Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

12th Days of Ramadan

Assalamualaikum,

Harini encik hubby duty. So aku bermalas-malasan jela kat rumah hehe.. Tengahari dia whatsapp, "Abang balik bukak puasa kat rumah. Nak abang beli nasik kerabu kat Juara?" Hohoho.. dia balik. Hmm, kalau nak senang memang aku ok je dia beli siap-siap. Tapi pikir-pikir balik baik aku masak. Sebabnya dah 2 hari aku tak masak. Kelmarin makan kat ayam penyet tu. Semalam hubby bukak puasa kat luar dengan geng motor. Jadi ada baiknye aku masak pulak. Isteri mithali kan kihkihkih...

Tengahari tu masuk dapur defrost ayam dengan ikan bawal. Haa akhirnya pasar Tuaran tu ada jugak ikan bawal. Tu pun kecik-kecik. Tapi takpe, yang penting ada huhu.. Aku dah bosan dengan ikan yang sama je kat pasar tu. Selayang (basung orang Sabah panggil), kerisi, ikan putih, ikan tongkol.. Haa tu jela yang selalu ada.. Alhamdulillah, ada rezeki makan ikan bawal..

Masak simple saja. Kuih husband beli kat kedai and puding karamel tempoh hari ada lagi. So habiskan apa yang ada je..


Bawal sweet sour

Tom yam


Terima kasih Allah di atas rezeki kurniaan-Mu kepada kami hari ini :)

Esok husband bukak puasa dalam base sebab TYT Sabah datang melawat. Berbaloi jugakla masak harini kan :)



Saturday, July 20, 2013

11 Hari Berpuasa

Assalamualaikum,

Ohoii lama sungguh tak update blog. Huu macam ni la aku. Time rajin, hari-hari update. Bila malas, bersawang blog ni. Kesian sungguh..

Puasa puasa ni lemau sikit lahhh..

Harini dah masuk hari ke-11 berpuasa. Huh cepat sungguh masa berlalu.

Tahun kedua juga berpuasa di Sabah. Same ol same ol je.. Takde ape yang berubah. Oh ada ada.. Dulu cik Shaheem kecik, dia bergolek je kat ruang tamu sementara aku masak. Sekarang aku kena bersilat, berperang dengan dia kat dapo. Haih.. Dah lama teringin nak pasang pagar kat dapo tu. Tapi tak pasang pasang. Tak beli beli. Husb kata nak letak kayu. Haa sampai sudah tak nampak ada kayu pun kat situ :P Jadi nak tak nak mama memang kena bersilat dengan budak kecik tu tiap-tiap hari. Sambil masak sambil mulut ni dok jerit, Shaheem, jangan touch tu.. Shaheem jangan ambik tu.. Shaheem jangan tu Shaheem jangan ni. Haih sabarrrr!

Sudahnye, puasa kali ni berselang seli masak sendiri dan juga beli.. Selalu beli nasik kerabu & nasik dagang je.. Beli pun dari kedai yang dah biasa beli..

Kalo masak pun aku masak simple simple saja..

Salah satunya..

Sayur lemak putih, ikan kerisi goreng, budu + petai jeruk
Dessert puding karamel. Tepung pelita tu jiran aku bagi, balas mangkuk aku bagi nasi dagang tempoh hari


Yep, ada buat nasi dagang haritu. But am not so proud of it, so takde gambar haha..
Nasik keras sikit, gulai ikan aya masam huhuhu
Ampunkanla aku ye, masak time posa semua tak menjadi. Tambahan pulak daku memang tak reti...

Untung juga duduk berjiran ni.. Alhamdulillah jiran aku baik-baik. Generous. Selalu bagi lauk atau kuih muih.. Pastu aku jenuhla pikir nak balas ape haha.. 

Semalam bukak puasa kat luar. Makan ayam penyet. Makan-makan dengan anak buah husb.. Sekali sekala beramah mesra di luar pejabat kan :)

Anak buah husb kat tempat keje semuanya lelaki. Ada yang bawak wife.
Yang ni namanya Mimi. Psstt Mimi silent reader blog daku. Ok *tutupmukamalu*
Si kecik tu anak beliau, Amar Zafran (Mimi, sori kalau salah eja hehe). Goodboy sungguh!
Langsung takde bunyi.. Diamm je. Tengok, orang lain selain mama abah dia pegang pun relax je.
Dahla tomei tomei.. Huu rindunye nak ada baby kecik!

Ni tengah tunggu waktu berbuka. Masing-masing sibuk berborak dan bergamabr.. Nasik aku dah terusik. Ooops bukan aku makan ye (walaupun aku tak pose haha), tapi kusuap cik Shaheem ...

Ini budak comot momot ratah ayammm...
Dia buat perangai gak semalam. Takmau duduk dalam high chair tu. Bosan agaknye..

Lepas makan ayam penyet, kitorang pegi solat kat Masjid Bandaraya. Tukar pampers Shaheem kat situ. Ya Allah dia bleh buat onar tak mau pakai. Sebab dia teruja tengok masjid tu luas. Tak sabar nak berlari! Grrrr... mama urut dada je. 

Then, kitorang pegi Restoran Tok Mi kat Sadong. Makan colek perut, colek paru, colek buah.. Yummeh!! Takde gambar cos cik Shaheem buat onar jugak huhuhu.. Takmo dok atas high chair sebab nak bebas berlari! Adui, penat kejar, penat dukung. Dia meronta-ronta, lentik -lentikkan badan. Ini budak dah pandai mengamuk tauuu.. Sekali lagi mama dan abah mampu urut dada je. Abahnye dah warning nak rotan dia dah kalau buat perangai lagi haha.. Yo yo oo je nak rotan, anak kesayangan abah tuuu hehe..

Ok, sekian cerita sepanjang 11 hari berpuasa ni.. 

Daaa!~



Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum,



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Masih diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa dan menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat. Nak nangis pun ada huhuhu... 

Tahun ni, tahun kedua berpuasa di Sabah. Tahun kedua berpuasa bersama suami dan Shaheem, keluarga kecilku. Alhamdulillah.

Puasa hari pertama semalam berjalan lancar. Tak terasa sangat dahaga atau lapar. Mungkin sebab daripada tengahari bumi Tuaran ni dibasahi hujan. Hujan sampaila ke malam. Sejuk I tell you. Shaheem mandi dengan air panas. Mama tak mandi langsung! HAHA.. Oke tipu di situ... 

Semalam berbuka dengan nasik kerabu beli hehe.. Actually aku dah masak dah pun. Asam pedas ikan kerisi dan ayam goreng kicap. Encik husband sebelum balik singgah kat bazar ramadhan dalam base. Dia call bagitau ada makcik jual nasik kerabu.. Aku dengar terliur pulak hehe.. Mintak dia belikan. Jadinye, berbuka dengan nasi kerabu beli. Yang dah masak simpan untuk sahur pagi tadi. Tiada pembaziran berlaku. Alhamdulillah...

Harini husband duty. So daku berbuka sorang-sorangla. Tak masak kot. Mamee Laksa Kari ada tuhh.. masak yang tu jelaaa :P

Tahun lepas aku dan husband rajin sangat buat kuih. Selalu buat onde onde dengan puteri mandi. Sebab yang tu je senang dan favourite husband. Eh senang-senang pun kan, ada cerita pasal onde onde tu hahaha.. Alkisahnya kitorang first time nak buat ni. Aku memang tak retila kan. Google resepi kata guna tepung beras. Aku masa beli tepung tu belila yg tulis rice flour.. Tepung beras kann rice flour ni?? Balik rumah, aku yang buat adunan. Campur air, pewarna ape sume. Yang masukkan gula melaka dan gentel jadi bulat-bulat ialah encik husband. Dahla besar besarrr dia gentel tu hahaha..Sebesar bola ping pong tu haa.. Pastu dah siap gentel, air rebusan pun dah panas, ploppp ploppp kitorang masukkan dalam periuk. Sepatutnya bila dah masak dia akan timbul kann.. Tapi ni tak timbul-timbul. Aku cakap dengan husband, "ehh nape tak timbul ni. lamanyee.. ke berat sangat?" Kan dia buat besar-besar. Husband aku cakap, 'takpe takpe kita tunggu.." Setengah jam, sejam, tak timbul-timbul wehhh hahaha.. Aku dah mosykel. Air dah menggelegak sampai dah tinggal sikit dah.. Aku cakap dengan husband, "ke kita salah tepung ni??" Dia kata dah betul.. Ececece confident je kan. Tak puas hati aku call mak. "Makk.. nak buat onde onde guna beras gapo??" Mak jawab, "tepung beras pulut.. dalam bahasa inggeris, GLUTINOUS RICE.." BAHAHAHAHAHA... daku gelak kuat-kuat.. Dah agak dahhh.. salah tepung daaa... Baru ku tauu... ada dua jenis tepung ye kawan-kawan. Tepung beras sahaja dan tepung beras pulut.. *MALU*

Buang sesaje bola-bola pingpong yang keras macam bola golf bila direbus itu hahahahaha...

Kenangan sungguhla. Aku dengan husband sure gelak besar bila teringat peristiwa tu hehehehehe... 

Tahun ni tak tahu boleh buat kuih sama-sama tak. Tahun lepas cik Shaheem kecik lagi. Bleh tinggal dia depan tv tergolek-golek sorang diri. Tahun ni dia dah sama rancak dengan kita. Kita sibuk nak masak dia pun sibuk sama... Tengokla macamana. Teringin jugak nak buat kuih ni.. Insyaallah..

Ermmm terasa rindu jugak nak berpuasa bersama keluarga di kampung. Nak sahur sama, buka sama. Kat kampung kan meriah. Time buka tu macam-macam juadah ada. Penuh meja.. Seronok seronok.. Erm insyaallah, raya tahun ni balik. Dan mungkin balik 2,3 hari sebelum raya. Sempatla nak berbuka bersama keluarga...

Ok dah membebel. Nak pegi buat kerja rumah. Daaa!~




Wednesday, July 25, 2012

Kali Pertama Berpuasa di Sabah

Assalamualaikum,

Salah salah.. tajuk post kali ni sepatutnya berbunyi macam ni,

" Kali Pertama Berpuasa di Sabah, Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami, Kali Pertama Berpuasa dengan Anak Kecil, Kali Pertama Berpuasa Sangat Jauh dari Keluarga."

Takleh nak pikir dah kali pertama apa lagi....

Kali Pertama Berpuasa di Sabah. Apa perasaan? So different hokay! Especially timing bukak pose laa... Dulu masa kecik-kecik bila tibi tunjuk waktu berbuka puasa, aku mesti jeles dengan orang-orang Sabah, Sarawak. Yela, pukul 6 lebih dah berbuka. Kalau kat Semenanjung pukul 7 lebih. Sejam beza! Tapi sebenarnye tuan-tuan dan puan-puan, takde beza pun..... Pukul 6 kat sini sama je dengan pukul 7 kat Semenanjung tu. Sabah ni kan paling timur letaknya dalam peta Malaysia, jadi Sabah menerima cahaya matahari terawal dan matahari pun terbenam awal. Subuh kat sini pukul 4.48 pagi, pukul 6 pagi dah cerah terang benderang dah. Sama macam pukul 8 pagi kat Semenanjung. Maghrib pulak pukul 6.35 petang. Memang dah gelap dah time tu. 

Eh apehal aku membebel pasal masa pulak ni huahuahua.. Tak semena-mena.

Erm kat Sabah ni lain sebab aku takde nafsu nak pegi Bazar Ramadhan/Pasar Ramadhan/Param/ape-ape je yang korang panggil. Takde nafsu sebab tak berselera tengok makanan yang dijual. Heh kejamnye statement. Mungkin sebab baru lagi dok sini so tak reti lagi nak try makanan orang Sabah. Slowly lah belajar. So far dah 5 hari puasa ni aku hanya pergi Bazar Ramadhan dalam base Ahad lepas. Kecik je pun. Dan yang berniaga pun kebanyakannya orang Semenanjung. So juadah pun juadah dari Semenanjung lah. Aku beli nasik kerabu, kuih muih. The next day pulak hubby beli laksam. Sumenye not bad lah.

Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami. Yep, ni Ramadhan pertama. Ramadhan tahun lepas kami berjauhan. Hubby di Lumut, aku di Putrajaya. Masa tu pulak aku tengah pregnant so tak larat nak travel pegi Lumut. Hubby pulak berniaga kurma di Pasar Ramadhan dalam base. Sedih woo tak dapat puasa sekali. Dahla baru kawin kan. Sebelum ni dah berfantasi dah nak bukak puasa sama-sama, nak sahur sama-sama, nak pegi terawikh sama-sama. Bila fantasi tu tak menjadi kenyataan memang sedih sobsob. Lebih-lebih lagi bila tengok orang lain yang baru kawin sama macam aku dok post kat Facebook betapa bahagianya mereka berpuasa dengan suami. Ahh angin jeles datang berderu-deru tauu... Tapi takpe, yang tahun lepas dah lepas dah. Tahun ni, syukur Alhamdulillah, Allah bagi kami peluang untuk menyambut Ramadhan bersama :)

Dah jadi isteri ni jadi tanggungjawab aku la kan untuk sediakan makanan berbuka, makanan bersahur untuk suami. Alhamdulillah belum gagal hehehe.. Baru 5 hari puasa dah cakap besar :P Hari pertama berbuka aku masak. Menu gulai lemak pucuk paku, ikan kerisi goreng. Hari kedua berbuka, nasik kerabu beli kat bazar dalam base. Beli sebab dah lewat dah nak masak. Haritu pegi melawat kawan dalam base. Hari ketiga, makan burger ngan laksam. Burger buat sendiri, laksam beli kat bazar. Hari keempat, ni haa yang aku masak

Gulai ayam, sotong celup tepung, tom yam balance sahur hehe, ikan rebus, petai, budu.
Kuih puteri mandi tu pulak hasil air tangan suami tercinta <3

Gigih masak gulai ayam sambil sebelah tangan dokong Shaheem. Last last my beloved pumpkin makan nasik ngan budu, petai, ikan rebus jeee.. Sentap mak huhu... Apa buleh buat, tu fave dish dia. Kalo tak hidang yang tu, tak selera pulak dia makan huhu. Redha. Menu hari kelima iaitu hari ini, ikan goreng dengan balance gulai ayam semalam je. Hubby on duty harini (sebab tu blog berupdate kiki) so tak perlu nak masak beria.... Esok. erm aku tak tau lagi nak masak ape. Pening jugak eh nak masak-masak ni. Lebih-lebih lagi aku ni tak reti masak hehehehe.... But at least aku ada usaha jugak kan. So kasik can laaa... 

Oh ye, jiran aku kan, paaaandai sangat buat kuih. Dan dia pun raaaajin sangat bagi-bagi kat jiran. Huu segan aku sebab aku selalu tak tau nak balas balik dengan ape. Haritu beli laksam je bagi dia. Nak buat kuih sendiri mana aku reti huhuhuh.. 

Erm sahur pulak, aku bangun pukul 3.30 pagi. Panaskan lauk berbuka je. Aku normally dah asing siap-siap dah. Aku wajib bersahur. Kalau tak bersahur aku memang boleh lembik huhu. Hubby pun wajib kena sahur!

Kali Pertama Berpuasa Dengan Anak Kecil. Oh sangat mencabar ok! Walaupun orang cakap aku bernasib baik sebab tak breastfeed Shaheem. Kalu breastfeed sure lembik time puasa. Eh tak breastfeed pun lembik jugak tauuuu.... Mungkin tak lembik sangatla hehe.. Shaheem kalo nak tido, nak berdukung je. Dia dahla almost 9kg kot? Huii nak patah pinggang. Pastu kalau nak masak kena tunggu dia tido baru bleh masuk dapur. Kalau tak, kena ngadap dia je. Kalau my pumpin ada blehla gilir-gilir dukung atau pegang dia. Macam harini aku sorang je yang handle. Aduiii penat sehh... Ni nasib baikla dia dah tido. Bleh aku update blog! hihihih

Kali Pertama Berpuasa Sangat Jauh Dari Keluarga. Sedih, sayu, pilu :(.. Lebih-lebih lagi mak tak berapa sihat sekarang. Bila call tanya buka dengan apa mesti mak jawab, "erm tak tau la lagi. mak pun tak larat nak masuk dapur." Aduh, sayu je rasa huhuhuhu... Ingat lagi kalau dulu-dulu meriah betul bila berbuka kat rumah mak. Lauk dah macam-macam. Air pun 2,3 jenis. Makan ramai-ramai memang syokkk... Tapi sekarang kat kampung masing-masing sibuk. Bila ada masa je bleh kumpul ramai-ramai. Haih, rindu dengan keluarga kat kampung uhuhu... Dulu dok Putrajaya ada jugak amik cuti balik kampung kejap. Sekarang taklehla. Tiket mahalun! Tapi jangan sedih-sedih, insyaallah 13hb nanti kitorang balik Semenanjung. Blehla berpuasa kat kampung pulak. Insyaallah :)

Sekian cerita kali pertama aku hehe..

Selamat berpuasa untuk korang sume! :)

Wednesday, August 3, 2011

Headache o Headache

Assalamualaikum,

Hari ni hari ketiga puasa.

Hari kedua puasa , ada kisah bersejarah. Aku muntah selepas berbuka. Uhukuhuk. Bersejarahla sangat kan.

Puasa pertama ok je. Entah silap kat mana semalam boleh muntah pulak. Macam hari pertama, aku berbuka dengan kurma dan minum air masak je dulu. Pastu solat Maghrib. After solat baru turun balik makan nasik. Erm nasik tak amik banyak pun. Lauk pun sikit je. Sebab tak lalu sangat nak makan. Then, aku makan puding karamel sikit. Semalam teringin nak makan so buatla. Mana tahu lepas makan puding tu boleh pulak rasa loya tu datang. Sebab telur banyak kot eh? Habis dimuntah semua makanan. Serupa tak berbuka! Haih~

*Cerita sedih* Muntah sorang diri sobsob..

Then start sakit kepala...... sampai ke pagi ni. Nak sahur pun tak laratnye lah.. Tapi nak tak nak kena isi perut. Bertahanlah!

Ada kawan kat opis cakap perut aku dah nampak huahua.. Biar betik. Baru 2 bulan nih ehe.. Dia tersalah pandang aku rasa. Yang buncit tu bukan baby bump. Itu buncit lemak terkumpul! hihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...