Sempena birthday Shaheem yang ke2 minggu lepas, aku takde buat birthday party ape pun. Hee tak reti lah nak masak-masak panggil orang makan huhu. Keinginan tu memang ada, tapi.... hehe. Insyaallah lain kali kalau ada rezeki. Anway aku sebenarnya ada niat lain. Niatnya nak masak bihun atau mi goreng 3,4 bungkus pastu sedekah kat masjid kat rumah ni. Tu niat aku. Kalau ada rezeki untuk aku laksanakan niat tu, insyaallah. Semoga Allah permudahkan.
Untuk makan-makan sendiri aku masak Mi Sup dengan buat kek coklat lapis cheese je. Muehehe, resepi macam biasalah, google. Mi sup alhamdulillah, menjadi. Encik husband suka. Kek coklat je kurang menjadi kahkahkah. Rasa tu jadi, yang tak jadinya layer tu hehe.. Cheese belum betul-betul masak aku dah bubuh adunan coklat kat atasnya. Takpela, first attempt kan hehe..
Mi sup ayam. Ada telur & begedil.
Resepi amik kat sini: http://www.rasarempah.blogspot.com/2013/08/resepi-mee-sup.html
Shaheem suka la makanan berkuah ni. Tapi dia nak kuah dan mi saja. Aku bubuh sayur, ayam sume dia tak nak. "Mohh...moh.." Tak nak maksudnya huhu..
Kek coklat lapis cheese.
Resepinya amik kat Facebook. Nanti aku share kat entry lain.
Tengok tengok, layernya x menjadi hahaha. Sabar jela.
Tak kisahla! Yang penting Saif Shaheem sayang mama sukeee :D













