Showing posts with label cloth diaper. Show all posts
Showing posts with label cloth diaper. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Cara Saya Membasuh Cloth Diapers :D

Assalamualaikum,

Harini aku basuh CD Shaheem. Jadi marila aku share kat blog ni macamana aku membasuhnya.. Ni basuh yang biasa tu tau. Bukan prewash atau stripwash. Yang tu nanti next time aku share...

CD Shaheem biasanya aku kumpul 1 atau 2 hari baru aku basuh. Macamana aku kumpul?

Macam ni...


Soiled CD yang ada air kencing/najis tu sume kena bilas dulu.
Lepas tu aku tos kat mulut baldi macam ni.
Biasanya aku bilas time aku nak mandi ataupun right after tukar cd Shaheem. Tengok time free aku la.

CD CD ni korang jangan rendam ye. Sebab bila rendam jadi mudah untuk bakteria-bakteria membiak.
Tos je macam ni. 
Tos pun jangan lama-lama. Nanti CD naik mold/lumut/kulat pulak. Especially CD organik atau bamboo yang super sensitif itu. Tos 1-2 hari okla tu. 


Bila tiba hari untuk membasuh CD macam harini, aku masukkan semua cover CD ke dalam laundry bag. Ini sangat penting ye tuan tuan dan puan puan. Laundry bag penting untuk menjaga getah pada cover CD tu. Ada je mommies yang tak letak dalam laundry bag. Terpulang lah. Bagi aku, aku lebih suka letak laundry bag. Rasa lebih terjamin hehehe.. Aku guna laundry bag Cosway. Sangat puas hati! Sebelum sebelum ni aku ada la beli laundry bag kat kedai RM2, beli kat supermarket (harga RM12.90) kalau tak silap tapi langsung tak tahan lama! Grrr.. Guna sebulan, dah koyak koyak. Sampaila satu hari aku belek-belek majalah Cosway jiran aku punye. Nampak ada laundry bag Cosway, RM7.90 kot masa tu. Saje jela try test beli. Alhamdulillah memang ok sangat-sangat. Aku beli awal tahun haritu, sekarang still ok. Cuma kat zip dah koyak. Tak kisahla. Dah cukup lama jugak dia berbakti dengan aku. Maveles maveles...

Oh ye, sebelum masukkan cover CD dalam laundry bag, pastikan velcro CD tu dilekatkan pada laundry tab. Ini untuk mengelakkan velcro tu terlekat pada CD yang lain. Biasanya cd jenis velcro memang ada laundry tab..

Aku basuh sekali je cover CD dengan insert. Cumanya insert tu semua aku tak masukkan dalam laundry bag. Kecuali insert yang sensitif, mudah koyak seeloknya letakla dalam laundry bag.
Insert aku yang biasa-biasa je, mf & bc insert.
Semua tu boleh buat sesuka hati, tak sensitif hehe.. Sebab tu aku campur je..

Ok, first wash, aku bilas CD tu semua dengan air sahaja. Tanpa detergent. Tujuannya ialah untuk buang saki baki poo/pee yang mungkin ada lagi dalam CD/insert walaupun kita dah bilas sebelumnya. 

Siap first wash, buang air.. Mulakan 2nd wash. 2nd wash dah boleh bubuh detergent.

Aku pengguna setia Pureen HAD hehe..
Tengok harga dia kat Sabah ni. Mahal kan sobsob..
Tapi takpelah. Detergent ni tahan lama. Setahun pun tak habis haha..
Sebabnya sikit je guna...


Aku selalu guna banyak ni je. Sikit kan?
Nampak sikit. Tapi bila dah bercampur dengan air, fuh sabunnya banyak!
Tak perlu sabun yang banyak nak basuh CD ni. Sebab kalau sabun banyak, nanti dia melekat kat insert/cover, boleh tersumbat lak liang-liang kain tu. Sabun yang banyak juga boleh menyebabkan CD cepat berbau. Tapi jaga-jaga, kalau sikit sangat pun tak boleh jugak.Kena agak-agakla. Kalau rasa banyak nanti time bilas tu bilas la dengan air yang banyak dan banyak kali. Kalau sikit, tambahla hehe.. 

Banyakkan sabunnya?


Dah siap bilas sekali dengan sabun, 3rd and 4th cycle aku bilas dengan air yang banyak. Sampaila buih-buih sabun tu tak kelihatan lagi. Biasanya juga aku just make sure bila dah siap basuh tu dah takde bau busuk poo/pee. Maknanya tu dah betul-betul bersihla. Kalau masih ada bau means tak cukup bersih lagi.. Jadi rinse lah banyak-banyak kali lagi sampai puas hati :)

Dah siap wash, dan rinse, last sekali bolehla spin macam biasa.

Haa aku guna mesin basuh manual sebab tu boleh adjust sendiri nak air banyak mana & basuh berapa kali & spin last sekali hehe.. Kalau basuh guna mesin auto pun lebih kurang sama je. Korang tekan je button wash atau rinse tu. Air pilih paling max. Buat 2,3 kali. Takpela dia spin banyak kali pun. Lagi bagus..

Korang paham tak ni? huhuhu


Lastly dah siap spin, bau pun dah fresh, bolehla jemur di bawah sinar mentari..

Haha blur pulok gambar...


Begitulah caranya aku basuh CD CD Shaheem. Senang je kan. Senang sebab mesin basuh yang buat semua kerja hehe.. Mungkin nampak renyah nak kena basuh banyak-banyak cycle, but believe me, kalau korang dah start suka buat sesuatu benda, korang takkan rasa benda tu susah hehe.. And CDing is fun! Betul!

Banyak guna air? Bil air melambung? Tak lah!! Aku awal-awal dulu risau jugakla bil air kat rumah ni tinggi. Tapi alhamdulillah ok je. Bil kat sini dorang caj 3 bulan sekali. Selalu dalam RM40 untuk 3 bulan. So purata penggunaan air sebulan hanya RM13 lebih kurang. Okla kan kan kan hehehe..




Aku rasa nak buat giveaway cloth diapers laaa...
Ada tak yang nak join? hehehehe


Sunday, June 30, 2013

FOR SALE: QQ BABY CLOTH DIAPERS

STICKY POST
SCROLL DOWN FOR MY LATEST STORY!

Assalamualaikum,

Aku ada a few pcs cd QQ Baby untuk dijual. Nak masukkan new design tapi kena clear yang ni dulu. Almaklum modal tak besar, dok rolling modal sama hehehe *peniaga kecil kecilan cam gini laaa*

CD QQ Baby ni best tauuu.. Aku suke sangat. Cutting besar, maknanya boleh pakai lama. Shaheem sekarang pakai saiz M. Print comel comel.. Insert gebuss.. Inner suede so stay dry. Memang ramai mommies yang suka dengan cd QQ ni. Murah tapi sangat berkualiti :)

QQ Baby Cloth Diapers
Outer PUL
Comes with 2 microfiber inserts
Inner suede
Fit from 3kg-15kg (Size adjustable S-M-L)

RM20/pc
Buy 5pcs for RM110 including postage


Sape nak order boleh email: alwani.amalini@gmail.com


Flowers

Kitty Head

Purple Flowers

Tinker Bell

Tuesday, March 26, 2013

Shaheem's AIO Nappies

Assalamualaikum,

Hehehe CD Shaheem membiak lagi. Ehh dah lama tau tak membiakkk.. Mama berjaya mengawal nafsu shopping hehe.. AIO ni pun beli secara ansuran. HAHAHA sampai macam tu sekali. Mahal maaa..Seketul dah cecah RM70 lebih kurang. Nak beli banyak, terpaksala bayar ansur-ansur kekeke.. Sungguh mak mak kann?

Ape itu AIO? AIO cd ialah cd yang cover dan insertnya dah bergabung bersama. Dah melekat bersama. Tak payah dah nak insert-insert dalam pocket. Jimat masa dan ruang!



Mostly cd AIO ni diimport dari negara luar seperti USA, Australia etc.. Sebab tula harganya boleh tahan mahal. Dalam dollar murah je tapi bila dah convert pada ringgit, kos pengeposan dari US (contohnye) ke Malaysia, cukai lagi jadila mahal. Banyak sangat kos-kos yang terlibat. 

Aku selamani dok pakaikan Shaheem pocket cd je sebenarnya. And pocket pun brand China mali je. Ada jugak AI2 seketul dua. Tiba-tiba (boleh ada tiba-tiba tak tahan tu) datang keinginan untuk mencuba cd AIO pulak. Bila dapat tau bleh bayar secara ansuran, ape lagi kan. Jangan lepaskan peluang hihi. 


Pikapu dari Australia. Basix & Simplex dari USA.

TOP, Left: Simplex 2.0 Monsters
TOP, Right: Simplex 2.0 Elephants
BELOW, Left: Pikapu Navy
BELOW, Right: Basix Swirls


Simplex ni dia ada 2 jenis. Satu jenis OS - one size (satu cd boleh adjust button S-L) dan satu lagi jenis sized  ataupun dipanggil 2.0 (satu cd saiz S, satu cd saiz M, satu cd saiz L). Baca review mommies di MCDP, semua cakap Simplex OS cutting kecik. Kalau baby yang peha tembam memang tak boleh pakai lama. Kalau yang sized ok. So, aku belila saiz L. Peha Shaheem kan peha KFC! Tu pun cuak takut tak muat sebab aku order bulan November tahun lepas lagi. Hujung Februati haritu baru dapat. And hujung Mac baru pakai haha.. Nasib baik muat! :P

Pikapu pulak one size je.. Bleh adjust dari S-XL. Sebab tu dia ada banyak button kat depan tu. Serius cutting besar. Shaheem belum try pakai lagi. Tak tau saiz ape. M kot. Nanti bila dah pakai aku buat review asing yee..

Basix pulak sized je.. Rasa macam takde OS tengok kat website tu. Cutting macam lebih kurang Simplex. Belum try pakai. Nanti aku buat review asing jugak..

Err tu jela kot entry pengenalan.. Hah ada entry lain ke. Over plak ye.. Insyaallah akan catat tentang prewash pulak. Apabila rajin hehehehe...

Take care!

Wednesday, February 13, 2013

Diaper Rash & Stripwashing Cloth Diaper using RGD

Assalamualaikum,

Huwaa Shaheem ada diaper rashes..

Aku rasa, ada a few reasons kenapa Shaheem kena rashes:

1. Shaheem sekarang dah heavy wetter. Sangat heavy! Kekadang cd baru je pakai sejam/ 2 jam dah basah lencun. Berat macam ape je.. 

2. CD Shaheem tak stay dry. Sebab tu jugak malam-malam kalau tido dia mesti ek ek ekk.. Tak selesa punggung basah. Bila tukar cd baru, barulaa dia lena tido. Sebelum ni mana penah tukar cd malam-malam.. Direct je pakai cd dari pukul 12 malam sampai dia bangun paginya.. Bila punggung basah, rashes pun mudahla naik.. Pening jugak aku pikir ni macamana nak suruh stay dry eh.. Orang kata cd yang inner suede lebih stay dry dari inner microfleece.. (Petik dari MCDP:  Klu ikut turutan stay dry: 1. Suede Cloth -> 2. Micro/Polar Fleece -> 3. Organic/Natural).... Tapi kenapa aku rasa macam sama je ye? Aku ada banyak je cd inner suede - QQ Baby, Sunnybaby, GG Babies.. Aku lapik jugak liner pureen tu.. tapi Shaheem tak dok diam, nanti liner tu tah ke mana hehe.. Aku ada beli fleece liner tapi tak pernah guna.. Maybe it is time to use it.. Cuba tengok macamana..

3. Aku lambat tukar cd Shaheem. Normally aku pakaikan Shaheem cd 2-3 jam baru tukar. Sometimes bila malas,, 4 jam baru tukar wuwuwu.. Sori Shaheem, silap mama lah tu.. Bum Shaheem terendam dalam air kencing lama sangat...

4. Aku selalu lamabt bilas soiled cd.. Dulu lepas je Shaheem kencing atau poo, aku akan terus bilas cd tu bersih-bersih pastu tos di baldi. Tapi sekarang Shaheem dah tak dok diam. Nanti kalau aku masuk bilik air, dia mesti sibuk mengikut dari belakang. So aku selalula campak-campak je dulu dalam bilik air tu. Malam nanti sebelum tido baru aku bilas.

5. Shaheem dah makan macam-macam so air kencing dia pun lebih power dari biasa hehe..

6. Dah tiba masa untuk stripwash cd.. Hmmm last sekali stripwash kalau tak silap aku bulan 12 haritu kot. Rasa macam kerap pulak aku stripwash ni.. Macamana la orang lain tak perlu stripwash berbulan-bulan and ada yang sampai bertahun tu. Macamana agaknya dia jaga cd eh? Sebelum ni aku stripwash guna cuka+soda bikarbonat ataupu guna dishwasher Sunlight tu. Recently aku ada beli RGD - Rocking Green Detergent

Heard that RGD is a good detergent for daily washing and stripwashing. Ramai kawan yang suggest guna RGD je instead of soda, cuka & sunlight semua tu.. RGD memang agak pricey tapi aku beli yang trial pack tu je.. RM4.70 satu pek kecik.Ok jela beli yang kecik sebab nak guna untuk stripwash je pun. Stripwash hanyalah 2-3 bulan sekali atau lebih daripada tu. Guna pun dalam 2-3 sudu besar je.. Tapi sekarang susah pulak nak cari RGD. Dah sold out. Even dengan Bamboolite.. Nasibla aku sempat beli (bukan dengan Bamboolite, dengan reseller cd lain).. Tapi, aku beli 3 pack, seller letak 1 pack je dalam parcel. Anak main katanya, aiseyyy.. Hopefully cepat-cepatla dia pos balance 2 lagi tu...

Ni cara-cara untuk stripwash cd guna RGD:

In a top-loader:


Dissolve 3 Tbsp of Rockin' Green soap in a washer full of your hottest water (not > 60degC). 
Add all the 'clean' diapers and inserts (i.e. ones that have already been washed free of urine & poo). Ideally not more than 15 sets of diapers per load.
Allow to soak for 30-60 minutes at a minimum. If buildup is bad, leave diapers (non PUL/TPU items) soaking for several hours or even overnight.
Once the soak is finished, launder your diapers as usual, but do not add any extra detergent.
Add a few extra rinses to get rid of any extra suds and gunk. 


 CREDIT Bamboolite


Aku baru rendam 1st batch.. Dalam 10 helai cd. Aku takleh stripwash semua sekaligus, nanti Shaheem takde cd nak pakai pulak hehehe.. So terpaksa la buat batch by batch.. Harapnye lepas stripwash ni tak naikla rashes huhu..

So far aku dok treat rashes yang dah ada tu. Adui pedih je aku tengok. Apa yang aku buat, tukar cd Shaheem every 1-2 hrs. Terpaksala kerap tukar sebab dia kencing banyak dan takmau bum kena kencing lama-lama. Then tiap kali tukar mesti kena basuh bum.. Aku angin-anginkan dulu bum dia sebelum pakai cd baru. Biar dia bogel je dulu hehe... Dah betul-betul kering baru pakaikan cd. Aku letak cream jugak. Aku guna Drapolene.Bubuh je dan tak beralas liner pun cd tu.. Takpelah, nanti aku nak stripwash jugak kan.. Aku letak cream tu pun light light je.. Cepat-cepatla hilang rashes tu.. Kesian anak mama huhuhu...

Ada orang penah tanya, guna cd ni memang konfem ke baby tak kena rashes? Aku mesti jawab tak. Sebab semuanya bergantung pada cara kita jaga cd, kekerapan kita tukar cd.. Jangan cepat salahkan cd pulak kalau anak kena diaper rash hehehe...

Wednesday, July 11, 2012

Cerita Campur-campur

Assalamualaikum!

Haha aku ni sekejap ada sekejap takdo je kannn... Busy busy.. Walaupun tak bekerja ikut opis hour, aku tetap busy. Busy menjaga anak! Takleh lepas sikit dari pandangan mata. Penah sekali aku syok sangat dok berfb, anak kat belakang dah tertonggeng dah. Meniarap tak kena cara kikiki.. Kesian anakku... So aku dah had kan masa online hanya bila dia tido. Tho laptop and bradband aku on 24/7. Chat fb tu nampak je selalu hijau tapi aku idle sebenarnye tuh hehe.. Berblogging pulak aku tunggu bila my pumpkin duty baru berani nak update blog kiki.. Aku seganle nak update blog depan dia. Tak suka dia baca.. Banyak kot rahsia hati aku dalam blog ni hehe.. Tapi kalo dia ada baca senyap-senyap wallahualam lah....

Anywaysss... yes, Shaheem my 4 months old son dah pandai meniarap! Yeahooo!! One big achievement for him so far. Dia meniarap masa umur 3 bulan, 3 minggu, 3 hari on 30th June. Pandai anak mama pilih umur dan hari. 30 Jun tu birthday Mak Tok yang ke 65 :) Lambat ke dia meniarap? Tak kottt.. Biasala tu kan.. Eh ada budak tak meniarap pun. Terus merangkak. Haibat! :D


Sekarang dah makin pro dah meniarap. Sampai tido pun nak meniarap jugak.. Aku biasanya awal-awal je biarkan dia tido meniarap. Lama sket aku betulkan balik. Sebab takut dia sakit dada ngan perut meniarap lama-lama. Dan ada orang share dengan aku katanya tak elok tido meniarap. Tu cara orang tido dalam neraka..

Baca ni untuk pencerahan -  Kenapa tak boleh tido meniarap?


Anak dah 4 bulan umurnye. Alhamdulillah. Dia membesar dengan sihat. Semoga sihat sokmolah anak mama ni ye. Rambut tak tumbuh-tumbuh haha.. 9 bulan dok dalam perut lebat je rambut Shaheem. Kena tunggu 9 bulan lagilah ye kalo nak lebat macam baru lahir dulu. Tapi aku rasa macam tak je huhu.. Tetiba rindu masa dia ada rambut....  Dah pakai cd sepenuhnye. Kot? hehe.. Kat rumah memang fully cdla. Dari pagi sampaila ke tido. Kalu keluar kejap-kejap atau setakat nak pegi Tuaran je aku pakaikan cd jugak. Kalau nak pegi jauh macam tak berani je. Alhamdulillah la so far pakai cd memang takde masalah.  Enjoy sangat! Bulan Julai tak beli pun stok Drypers sebab yang bulan Jun 2 pek lagi tak bukak.. Biso dop? hehe... Suka suka.. And hubby pun suka jugak. Haritu aku nak pakaikan Shaheem Drypers je sebab rasa bersalah je tengok belum bukak lagi. Takut bukak nanti dah tak muat saiz. Tapi hubby cakap, " eh tak payahlaa. pakai jela cd.." Aku macam, hmmphh ni dia nak perli aku ke hape hehehe... One time dia penah tanya, "cd ni bleh ke jimatkan 64 keping Drypers tu?" Aku jawab, "eh mestilaaa... kan 2 bungkus tak bukak lagi tuuuu..." Dia senyum jelaa hehehe....

However..... langit tak sentiasa cerah kann huhu.. Harini terrrpaksa guna Drypers sebabnye rumah takde air! Kalu takde air macamana nak basuh cd tuhh? Terpaksala kan... Takde air dari subuh pukul 5 pagi. Tetiba dengar hubby panggil dari toilet, "yangg, amik cetong. Air takdok! Nak cebok air dale tong nihhh" kikiki.. Nasib baik kitorang dah prepare tong besar. Dalam tu memang dah berisi air. Dah prepare sebab kat rumah ni selaaalu sangat takde air. Kemuncaknye masa aku tengah sarat pregnant dulu and masa aku dah lahirkan Shaheem. Bayangkan masa Shaheem dalam hari tu takde air. Sebab tu la hubby pegi beli tong besar tu. Masa tu teruk sangat takde air. Navy siap hantar bantuan lori tangki air tu. Hubby dengan selamba angkut pinggan mangkuk tak berbasuh, pegi basuh kat lori tuh haha... Kenangan kenangan.... Air ada balik pukul 11 lebih tadi. Lamanye la aihh.. Katanya ada paip bocor di blok B. Dorang tutup main supply. Dugaan betul takde air ni. Nak mandi susah, nak kencing susah, nak berak susah. Shaheem tadi berak aku lap-lap dengan baby wipes je huhuh.. Terpaksala nakkk....  Bila air dah ada tadi cepat-cepat aku isi tong bagi penuh balik, cepat-cepat basuh pinggan mangkuk dan cepat-cepat basuh baju. Takut esok pun takde air jugak. Naye naye...

Tula yang tak bestnya dok sini. Takde air. Tapi yang lain-lain ok. Aku suka dengan persekitaran dia. Cantek! Rumah pun ok sebab ada beranda sendiri. Bolehla nak jemur baju. Nak lepak petang-petang tengok sunset, tengok Gunung Kinabalu dari jauh... Erm dengar cite hujung tahun ni dah nak kena pindah tempat lain sebab SPNB nak amik alih balik. Tempat baru pulak tak jauh mana pun dari sekarang. Tapi orang kata rumah tu tak best macam sekarang. Takde balkoni. Flat seflat flatnye. Sadis! Tak bestnye nak kena pindah. Nak sewa sendiri mahal la pulak rumah kat sini.. Nak pindah masuk dalam, sama jugak. Orang kata rumah kat dalam teruk kondisinye huhu.. Aku malas jugak sebenarnye nak dok dalam. Leceh.... Haih donnola. Tunggu akhir tahun. Insyaallah aku update hal rumah ni :P

Ape lagi nak cite eh?

Haa good news! Aku dah bleh shopping online! haha.. Kan sebelum ni aku cakap aku susah nak shopping online sebab masalah pos kat rumah aku ni. Well, worry no more cos Pos Laju masuk je dalam ni! haha.. Alkisahnye haritu aku dok sidai baju kat beranda rumah. Then jeng jeng jenggg mata aku nampak van Pos Laju berhenti kat parking blok sebelah. Wah masa tu mata aku dah bersinar-sinar dah. Then minggu depannye aku nampak lagi van tu! Kali ni kat depan blok aku pulak. Haha seronok kemain aku... Tanpa membuang masa, masa duit tengah banyak, aku pun belila fitted diaper online. Aku cakap dengan penjual tu suruh hantar ke alamat rumah aku guna Pos Laju. Dia pun pos la hari Jumaat lepas. Orang pos bagitau dia hari Selasa akan sampai. Harini Selasa kan? hehe.. Pagi tadi ada orang dari pejabat pos call bagitau dorang akan deliver barang petang. Seperti yang dijanjikan dalam pukul 4 petang camtu, ada la orang ketuk pintu rumah aku. Yabedabeduuu barang dah sampai!! eekeke.. Seronok seronok! Maka terbuktila kan, Pos Laju takde masalah kat rumah aku nih. Haa blehla shopping online lagi pasni haha.. Sekarang tengah gila nak beli toys for Shaheem. Kesian dia dok main dengan tangan sendiri je.. Heh lepas ni, pakcik Pos Laju tu dok mengetuk pintu rumah aku jela hahahaha... 

Seronok seronok jugak. Jangan boros udahle ye? 

Dah tu jela cerita yang ada.. Ni pun dah kemain panjang aku membebel hehehe... Rajin-rajin aku update lagi ye.

Bubye!

Thursday, February 2, 2012

Barang Yang Ditunggu Sudah Ada Di Tangan

Assalamualaikum,


Hubby balik rumah dan tunjuk surat dari Pos Malaysia tu.. Ala yang bagitau dia takleh nak drop parcel sebab takde orang kat rumah bla bla bla.. Takde pulak alasan lain yang dia bagi. Tak wajar la.. barang tak hantar lagi dah bagi surat kata kita takde kat rumah masa hantar.. Pfttt marah betul! Tak ter snap pulak gambar surat tu. Marah sangat punye pasal. And guess what, surat tu bertarikh 21hb tapi 27hb baru sampai pejabat husband aku. Ape cer kan...

Nasib baik hubby macam ok je.. Dia kata takpela, nanti bila-bila dia mintak pelepasan pegi KK amik.. Huu..

28hb, Sabtu, kitorang ke Hospital Likas. Hubby suruh aku bawak surat tu. Mana tau pejabat pos bukak hari Sabtu kan. Maybe bukak half day ke.. We were lucky that day. Kelas antenatal di Hospital Likas tu habis dalam pukul 12 tengahari dan pejabat pos pun bukak sampai ke petang. Kitorang gamble je pegi pejabat pos tu.. 

So dah amik dahla barang tu. Hubby tanya kenapa nak kena amik sendiri. Dorang cakap, kalo pos berdaftar memang kena datang amik sendiri.. Hishh silap aku takde kat situ sebab aku tunggu dalam kereta je. Kalau tak, mesti macam-macam soalan aku tanya. Nape takleh nak hantar pulak dan nak kena amik sendiri pulak kan.. Geram jeeeee...




Inilah barangnya.
Seketul cd Sun Baby & 2 pamphlets mengenai cd.
Thanks Baby Ultra Cloth Diaper Shop :)

Hubby geleng kepala je tengok hahaha.. Dia kata tak habis-habis dengan benda ni.. Bila dia tengok pamphlet and ada diterangkan pasal penjimatan guna cd ni dia tanya aku, betul-betul boleh jimat ke. Aku cakap yelaaa... Sebab kita leh pakai, basuh dan pakai balik. Bukan pakai, buang dan amik yang lain.. Dia cebik je ehehe.. Dia kata takpela, tengok cane. Tapi basuh abang tak jamin abang leh buat... Haha dah agak, sure geli dengan taik baby nihhh.. Takpela sayangg, sayang abang ni nanti dok umah je. Serah kat sayang jela bab basuh membasuh ni yeee :)

Bertambah lagi koleksi cd. Suka!! :)

Wednesday, October 26, 2011

Cloth Diapers Army Print - Kenapa Saya Beli? :)

Assalamualaikum,

Another item from my waiting list dah selamat sampai juga semalam :)

Front. Senget benget sebab button tak abes haha

Back

Army Minky CD & washable liner Camo

Ada reason kenapa aku beli print ni... Walhal minky tak sesuai pun untuk newborn cos it can be a bit bulky. Tapiiii.. aku beli jugak hahahaha.. Sebabnyeeeee.. my husband yang suruh! Weeehuuuu.. Hepi gile bila hubby lak yang beria-ia suruh beli ekekekeke...

Ceritanya, aku yang meracuni dia...

Aku dah tengok banyak kali dah print ni. Haih berkenan. Sebab army kan.. Ingat nak belila jugak baju ke, ape ke yang ada corak army, pasti my pumpkin suka hehe.. Tapi bila pikir pikir, mungkin tak berapa nak sesuai untuk new born plus duit pun tak berapa nak ada, aku pun KIV jelaa.. dengan harapan lepas ni ada la lagi print army ni..

Nak dijadikan cerita pada suatu hari ni, my pumpkin pergi menembak. Pastu dia citela kat aku harini dia pakai baju loreng (army print). Masa kat Lumut dia takde baju loreng, kat Sabah ni kena pakai. Dia citela, bes jugak pakai baju loreng, siap cakap nak pos gambar kat aku, nak suruh aku tengok hehehe.. 

Then zasss terlintas di kepala aku pasal CD Army ni.. Aku ponnn cakapla dengan dia...

"Abang abang... aritu kan, sayang ada tengok online ni, ada satu CD ni, print army. Loreng. Comel sangat.. Terus sayang terbayang, abang pakai baju loreng, pastu dukung baby pakai CD loreng, mesti comel... Baru nampak macam anak abah..." Tettt tettttt POISON DETECTED hahahahahaha..

Respon dia, "Hah yeke... loreng? Macam army? Comel ke? Mahal tak?" 

Aku racuni dia lagi..... "Murah je bang...Comel.. jap sayang mms... " Gigihla aku snap gambar dari laptop hahaha... 

Dapat je mms tu dia cakap, "comel la yang. Lain daripada yang lain. Belila kalo murah..."

Yaaaa... terus aku senyum lebar hihi..... Terusla pm seller tu nak beli.... Memang murah je pon CD ni cos clearance stock. Aku mampu beli CD CD buatan China ni dulu hehehe.. Yang buatan US, Europe yang mahal berpuluh-puluh ringgit tu, sabar dulu. Kita try yang ekonomi dulu kan. Lagipun aku tak tau baby aku sesuai pakai brand mana.. And tho CD yang aku beli ni tak sesuai untuk diapai time newborn, aku boleh simpan dulu. Tunggu baby besar.

Memandangkan kos nak hantar satu CD macam tak memadai dan tak berbaloi, aku pun belila benda lain jugak. I bought 3 washable liners. Liner ni boleh letak kat atas CD atau Disposable Diaper (DD).. so bila anak poo, kena kat liner tu je. Kalau CD/DD tak basah, blehla guna balik. Just changed the liner. Newborn kan selalu poo and pee sikit je tapi kerap... Jimatla CD/DD tu kan...

Aku beli satu washable liner yang print Camo or loreng tu.. Kasi semangat kat hubby lagi hehehe...

Aku happy bila dia dah tunjuk minat towards CD ni. Before this memang dia tak agree. Katanya, renyah je nak basuh basuh.. Dia tak nak susahkan aku la.. Aku explain la, pakai CD ni jimat... Tetap dia berkeras kata takpe, dia boleh bagi duit untuk beli DD wuwuu.. Tapi aku belila jugak sikit-sikit, using my own money. Dengan harapan dia akan terima jugak penggunaan CD ni nanti. Dalam kepala aku, maybe my pumpkin tak agree sebab dia tak tau benda tu macamana. So ada la satu haritu, aku mms rupa CD. Aku explain macamana nak pakai. Barula dia macam, ok sket.. His response was, "erm macam okla. Takpe kita tengok macamana.. " Lega aku. Memula takut dia marah sebab aku dah beli sikit-sikit. But I assured him that it's not expensive, dia ok jela. Plus aku kan guna duit sendiri, lagila ok dia hahaha...

Aku beli print Army ni sebab nak encourage dia jugakla.... Dengan harapan memula suka dengan corak-corak CD yang pelbagai. Pastu bila dah start pakaikan untuk anak, he will see how good it is, dan dia pun akan enjoy pakaikan anak kami CD, insyaallah :)

Monday, October 24, 2011

Belom Start Packing!

Assalamualaikum,

23 hari lagi nak pergi Sabah for good. And I haven't packed my things yet. Malasnye! Ada sape nak tolong? +_+

Barang tak banyak cuma.. malas je ehe. Baju bajan je nak kemas. Nak pilih yang mana nak bawak, yang mana nak simpan/ bawak balik kampung. Tak nak serabotkan umah akak aku.. Tapi nak start mengemas tu alahai bercintanya! Malas wehh...

Opis pun sama. Cubicle aku masih bersepah dengan barang aku. I should start packing also lah.. Amik barang personal bawak balik and yang mana bleh buang, buang je. Replacement aku masuk 1 November ni. Aiyarkk next week hokkay. Nak kena kemas meja this week jugakla. Haila.. kenapa malas sangat ni??

Eh eh nak share something :) Remember my waiting list?

Flip, Econobum & Snappi dah sampai!
Weehuuu :D :D


Saturday, October 22, 2011

My Waiting List

Assalamualaikum,

alalalalalala baru saje menghabiskan duit di alam maya hahahahaha..

Am now waiting for these stuffs to arrive in my mailbox! Er my office's mailbox actually hahaha..

1. 1 Flip Moonbeam
2. 1 Econobum Zinnia
3. 1 pack of Snappi
4. 1 Cozy Babies CD - Army Minky
5. 3 washable liners - Camo, Kids n Balloon and Lady Bug

These items pulak, nak amik kat rumah seller tu bila balik kampung November nanti :D

1. 2 Rainbow CD  - Brown Moo and Blue Leopard ~ Print dah abes, so amik yang plain je
2. 1 Rainbow Bamboo - Zoo
3. 1 Happy Flute Plain Minky - Purple
4. 1 Weegro Applique Cover - Yellow Owl

Dah ada barangnya nanti, I'll share the piccas ye :D

Bukan aku je yang kuarkan duit harini, my husband too! hahaha.. He bought

This table!
Letak kat dapur rumah.
Nice isn't it? 
Boleh letak periuk belanga kat bawah tu.
Kat atas pun macam-macam boleh letak.
Sesuaila dengan kitchen kitorang yang tak berapa besar.
Price is RM150. Not bad la kan?
Thanks my dearest pumpkin! :)


Apa-apa pun, saya tak sabar nak gi keje Isnin ni hahahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...