Showing posts with label parenthoood. Show all posts
Showing posts with label parenthoood. Show all posts

Friday, November 13, 2015

NO TV!

Assalamualaikum..

Rumahku sunyi dah dari bunyi lagu "Ceriaaaaaaaaa...." Hahahaha.. Abahnye sudah mengamuk! Hari Selasa kot, lupa dah aku. Dia angkut tv tu, buh dalam kotak, simpan dalam bilik. Katanya pada Shaheem, "TV rosak! Rosak sebab Shaheem asyik tengok Ceria je.. Pastu Shaheem tido lambat. Lama sangat TV tu terpasang.. Rosak dahlaa..." Shaheem cebik sedih. Awal awal tu dok ulangla mengadu kat aku, "mama... sian tv takdok..."



Memang wajar pun husband simpan tv tu. Korang tau, hari Isnin kot eh, lupa laagi, Shaheem tido pukul 4 pagi! Buat ape lagi? Melayan kartunlaaa huhu... Aku dah tido dah tak sedar ape. Dia kejutkan abah dia pukul 4 pagi tu. Nak makan tu, makan ni. Nak minum milo la.. Macam macam. Bengangla abahnye. Tu mengamuk tu huhu..

Mek ni pun minat jugak tengok Ceria ni


Shaheem semenjak asyik sangat dok melayan Ceria ni, jadual tido dia dah kelaut. Selalu tido lewat malam pastu siang liat nak bangun. Kalau nak keluar pergi mana mana mesti susah. Macam macam alasan dia bagi sebab tak nak bangun. Selalunya pukul 1 tengahari baru bangun. Itupun bangun je terus mengadap Ceria. Haihhh seteresssss aku. Bila larang meraung pulak. Dahla dok rumah flat ni. Malu kat jiran huhu..

Nah sekarang takde tv, setakat 3 hari ni aku notice, malam malam pukul 10, 11 dah tido. Bangun awal pagi dalam pukul 7 atau 8 pagi. Okla kan gituuu.. Bila bangun pagi macam macam boleh buat. Aku cuba jugakla plan aktiviti untuk dia. Colouring, sorting items ikut colour, menyanyi eh macam macamla. Untuk hilangkan rasa boring dia tu. Kadang kadang datang jugak rasa kesian kat dia, takleh tengok Tobot tu. Tapi takpelaahhhh... Mama lagi suka macam ni.. Rumah pun bersepah macam tongkang pecahla bila dah takleh tengok tv ni hahah.. Balas dendam ekkkk... Takpe. Rumah bersepah takpe. Mama boleh kemas. Jangan mata asyik dok melekat kat tv je dahla...

Semalam. Around 10.30pm dah tido dua dua.. 

Takleh tengok tv, kita makan jelaa haha.. Tengok kat belakang tu, kotaknye, plastik pampersnye. Tak tengok dalam bilik lagi. Nak berjalan pun tak boleh haha

Lepak kat beranda

Tido petang! Ini adalah sangat sangat jarang berlaku kalau ada TV. 


Husband kata nak simpan tv tu seminggu. After seminggu tak tau la macamana.. Dia dok cakap kat Shaheem nanti tv dah ok, Ceria takde tau. Dah rosak. Haihh tak taula macamana penerimaan dia nanti. Rasanya lepas ni kena ada jadual la. Time mana boleh tengok tv dan time tak boleh. Aku dengan husband pun kena take part jugakla. Jangan time tu dia tak boleh tengok tv tapi kita sesedap je tengok. Not fair la kan. Kesian dia.. Nantilah bincang lagi dengan husband. 

Anyway aku lebih suka keadaan sekarang. Free from TV. Sebab aku nampak bila takde tv ni dia lebih rapat dengan adik. Sebelum ni asyik nak bercakar je. Sekarang pun ada jugak bergaduh cuma ada time dia boleh duduk rapat dan bergurau dengan adik. Sebelum ni takleh langsung tauu. Agaknye sebab boring sangat kot sebab tu dia layan jelaaa adik tu haha.. 

Ujian anak dah besar. Macam macam peel! Moga kami sabar dalam mendidik mereka. Amin....

Thursday, November 5, 2015

Tantrum in Public

Assalamualaikum,

Hmmmm.. ini cerita Sabtu lepas. Baru ada kekuatan nak bercerita haha..

Sabtu lepas abahnye bawak jalan jalan. Ingat nak lepak tepi pantai Likas tu tapi nak hujanla pulak. Langit gelap semacam. At first ingat nak straight ke KK. Pergi Suria ke, CP ke.. Tapi aku cakap dengan husband malasla pulak nak pegi jauh. Better gi 1B jelaa.. Sokmo sokmo pun pegi 1B je. So, off to 1B lah kami. 

Masuk dalam 1B mula mula ingat nak cari Kidzoona tu. Tapi tak jumpa. Kami pun tak cari beria. Aku malas sebenarnya nak bawak Shaheem masuk situ. Sebab takut dia tak nak balik haha.. So kitorang just jalan jalan window shopping. Masa tu dah maghrib dah malam dah pun. Ingat nak dinner kat sana sekali la. Makan pizza ke sebab tu fave Shaheem. 

Shaheem biasala kan. mesti ajak pegi kedai mainan. Asal jumpa booth jual mainan mesti berhenti. Nak tengok dulu. Lastly, kitorang masuk Toys'r'us. Eh ke cemane ejanya? Haaa tempat berhantu ni. Tobattt dah aku takmo masuk dah lepas ni! huhuhu... 

Shaheem bila masuk Toys'r'us ni memang biasala usha usha toys. Selalunya dia usha je la. Takdela sampai nak membeli. Kalau nak beli pun kami berjaya pujuk dia beli kat kedai lain yang lebih murah. Ok, mama dengan abah memang kedekut haha.. Bukan kedekut, cuma rasa, untuk mainan ni tak perlu la nak keluarkan duit sampai ratus ratus. Especially kalau mainan tu boleh dapat kat kedai lain dengan harga yang lebih murah. Mama dengan abah bukan orang ada ada.. Bukanla tak nak beli untuk anak cuma kita berbelanja lah ikut kemampuan. Kalau mampu, then no problem.. 

Alkisahnye haritu dia berkenan dengan set mainan bomba ke ape ntah. Harga RM150++. Husband aku cakap macam tak berbaloi je nak beli dengan harga tu sebab trak bomba tu buat dengan plastik je pun. Sekali pijak hancur terus. Kalau die cast metal tahanla sikit. Shaheem ni bukan pandai jaga mainan dia. Kadang kadang dibalingnya, disepaknya.. Jangka hayat mainan tu biasanya tak lama la lebih lebih lagi yang buat dari plastik ni. Abahnye pujukla beli mainan lain kat Giant. Dia tak nak. Dalam Toys'R'Us tu dia dah jerit jerit dah. Abah dia pujuk lagi naik troli yang ada stering macam kereta tu. Tetap tak nak. Aku cepat cepat ajak keluar dari kedai tu. Dia jerit lagi. Aduiii..

Shaheem kalau dia mengamuk memang dia akan menjerit dan meraung. Haa kalau kat rumah ni, sehari tak menejerit memang tak sah. Jerit tu pulak macam nak keluar anak tekak. Haritu memang dia buat mengamuk macam kat rumah. Allahuu.,, Habis semua orang pandang. Aku rasa bingit satu floor tu dengan suara dia je. Sampai depan Giant lagi kuat dia menjerit sebab tak nak masuk dalam tu. Aku dah tak tahan dah. Orang tengok semacam je. Malu hoiii.. Aku ajak husb balik. Mood memang dah spoil habis. Kitorang masuk lif. Dalam lif lagi kuat dia menjerit. Sampai kat parking laaaagi kuat. Dahla tempat tu tertutup macam tu. Bergema suara dia menjerit tu. Ada la satu family ni baru parking. Keluar dari kete diorang tengok je. Tak berganjak dok menonton drama anak aku ni. Aku dah rasa macam, alaaa blah jela.. Janganla tengok tengok huhu.. 

Shaheem masa tu memang jerit jerit je. Aku dengan husband takleh nak cakap apa. Sebab bila kitorang buka mulut lagi dia menjerit. Nak pergi kat kereta dia tak nak bergerak. Pening kepala aku. Abahnye muka dah stress habis. Dia siap cakap, "abah tak nak bawak dah Shaheem jalan jalan lepas ni. Abah serik dah..." Shaheem bukan paham. Laaaagi kuat dia meraung huhu.. Family yang aku cakap dok tengok tadi tu masih setia menonton. Siap dorang tegur lagi tanya kenapa. Shaheem kalau dah orang tanya tanya lagila nak meraung. Haihhhhh.. 

Kami pujuk pujuk lagi. Ajak dia masuk balik, pegi makan pizza. Masuk Giant beli Hot Wheels. Beli Robocar Poli. Tetappppp tak nak! Last last husband give up. Dia cakap, "ok jom masuk beli trak bomba. Tapi lepas ni abah tak beli dah mainan untuk Shaheem.." Kebetulan pulak masa tu ada guard lalu. Dia buat sign suruh senyap tu.. Terus Shaheem diam dari menjerit dan peluk abahnye. Adoiii, kenapala tak terserempak dengan guard awal awal?? Shaheem sambil menangis teresak esak cakap kat abah dia, "ok jom naik troli kete.. beli robocar poli.." Pulakkkk.. dah lupa dah kat trak bomba huhu.. Sebelum dia tukar fikiran cepat cepat kitorang masuk balik dan pergi Giant.

Dan Shaheem act like nothing happened...........

Aduii... berpeluh mama abah ni tau tak. First time dia mengamuk kat public macam ni. Adoiiii.. Serius rasa serik nak bawak dia keluar. Especially pegi mall macam ni. Lepas ni dah takleh pergi dah. Serikkk serikkk serikkkkk.. Memang tak sangka la dia akan mengamuk macam tu sebab biasanya dia very well behaved kalau kat luar. Haihh, dah nak masuk 4 tahun ni macam macam pulak perangai dia. Aku tak taula. Apa yang menyebabkan dia suka menjerit kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia nangis takpe lagi. Ini dia menjerit. Bingit telinga tau! Uhukhuk.. sedihnya rasa... 

Terjumpa link ni. Good tips for handling temper tantrum in public.

Friday, October 25, 2013

Apa yang Perlu Dibuat Apabila Anak Demam, Selsema & Batuk?

** Artikel diambil dari Facebook.. Credit to the owner :)


Sila baca....sila baca.. tak rugi pun mummy.... 



Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi. 



Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari. 



Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar).



Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema. 



Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung. Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 

Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap. 

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. 


****

Cuba try okay, mana tau mujarab untuk anak mommies :D

Aku kalau Shaheem selsema cepat-cepat buat garlic oil. Sapukan pada tapak kaki, dada, atas batang hidung dan ubun-ubun. Alhamdulillah menjadi juga. Hingus cepat kering.. Alhamdulillah tak berpanjanganla selsemanya..

Saturday, October 19, 2013

TTC 2nd Child

Assalamualaikum,


Yep, we are trying to conceive our second child :)

Start after raya haritu. Bulan 8... eh ke bulan 7? Haha boleh pulak lupe.. Yang aku ingat aku dah 2 kali period after first time ttc tu.. Bulan 8 la kot sebab period bulan 10 belum due lagi.. Haa sape kata kalau sebelum ni bunting pelamin, second baby pun mudahla lekat.. Tak kannnn heh.. Before this incik husband was so0oo scared kitorang akan conceive second baby terlalu awal. Ikut planning asal kitorang (encik husband je sebenarnya) nak 2nd baby bila Shaheem umur 3 tahun. So dia betul-betul la jaga... Katanya aku ni kan mudah lekat ngehngehngeh.. But now, seeeee.... frust pulok rase.. Dah 2 kali pe0d nihh.. 

Oh macamana husband bleh ubah fikiran? Entah, aku pun tak tau. Tetiba je haha.. Dia dah penat kot dengar bini dia ni merengek nak baby nak baby hehe..

hehehehehehe


Last month aku ada rasa mual mual.. Haa cuak la pulak rasa.. Terus tanya husband, "kalau sayang pregnant macamana??" dalam nada cemas.. Selamba dia jawab, "haa kalo pregnant tanggunglee.. Bila baby dah keluar, jaga la.. mandikanlaa.. Kata nak babyyy.." HAHAHA.. Saje je tauuu.. Tapi mual mual aku tu hanyalah mual petanda nak pe0d huhu...

Bila lambat lekat ni (compared to when we conceive Shaheem - after kawin terus period tak datang!), aku fikir positif jela. Ada hikmah di sebaliknya.. Kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Mungkin aku belum mampu nak handle 2 orang anak. Mungkin badan aku belum pulih sepenuhnya dari first pregnancy. Mungkin kewangan kami belum kukuh untuk menjaga 2 orang anak. Mungkin suami aku pun belum bersedia. Banyaklah kemungkinannya.. Aku cuma berusaha. Kalau ada rezeki awal, alhamdulillah. Kalau takde lagi, takpe, kita cuba lagi :) When the time is right, I will get pregnant again, insyaallah..

Seronok tengok kawan-kawan yang seangkatan masa pregnant dulu dah pregnant lagi sekali. Tak kira anak kedua, ataupun ketiga.. Keempat pun ada! Best kan pregnant. Aku memang enjoy pregnancy aku dulu. Mungkin sebab aku takde alahan sangat.. Dan semuanya ok ok je, except kena GDM tu la huhu.. But overall memang aku enjoy! Tu yang tak sabar nak pregnant lagi tu hehe..

Dan aku suka bau baby! Subhanallah, wanginyeeee.. Bau syurga orang kata.. Rindu sangat nak cium cium baby :)

Shaheem pun dah menunjukkan ciri-ciri abang long dah. Dah boleh tolong mama sikit-sikit. Selaunya tolong amik remote di kala mama malas nak bergerak hahah.. Kesian jugak tengok dia main sorang-sorang. Marilah kita bagi dia adik untuk jadi rakan sepermainan hehe..

Paling penting, aku nak breastfeed baby. Ya Allah, kalau aku pregnant lagi, berikanlah aku peluang dan rezeki untuk menyusukan anakku tu nanti.. Rindu sangat nak susukan anak dengan susu aku sendiri.. 

Doakan aku pregnant lagi dalam masa terdekat ni ya.. Nak baby tahun 2014, Biar ngam-ngam beza 2 tahun dengan Shaheem hehe.. Aminnnnnn...

Kena tampal kat dinding carta ni!


Friday, September 20, 2013

Update Potty Training Saif Shaheem

Assalamualaikum,

Umum sudah tahu aku sekarang tengah potty train anak terunaku yang seorang itu. Apa itu potty train? Potty train ialah mengajar anak kecil untuk kencing dalam bilik air instead of in their diapers. Aku start 31 Ogos haritu. Harini dah 20 September. Jadi dah lebih kurang (jap kira hari hehe) 22 hari aku train dia. Tapi ada on off jugakla. Time aku malas aku pakaikan cd jugak haha..

Satu je aku leh cakap, SUSAHHHHHHHHHH!!

Serius babe, susah. Awal-awal tula sangat susah.. Susah sebab Shaheem belum pandai cakap dan belum pandai tunjuk signal yang dia nak kencing atau berak. Peristiwa terkencing terberak dalam seluar memang normal pada seminggu awal tu huhu.. Nangis mak. Kena lap dan mop lantai setiap hari! Aku banyak kali jugakla hilang sabar, rasa macam nak give up je. Tapi aku cuba cekalkan hati. Dah ajar ni takkan aku nak stop tetiba kan. Susah dulu, pasni mesti senang kan kalau Shaheem dah pandai. Dok pujuk-pujukla hati ni huhu.. Jadi aku teruskan jugakla....

Macamana aku ajar? Aku bawak Shaheem ke tandas setiap 15 minit. Bawak je dia pegi walaupun dia tak nak kencing. Ada time berjaya, ada time tidak. Kalau dia berjaya kencing tu memang aku punya seronok tu tak payah cakapla. Aku tepuk tangan, sorak-sorak untuk dia.. Shaheem pun dah pandai, bila wee wee dia keluar, dia sendiri yang tepuk tangan hehe.. Dalam masa yang sama juga, every minute, every hour, every second aku akan cakap dengan dia, "Shaheem nak wee wee, nak tencin cakap mama tauuu...." "Kalau Shaheem nak wee wee kena pegi mana?? Pegi bilik air....." Haa selalula aku dok cakap tu dengan harapan dia faham hehe..

Masuk minggu kedua macam dah ada improvement sikit. Shaheem masih tak cakap kalau dia nak kencing, dia cuma cakap bila dia dah kencing. Normal la tu kan.. Bila dia kencing dia akan cakap, "maaa.. syinnn..." Sambil tengok kat bawah, meleleh keluar air kencing dari seluar huhuhu... Even pakai cd pun sama jugak. Bila dia kencing je dia mesti tengok bawah dan bagitau dia kencing.. 

Lagi yang aku perasan masuk minggu kedua ni, dia dah tunjuk body language atau signal nak kencing. Biasanya tengah elok main dia tetiba berdiri dan pegang bebird dia. Haa time tu la aku cepat-cepat bawak dia pegi bilik air and yes, dia memang kencing. 

Sekarang minggu ketiga. Shaheem macam buat perangai sikit. Dia dah pandai marah bila aku nak bawak dia pergi bilik air. Dah tak suka masuk tandas kerap-kerap. Bila aku nak bawak je dia mesti lari, nyorok dalam biliklaa, tertonggeng atas kerusi sambil tutup muka la.. Sungguh-sungguhla dia tak nak. Bila masuk bilik air pun dia akan menjerit-jerit dalam tu. Guling-guling dalam bilik air pun pernah tauu huhu.. Geramnya mama ni haa.. Tapi aku sabar.. Pegang kata-kata, nak potty train anak ni takleh paksa-paksa. Sebab kencing berak ni kan benda natural. Mana leh paksa-paksa. Kalau dia tak nak kencing takpelah.. 

Jadinya, aku kena perhatikan dia selalu. Kalau nampak macam ada tanda-tanda dia nak kencing tu cepat-cepat aku bawak dia pegi bilik air. Improvement minggu ketiga ni, dia dah leh cakap dia nak kencing. Dia pegang bird dan cakap, "syinnnn.." Cepat-cepatla jugak aku angkut dia. Sometimes dia kencing, sometimes tak. Aku rasa dia tahan.. Ape-apapun minggu ketiga ni dah kurangla kekerapan dia kencing dalam seluar.. Kalau dia kencing pun dia akan panggil aku dan tak gerak pegi mana-mana. Bagus bagus, takdela air kencing tu menitik merata tempat. 

Lega sangat bila nampak ada improvement di sebalik dia buat perangai tu.. 

Aku rasa target sebulan nak pt ni tak mungkin berjaya. Takpelah, tak kisahla berapa lama. Yang penting Shaheem boleh diaperless siang hari. Dan aku kena kuatkan semangat lagi huhu...


Oh ya, aku tak beli pun training pants and potty seat. Aku use traditional way ngehngeh.. Kencing je atas lantai bilik air tu. Kang time aku mandi aku sental la. Lagipun air kencing Shaheem ni bukan berbau sangat pun. Kalau poo pun sama, kang nanti aku scoopla masuk lam jamban then flush it away haha.. Geli? Taik anakku sendiri, takpelahhh hehe.. Tunggu dia besar sikit blehla dia pee/poo kat jamban. Sekarang punggung beliau kecik lagi. Duduk atas tu kalu boleh jerlus haha..

Doakanla aku berjaya potty train Shaheem ni ye hehehe...

Sunday, September 1, 2013

31 Ogos 2013 - BERMULA EPISOD MEMERDEKAKAN SHAHEEM DARIPADA CD

Assalamuaikum,

Happy National Day folks! Semoga negara kita akan terus merdeka, aman sentiasa. I love u Malaysia!

Semalam, bermula juga usaha aku dan hubby untuk potty train Shaheem. Why so soon?? Awal sangat kan. Shaheem baru 1y5m, 6hb ni 1y6m. Memang aku ada plan nak PT dia awal-awal tapi not this early la. Ceritanya Saif Shaheem ni dah mula buat perangai tak mau pakai cd, tak mau pakai pampers. Aduiyaii, stress tau mama. Dia akan lari. Dia akan menyorok. Bila baringkan dia akan pusingkan badan tu. Takkanla aku nak paksa kan. Kang patah pinggang anak aku, nayeee.. Aku ni pulak jenis cepat nak marah, cepat naik geram. Memang selalula Shaheem kena marah, kena pokk ngan mama nih. Haihh rasa jahat sangat mama ni. Tapi, mama tak tahanla Shaheem bila Shaheem asyik melawan huhuhu.. Jadinye, mama buat keputusan drastik. Mulai semalam, 31 Ogos, mama akan PT kan Shaheem. Caiyokk caiyokkkk..

Semalam start pukul 10 pagi tak pakaikan cd. Shaheem sendiri yang pelik haha.. Siap pegang-pegang montot dia yang comel itu. Macam tak percaya ye, montot nipis. Selalunya tebal ekekek.. Aku bawak dia ke tandas setiap 15 minit. Tapi bawak dia kerap-kerap dia jadi tak suka. Meraung-raung tak mau masuk pulak.. Yang paling geram, bila dalam bilik air mama penat syyyy syyy tapi dia tak kencing. .. Keluar je dari bilik air, tak sampai 5 minit, datang kat mama, "Maaa.. asyahhh.." sambil pegang seluar. Huwaaa.. 

Hari pertama semalam, Shaheem kencing dalam seluar 2 kali, kencing dalam toilet sekali (yeayyy) dan berak dalam seluar sekali (double yeayy) hahaha... Yang berak tu aku tak tahan. Shaheem ni dia nak berak memang kita tak tau bila. Tengah berdiri tengok tv pun dia leh berak. Semalam pun depan tv la. Elok ada seketul taik depan tv tuh hahaha.. Nasib baik keras. Kalau cair?? Adeiii.... 

Harini pulak, Shaheem kencing dalam toilet sekali, kencing dalam seluar 4 kali kot. Huhuhuhuhu... 

Sabar sabar.. Baru 2 hari. Kena slow slow cuma berterusanlah kan. Shaheem pun bukan leh cakap lagi. Aku selalula bagitau dia, "kalau Shaheem nak wee wee Shaheem cakap kat mama tauu.. " Time tu jugak dia cakap, "wee weee.. " tapi dia sebenanrnya cuma ajuk aku cakap tu. Bila betul-betul nak wee wee dia wee wee je dalam seluar T__T

Alhamdulillah hubby bagi kerjasama sepenuhnya. 2 hari ni dia la yang dok lap lap lantai (tanpa sebarang rungutan hehe) sementara aku bawak Shaheem ke toilet. Esok dia dah keje tah cemane laa aku nak handle sorang-sorang huhu.. Semoga mama diberikan kesabaran tingkat tinggi serta semangat yang kental. Satu lagi, semoga aku tak mudah hilang sabar dan tak cepat marah..

Doakan aku berjaya PT kan Shaheem. Target dalam masa sebulan. Insyaallah. Caiyokkkk! :D

Friday, June 1, 2012

22 Tips Menangani Anak


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak dengan menggunakan tangan.  Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control..

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5). Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 
Insyaallah akan praktikkan 22 tips di atas terhadap anak sulung kami, Shaheem dan anak kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan eh ehhh hehehehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...