Friday, March 18, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum,


Lewat malam semalam aku and kakak aku tengok cerita ni di GSC Alamanda. Thanks my kakak belanja me hihihi.. Beruntung betul jadi adik beliau lalalala..

Bukan selalu tengok local movies dengan akak aku nih. Selalu tengok cerita omputih je. Tapi semalam, in support of our local films kan, pegila tengok. Lagipun review pun agak bagus. Ada yang puji melambung-lambung, ada yang kata biasa-biasa, ada yang kata not worth watching.

Itu kata orang. Kata aku? Hmmm.. aku join orang yang cakap biasa-biasa tu hehe.. Skrip memang aku suka, sastera gitu. Zaman dulu kala kan. Harusla sastera. Antara dialog yang sentiasa disebut-sebut:

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama".



Gambar pulak, ermm.. macam kelam, gelap.. Well mungkin nak amik mood cerita purbakala. Memang macam tu kot kan? Kalau tengok cerita yang mat saleh buat pun lebih kurang camtu jugak colour nye. So takpela, boleh diterima. Jalan cerita menarik jugakla, although ending macam tiba-tiba je. Bila keluar dari panggung tu, satu je benda yang buat aku tertanya-tanya: What happen to Ying Ying, mak inang Tuan Puteri? hehe.. Sampai sudah ke dia pura-pura mati? :P Kostum, props, semuanya awesome. Tak sangka jugakla anak watan kita boleh hasilkan filem macam ni. Bagus bagus :) Penggambaran banyak diadakan pesisir pantai di Besut, Terengganu.

Scene lawan-lawan memang haibat. Berdarah sana berdarah sini. Terpaksala aku pertikaikan di sini, macamana cerita ni boleh dapat rating U - Umum? Pendapat aku la kan, cerita ni patutnya rating dia 18PG. Sebab banyak jugak unsur-unsur ganas masa scene pertempuran tu. Tikam perut, tikam dada, potong kepala, darah memercik sana sini. Aku yang dewasa nih pun ngeri melihatnya. Ape pulak perasaan anak-anak kecik yang parents dia bawak tengok cerita ni? Terlebih-lebih ngeri la kot. And it may bring bad influence la bagi kanak-kanak hingusan yang masih tak paham ape-ape ni. Tak gitu? That's my 2 cents on the rating of the movie..

Pelakon.. ok jela kot hihih.. Tak reti nak komen. Watak antagonis, Kemawas lakonan Khir Rahman menjadi jugakla. Memang macam mawas la ganasnye haha.. Antara dialog Kamawas yang menarik perhatian aku, "Empangan kalau dah dibuka, masakan boleh ditahan airnya". Tersirat sungguh maksudnya hehe..Stephen Rahman Hughes, sasa badannya hihihi.. Bila cakap Melayu, kekadang ok.. kekadang ada pelat-pelatnye. Tapi takpelah, dah memang bahasa rasmi dia bukan bahasa Melayu kan.

Overall, I enjoy the movie. Tahniah buat KRU sebab berjaya menghasilkan filem yang bermutu tinggi macam ni. Heard that it will be shown internationally jugak.


Tapi kenapa guna tajuk The Malay Chronicles: Bloodlines ye? Kenapa tak kekalkan saja Hikayat Merong Mahawangsa. Macam cerita-cerita Perancis atau Sepanyol yang masuk ke negara kita, dorang still kekalkan tajuk asal filem tu dalam bahasa masing-masing kan? Another 2 cents of my thought :)

Selamat menonton! Tak rugi bayar tiket RM10 :) Dan silalah lawati Facebook Hikayat Merong Mahawangsa. Ada gambar-gambar behind the scenes yang osom posom :)

2 comments:

  1. ntah org kite nie...kekalkanlah tajuk tue...

    ReplyDelete
  2. zura,
    tula pasal.. dahla tajuknye tah ape2 huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...