
HAPPY 62nd BIRTHDAY TO MY BELOVED MUMMY

HAPPY 62nd BIRTHDAY TO MY BELOVED MUMMY
Ini Hafiy Ariff dan Daneen Alissa. Dua-dua pun sibuk je nak shopping..
Ini nenek saya.. She's 90++ I guess.. Tapi dia masih kuat dan bertenaga..
[source]
[source]
[source]
[Ini diagram ringkas untuk kita paham komponen-komponen braces ni]
Ye...... 4 tahun yang dulu, saya adalah pemakai braces. Gigi saya memang bermasalah. Struktur tu tak betul. Gigi kat atas, yang tengah, dia masuk ke dalam. Gigi yang kat bawah pulak, juga kat tengah, masuk ke dalam juga. Nak kata berlapis, tak jugak, sebab tak ada gigi lain kat depan dia.
Anyway, pada tahun 2000, I wasa Form 2 masa tu, aku ade la berkawan dengan 5 girls (yep, I'm from all-girl school, so member-member sume girls). 3 daripada 5 orang ni, pakai braces. Hari-hari aku dok mengadap dorang, bergosip, mengumpat sume. Entah bila, tetiba timbul rasa suka dalam diri aku ni. Suka tengok cara dorang bercakap. Lain tau cara orang pakai braces bercakap ni. Aku suka tengok.
Atas kesedaran itulah, aku telah membuat keputusan berani. Aku balik rumah, aku cakap dengan mak ayah aku, aku nak pakai braces. Esoknya juga, my daddy bawak aku ke Klinik Gigi Kota Bharu yang dekat Stadium Kelantan tu. Kitorang pegi kat Bahagian Orthodontik.
Proses yang diambil untuk memakai braces:
1. Daftar nama di Bahagian Orthodontik
Dah selesai proses-proses di atas, barula in next appointment, gigi aku dipakaikan braces. Mula-mula, doktor akan masukkan band di empat gigi hujung (2 gigi atas dan 2 gigi bawah). Kemudian, dengan bantuan sinar UV, gigi-gigi aku dilekatkan bracket (sila rujuk diagram lagi). Satu-satu bracket dilekatkan di atas gigi. Lepas tu dia letak arch wire. Yayy, kemudian aku pon sah bergelar gadis besi! hehehe....
Elastic band, power chain sume tu diletakkan pada gigi mengikut masalah gigi. Kalau gigi ke depan, dia akan pakaikan elastic band tu dekat gigi atas dan sambung pada gigi bawah. Nanti gigi tu akan bergerak ke belakang. Macam ke aku, untuk gigi bahagian atas yang masuk ke dalam tu, elastic band diletakkan pada gigi yang masuk ke dalam tu dan disambungkan dengan gigi sebelah. Gigi bawah yang ke dalam tu pulak disambungkan dengan power chain ke gigi sebelahnya juga.
Dugaan-dugaan memakai braces:
1. Hari first pakai, anda tidak akan mampu dan tidak akan boleh menggigit makanan yang keras. Even french fries yang boleh dikategorikan sebagai lembut tu pon tak boleh tau. Yang boleh anda makan ketika itu hanyalah bubur nasik. Itupun, anda perlu telan, tak boleh kunyah-kunyah. Mungkin berpunca dari daya tentangan besi tersebut (serius aku gagal Fizik) maka apabila anda cuba menggigit, ada satu kuasa yang menghalang anda daripada menggigit mahupun mengunyah. Sangat sakit!
2. Luka-luka pada mulut. Perkara biasa apabila anda memakai braces. Biasanya luka-luka ini disebabkan oleh hook (rujuk diagram) yang terkena pada mulut. Pecah-pecah mulut tu memang biasalah. Mula-mula memang sakit. Lama-lama anda akan terbiasa.
3. Apabila gigi mula bergerak, anda akan mengalami masalah menggigit dan mengunyah makanan lagi. Seksa memang seksa, but it's part of the process. Bawak bersabar!
4. Apabila anda memakai braces, anda akan terikat dengan appointment dengan doktor. Biasanya appointment ni setiap sebulan hingga 3 bulan sekali. Yang paling tak best ialah, anda mungkin kena duduk menunggu selama berjam-jam. Tetapi apabila dah masuk jumpa orthodontist, anda mungkin akan duduk di atas kerusi tu hanya selama 10 minit. Buang masa!huhu
Setelah 3 tahun memakai braces, memang ada perubahanla pada gigi aku. Happy sangat-sangat bila tengok gigi yang dulunya tak teratur, kini tersusun kemas. Macam-macam benda jadi masa aku pakai braces ni. Kat SMKKL aku digelar Betty. Sebab masa tu kebetulan tengah ada telenovela Mexico, Yo Soy Betty La Fea yang sangat famous amos tuh. Masa tu juga, akulah satu-satunya orang dalam sekolah tu yang pakai braces. Percaya atau tidak.
2004 (lupa berapa haribulan), braces ditanggalkan dari gigi aku. Masa dah takde braces tu, aku rasa macam aku takde gigi! Pelik je rasa. But guess what, gigi aku betul-betul tersusun elok. Takde lagi gigi yang masuk ke dalam. Macam tak percaya pun ada jugak...
Dah buka braces, I still need to wear retainer. For one year aku pakai retainer. Fungsi retainer ni ialah untuk memastikan gigi tu kemas, takde longgar-longgar. Retainer ni time makan kena bukak. Kat bawah ni contoh retainer. Aku punya dulu colour pink ngeeee :D
[source]Haaa...itulah kisah aku pakai braces dulu. Memang very the special. Berus gigi ada 3. Berus gigi biasa, V-shape orthodontic brush and interdental brush. Makan pun tak boleh ganas-ganas. Tapi aku dulu ganas je. Pernah arch wire aku (rujuk diagram) tu patah. Tak boleh makan chewing gum takut nanti terlekat kat braces tu. Susah nak tanggalkan huhuh.. Sampai sekarang walaupun dah bertahun-tahun tak pakai braces, aku dah tak makan chewing gum. Dah tak reti! Pastu, dentist aku dulu selalu pesan, jangan minum air gas banyak sangat. Takut nanti gam kat bracket tu tertanggal. Tak taula betul ke tak, tapi memang aku tak minum air gas. Sekarang pun jarang-jarang.
SEBELUM:
[tipu, ini gambar latest]
Sebelum pakai braces, aku malu nak senyum nampak gigi. Malu sangat-sangat. Yela, gigi kan tak tersusun. So, senyum pun, nak tak nak je. Masa tu, my self esteem was ver very low. Sangat teruk. Nak berhadapan dengan orang pun segan. Bila orang ajak bergambar, aku mesti tolak.Sebab aku rasa senyuman aku tak cantik dan pasti akan memburukkan gambar..
SELEPAS:
Namun kini, setelah 4 tahun memakai braces, aku memperoleh gigi yang yang kemas dan tersusun. Aku dah suka bergambar! Senyum pun ala-ala kerang busuk gitew.. Masih ada rasa segan nak bercakap dengan orang, but at least I have one sweet smile to give them hehehe..
This movie dah lama sebenarnya, ditayangkan pada tahun 2003. It's hilarious. Agak-agak nak bergelak ketawa tu bolehla tengok cerita ni.
I give this movie 4.5 star......
Alasan. Lame excuses.
Isk, macamana nak jalan-jalan beriringan dengan mypumpkin. Dia tough, fit, tapi yg sebelah dia ni plak, isk tak sanggup nak cakap. Karang dah tak jadi macam pinang dibelah dua dah...
Aku nak turunkan berat badan. Tapi malas nak berusaha. Macamana tu? Memang sampai bila-bila pun takkan boleh turunkan berat badan ni. Exercise dah malas. Nak makan pil-pil kurus, herba, jamu-jamu yang melambak tu aku tak berani. Macam-macam ada sekarang ni kan. Susu cokelatla, itula inila. Tapi aku benar-benar tak berani mencuba. I always have this phobia that if I stop taking it then badan aku akan naik balik bagai dipam-pam. I dont wanna take that risk.
Nak diet? Hmm..I've mentioned earlier, napsu makan aku ni kuat sangat. Pantang nampak makanan sedap-sedap sure nak makan. Dah start makan tak reti nak stop plak. So how???
---Amal: Erkkkk...... aku belum kawin, belum ada anak, tapi badan dah gaya orang dah ada anak 10 huwaaaaa...sedih.
[source]HAPPY 23rd BIRTHDAY to my dearest friend June..
[source: cilok dari Friendster beliau]


:: Wish you all the best in your new job. Harap-harapnya tinggila gaji, then u can blanja me tengok wayang banyak-banyak hihi ::
--- MY LOVELY SISTER, SIS ANUM ---
*********************
--- MY GOOD FRIEND, TINIE ---