Wednesday, March 30, 2011

Kawan Saya, Dia Tak Nak Kawan Dengan Saya Dalam Facebook :(

Assalamualaikum,

Facebook. Semua orang ada akaun facebook kan? Begitu juga saya (ceh macam karangan BM masa sekolah dulu pulak)..

Kat Facebook kita boleh bertemu balik kawan-kawan sekolah dulu kan? Macam saya, selalu sangat pindah sekolah, kawan pun ramai. Pastu lupa, kawan tu kenal kat sekolah mana ehehe..

Pesen saya, kalau yang add tu saya tak kenal memang saya ignore lah. I won't approve request from strangers. Buat apa saya nak approve? It's not that I don't want to make friends, but cukuplah dengan kawan-kawan yang ada ni. Yang ni pun dah ingat-ingat lupa ehehe..

Then, kalau orang tu, profile pic dia katun ke, kucing ke, baby ke.. saya either ignore or wait dulu. If let say mutual friend ramai, saya hold dulula request tu. Until that person change profile pic letak gambar sendiri. Dah kenal baru approve. If not, forever lah dia dekat friend request list tu ehehe... Atau ID dia pelik-pelik, ngarut-ngarut yang membuatkan saya tak kenal sape dia, haa memangla saya tak approve.

That's how I approve friends in Facebook..

And I wonder how others approved theirs... Do they have the same rules as me?

The reason I asked is because...... aku ada add seorang kawan. Kawan yang aku kenal since sekolah rendah then masuk sekolah menengah yang sama. In fact, aku masuk sekolah tu sebab aku ikut dia! (Sometimes rasa menyesal jugak). We were good friends. Really good and close friends la. Even though kat sekolah menengah tu kelas kitorang lain-lain (dia kelas pandai, aku kelas kurang pandai) we were still closed. Dia masuk taekwando aku masuk jugak. Padahalnya aku tak minat sangat. Hish, sume ikut dia lah! Then, dia keluar dating aku jadi peneman. Eh memang close la, pendek cite......

Tapi... I cannot remember masa tingkatan berapa tah, we had a fight. Bukan gaduh-gaduh biasa. Quite a big fight jugakla. Pasal dia and boyfriend (not so good bf, budak nakal and I didn't like him!). Aku bagitau mak dia kot dia bercintan cintun tu sebab yelah, the boy is not a good boy. Aku bagitau mak dia pun sebab aku nak jaga dia daripada terus berkawan dengan budak lelaki tu. No other reason. Takdenyela reason aku nak kat budak laki tu or what. Nonsense. Even the boy also never noticed me. So, since then lah, kitorang gaduh besar and we never talked to each other lagi dah.

Sedih memang sedih... cos she used to be my best friend. Everything I do, I do because of her. Tapi disebabkan lelaki kitorang boleh gaduh besar dan jalinan persahabatan tu putus macam tu je... Kat sekolah, I still bumped into her. Yelah, sekolah bukan besar sangat. And she was a prefect. Memang pegi mana-mana jumpa la. Aku cuba nak berkawan balik. Bila jumpa, aku senyum. Tapi dia buat macam tak pernah kenal dengan aku. Sedih :(

Habis form 3, aku pindah sekolah.. So lagilah kitorang lost contact. But I always remember her. Kalau jumpa kawan-kawan dari sekolah dulu, aku akan tanya pasal dia...Birthday dia pun aku ingat lagi. Sampai sekarang! Habis sekolah, aku masuk matrik. Dan aku tahu dari kawan yang lain, dia masuk pusat asasi in one of the top universities. I got to know that she's a fine young lady now. Warak, alim, baik. Good to hear that...

Dah masuk universiti, dah keje ni aku still lost contact dengan dia.. Until few months ago, aku terjumpa akaun dia dalam Facebook. Happy okey! :) Dah lama aku cari. And she's now happily married. Alhamdulillah. Bukan dengan lelaki dulu but with other guy that I think she met in her university. Aku nak add dia. Tapi takut.. takut dia masih marahkan aku. Tapi aku cuba pikir positif. Benda tu dah lama dah berlaku. Masa sekolah. Masa kitorang budak hingusan lagi. Masih mentah, umur baru belasan tahun. I am certain that she already forget about it. Dia sekarang dah matang, pasti dia dah lupakan semua tu and she forgives me..

So, I added her in Facebook.....

1 week, 2 weeks.. no response. Dia tak online kot sebab tengok dekat wall dia takde update status pun.

Yesterday..... she approved a friend of mine to be her friend. Ok terkejut jugak dia tak approve aku. Mungkin dia tak perasan request aku dan akan approve aku later.

1 hour, 2 hours, 3 hours.. still no notification that she has approved me.

Harini aku nampak dia dah approve satu lagi request... tapi bukan aku... And her wall was updated! Siap ada reply komen-komen orang lagi...

Okkayyy.... ini bukan tak perasan dah ni. Ini memang tak nak approve namanya.

Kenapa dia tak nak approve aku? Does she has the same rules as me?

Nak kata dia tak kenal sape aku, aku guna ID nama penuh aku sendiri. Profile pic pun gambar aku sendiri. Mutual friends? We have 38 mutual friends!

Dia dah lupakan aku ke? Kenapa senang sangat dia lupakan aku sedangkan kitorang pernah berkawan dari kecik lagi..........

Obviously dia tak maafkan aku lagi. Terlalu besar kot kesalahan aku pada dia. I thought now that she is married, she is matured enough to let go of the stupid fight that we had. Tapi aku silap......

Aku kena ingat.. aku tak boleh expect orang akan fikir benda yang sama aku fikir. Lain orang lain ragam kan? Dan kawan aku ni, begini ragamnya. Bila datang rasa geram, aku tak sangka jugakla, orang sealim dia, sewarak dia tak boleh nak maafkan kesalahan aku tu. Tak boleh nak lupakan persengketaan lama tu. Thought that this kind of people should be more forgiving rather than keeping grudge. Betul tak? Ikut rasa geram, memang aku aku hilang rasa hormat pada dia. Tapi aku cuba pikir positif. Tak nak buruk sangka. Mungkin dia ada alasan tersendiri. Mungkin dia masih perlukan masa untuk berkawan semula dengan aku. Mungkin dia benar-benar dah lupakan aku..

Takpelah..... ape-apepun, aku doakan kebahagiaan dia. Semoga berbahagia dengan suami, dan peroleh anak-anak yang comel nanti. Aku doakan, pintu hati dia terbuka untuk berkawan semula dengan aku. Aku tak nak persahabatan kami putus macam tu je. I miss the moment when we're together. Hope that she will forgive me someday....Insyaallah......



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...