Tuesday, January 29, 2013

Entry Tetengah Malam

Assalamualaikum,

Aku sebenarnye dah off laptop ni awal-awal lagi. Kengkonon lepas tidokan Shaheem aku pun nak tido.. Tapi mata segar pulak selepas pekena kopi 3in1 Indocafe. So aku bilas soiled cd Shaheem, aku kemas-kemas meja makan. Dan teringat pulak nak kena packing cd customer order. Esok nak bagi hubby mintak tolong pos. Masa nak tulis alamat dalam borang Pos Laju tu, baru teringat, alamat nak kena tengok message dalam FB. Cehh.. terpaksala on balik laptop. Dan bila dah on, rugila pulak rasa kalau tak melayari internet buat seketika hihihi.. Alang-alang dah on ni, kita update blog sekali :D

Harini cam penat je rasa. Maybe sebab aku bangun awal... Tetiba pulak rajin harini mengemas dapur, mengemop lantai ape sume..Shaheem sekarang kan, suka kutip bendasing atas lantai pastu dengan pantas dia masukkan dalam mulut. Tak kira dah ape benda pun. Main masukkk je. Aduilaa.. Geram betul aku. Bila kita haippp dia sengih. Ingat kita buat lawak. So mama kena jadi extra cautious. Kena pastikan lantai bebas dari bendasing bendasing. 

Shaheem shaheem dah besar ni makin banyak ragam pulak dia..

Shaheem kan.. sekarang suka main lori.Ada la abah dia belikan lori kecik-kecik. Dia tolak lori tu kedepan, kebelakang. Terbongkok-bongkok dia intai tayar. Kagum maybe bila tengok tayar bergerak. Dia tengok tayar sampai kadang-kadang pipi rapat ke lantai. Khusyuk sungguh hehe. Pastu kalaula tetiba lori tu terbalik (sebab dia tolak kuat sangat) haa nanges la dia! Aduila.. nangis pulak siap keluar air mata. Drama sungguh. Pandai terbalikkan, pandaila betulkan. Ni takkk.. nangis pulak. Geram je kekadang hehe.. Sebab dia sangat comel!

Sekarang dah agak terer berjalan. Dah jauh dah dia melangkah. Dari ruang tamu ke dapur.. dari dapur ke dalam bilik. Kira cepat jugakla kan Shaheem bleh berjalan. Insyaallah esok aku share video dia :D

Aku rindu Shaheem ni huhuhu.. Macamla dia dok jauh. Ada je kat sebelah ni. Tergolek tido. Time dia jaga, aktif main, aku tak larat. Mulut dok suruh dia tidooo je. Sekarang dia dah tido, bosanla pulak huhuhu... Ape daa mama....

Okla, dah nak pukul 1 pagi. Nak sapu masker PMC kejap pastu tido0o0oo... Aku tengah bereksperimentasi dengan PMC sekarang.. PMC ~ Pure Marine Collagen atau rumpai laut Sabah hehe.. Nantila aku cerita lebih lanjut pasal tu dalam entry lain :)

Till then, aku sign off dulu. Selamat malam. Assalamualaikum!~

1 comment:

  1. eh samelaaa...tgh bereksperimen dengan PMC jugak..nti update ye..hii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...