Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Ok, Pasni Tak Nak Cakap Ape Dah *Totop Mulot*

Hmmm.. harini kena sound dengan someone.... I was like being blamed by that person. Sedih. Padahal niat aku hanya nak menolong, as a friend. Entahlah. My fault jugak kot. Patutnya kena dok diam diam je. Jangan nak menyebok hal orang.

Sedih sangat bila orang tu cakap, "KAU LA YANG BUAT DIA SEDIH... KAU LA YANG CAKAP MACAM MACAM..."

Sedihnye... Seingat aku, aku cakap sebab orang tu tanya. Aku cakap jela ikut pengalaman aku.. Tak terlintas apa apa pun. Aku cakap jugak sebagai seorang kawan...

Aduh sedihnya, terngiang ngiang lagi kata-kata dia tadi. "KAU LA.. KAU LA YANG BUAT DIA SEDIH.."

Terasa macam jahatnye aku...........................................

Kepada orang tersebut, aku mintak maafla. Lepas ni aku tak nak cakap ape, tak nak masuk campo dah. Aku cuma doakan kau murah rezeki dan dapat yang diingini. Aku selalu doakan..... Jangan tanya aku lagi kalau kau ada apa apa persoalan. Aku bukanla orang yang patut kau cari.... Aku mintak maaf kalau aku yang buat kau sedih. Aku cuma bagitau dengan niat baik sorang kawan.. Maafla kalau kau salah tafsir. Maaf sangat sangat.. I'll zip my mouth...

Sorry!

Tuesday, July 19, 2011

Buat Renungan Para Isteri yang Bakal Bergelar Ibu dan Sudahpun Menjadi Ibu :)

Assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya daripada suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”

(HR Ibn Hibban)


Dikopi dan pes dari  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Monday, May 23, 2011

Duit Mengalir Macam Air

Assalamualaikum,

*haih*

Ee tak senon mulakan entry dengan mengeluh. Tapi saya memang dalam keadaan bersusah hati ni. Hadui, bilala hati nak senang. Aku tahu bila! Bila semuanya dah selamat dan selesai! Lambatnyee huhuhu..

Semalam habiskan masa sehari di Bangi mencari baju ganti. Singgah dua tiga bridal jugak. Mak aih, mahalnye nak sewa selai baju pompuan je. Rata-rata quote harga RM250-RM450. =(

Last-last aku beli satu baju kat PKNS, Bangi . Puas hati! Tapi mahalunnnnnnn... Dah terdesak apa boleh buat. Then hantar untuk jahit manik. Sekarang dah kopak dah :( Kisah nak hantar jahit manik tu pun panjang jugak kisahnya. Ingat senangla nak cari tukang jahit. Sekali takde. Kalau ada pun dia takmo hamik sebab dah suntuk sangat masa. Aku nak by this Friday, 27/5. Memangla tak sempat kan? huuhuh

Nak dijadikan cerita, terjumpa satu bridal di Precint 15, Putrajaya. Main redah je masuk. Tawakal ajelah bridal ni boleh tolong jahit manik. Alhamdulillah, Allah tolong aku. Dia pertemukan aku dengan bridal ni. Akak owner sanggup menolong. Dia kata dia sendiri memang dah busy, so dia tolong tanya kawan-kawan dia. Adalah sorang yang sanggup menolong. Tuhan je yang tahu perasaan aku. Happy tak terkata. Nak nangis pon ada gak ehe.. Though upahnya agak *telan air liur* mahal, aku on aje lah. Malas dah nak pikir-pikir. At least baju tu hak milik kekal aku. Takdela terasa sangat nak berbelanja mahal. Boleh pakai balik time ada dinner ke, if muat lagila masa tu haha.

Erm terima kasih sangat-sangat kat akak tu dan kawan dia. Saya tahu benda ni terlalu risky, tapi apa boleh buat, saya terdesak huhu.. Risky sebab aku hantar hari Ahad 22/5, aku nak siap by 30/5 la paling lewat. Aku dah balik Kelate dah time tu so aku mintak tolong kawan aku amikkan and then courier ke rumah aku di Kelate nanti. Hopefully sampai on 31st or 1st June. That is a couple of days before my wedding. Very risky kan? Hmm takmola pikir benda bukan-bukan. Moga-moga semuanya baik-baik. Bagai dirancang. Ya Allah bantulah hambaMu ini!

Nor & Dina
Credit to my 2 lovely friends, Dina & Nor sebab teman aku seharian semalam. Tolong carikan baju, tolong bagi pendapat, tolong carikan kedai. Aku penat, dorang lagila penat. Terima kasih sebab berpenat seharian untuk saya. Allah saja dapat balas jasa baik korang berdua. Love love love!

Eh tak masuk cerita yang ada sangkut paut dengan tajuk lagi ni tapi dah panjang gila membebel haha..

Serious I tell you, nak kawin ni banyak gila duit pakai. Kita ingat kita nak buat simple simple je. Tapi tak kirala simple ke tak you still need to spend quite a lot. Tho maybe not as much as majlis yang grand grand. 

Catering, door gift, deco, photographer, etc.. Semuanya perlukan duit yang banyak. 10 grands may not be enough. Betul! 

Duit aku ni aku rasa macam laju gila mengalir. Baru je simpan dah kena keluarkan lagi. Nak bayar macam-macam. Deposit tu deposit ni. And now, dah kering kontang :( Walhal banyak lagi nak kena settle ni *haih* Terdengar pulak minyak nak naik, barang nak naik ape sume terus gelabah jadinye. Terus niat nak puasa direct seminggu ni ehehe.. Gaji May dah habis, gaji Jun 15hb baru masuk :(

Apa apa pun, I am glad I have family yang sudi membantu. Aku ada 5 orang adik beradik, dan each of them ada sponsor sikit-sikit. Oh serius rasa nak nangis. I love them. Terima kasih sebab ingat lagi kat adik korang yang banyak menyusahkan korang ni. Aku akan balas jasa baik korang nanti. *PROMISE* Mak ayah lagi banyak sponsor. Sob sob I love you mak ayah!

So to all brides and grooms to be, simpan duit banyak-banyak. At least setiap sorang kena ada RM10k. Groom kena lebihla sket sebab nak bagi duit hantaran/mas kahwin lagi kan. Jadi bersediala awal-awal. Sebab when the time comes, duit korang akan mengalir lajuuuu je. And rancang elok-elok, jangan sampai over spend. Ok? *Talking from the experience*

psst.. memandangkan beg duit saya dah takde duit sangat cuma berisi resit saje, makanya korang tolong-tolongla klik iklan nuff aku tu ye hihihihih *malu* 

Duit duit duit.. di mana ko duittt.... isk tetiba rasa macam mata duitan pulak!


$__$

Thursday, May 5, 2011

Usahlah Bersedih!

DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS, terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA. Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA selalu MEKAR, MENTARI selalu BERSINAR. TAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI di setiap BADAI, SENYUM di setiap AIR MATA, BERKAH disetiap COBAAN dan JAWAPAN di setiap DOA. 

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”
[QS. Qaaf : 16]

Thursday, April 28, 2011

1 month 1 week

Assalamualaikum,



Debaran mula terasa......... Kenapa aku yang berdebar? Bukan aku yang nak kena berjabat salam dengan tok kadi. Betul tak? My pumpkin yang tengah berdebar gile gile sebenarnye ehehe.. Aku risau dia salah sebut nama aku je. Almaklumle, nama panjang sangat ehehe.. Berbelit-belit haa lidah nak menyebutnya. Moga-moga hati dia tenang dan semuanya berjalan dengan lancar nanti. Ada masa lagi nak berlatih!

Erm dah nak masuk bulan 5..Seriously, banyak benda lagi nak kena buat. Tapi mak hari-hari pesan, jangan terlalu memikirkannya. Cuma perlu banyak berdoa, mintak dengan Allah SWT dipermudahkan segala-galanya. Mintak semua selamat dan serah kepada Allah.

Insaf sekejap. Yelah, kadang-kadang kita alpa, kita lalai, terlalu mabuk dengan persiapan. Nak pakai tu nak pakai ni, mekap la, cara pakai tudungla, macamana nak gubah hantaran la, nak bagi door gift ape, nak jemput sape, duit cukup ke tak etcetera etcetera.. Sehinggalah kita lupa nak mintak tolong dengan Allah. Lupa nak memanjatkan syukur pada Allah yang kita diberi peluang untuk merancang semua ni. Kita lupa yang kita hanya mampu merancang, dan Allah yang menentukan benda tu jadi atau tidak...

So, planning planning jugak tapi janganla terlampau obses sampai lupa pada yang Maha Besar!
*pesanan kepada diri sendiri*

Erk asyik cerita kawin je. Bosan kan?! ehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...