Wednesday, March 16, 2011

Cerita Semasa Saya

Assalamualaikum,

Oh lamanye tak update blog!
Takde masa plus malas. Kat rumah internet slow gile. Benci! Dah bayar bil pun still slow. Tak paham quota tu pegi mana padahal aku jarang guna. Hmpphh.. Kat ofis pulak dah tak bleh blogging/facebooking/surfing sangat sebab dah ada orang komplen kat bos aku. hohoho. part ni memang hangin. Tapi takpelaaaa..... so terpaksala aku bataskan masa untuk mengupdate blog di ofis.

Erm last weekend balik kampung. Jenguk mak plus settle kan keje-keje kawin ni. Ops kantoi ehe..

Mak alhamdulillah dah beransur pulih. Tangan dah boleh slowly angkat. Ada biru-biru lebam lagi kat lengan. So funny my niece, Alissa, siap suruh mak aku pegi mandi lagi sebab nak hilangkan biru di lengan tu. Tak dapat hilang dengan mandi, dia pakaikan bedak kat lengan mak hehehe.. So cute la she. Yesterday mak pergi X Ray. Alhamdulillah doktor kata retak tu dah ok sket. Tinggal nak kena buat fisio bagi kuat balik tangan. Ubat pun dah bertambah. Hmm sedih jugak tengok dia sakit macam tu. Doakan mak aku segera sembuh ye?

Keje kawin... err tak tau nak cakap ahaha.. Balik sekejap je so settlekan yang mana sempat.

Photographer - Booked (dah bayar deposit)
Bridal (Pelamin, wedding dress, makeup) - Booked (dah bayar deposit)
Baju Akad Nikah - Kain dah beli dan dah bagi tukang jahit.

Tu jela yang sempat buat balik kampung 2 hari. Banyak benda lagi nak settle! Dan saya dah mula pening *__* Betulla orang kata. Kawin memang best, tapi nak settlekan keje kawin tu yang tak best. Ape-ape pun terima kasih kepada kakak-kakak saya, adik saya dan juga kakak ipar saya yang banyak menolong dan memberi panduan :)
Balik haritu jugak sempat ke rumah bakal mertua. First time pergi ke sana dan first time juga berjumpa dengan bakal ipar duai. Layanan memang sangat baik. Can't wait to be a part of the family :)

Cuti sekolah Mac ni ramai betul kawan-kawan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing. Kawan-kawan di MMP, SMK KL, UPM.. Tahniah buat mereka semua. Pada yang menjemput, saya mintak maaf sangat-sangat tak dapat hadir. Yang tak jemput, takpelah.. Saya kecik hati sket sket je muahahaha (tak bahek betol kan?!). Ape-ape pun, Selamat Pengantin Baru. Selamat melayari alam baru. Semoga sentiasa berbahagia bersama suami tercinta dan cepat-cepat dapat baby yang comel-comel :)

Oh speaking about baby comel, salah sorang blogger yang blognya aku selalu ziarah dah pun selamat melahirkan baby boy yang comey lote. Tahniah buat Ana dan suami :) [Read: http://ryehannazz.blogspot.com/]

Semalam makan kat Secret Recipe, welcoming our newest team member. Aku makan ape eh semalam, oh, chicken courdon bleu (haha dunno how to spell actually).


Ok, makan kena berpada-pada sekarang ye. Cos pegi fitting baju sume tak muat! haha.. Either tang peha or bontot or dada. Cehs... Tang tu la yang payah nak mengecik tuhhh.. How la? :( Kakak dan adik saya, terima kasih teman saya pegi fitting baju. At least korang terhibur gakla dengan gelagat aku takleh bukak baju yang di 'try' gara-gara ketat muahahaha.. Cehs memalukan!



Ape-ape pun, kita senyum jelaaaa...

Senyum pasrah kuikuikui


Oh takziah buat rakyat Jepun atas bencana alam yang menimpa mereka. Semoga mereka semua selamat dari bencana-bencana lain esp the nuclear blast. So scary okay! Let's hope for the best..

Kat Facebook ramai orang dok share cerita pasal kaitan bencana di Jepun dengan hari kiamat. Ada kebetulan-kebetulan yang munasabah. Kiamat itu memang pasti, kita sebagai manusia biasa memang tak tahu bila ia akan berlaku. Semuanya perancangan Allah SWT. Yang penting, kita kena sentiasa mengingatinya.

Whatever it is, take care all!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...