "jumpa lagi abah.." Huhu dengan aku sekali sebak.. Sabarla Shaheem. Abah pegi work kejap je. Nanti cuti abah balik lagi. Tu jela aku dok pujuk dia.. Sambil-sambil pujuk hati sendiri. Sobssss.... 



Wednesday, September 10, 2014

To Putrajaya After 3 Years

Assalamualaikum,

Weekend lepas aku, Shaheem, mak, ayah dan adik pegi ke Putrajaya. Rumah akak aku. Pegi tu sempena nak bagi semangat kat anak buah aku Hanin yang akan menduduki UPSR. Eh dah start dah kan UPSR? Best of luck Hanin! :D

Aku mula-mula macam tak nak ikut sebab memikirkan perjalanan yang lama itu. Huhu.. 8 jam oke. 8 jam. Tapi, aku teringin sangat nak jumpa kawan-kawan aku. Dah lama tak jumpa. Rindu membuak-buak. Plus nak gi shopping. Haha. Macamla kat Kelantan takleh shopping kan. Alasan sangat!

Hari Jumaat dalam pukul 9.30 pagi kitorang bertolak. Lewat sebab masing-masing pagi tu baru nak bersiap. Bising mak aku sebab dia dari malam dah siap haha.. Bawak bekal roti, keropok dan air je. Tak bawak bekal nasik sebab dah tau dah, sampai je kat umah akak aku mesti dah ready Nasi Arab Saba' atas meja hihi.. Rindu oii, lama tak makan nasi arab tu. Sedapppp...

Bergegar!


Sepanjang perjalanan, 2,3 kali jugak aku terlelap. Biasala. Aku kalau naik kereta sure senang je lena. Yang Saif Shaheem pulak potpetpotpet tak berhenti. Penat nak menjawab segala soalan dia. "Car ape ni mama?" "Isi minyak ape ni mama?" "Ni ape ni mama?" Budak dalam fasa ape ni memang suka bertanya macam-macam. Tu belum masuk fasa kenapa. Masuk fasa kenapa lagi tertekan mama... Apa-apapun Shaheem macam biasa tak pernah nak mengecewakan mama kalau berjalan jauh. Good boy sangat. Tak buat perangai langsung. Pampers pun tak pakai. Oh, kitorang banyak kali jugakla stop kat stesen minyak. Mak yong ni tak tahan nak kencing hee.. Macamana nak tahan. Asyik terhentak-hentak je dalam kereta. Bergegar-gegar pundi kencing. Tu yang kencing pun acap kali tu. Mujurla travel dengan kereta. Kalau dengan bas? Mau ku terkencing atas bas tu huhu..



So everytime berhenti aku akan ajak Shaheem kencing sekali. Pampers aku pakaikan masa dia tido. Tu pun dia tak nak. Aku selit gitu je kat celah kangkang dia. End up, sampai Putrajaya bukak-bukak, kering je pampersnya.. 

Kitorang sampai Putrajaya dah nak dekat pukul 6 petang. Huh 8 jam jugakla. Kaki aku dah sembap dah. Punggung, pinggang sume sakit. Sabar jela. Nak berjalan sangat kannn...

3 tahun aku tinggalkan Putrajaya. Banyak dah perubahan. Institut Kanser Negara dah siap dah. Sebelum aku gi Sabah, tempat tu baru nak dibina. Baru nak tanam-tanam besi dalam tanah. Paling obvious, flat hijau dah bukan warna hijau dah! Warna kelabu asap pulak. Kenapala dia tak cat hijau jugak. Hilang dahla landmark Precint 9. 

Malam first tu aku tak boleh tido. Sakit habis seluruh badan. Tido kat bawah. Atas toto je sebab Shaheem ni tak nak tido atas katil. Grrr.. sokmo gitu. Tapi ada hikmahnya jugak aku tak lena tidur. Dalam pukul 2 pagi Shaheem mintak susu. Aku buatkan 5oz. Sekejap je habis. Haus sangat agaknya. Pukul 4 pagi tiba-tiba dia bangun dan macam batuk kecil. Rupa-rupanya dia tersedak susu. Keluar sikit dari hidung dia. Aku tepuk-tepuk belakang, gosok-gosok sikit. Dia sambung tido. Tapi macam tak selesa. Pusing kiri kanan sambil terbatuk kecil lagi. Aku gosok-gosok belakang dia. Pastu agaknya tak tahan dia bangun. Nampak macam dia susah nak bernafas. Aku dah boleh rasa dia nak muntah. Aku tepuk belakang dia kuat-kuat. Akhirnya dia muntahkan balik semua susu yang dia minum pukul 2 pagi tu. Aku dah standby towel dah masa tu. Kesian Shaheem. Tapi yang good boy nye, dia langsung tak nangis. Lepas habis muntah tu siap boleh ajak aku main lagi huhu... Pukul 4 pagi nak main ape tak taula.. Lepas dah salin baju, basuh-basuh semua, dia mintak susu lagi. Aku buat 4oz je. Dia minum sampaila tertidur semula. Tak taula kenapa dia tiba-tiba muntah tu. Sebelum ni tak pernah macam tu. Penat travel mungkin? Kesian sayang mama....

Hari Sabtu, after zohor kakak aku bawak pegi Aeon Seri Kembangan. Hee niat aku ke sana adalah untuk shopping barang adik baby. Aeon takde sale pun sekarang. Tapi takpela. Beli jela. Aku suka shopping dengan kakak aku hehe.. Even barang Shaheem dulu pun beli kat sini. Dengan bantuan dan guidance daripada kakak aku. 



Tak banyak pun beli. Err yeke tak banyak? Haha.. Dalam 10 pasang baju kot. Dan 4 pasang mittens and booties. Pastu 2 pasang baju untuk Shaheem. Sekarang kalau beli barang untuk adik mesti kena beli untuk abang jugak. Barulah adil dan saksama kan? Total RM175++. Mak Tok belanja RM50. Alhamdulillah :)



Malamnye kami makan di Taman Warisan. Mak belanja. Makan satay dan add mee sup semangkuk dengan mee goreng sepinggan. Pakat-pakat makan. Plus ABC Special ngan coconut shake. Burpp kenyang yang amat hehe.. Saif Shaheem makan mee sikit. Makan satay 2 cucuk. Pastu sibuk nak membuas. Grrrr... Mama nak makan dengan senang pun takleh. Asyik nak lari je dia. Memang takleh lepas dari pandangan budak tu. Bahaya!

Ahad, aku dating dengan kawan-kawan UPM dulu. Heee.. Mama's day out! Mama feeling single sebab keluar sorang je. Tak bawak Shaheem hehe.. Nantila aku cerita kat entry lain pasal dating ni. 

Hari Isnin, it's time go home. Sobsob. Sekejap je kat Putrajaya. Rasa macam tak puas. Alamanda pun tak sempat pergi. Mesti ada lagi banyak perubahan dalam tu kan. Takpelah, ada masa dan peluang nanti pergi lagi. Transit sebelum balik Sabah next year ke. Tengokla macamana. 

Anyway, kitorang bertolak balik pukul 8.30am, sampai pukul 5.15pm. 

Overall travel dengan kereta ni penat sangat-sangat. Macam dah serik je haha.. Lepas ni dok rumah jela ye. Jangan gatal-gatal nak berjalan jauh lagi...

Thursday, August 28, 2014

Shaheem dan Spender hehe

Assalamualaikum,

After seminggu Shaheem dah berjaya poo & pee di toilet, aku belikan dia spender kartun. Kemain suka dia. Salah satu sebab aku beli spender ni sebab aku takmo dia asyik dok pegang bebird dia tu tiap kali berjalan. Mesti dia rasa pelik ape 'benda' yang berhayun-hayun dalam seluar tu kan huahua.. Makanya kita pakaikanlah spender supaya 'benda' itu berada di dalam keadaan kemas hehe...

Auww seksi kikiki

Buat masa sekarang Shaheem baru ada 7 helai spender. Tak tau nape tiap kali pegi kedai mesti rasa macam nak beli spender banyak-banyak haha.. Comel comel wehh.. Aku beli saiz 3-4y. Tak jumpa cari yang 2-3y. Beli kat Tesco macam besar sikit. Beli kat Mydin kecik sikit. Tapi material best yang Tesco sebab kain dia tebal. Dan lebih berkualiti. 

Sekarang dah macam wajib pakai dah spender ni. Kalau let say semua spender dia tengah basuh mesti dia akan rasa pelik kenapa tak pakai. Asyik tanya, "mana basder?"

Kalau kita tanya dia, "Shaheem, mana spender?" Dia akan turunkan seluar dia dan cakap, "jeng jengg.." hahaha.. naughty sangat!

Shaheem sekarang pakai diaper time tido jela. Inipun aku tengah berkira-kira nak stop pakaikan diapers malam-malam. Lagipun bekalan pampers yang sedia ada tu dah nak habis. Tak tau nak beli baru ke tak. Erm nak ajar yang malam ni susah sikit. Aku kena banyak korban masa tidur. Kena selalu bangun check dia kencing atau tak. Kalau kencing kena tukar seluar dia. Takkanla nak tido basah-basah kan? Hmmm rasa macam tak rajin je nak buat haha.. Shaheem memang akan kencing dalam tidur sebab sebelum tido dia menyusu dulu. Nak bawak pegi toilet memang susah sebab dia memang akan terus lena lepas hisap susu tu. 

Pasal tilam basah ke ape aku tak risau sangat sebab aku ada Waterproof Sheet Protector ni..

** Contoh **

Alas ni betul-betul waterproof. Anak kencing banyak-banyak kali pun tetap kering cadar tu. Tak bocor langsung. Saiz dia ngam untuk katil single sebenarnya. Tapi kalau untuk queen atau king bed pun boleh je. Macam gambar contoh tula. Walaupun separuh je tapi dia tak bergerak-gerak. Akak ipar aku guna pun dia puas hati. Nak basuh pun senang. Basuh macam biasa je. Cuma takleh guna pelembut macam Downy atau Softlan tu. Tak tinggal bau hancing pun after basuh tu. Bila basuh banyak-banyak kali lagi bagusla penyerapan dia. So untuk Shaheem aku akan gunakan alas ni, insyaallah. Nantila bila roh rajin untuk diaper free malam datang ekekeke...

Eh, aku ada jual tau alas ni hehehe... Recommended sangat untuk mommies yang tengah toilet train anak day and night especially. Harga biasa aku jual RM60 termasuk pos Semenanjung Malaysia. Tapiii... untuk readers blog aku ni, aku bagi special price RM55 je termasuk pos. Plus FREE laundry net. Provided masa nak order tu korang bagitaula korang dapat tau pasal alas ni dari blog aku. Then aku akan bagi special price ni. Ok :) Boleh SMS/WHATSAPP 014-8224228 atau email je alwani.amalini@gmail.com.

Haha jangan marah aa. Acik amik kesempatan meniaga pulakk :P
Haa ni contoh pasang kat katil single. Memang ngam-ngam :)


Monday, August 18, 2014

Shaheem Dah Diaper Free! :D

Assalamualaikum,

Handsome boy mama & abah

Alhamdulillah, my baby dah tak pakai pampers dah siang-siang hari. Pakai time tidur je. Tu pun tunggu dia tido baru aku pakaikan. Oh my baby dah besar! Sekarang kalau ada iklan pampers kat tv aku akan cakap dengan dia, "pempis tu baby je pakai. Shaheem dah besar. Dah big boy. Big boy syin dalam bilik air. Dah tak pakai pempis dah..." Shaheem diam je. Dia paham kot hehe..

Macam tak percaya je dia dah diaperless. Semuanya berlaku tiba-tiba je. Aku takde ajar-ajar ke ape. Last aku ajar dia masa dia umur setahun setengah dulula. Tapi gagal di tengah jalan sebab aku tak sabar. Cepat naik angin bila dia terkencing dalam seluar. Pastu dia buat peel pulak tak nak masuk bilik air. Last last aku give up. Shaheem pun suka la mama tak paksa-paksa hehe..

Kali ni dia sendiri yang tiba-tiba nak. 

Sebenarnya balik-balik je kampung ni dia memang ada buat peel tak nak pakai pampers. Lepas mandi je mesti berperang tak nak pakai baju, tak nak pakai pampers. Nak bogel togel. Eeee geramm.. Aku selalu marah-marah dia la. Aku selalu cakap kat dia, "Shaheem kena pakai pampers sebab Shaheem tak pandai bagitau mama lagi Shaheem nak kencing. Kalau Shaheem kencing atas lantai siaplaaaa..." Haa aku siap warning lagi tu. Benda ni berlarutan sampaila abah dia balik. Abah dia balik pun sama jugak mengamuk-ngamuk tak nak pakai. Grr tak tau ape masalah. Dan dia memang ada terkencing atas lantai sekali tu. Haa membebel-bebel la mama ni kan.. 

Sehinggalah hari abah dia dah nak balik Sabah semula. Aku pegi klinik pagi tu. Balik-balik tengok dia dah bangun, dah mandi dan bogel. Abahnye jenuh memujuk. Siap ugut kalau tak pakai pampers dengan baju takleh ikut hantar abah kat airport. Tapi ada dia kesah? huhu.. Tiba-tiba masa dia tengah bogel tu dia jerit, "Abah, Shaheem syin!!" Panik abah dia. Mencari-cari kat mana dia kencing sebab lantai tak basah pun. Masa tu Shaheem dok kepit-kepit sambil jerit, "Shaheem syin, Shaheem syin!" Masa tu lah abah dia ajak pegi tandas. Masuk tandas je dia kencing. Bersorak gembira lah abahnye haha... Kitorang memang macam tu, kalau Shaheem kencing dalam bilik air memang kitorang akan sorak beria hehe.. Bagi dia semangat dan rasa bangga sikit sebab kencing dalam bilik air. Sepanjang bogel tu dua kali dia kencing dalam bilik air. Dan itulah permulaannya.....

Balik dari hantar abah kat airport, aku cakap dengan dia, "Shaheem nak syin cakap mama ye..." Dia jawab, "baik akak..." Haha, pengaruh upin ipin. Feeling muda mama bila Shaheem panggil akak kihkih. Dan alhamdulillah dia memang bagitau bila dia nak kencing. Siang tu memang bila nak kencing je masuk bilik air. Macam mudah sangat. Aku happy tauu. Yela dulu, kemain berperang. Sekarang tiba-tiba je ok. Dan tiap kali dia kencing dalam bilik air tu aku tepuk tangan, aku puji dia good boy, aku cakap aku sayang dia. Tengok dia senyum tu buat aku rasa bahagia dan sebak. Eh dah besar dah anak mama huhu..


Getting ready to sleep. Dah sleep baru mama pakaikan pampers.

Cuma malam pertama tu dia asyik terkencing dalam seluar je. Ada la dalam 2,3 kali. Pelik jugak aku, siang ok je. Maybe sebab malam tu dia ralit dok bermain dengan sepupu-sepupu dia. Siang hari dorang sekolah. Tapi aku tak marahla. Aku cuma cakap ulang-ulang kali, "nak syin cakap mama ye. Jangan syin dalam seluar. Sian seluar basah. Dah takde seluar dah..." Ahamdulillah Shaheem ni mudah paham kalau kita cakap banyak-banyak kali. Dan dia akan jawab, "baik akak" ulang-ulang kali jugak hehe..

Esoknya the whole day dia tak pakai pampers dan tak terkencing dalam seluar langsung! Good job anak mama :)

Action je lebih. Tak pandai kayuh pun :P

Aku hanya pakaikan pampers time dia tido je. Bangun pagi dia akan cakap, "mama Shaheem syin.." Maknanya dia nak kencing. Aku ajak dia pegi bilik air cepat-cepat walaupun dia pakai pampers. Means dia pahamla, siang hari bila dah bangun tido kena kencing dalam bilik air. Tak boleh dalam pampers. Pampers untuk kencing time tido je. 

Satu lagi masalah ialah time keluar. Haa masa mula-mula haritu dia macam confuse jugak. Kenapa tiba-tiba siang hari, tak tido, kena pakai pampers? Dia memang ye ye tak nak. Aku pun explainla ngarut-ngarut haha.. Aku cakap dengan dia, "kat kedai takde tandas sebab tu kena pakai pampers..." Haha pandaila kan menipu. Dia pun ikut jela, dah nak keluar kan. Kalau tak nak pakai takleh keluar pulak. Mama ugut haha.. Masa tu aku tak ready lagi nak bawak dia kuar tanpa pakai pampers. Sebab baru-baru lagi kan. Dibuatnya dia nak kencing time kat luar, haruuuuu...

Shaheem tak pakai pampers ni hehe

Tapi semalam aku try test. Bawak dia keluar pergi beli barang kat Tesco. Bawak siap-siap bekal pampers dan baju & seluar sepasang. Kot-kot terkencing dalam seluar hehe.. Nervous jugak aku. Banyak kali pesan, "nak syin cakap mama.." Masa kat Tesco tu dia dok pegangla bebird dia. Actually dia memang selalu pegang pun. Mungkin rasa pelik, ape yang berhayun-hayun dalam seluar ni? haha.. 2 jam kat Tesco dia bagitau maksu dia, dia nak syin, nak uk uk. Alamakkkk... Cepat-cepatla aku bawak dia pergi tandas. Dahla tandas tu jauhhhhhh... Risau betul aku takut dia terkencing dalam seluar. Masuk dalam tandas dia buat bunyi, "uwekkk uwekkk.." Hahahah, Saif Shaheem ni memang penggeli sikit orangnye. Kalau tandas kotor ke ape dia memang akan buat gaya nak muntah. Aku bukak seluar dia tapi sebab dia geli dia terus cakap, "timo syinnn...." Maknanya tak nak kencing. Sudah, takkan nak tahan sampai balik. Sakitla perut tu nanti. Aku pun pakaikanla pampers kat dia. Mujur jugak dia nak. Tapiii, balik rumah dia cakap nak syin lagi. Bukak-bukak pampers kering. Dia tahan jugak rupanya huhu..... Kesian Shaheem. Apa-apapun kira berjaya la tu kan keluar tak pakai pampers? Harap-harap lepas ni pun okla..

Pasal berak pulak memang payah sikit. Shaheem biasa berak sekali sehari. 2 hari pertama dia berak dalam seluar. Aku memang tak marah dia sebab faham, berak ni bukan macam kencing. Datang sakit tiba-tiba, mana boleh tahan-tahan. Tapi alhamdulillah la, after dah cakap ulang-ulang kali dia dah boleh berak dalam bilik air. Tapi dia macam takut-takut lagila. Takut sebab dia bleh nampak taik dia haha.. Sampai menangis-nangis kadang-kadang tu sebab takut. Ada ada je huhu...

Anyway, aku memang rasa senang hati sangat sekarang ni bila Shaheem dah diaper free. At least perbelanjaan untuk pampers tu dah berkurang. Dah tak luak mana dah pun pampers yang ada. Maklumla, pakai sekeping time tido je. Senang hati jugak sebab proses potty training mudah sangat. Letih memang letih sebab dia asyikla nak terkencing. Dengan keadaan aku yang tengah pregnant ni memang letih dan mengah sikitla. Tapi takpelah, susah susah dahulu, senang senang kemudian :) Cuma sekarang ni tinggal pakai time tido tu jela. Aku tanya mak aku macamana nak ajar. Mak cakap kalau malam ni tawakal je hehe.. Memang macamana sekalipun mesti ada toto atau tilam berjemur esok paginya. Tunggu dia dah besar sikit, dia boleh control atau boleh bangun untuk kencing. Takpelah, slow slow. Kita master yang siang hari ni dulu..

Alhamdulillah, at 2 years 5 months, Saif Shaheem is officially diaper free!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...