Saturday, January 12, 2013

Sabtu!

Assalamualaikum,

Selamat hari Sabtu :) Pagi ni melepak je kat rumah sebab hubby balik dari duty pukul 8 pagi pastu balik dengan kaki berbalut sebelah. Hadeii suamiku.. Tergeliat masa main takraw petang semalam. Semalam dah urut. Bangun pagi ni dah bengkak. Nak pijak lantai pun tak boleh. Terus pegi hospital dalam base. Isnin ni nak kena x ray. Dia kata masa kaki dia terpelecok tu ada bunyi meletup. Huh ape la yang meletup tu. Hmm hopefully nothing bad.

Kaki berbungkus hehe

Actually sebelum dia main tu dia ada bagitau aku, petang nanti nak main takraw dengan budak ofis.Aku masa dengar tu dah rasa tak bes.Yela,takraw ni kan main libas-libas. Dok terbayang time dia nak melibas tu jatuh ke ape. Tapi aku diamkan je.Tak mau cakap. Sekali bila jadi macam ni terus rasa, "eh betulla instinct aku tu..." Lain kali  kalau aku tak suka, aku patut cakap je kan... 

Insyaallah lepas Zohor nanti nak keluar pegi mengurut and singgah kedai beli susu Shaheem sekali. Tinggal setin je lagi tak bukak..  Now, dua-dua hero tengah tido hehe


Hamboii anak terunaku.. tido siap silang-silang kaki hehehe


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...