Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru 1434H



Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru :) 

Dah buat azam baru belum? Untuk tahun 1434H ni, aku berazam nak jadi seorang yang bersangka baik. Aku tertarik dengan ayat ni.. aku amik dari Facebook,

"Sungguh beruntung orang yg selalu bersangka baik,
Kerana jiwanya sentiasa damai ,Kerana hatinya sentiasa tenang ,
Kerana fikirannya sentiasa lapang ,dari prasangka yang bukan-bukan"


Aku akui aku ni sebenarnye seorang yang sangat suka fikir bukan-bukan. Kalau nak buat ape-ape mesti akan fikir, ish nanti kalau jadi camni... kalau jadi camtu.. banyak la kalau jadi tu. And kalau jadi yang elok-elok takpela jugak kan, tapi ni selalu fikir kalau jadi yang bukan-bukan. Masalah besar tau bila aku selalu fikir bukan-bukan. Aku jadi kurang yakin, takut nak mencuba, takut takut takut... Hati tu memang selalu sangatla tak tenang. Risau tak bertempat.. 

Cmon wani, ur 27 already la! Nak kena jadi matang sket kan? Kalau sentiasa fikir tak elok je, sampai bila la nak berjaya dalam hidup. Dok takuk lama je la kalau asyik pikir macam ni kan?

Jadi untuk tahun baru Islam ni, aku nak cuba untuk jadi seorang yang bersangka baik.. Insyaallah, doakan aku :)

Korang cuti ke harini? Jangan tanya aku, aku memang hari-hari dok rumah hehehe.. Tapi tak cuti la, keje rumah hari-hari pun kena buat. Hubby duty hari ni. Sedih huhu. Aku cukup tak suka bila dia duty. Bosan! Kalau ada dia blehla nyembang nyembang, blehla manja manja haha.. Minggu ni dia duty direct sebab takde orang kat ofis. Semua ke Tawau. Kalau dia ada kat rumah at least bolehla tolong aku tengok-tengokkan Shaheem sementara aku buat keje kat dapur ke, ngemas-ngemas rumah ke.. Hmm takpelah, dia bekerja demi mencari rezeki buat kami sekeluarga kan. Aku redha! :) Insyaallah weekend nanti akan spend time bersama sepuas-puasnya..

Eh okla, Shaheem dah bangun dan tah pegi mana dah dia haha.. Mesti dah masuk bilik tengah main vacuum. Bunyik baa baa baa dalam tu cakap sorang sorang. 

Esok update lagi hehe.. Tata!

1 comment:

  1. Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan.

    Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...