Sunday, March 27, 2011

Rango

Assalamualaikum,


Korang semua dah tengok cerita pasal cicak warna hijau bernama Rango nih? Aku baru tengok semalam. Tengok sebabnya akak aku belanja (lagi). Sebabnye dia minat gile dengan Johnny Depp ehehe..

Ceritanye pasal sekor lizard nih yang asalnye duduk dengan manusia. Lepas tu masa manusia tuh tengah travel nak pegi mana tah, terbabas sebab nak mengelak daripada sekor armadillo yang melintas jalan. Akibat terbabas tu la si Rango yang duduk kat tempat barang kat belakang terjatuh kat tepi jalan di Gurun Mojave. Ditinggalkan manusia yang tak sedar pun dia dah jatuh...

Tak tahu mana hala tuju, dia ke Dirt Town.. Pekan yang didiami binatang ape tah hihih. Aku pun tak sure..macam tikus or maybe moles sebab dia leh korek tanah. Rango ni pun sebenarnye tengah cari identiti sendiri. Dia tak tau pun dia ni sape sebenarnye. Disebabkan khayalannya tingkat tinggi, dia reka identiti sendiri. Konon dia hero yang bernama Rango. Nama Rango tu dari jenama jus kaktus yang dia minum kat sebuah salun di Dirt Town. Penduduk pekan percaya cerita dia dan jadikan dia sebagai sherif.

Er takmo cerita lebih-lebih. I am bad in writing synopsis hehehe... Korang tengokla sendiri cerita ni kat pawagam ye?

Here's the trailer...

3 comments:

  1. xth pun cite nie ada kat wayang lg pun gelilah ngan cicak...

    ReplyDelete
  2. zura,
    adeee.. tengah top lagi kat wayang ni. p lah tengok.. x geli ehhh :D

    manjeamusyuk,
    yes yes! memang bes :D kelakar pun ye gak dengan gelagat rango nih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...