Monday, November 19, 2012

Ayam Penyet

Assalamualaikum,

Sape suka makan ayam penyet?? Me me me hehehe..

Ayam penyet ni masakan yang berasal dari Indonesia kan? Kalau salah tolong betulkan. Aku kata asal dari Indonesia sebab masa kat Cyberjaya dulu ada satu restoran ayam penyet ni and ownernya memang orang Indonesia. And student Indonesia pun raaamai yang pegi makan kat situ.. Termasukla aku walaupun aku bukan dari indon huahua...

Suka makan ayam penyet sebab sambalnye pedassss.. Menyengat oo pedas dia. Tu yang sedap tu..

Bila datang Sabah ni, dah lama dah la tak makan sebab tak tau kat mana ada jual. Sehingga la baru-baru ni jiran aku datang bagitau ehehe... Rupa-rupanya kat Alamesra dekat 1Borneo tu ada restoran indon and ayam penyetnye pun buleh tahan sedappp... Aku pun dah termakan hasutan, mengajakla my pumpkin ke sana. My pumpkin tak berapa gemar at first sebab dia tak pernah makan. Tapi dah bini beria ajak kan, dia pun turutla hehehe...

First time pegi, order 2 set ayam penyet. Pehhhhhh sambal dia pedas gileeeeeeeeeeeeeeeee... Dah lama aku tak makan sambal pedas camtu. Hubby makan sampai meleleh-leleh peluh hahaha.. Aku yang tolong lap sebab masa tu sebelah tangan dia dok pegang Shaheem hihihihi... Air hidung sume keluar abes, aku jugak yang tolong lap hahaha...

Balik tu dok teringat-ingat lagi dengan ayam penyet.. Weekend haritu kitorang pergi lagi kikiki.. Kali ni hubby suruh aku makan dulu. Dia pegang Shaheem. Sebab dia kata nanti sambil makan sambil pegang Shaheem, makan takde feel... 

Ni lah nasiknye..
Nasi putih + ayam goreng yang dipenyet-penyetkan, ulam-ulaman & sambal, sup kosong
First time makan haritu sambal dia letak atas ayam. Tu yang pedas gile-gile. 
Second time pergi mintak sambal asing hehehe


Aku makan laju-laju sebab kesian dengan hubby dok telan air liur je hehe.. 

Hubby suka betul makan sampai suruh aku buat sendiri kat rumah. Aaaaa cabaran! Cabaran nak buat sambal dia tuh.. Aku tak reti wuhuhu.. Insyaallah petang ni nak buat. Semoga menjadi ehehehehe

Korang ada resepi sambal ayam penyet tu tak? Share please :)



Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru 1434H



Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru :) 

Dah buat azam baru belum? Untuk tahun 1434H ni, aku berazam nak jadi seorang yang bersangka baik. Aku tertarik dengan ayat ni.. aku amik dari Facebook,

"Sungguh beruntung orang yg selalu bersangka baik,
Kerana jiwanya sentiasa damai ,Kerana hatinya sentiasa tenang ,
Kerana fikirannya sentiasa lapang ,dari prasangka yang bukan-bukan"


Aku akui aku ni sebenarnye seorang yang sangat suka fikir bukan-bukan. Kalau nak buat ape-ape mesti akan fikir, ish nanti kalau jadi camni... kalau jadi camtu.. banyak la kalau jadi tu. And kalau jadi yang elok-elok takpela jugak kan, tapi ni selalu fikir kalau jadi yang bukan-bukan. Masalah besar tau bila aku selalu fikir bukan-bukan. Aku jadi kurang yakin, takut nak mencuba, takut takut takut... Hati tu memang selalu sangatla tak tenang. Risau tak bertempat.. 

Cmon wani, ur 27 already la! Nak kena jadi matang sket kan? Kalau sentiasa fikir tak elok je, sampai bila la nak berjaya dalam hidup. Dok takuk lama je la kalau asyik pikir macam ni kan?

Jadi untuk tahun baru Islam ni, aku nak cuba untuk jadi seorang yang bersangka baik.. Insyaallah, doakan aku :)

Korang cuti ke harini? Jangan tanya aku, aku memang hari-hari dok rumah hehehe.. Tapi tak cuti la, keje rumah hari-hari pun kena buat. Hubby duty hari ni. Sedih huhu. Aku cukup tak suka bila dia duty. Bosan! Kalau ada dia blehla nyembang nyembang, blehla manja manja haha.. Minggu ni dia duty direct sebab takde orang kat ofis. Semua ke Tawau. Kalau dia ada kat rumah at least bolehla tolong aku tengok-tengokkan Shaheem sementara aku buat keje kat dapur ke, ngemas-ngemas rumah ke.. Hmm takpelah, dia bekerja demi mencari rezeki buat kami sekeluarga kan. Aku redha! :) Insyaallah weekend nanti akan spend time bersama sepuas-puasnya..

Eh okla, Shaheem dah bangun dan tah pegi mana dah dia haha.. Mesti dah masuk bilik tengah main vacuum. Bunyik baa baa baa dalam tu cakap sorang sorang. 

Esok update lagi hehe.. Tata!

Wednesday, November 14, 2012

Sweet Little Pumpkin

Assalamualaikum,

Huii lamanye tak update blog. Mesti orang ingat blog ni dah lama berkubur kan? Aku sebenarnye memang hari-hari ingat dekat blog ni. Hari-hari ada niat nak update. Tapi mesti ada je halangan bila aku nak menaip. Sibuk melayan Shaheem yang dah banyak akal, sibuk uruskan rumahtangga (masak, ngemas, laundry etc etc) dan sekarang sibuk berbisnes ececece.. Cam besar je bisnes tu ye hehehe.. Serius, sibuk, takde masa huhu.. Paling sibuk melayan Shaheem la. Ni pun kena update laju-laju sebelum dia bangun..

Bisnes.. aah, aku ada buat bisnes online sekarang. Alah kecik-kecik je pun. Jual barang baby. Dan korang tau la kan, barang baby ni raaaaaaaaamai sangat yang jual. Saingan memang maha hebat! Tapi aku berpegang kepada keyakinan rezeki yang Allah akan bagi. Insyaallah, rezeki tu mana-mana pun ada kan? Tak banyak pun takpela. Ada tu dah cukup bersyukur sangat-sangat. Kalau takde sekalipun, insyaallah aku akan lipat gandakan lagi usaha. Allah akan tolong nanti, kan kan? Itu yang aku pegang la. Yang penting rezeki yang aku peroleh tu halal, kerja yang aku buat ni lillahitaala...

Kenapa tetiba buat bisnes ni? Banyak reasons sebenarnye. Salah satunya, sebab tak nak nampak macam aku ni dok rumah sesaje, menghabiskan duit laki je. Apa salahnye kalau aku biakkan duit yang dia bagi tu? hehe.. Alhamdulillah hubby support. Ada hulur duit untuk buat modal. Untung kita kira kemudian ye sayang hihi.. Hubby memang minat berbisnes ni. Tak kira jual ape, dia support je. Dia sendiri pun tengah berbisnes. (Sesape yang nak beli jersey motorcross Scoyco sila email aku hihihi..) Aku berbisnes jugak sebab aku nak nampak macam aku ada duit sendiri. Walaupun tak banyak pun takpela. Aku ada cita-cita. Nak guna duit bisnes tu untuk bayar PTPTN dengan bayar hutang aku ngan mak bapak. Haa besar tak cita-cita. Cita-cita ke angan-angan, aku tak tahu la hehehe.. Tapi tu kalau aku dapat untung riban-riban blehla kot. Tapi ni tak sampai riban pun aku dapat. Takpela, kumpul slow-slow. Mudah-mudahan tercapaila cita-cita ku ini huhu.. 

Jadi, kalau anda sedang mencari barang baby, jemputla ke page FB ku hehe SWEET LITTLE PUMPKIN.
Macam-macam ada! Baju, toys, accessories for baby (crochet hat, headbands), cloth diapers, banyak lagilah. Boleh tengok sendiri. Oh by the way, aku sedang menunggu LIKE yang ke 129. Sape-sape yang like ke129 tu, I'll have special gift for you! For your baby la sebenarnye cos aku jual barang baby kan hehe.. Sekarang 120 like. Haa lagi 9 orang. Cepat-cepat be the 129th likes! :)

Ok, sekian iklan saya hahaha...

Esok update lagi, insyaallah!

****

HOT di Sweet Little Pumpkin!

Crochet Hat
RM28/pc

Ada banyak design lagi, boleh tengok kat sini ya ;)



Thursday, August 9, 2012

Main Masak-masak!

Assalamualaikum,

Aku ni tak reti masak. Serius. Kalo nak masak mesti kena call mak kat kampung dulu. Tanya resepi hehe.. Tak pon bukak MyResepi.com. Nak masak senang-senang cam sardin pun aku kena belek resepi dulu hehehe..

Walaupun nak kena check resepi ape sume itu tak membataskan semangat aku nak memasak untuk suami aku. Kekadang masak simple je. Tapi bila tengok suami makan sampai licin pinggan dan bertambah, kembang kempis jap lubang hidung aku. Bangga muahaha...

Tapi kadang-kadang ada jugak yang aku masak hubby tak berapa nak makan. Makan tapi nampak dia macam tak berselera sangatla huhuh.. Aku rasa bukan sebab aku masak tak sedap tapi sebab dia tak berapa gemar masakan tu. Macam gulai ke ape saje yang bersantan dia memang tak makan sangat. Tapi kalau singgang, sup ke memang suke sangat dia. Siap hirup-hirup kuah lagi...

Anyway, bulan puasa ni aku banyak jugakla masak. Jarang nak beli kat luar.. 

Meh meh tengok gambar juadah yang aku masak untuk berbuka hehehehe... Gedik nak share macamla aku masak sedap-sedap ala chef :P

Yang ni aku dah share kot ek haritu. Lupe dah..
Kuih puteri mandi (air tangan hubby), petai, ikan rebus dan budu, sotong celup tepung, gulai ayam, tom yam balance sahur. 

Ayam masak lemak cili api, ikan tongkol rebus goreng, ulam timun dan budu. Satu lagi ikan pisang masak stim. Balance berbuka sehari sebelum tu..

Heh ni untuk aku sorang. Berbuka sorang sebab hubby on duty. Aku malas nak masak beria, masak jela megi goreng basah ni.. Bila bagitau hubby sedih je dia. Dia cakap, "erm sedihnye. Macam abang ni tak mampu bagi isteri abang makan." Muehehehe dia tak tau, bini dia ni yang malas sebenarnye :P

Close up sket. 
Yum yummm

Ni plak sardin masak kicap. Aku makan sorang untuk sahur.
Habis woo seperiuk kecik ni ekekeke


Pucuk paku goreng dengan daging kerbau, sup ayam, telur dadar. Bubur kacang. First time buat bubur kacang. Aku rasa tawar tapi hubby kata dah ok huhuh...

Sayur lemak pucuk paku dan daging kerbau goreng

Ni yang semalam. Kacang panjang goreng dengan telur, singgang ikan tongkol (ikan aya), ikan selayang celup tepung, dan murtabak megi.

First try buat murtabak megi ni hehehe...
Hubby tak berapa gemar so aku habiskan sepinggan :P



Semua juadah kampung je aku masak. Sedap! hehehehe..

Harini aku nak berbuka dengan roti telur je sebab hubby on duty. Pastu ada roti nak kena habiskan sebab dah lebih dari expiry date. Nanti malam-malam sket baru makan nasik kot Ikan singgang semalam ada lagi.

Sekian cerita main masak-masak :)

Wednesday, August 1, 2012

Dah Masuk Bulan Lapan!

Assalamualaikum,

Cepatnye masa berlalu. Aku tak perasan pun sebenarnya harini 1 Ogos. Perasan pun sebab ramai sangat yang dok pst kat facebook, "1 August 2012," "Ogos dah mari.." Barula diri ni pun sedar terus buat status hal Ogos jugak hahaha...

Erm selalunye alert je bila bulan berlalu sebab dulu keje kan. Every month ada month end closing. First week of the month kena submit pelbagai report. Memang alert sangatla. Now dah tak keje, dok rumah je hari-hari, dah tak ingat tarikh sangat dah. Even my own birthday haritu pun aku takde nak ingat sangat. Cos it's nothing special. Dulu kalau keje ada kawan-kawan yang bawak keluar makan. Wajib ada team lunch bila ada birthday sape-sape. Now dah kat rumah sendiri ni takdenyela... Ceh ngengada kan. Nak sedih hubby tak ingatla tu. Kata tak kisah... Piiraahh hehehehe...

4 bulan lagi dah nak masuk tahun baru dah kan. Apa yang aku dah buat tahun ni? Oh my. Nothing! Except for being a mother lah. Other than that macam takde ape je. It makes me wonder, apa yang aku nak sebenarnye dalam hidup aku ni. Hmmphh..

Aku dah start cari keje balik. Tapi tak taula ada yang tersangkut ke tak. Susah la keje kat sini. Sape nak amik outsider macam aku? Of course employer kat sini cari local je. Senang. Bleh bagi gaji murah. Aku tak kisahla gaji murah pun. As long as aku keje and I have my own income. Sape nak jaga Shaheem? Aku tawakal je. Moga-moga nanti ada orang yang aamaaat baik untuk jaga dia. Aduh sedih bila pikir-pikir. Tapi terpaksala. 

Raya pun tak lama dah. Jeles tengok orang buat persiapan untuk family masing-masing. Aku nak siap ape pun tak tau. Tak retilah wei. Baju raya sendiri dah ada dah. Hubby pulak, entahla dia. Katanya pakai yang mana ada je. Tak bestnya tak sedondon huu.. Tapi takleh keluarkan hal sedondon ni ngan dia. Nanti dia sound aku balik macam tahun lepas heh. Untuk anak pun aku takde siapkan ape. Hubby cakap tak payah sibuk nak beli sekarang. Balik kampung baru cari. Tak pun pakai yang mana ada je. Kesian Shaheem :(

Oklah, takleh nak membebel panjang. Sementara Shaheem tido ni aku nak masuk dapur. Masak untuk berbuka nanti. Nak masak ape pun tak tahu lagi huuuuuu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...