Thursday, January 24, 2013

Shaheem's New Ride :D

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul buat semua saudara Muslimku :) Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Harini my pumpkin cuti so dapatla habiskan masa bersama anak bini.. Bangun pagi aku goreng roti canai frozen je.. Makan 2 keping sorang pun dah cukup kenyang. Sedapp.. 

Lepas makan tengahari (menu harini: Ayam Penyet buatan sendiri hehe), dalam pukul 1, Shaheem tido plak.. Plan nak keluar pegi 1Borneo sebab nak beli buggy untuk Shaheem. Punyela lama dia tido.Dari pukul 1, pukul 3 baru bangun. Itupun aku sengaja kejutkan. 

Masuk 1B terus je pegi Giant. Tak menyinggah ke tempat lain. Oh ye, parking punyelaaa penuh. Lama hubby pusing-pusing cari. Maybe sebab harini public holiday and orang dapat gaji+bonus kan. Sume sakan shopping. Parksons ada buat sale. Geram gak aku nak belek-belek item yang dia lambak tu tapi.... lupekan saje hehe.. Motif ke IB harini hanyalah untuk membeli buggy untuk Shaheem. 

Kenapa nak beli buggy sedangkan dah ada stroller my dear tu? Aku actually mencari umbrella fold buggy. Sebab buggy jenis camni ringan dan senang bawak especially bila travel. Betul tak? Stroller my dear tu besar gedabak dan sangat berat. Memang letak dalam rumah je.. Shaheem nakal-nakal tak dok diam, letak dia dalam stroller tu hehe.. Buggy ringan ni aku nak guna time nak balik kampung hujung bulan depan. Shaheem sekarang dah tersangat amatla berat. So nak dukung lama-lama memang dah tak larat dah mama. Nak guna carrier tollyjoy dia tu dah tak praktikal dah. Jadi solutionnya, nak tak nak kena beli buggy yang ringan tu hehe..

Haritu ada jumpa kawan hubby kat Tamu Kota Belud. Dia bawak anak dia dalam buggy yang macam nih..


Aku berkenanlaaa.. terus tanpa malu aku tanya beli kat mana haha.. Dia cakap beli kat Giant 1B.. Haa tu aku terus ke Giant tadi...

Memang ada jual buggy sebijik camni tapi harganya RM129 huhu.. Aku bajet dalam RM100 je.. Kat sebelah buggy yang ni, ada satu buggy yang lebih kurang cuma nampak macam simple sangatla dan murah hehe.. Memang murah, RM79.88 je... Memang within budget lah! Aku discuss discuss dengan hubby, better amik jela yang murah pun.. Lagipun nak pakai time travel je. Ataupun time pegi jenjalan je. Shaheem pun dah besar kann.. Tak yah spend banyak sangat (mama dengan abah taik idung masin! haha)..

Maka kami belila yang begini lebih kurang....


Ni Shaheem in action hehehe



Shaheem nangis pulak bila dok dalam ni. Tak taula nape. Maybe sebab dia tak biasa dok dalam stroller di tempat orang ramai macam ni. Selalu kami dukung je.. So dia cranky jugakla duduk dalam tu. Boleh nampak dia macam restless kan? hehe.. Takpe takpe nanti kita prektis lagi duduk dalam ni lama-lama.. Yang kurangnya pasal buggy ni, dia tak boleh recline.. Tapi takpelah, as long as Shaheem look comfy dalam tu dah ok dah tu.. Pakai sekejap-sekejap kan. Jadiklaahh.. Berbaloi dengan harga RM79.88 hehehehe...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...