Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Aiyarkk BE Dah Lama Tak Dapat!

Assalamualaikum,

Sedih gile rasanya dah lama tak dapat Buffered Earning aka BE from Nuffnang. Dah 2 bulan lebih kot.. Last sekali on August. Huwaaaaaaa... Padan muka aku kan, sape suruh update blog jarang-jarang. Update plak asek cite hal laki dia jekkkk.. Mana ada orang nak baca kan kan kan...

Haih aku kekadang memang kepala otak nih tepu jek, tak tau nak share cerita apa. Info semasa kekadang malas nak copy paste. Plus aku bukan selalu google hal info info semasa ni. Selalu google hal pregnant dengan hal baby je sekarang ehehe. Then rasanya hal-hal tu better share kat my pregnancy journal. 

Ermm berita berita pulak lagi malas aku nak update. Semuanya dasyat dasyat dan horrible. Boleh membahayakan kesihatan aku. Honestly after dah pregnant aku macam jarang dah baca surat khabar. Soft copy or hard copy. Dulu rajin jugak. Tapi sekarang, berita macam makin mengarut, sakit hati baca. Dari kisah politik, kepada kisah semasa yang terjadi kepada masyarakat sampaila ke kisah gosip gosip artis, semua tu tak mendatangkan faedah pun kalau baca. Macam harini, ada sorang budak umo 16 tahun eh, kelar anak luar nikah yang dia lahirkan. Masyaallah, apa dah jadi dengan orang kita ni? 16 tahun, bukan takde otak pun lagi. Terdesak sekalipun ko janganla kelar anak tuh sampai terburai isi perut. Apa ko ingat tu anak cicak ke??? Then dalam Facebook ramaila pulak kengkawan aku dok share gambar baby tak berdosa tuh. Ya Allah kenapala dorang ni. Tak perlula share, tak perlula nak tunjuk bagaimana dasyatnya keadaan anak kecil tu. Aku memang tak sanggup nak tengok. The image is very disturbing. Adui lemah jantung ibu mengandung ni huhuhuh :(

Hal-hal kehidupan sendirian pun aku macam dah malas nak story mory. Ada macam-macam je cerita tapi entahla, malas. Kalau blogger tegar, every single activity dia akan cerita kan? Siap ada gambar. Aku pun suka jugak macam tu, tapi kemalasan tu lebih menguasai diri. Dulu rajinla nak snap snap gambar then upload kat blog. But now. entahle. Tengok mood jugak...

So, cerita apa yang aku boleh muatkan dalam blog busuk aku ni untuk menarik perhatian orang ramai, sekaligus meningkatkan jumlah visitors dan kemudiannya aku pun akan dapat BE daripada Nuffnang?

Ce cite ce cite.....

Friday, April 1, 2011

Xie Xie Nuffnang :)

Assalamualaikum,

I know I may sound a bit jakun/outdated in this entry.. But aku nak share jugakla dengan korang-korang semua eheh..

I jakun sebab Blog busuk aku ni dah dapat buffered earning dari Nuffnang :D (Senyum sampai side burn)..

Yelah, aku kan boleh consider newbies lagi dalam Nuffnang ni. Blogging dah lama tapi baru reti nak berjinak :) Dulu selalu tertanya-tanya macamanala orang boleh dapat BE nih.. aku punya takde pon sobsob.. Bila dah nampak sendiri ni barula rasa cam nak melompat-lompat kegembiraan. Oh so jakunla me! Atau, "daghak" ore Kelate kata ehehehe...

Thanks Nuffnang & advertisers yang sudi mengiklankan kempen dorang kat blog busuk aku nih.

Thanks jugak kepada yang sudi visit my blog. Nothing interesting here, just a notes on what's been happening to me, around me and other BORING stuff. But, zillion thank yous for dropping by :)


Tak banyak, tapi okla tu. Better than nothing kan?
Alhamdulillah, rezeki ni :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...