Showing posts with label emosional. Show all posts
Showing posts with label emosional. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Sebab Ini lah Saya Takmo Bersosial...

Assalamualaikum,

2 hari lepas aku pegi rumah akak jiran sebelah rumah aku dulu yang dah pun pindah masuk dalam base. Aku dengan dia memang kamceng la. Sebab husband dia kawan baik dengan husband aku.. Dia pun baik je..

Masa melepak kat rumah dia tu, dia cakapla, ada kawan dia yang duduk seblok dengan aku ada datang rumah dia. And then tanya dia, "budak yang duk sebelah rumah ko dulu tu memang tak reti kuar rumah ke?" 

Wallah wallahh... tak sangka, aku pun boleh jadi bahan perbualan... hebatnye aku ngehngeh....

Aku bukan tak kuar rumah, kalo nak ke pasar, nak ke klinik, aku keluar je.. Tapi kalo sekadar keluar rumah nak bertandang ke rumah orang, tu bukan aku la.. Entahla, memang aku tengok orang-orang kat sini sangat rapat sampai petang-petang melepak kat rumah jiran-jiran ni. Aku rasa aku ada banyak keje lain lagi nak buat kat rumah daripada dok melepak bersembang ni... Petang la time untuk aku masak untuk husband. Tengahari pulak aku settlekan keje kemas-kemas rumah. Lagipun aku sekarang tengah memboyot. Perut dah besar, tak laratla aku nak keluar ni...

Aku bukanla sombong, hidung tinggi. Kalau jumpa orang, aku senyum dan tego jugak. Takde la tunduk je pastu menonong je jalan.. Tapi kalau orang expect aku untuk keluar rumah dan bertandang rumah jiran memangla aku tak suka... Kecuali jiran ajak sebab dia buat makan ke ape, aku okla...

Anyway, jiran ni jiran yang duduk wing sebelah. Yang duduk sama level dengan aku, aku baru kenal sorang je. Dia pun jarang keluar rumah. Takdenye aku bising. At least dah kenal nama tu okla kan.. Takde la aku nak pergi ketuk pintu rumah dia hari-hari nak bersembang...

Ada satu sebab kenapa aku malas nak bersosial.. Aku ok je nak duduk bersembang, tapi kalau dah  sembang hal peribadi aku laki bini memang aku tak suka la..

Ada satu contoh.. Masa aku baru balik dari mana tah, terjumpala sorang jiran tetangga yang duduk kat tingkat bawah rumah aku. Dia tego aku, "awak bini ketua blok kan?" Aku senyumla, and cakap "a'ah..." Then dia tanya, "selalu beli kelapa parut kat mana?" Aku cakapla beli kat pekan.. Then dia kata,"oh saya ada jual. Kalau nak beli datangla rumah.." Aku pun cakap, "oh yeke.. bagusla. Senang tak payah nak pergi jauh-jauh.. blablabla.. " dengan mesranye la aku bersembang.. Then dia tanya, " anak nombor berapa ni?" sambil tunjuk kat perut aku.. Aku cakapla "oh anak sulung ni.." Then dia buat muka.. "Eh yeke, tapi laki awak nampak tua la.... Ingatkan anak dah ramai.. berapa umur dia blablabla..." And I was like.... eh pehal lak nak cakap camtu?? Nak kata laki aku tua tapi anak baru nak masuk sorang? Salah ke?

Aku serius tak suka camni.. Awal-awal dia nak bagitau dia jual kelapa parut tu ok dah tu.. Sekali nak sentuh hal laki aku pulak, memang aku tak suka laa.... Tak tau la kalo korang rasa this is nothing. Tapi bagi aku, it is something. Nak bersembang bolehla. Tapi tak perlula nak sentuh hal peribadi.... 

Sebab ni la aku jadi laaaagi malas nak bersosial.. Orang-orang ni sure masa bersembang, sibuk nak korek hal peribadi... Aku tak suka! 

Aku tau, sebagai isteri ketua blok, aku kenala rajin-rajin bersosial.. Aku tak kisah, dan aku memang tak pernah la tak tegur orang. Cuma kalau orang expect aku nak join bersembang dan bercakap mengenai hal rumah tangga aku, memang aku mintak maafla.. Aku tak suka...


Tuesday, November 29, 2011

Eee Tak Pahamla Kenapa!

Assalamualaikum,

Aku rasa aku nih ada masalah emosi nih..

Aku tak pahamla kenapa.. Dulu masa duduk jauh dengan my pumpkin, everytime dia call atau aku call, aku mesti nangis. Cakap benda bese pun air mata aku boleh mengalir. Sampai my pumpkin pun naik fed up. Ratu air mata dia cakap.. Sikit-sikit nangis. Aku pon tak paham...

Now dah duduk dekat takde nangis nangis. Eh ada jugak, kalo gadoh-gadoh manja, aku sure nangis. Tapi tak penah nangis depan dia :P

Ermmm.. sekarang kalo aku call mak atau mak call aku, aku mesti nangis. Mesti jadi sebak-sebak.. Pastu mulala keluar air mata, air hingus... Puas tahan tapi tak tertahan jugak. Suara pun jadi lain... Tersekat-sekat. Mak sure perasan ni aku nangis. Haih malunye! Dah tua nak nangis lagi.

And I know I know it's not good for my darling baby.. Tapi aku takleh tahanla! Aku pon tak tau nape hati ni mudah sangat terusik, tersentuh. Padahal bukan ada ape pon. Dah macam-macam cara aku buat nih nak control. Tapi tetap tak jadi.. Eeee tak paham!

Baby jangan ikut mama ye.. Dah kuar nanti jangan nangis-nangis selalu yeee...

Monday, November 28, 2011

Hari Ni Kita Tolong Orang, Insyaallah Esok Orang Tolong Kita Pulak, kan?

Assalamualaikum,

Hah panjang tajuk kali ni. Aku tengah geram ni. Geram bila ada yang dok bising-bising aku laki bini tolong orang..  Tolong bagi tempat tinggal, tolong bagi pinjam kereta.. Dah kemudahan tu dah ada, biarlah.. Hubby pegi keje dengan moto, kereta tak pakai jugak. Daripada orang tu sewa kereta RM80 sehari baik pakai je kereta hubby aku tuh.. Sekurang-kurangnya bergerak jugak kereta tu.. Minyak isi sendiri la..

Cuba bayangkan kalau kita yang perlukan bantuan? Mestila kita nakkkkk sangat orang tolong, betul tak??

Aku tak pahamla.. Apa masalahnya aku tolong orang?

Aku cuma pegang pada satu ayat ni je, hari ni aku tolong orang, esok bila aku susah, insyaallah ada orang akan tolong aku. Betul tak?

Macam masa aku mula-mula sampai Sabah dengan hubby dulu. Apa pon takde dalam umah ni. Nak makan takde makanan.. Nak pegi mana-mana takde kereta.. Syukur alhamdulillah ada jiran yang baik hati, bagi pinjam kereta, bagi pinjam moto.. ajak kitorang makan. Seminggu lebih pulak tu.... Kes aku ni sama dengan kes orang yang aku tolong ni... Aku paham macamana keadaan dorang. Takde sape-sape kat sini nak mintak tolong. Dah aku mampu nak tolong, aku tolongla..

Gerammmmmmmmmm.....

Cubala letakkan diri kira kat tempat orang yang perlukan bantuan tu....

Friday, November 4, 2011

Puasa Sunat 9 Zulhijjah - Puasa Pada Hari Arafah

Assalamualaikum,

Hmmm takde mood. Bukak Facebook, bosan. Banyak promo on cloth diapers. Takleh tengok lama-lama, kang terbeli huahuahua.. Cukopla, after baby dah kuar baru beli lagi insyaallah, kalo ada duit :P

Then, tak taula nape, rasa macam ati ni kicikkkkkk je.... Kicik dengan someone, something bila bukak Facebook tu. Geram je rasa nak deactivate, malas dah nak mengadap. Tapi tak bleh. Dah janji dengan kawan-kawan nak keep in touch thru FB. Hmmm thinking off to remove friends (waaa sampai camtu sekali!). Tapi entahla. tak sampai macam tu sekali kot... Hopefully rasa kicik hati ni akan berlalu pergi bersama angin lalu ececece..

Haih... forget about this silly emotional heart problem.

***********

Esok Sabtu, 9 Zulhijjah. Jom pakat pakat puasa sunat. Aku ingat nak puasa jugak. Tapi tengokla kalo larat. Hopefully laratla! Banyak kebaikan puasa 9 Zulhijjah ni..

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

 "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." 

(Hadis riwayat Muslim). 

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari.[1] Ini kerana Rasulullah bersabda;
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْداً مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”


(Riwayat Imam Muslim)

Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;
أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ


“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. 

(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

Wallahua'alam. Aku amik ni dari website halaqah.net.

Kalau berkemampuan, jom puasa esok :)

Saturday, October 22, 2011

Ok, Pasni Tak Nak Cakap Ape Dah *Totop Mulot*

Hmmm.. harini kena sound dengan someone.... I was like being blamed by that person. Sedih. Padahal niat aku hanya nak menolong, as a friend. Entahlah. My fault jugak kot. Patutnya kena dok diam diam je. Jangan nak menyebok hal orang.

Sedih sangat bila orang tu cakap, "KAU LA YANG BUAT DIA SEDIH... KAU LA YANG CAKAP MACAM MACAM..."

Sedihnye... Seingat aku, aku cakap sebab orang tu tanya. Aku cakap jela ikut pengalaman aku.. Tak terlintas apa apa pun. Aku cakap jugak sebagai seorang kawan...

Aduh sedihnya, terngiang ngiang lagi kata-kata dia tadi. "KAU LA.. KAU LA YANG BUAT DIA SEDIH.."

Terasa macam jahatnye aku...........................................

Kepada orang tersebut, aku mintak maafla. Lepas ni aku tak nak cakap ape, tak nak masuk campo dah. Aku cuma doakan kau murah rezeki dan dapat yang diingini. Aku selalu doakan..... Jangan tanya aku lagi kalau kau ada apa apa persoalan. Aku bukanla orang yang patut kau cari.... Aku mintak maaf kalau aku yang buat kau sedih. Aku cuma bagitau dengan niat baik sorang kawan.. Maafla kalau kau salah tafsir. Maaf sangat sangat.. I'll zip my mouth...

Sorry!

Saturday, September 24, 2011

Air Mata, Berhentilah Mengalir

Assalamualaikum,

Hari-hari nangis.

Semalam nangis lepas cakap telefon dengan my pumpkin.

Harini nangis lepas cakap telefon dengan my mom.

Sorry baby. Mama hari-hari, sedih. Hari-hari, nangis. Mesti kamu pun tak senang kan. Mesti kamu pun sedih macam mama kan. Sorry sayang......

Bila jiwa ni nak jadi kuat. Bila emosi ni nak jadi happy je?

Aku pun dah penat nak menangis. Tapi perasaan sedih tu selalu datang menjengah. Sampai bila?

Friday, July 29, 2011

Saya Tak Sekuat Yang Saya Sangka

Assalamualaikum,

Setiap hari rindu dengan my pumpkin. Especially bila dah ada baby dalam perut ni. Yeah baby still small and I don't feel like pregnant yet. Still, I miss my husband and I want him by my side. Selalu fikir macamana la keadaan aku nanti bila perut dah besar. Bila morning sickness datang menjengah. Tak ada suami nak usap-usap belakang kalo muntah.. Takde suami nak tolong urut-urut kaki kalau tetiba cramp.. Takde suami nak tolong amik makanan kalo lapar di tengah malam. Sob sob sedihnye rasa....

I keep telling myself not to think about it too much. Thinking about it will just make things worst and won't bring any help! Makin susah hati ada la kan? Tapi tapi tapi.... buatla ape sekalipun tetap teringat dan terfikir..

I promise my pumpkin to be strong. Hari-hari janji dengan dia dan janji dengan diri sendiri nak jadi kuat. Tak nak ikut perasaan. Tapi semalam saya gagal....... Semalam kan birthday... People keep asking how's your first birthday with your newly wedded husband? Oh, sayunye hati.. I know I know, I shouldn't give a damn with all this question. I can simpy answer them, "alah, macam biasa aje. Maklumle, suami kan dok jauhhh.." and then act like I'm tough. But..... deep down inside, Tuhan saja yang tahu. Aku sedih. Aku pun nak merasa sambut birthday dengan suami. Sambut tak sambut tak kisahla, just that it would be good if he is by my side.. If he could hug and kiss me on my birthday. It would be more meaningful to me.. Tapi sayangnya, dia jauh... I can only imagine it.. Makanya my birthday this year, sama saja dengan birthday tahun sebelum ni. Nothing special. Sedih kan?

Maafkan sayang, abang.. I have let you down.. Sayang terlalu mengikut perasaan. I know if I want to survive long distance relationship, I need to overcome all this stupid feelings. Yeah.. jangan layan sangat kan? I'll try my dear I'll try.. Give me more time.. Give more chance!

Haih, harusla keraskan hati lagi...

Tapi still tak tahan godaan haha. I'm going to Lumut tonight. Naik bas pun naik bas la. My pumpkin suddenly free this week. Don't want to let go the chance to be with him. Lagipun, puasa nanti susah sket nak jumpa cos he'll be very busy with his project. Ni satu lagi sedih. Takleh merasa puasa pertama sebagai suami isteri. Nak appy cuti on Monday, 1 August tapi tak boleh. Sibuk dengan report. Plus keje yang banyak. Tak nakla susahkan colleagues yang lain untuk cover keje aku. Berkorban lah... Sorry sayang. Tak dapat sediakan sahur.. Tak dapat sediakan juadah berbuka... Tak dapat terawikh bersama :'(

Wahai hati, tolongla tabah!

Tolong sape-sape ajar saya untuk jadi kuat. Boleh?

Monday, July 11, 2011

Wednesday, July 6, 2011

Sentap Aku Sentap

Nak marah ke nak nangis ke nak frust tertonggeng ke ape?


Jawapan aku, nak semua sekali.

Haihhh.. dah elok planning baekk punye tetiba ada operasi la koperasi la apa rasi lagi kat base tuh. Dah jadi tunggang terbalik segala planning.

Tiket pegi-balik dah beli ni. Macamana?

Ada sape-sape nak pegi Lumut tak Jumaat ni? Aku ada tiket nih huhu.. Ke takde sape nak pegi Lumut? sume nak pegi Stadium Merdeka eh?

Sobsob sedihla macam ni. Dahla jiwa memang dah sentap. Makin sentap lak..

Urghhhhhhhhhhhh......................

Entry Luahan Perasaan: Sensitif, Malas & Takde Mood

Assalamualaikum,

Hmm semenjak dua menjak ni kan memangla aku sangat malas dan sangat moody. Jiwa yang memang sedia ada sensitif ni jadi makin menjadi-jadi pulak sensitifnya. Orang tego sket nak nangis. Orang marah sket nak nangis. Buat keje tak kena sket nak nangis. Ahh nak nangis jela keje aku.

Pastu malas. Kat opis dulu kini dan selamanya malas. Cuma sekarang macam makin teruk je level kemalasan tuh. Lebih-lebih lagi this week after dapat tahu kena pindah tingkat atas. FYI aku sekarang kat Level 3, kena pindah naik Level 4. Eh malasla nak pindah-pindah. Ingat barang aku sikit ke. Ni binder-binder, buku-buku yang berat mengalahkan guni beras ni sape nak angkut? Aku lah tu. Malas nak unplug wire komputer ni pastu angkut naik atas then pasang balik. Ish malasla! Dahle ada satu printer bagak jugak kat bawah meja nih. Aku jugak tu nak mengangkut. Dah tu bila dah dok cubicle baru nak kena setup balik. Mana nak letak notes, mana nak letak gambar ngan husband (nak letak jugak tu), mana nak letak bunga-bunga plastik, mana nak letak bekas pensel.. Eh banyakla nak kena buat. Malasnye akuuuuuuuuuuuuuu....

Lagi malas dan benci kan, Friday ni kena present kat General Assembly. Depan all the staff. Oh watehek. Saya sangat bencis okkay. Malas nak bercakap omputih depan staff nih. Yela, kompem bahasa Omputih aku tunggang langgang. Kang kena bantai gelak je ngan dorang yang pandai cakap bahasa Omputih ni. Tak bantai gelak depan aku, gelak lam perut pun jadila. Haihh malas malas malassss... Nak benti keje buleh? Tak boleh! Cik Bibab sape nak bayar?? wuwuwuwuwuwu..


Aku sekarang memang makin malas la nak keje. Macam dah takde inspirasi dan motivasi nak bekerja. Why ar? Aku saspek hormon rajin aku dah kurang terembes manakala hormon malas yang bermaharajalela. Oh whyla whyla.. Macam-macam dok pikir dalam kepala otak nih. Aku banyak pikir tentang jarak antara aku dan husband. Tak tahan dah ke nak duduk berjauhan ni? Boleh tahan tapi entahla.... Aku nak berhenti keje kat sini then pindah duduk Lumut. Tapi bila dah kat sana nak kerja apa? Tak kerja memang tak bolehla. Banyak nak pakai duit. Haihh ni jela yang aku dok pikir hari-hari. Tuhan, berikan aku kekuatan! :(

Takde mood. Takde mood nak mengadap kerenah orang. Nak melayan ragam orang yang pelbagai. Takde mood nak menjaga hati orang. Takde mood nak senyum. Takde mood nak gelak. Takde mood nak buat semua benda!

Donnolah. Takde mood dah nak menaip..

Monday, July 4, 2011

Aksi B O D O H Pekerja KFC

Assalamualaikum,

Pertama kali menonton video ni memang buat darah aku menyirap jek.. Kurang ajar betul 2 ekor budak ni ye. Sorry agak kasar sket bahasa, geram gile nih. Makanan boleh dibuat macam tu. Dah sah-sah pulak ayam tu dah lepas goreng ada yang akan makan. Memang tak berkat la hidup kalau niat nak menganiaya orang. Tunggu ajelah bala yang akan menimpa diri.



Yang paling sedih lagi.. orang Melayu kita yang buat. Haih..... ni yang aku tak paham. Sedih!

Thursday, June 30, 2011

*Wordless*Emotionless*Speechless*

Assalamualaikum,

Tak tahulah nak update ape kat blog..

Macam takde perasaan je 2,3 hari ni..

Thursday, June 23, 2011

Kata-kata Hikmah Suami #1

Assalamualaikum,

Pagi-pagi sebelum pegi keje, aku dapat kata-kata hikmah daripada suami tersayang. Ini gara-gara aku tensen dengan orang yang asyik bertanya, "dah ada baby belom?!" Eh please, aku baru kawin 3 minggu. 3 minggu okay!

Aku tahu memang lumrah orang akan bertanya soalan tu. Itulah dia salah satu soalan cepu cemas kan?

Masa single, soalannya begini, "Bila nak ada boyfriend?"
Masa dah ada boyfriend, soalannya begini, "Bila nak tunang?"
Masa dah tunang, soalannya begini, "Bila nak kawin?"
Masa dah kawin, soalannya begini, "Bila nak dapat anak?"
Masa dah ada anak sorang, soalannya begini, "Bila nak tambah anak lagi?"

The never ending question...

And so aku stress lalu mengadu pada suami.. Suami bagi kata-kata hikmah berikut:

"Kuatkan mental jika orang bertanya. Persiapan dan persediaan untuk kahwin adalah kekuatan mental. Jangan pedulikan orang. Yang penting sayang ada abang, abang ada sayang. Juga yang penting kehidupan kita berdua."

Oh oh.. terus hilang stress :D

Terima kasih abang! You are my strength! If you're not with me, then I'll be very weak!

Dah.. takmo tanya-tanya lagi eh? Kalau ada, saya khaborkan nanti, insyaallah. Doa-doakanla saya dapat anak cepat. Umo suami saya dah banyak kuikuikui..

p/s: Terima kasih kepada orang yang bagi buku Aku Terima Nikahnya as a wedding gift to us. My husband loves it. Katanya, ada banyak ilmu tentang rumahtangga dalam buku tu. Note that kahwin bukan perkara yang mudah.... We just have to keep learning and learning...

Tuesday, May 24, 2011

Al Fatihah Buat Adik Nur Izyan Natasya @ Aisyah Ishak

Assalamualaikum,

Pagi tadi, terkedu kejap baca berita kat bawah ni


MACHANG: A 3-year-old girl died after she was left in a car in the blazing sun while her father was attending a funeral at Kampung Morak in Tumpat on Sunday.

In the 11am incident, villagers found Nur Izyan Natasya @ Aisyah Ishak crying and having breathing problem after she was left in the car alone with the windows shut for about 45 minutes.

Her father, Ishak Salleh, said Nur Izyan, the youngest of six children, had followed him, his sister and his brother-in-law to the funeral of his cousin.

"I thought my sister and brother-in-law had taken her as I had rushed out of the car to send the body to the cemetery. 

"I only knew that she had been left behind when my relatives came looking for me to ask for the car key." 

Ishak's sister, Che Mas Mohd Salleh, 55, said she was shocked when villagers told her that Nur Izyan was crying and looked pale.

"I wanted to break the window, but the villagers told me to wait for the key. By the time the car was opened, she was already too weak." 

Nur Izyan was rushed to the Wakaf Bharu government clinic, and then to Tumpat Hospital, but died on the way to the hospital.

Ishak said he was shocked over the death of his youngest daughter, but accepted it as fate.


Ya Allah.. tak sangka nyawa anak kecik lebih murah daripada harga nak repair cermin kereta. Ape ke bangang sangat sume orang ni??? Kenapa tak dipecahkan saja cermin? Kenapa nak tunggu jugak bapak dia bukak dengan kunci?? Takkan tak penah baca kot dalam surat khabar sebelum ni, ada budak mati sebab terperangkap dalam kereta. Takkan tak terpikir kot????? *sakit hati*

Lebih memeranjatkan aku, kejadian ni berlaku di kampung aku.... Kampung Morak... 


Perbualan aku dengan abang aku dalam Facebook. Korang paham ke ape yang abang aku cakap? Meh aku translate kan.. Abang aku pun mungkin dengar-dengar cakap orang kampung.

Aku: "Abang: Baca tadi kejadian berlaku di kg morak indah permai. Macamana la leh jadi gitu?"

Abang aku: "Tak tahula. Pagi tu abg nampak orang dok usung jenazah pergi kubur, lalu depan kedai. Pastu pukul 12, sume dok kecoh pasal budak lemas. Ingatkan lemas dalam air, tapi dalam kereta. Orang kampung pun bangang, tunggu tuan kete datang dulu baru nak bukak pintu. Budak dah menggelupur dalam kereta. Last last nampak macam nak tido, dorang biarkan je macam tu. Bangang sungguh.."

Terkilan betul aku dengan sikap masyarakat macam ni... Tak tahu nak cakap apa dah...

Hmmmm... apa-apa pun, Allah dah janji, tempat anak kecik macam ni adalah syurga. Semoga awah adik Nur Izyan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Al Fatihah.....

Wednesday, May 18, 2011

Inilah Orang Kelate Kata - Gura Bodo


Apa tafsiran anda selepas melihat kartun ni?

Tafsiran saya: Orang perempuan Kelantan ni perangainya teruk. Sanggup tinggal anak dan suami semata-mata nak tengok bola. Dan dengan derhakanya pulak mengarah suami macam-macam (ayat dalam kotak hitam). 

Tafsiran anda sama tak macam tafsiran saya?

Ni lah yang saya boleh simpulkan sebagai gurauan paling bodoh abad ini. Eh no. Second one. Sebelum ni yang kartun kata rakyat Kelantan tak bertamadun main mercun tu. Tak abes-abes dorang ni kan. Saja nak buat orang Kelantan naik darah, naik angin.

Ada orang kata bila keluar kartun macam ni kena pikir positif. Tafsir yang positif. Tapi kat mana positifnye tu. Cuba cakap dengan aku. Mungkin aku tak nampak. Yela, dah marah sangat kan ni. Tercalar naluri kewanitaan Kelate aku nih huhuhu.. Dah tak boleh nampak kat mana baiknye kartun ni. Cuba cerita sikit kat aku mana baiknya.

Kenapa asyik rakyat Kelantan je yang selalu jadi mangsa gurauan bodoh ni?

Kartunis ni pun satulaaaaa... Tak mengamalkan konsep keluarga bahagia dan 1Malaysia. Apa salahnya buat dialog pegi tengok bola sama-sama walaupun berlainan negeri?? Buatla kartun yang bermoral sikit. Kenapa nak buat double standard? Kenapa nak tunjuk rakyat Kelantan ni teruk walhalnye kita ni semua duduk dalam satu negara yang sama? Nampak sangat..konsep 1Malaysia belum tercapai.. Kuciwa aku kuciwa... 

Ish malasla nak cakap lagi.......

Saturday, April 9, 2011

Potong Stim Betul!~

Assalamualaikum,

Balik dari Alamanda, terus on YM sebab tahu malam-malam cenggini my pumpkin online. Semangat nih..

Bukak YM, tengok dia online. Yaho0o.. pastu sedih tengok status dia..

"Demam seorang diri."

Aduhai sayunya hati baca................

Cepat-cepat buzz dia nak sampaikan isi hati aku setelah membaca status sayu dia tu. Niat di hati nak jiwang-jiwang ar kunun..

Sekali.... ini yang jadi....



Buleh pulak dia sign out???????  Baru nak manja-manja. Potong stim betul!! Ni tak lain tak bukan line Maxis buat hal ni....... Napela line tenet dalam base tu teruk sangat? Kasihanilah kani yang duduk jauh niii.... Sadis!!!!

Friday, April 8, 2011

Lelaki Dayus! Tak Sedar Diri! ^*%%((&#$$

Assalamualaikum,

Sebelum ape-ape, tarik nafas panjang dulu.......... Hembussssssss...

Okeh, ahkak bengang ni. Bengang. Selak Berita Harian Online pagi tadi. Pergi ruangan Nasional. Ada baaaanyak berita boring-boring. Sekali, terbeliak haa bijik mata ahkak ni bila terbaca satu tajuk berita ni


Mata korang terbeliak macam mata ahkak tak?

Lelaki tu.. dahla tinggalkan bini gantung tak bertali.. curang pulak tu.. dah curang, bila bini pegi cari nak berbincang, nak marah-marah.. Dah marah, takleh kawal emosi, terkeluarla perkataan cerai. Dah cerai, pegi langgar pulak bini. Arghhhh.. hangatnya hati akuuuu...................

Malaslah nak copy paste berita tu kat sini, buat sakit hati.. korang silalah baca sendiri...

Wanita malang temui suami 'hilang' curang dengan janda anak dua



Masa sayang peluk cium bagai sampai keluar 7 orang anak. Dah tak sayang ko langgar-langgar macam bini ni takde nyawa dan harga diri. Urghhhhhh.. geram!

Wednesday, April 6, 2011

Ouh I Hate PMS!

Benci sangat-sangat sebab

dia buat saya moody
dia buat emosi saya tak kuat, tak stabil
dia buat saya nak menangis je
dia buat masalah kecik menjadi besar
dia buat saya pikir bukan-bukan

I hate I hate I hate !!~

What should I do to stop this tears in my eyes? Macamana saya nak kuatkan emosi saya?


:'(


Menangis lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...