Friday, January 11, 2013

Hola!

Assalamualaikum,

Entry first tahun 2013. Peh lamanye kutinggalkan blog. Dah takde moodla. Kenapa kenapa kenapa? Dahla ada 2 blog nak kena maintain. Nyesal  lak aih buat 2 blog hihihi.. Erm aku dah buat keputusan.. Nak maintain satu blog je. Nak update blog Amalini's Diary ni jah. Yang pregnancy tu biar berkubur. Bila pregnant lagi baru update yang tu pulak. Haha entah bila la tu kan nak pregnant lagi. Insyaallah bila ada rezeki :) Kenapa aku pilih blog ni sebab this is my main blog. Dari tahun 2009 aku create after aku kuburkan yang lama. Haa dah banyak blog rupanya aku. Start blogging dari tahun 2004 ke 2005 lupa dah. Tapi masa tu blogging bodoh-bodoh. 2009 baru create Amalini's Diary ni and sayangla nak kuburkan yang ni. Banyak hasil income Nuffnang datang dari blog ni. Hahaha banyakla sangat kan..

Anyway, hello hello. Please welcome me back everybody. Mood blogging please lah datang dan jangan pergi lagi. Rindu tau nak update blog, blogwalking etc tapi tak tau kenapa mood tak mari. Semenjak ada cik Shaheem ni la. Jadik malas... Doakan aku tak hangat-hangat taik ayam lagi ye uhuhu.. Sayang woo blog tak berupdate. Dah berhantu ke ape blog aku nih...

Pasni segala cerita mengenai Shaheem aku update kat sini la ye.. Shaheem dah besar!! 10months old already. Haih cepat sungguh masa berlalu kan? Nak setahun dah dia. Rasa macam baruuu semalam beranakkan dia. Dah boleh dah ni kalau nak ada adik. Aku dah panggil dia abang dah haha.. Prektis awal-awal :P Gedik nau mama. Anak sorang ni tak terlarat nak jaga, ada hati nak tambah lagi dalam masa terdekat huhuh.. 

Ok dah dah la membebel. Dah 6.30pm. Sabah dah maghrib dah ni :D 

Happy new year kawan-kawan mama!
Err masih belum terlambat nak wish kan? hehe




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...