Wednesday, August 1, 2012

Dah Masuk Bulan Lapan!

Assalamualaikum,

Cepatnye masa berlalu. Aku tak perasan pun sebenarnya harini 1 Ogos. Perasan pun sebab ramai sangat yang dok pst kat facebook, "1 August 2012," "Ogos dah mari.." Barula diri ni pun sedar terus buat status hal Ogos jugak hahaha...

Erm selalunye alert je bila bulan berlalu sebab dulu keje kan. Every month ada month end closing. First week of the month kena submit pelbagai report. Memang alert sangatla. Now dah tak keje, dok rumah je hari-hari, dah tak ingat tarikh sangat dah. Even my own birthday haritu pun aku takde nak ingat sangat. Cos it's nothing special. Dulu kalau keje ada kawan-kawan yang bawak keluar makan. Wajib ada team lunch bila ada birthday sape-sape. Now dah kat rumah sendiri ni takdenyela... Ceh ngengada kan. Nak sedih hubby tak ingatla tu. Kata tak kisah... Piiraahh hehehehe...

4 bulan lagi dah nak masuk tahun baru dah kan. Apa yang aku dah buat tahun ni? Oh my. Nothing! Except for being a mother lah. Other than that macam takde ape je. It makes me wonder, apa yang aku nak sebenarnye dalam hidup aku ni. Hmmphh..

Aku dah start cari keje balik. Tapi tak taula ada yang tersangkut ke tak. Susah la keje kat sini. Sape nak amik outsider macam aku? Of course employer kat sini cari local je. Senang. Bleh bagi gaji murah. Aku tak kisahla gaji murah pun. As long as aku keje and I have my own income. Sape nak jaga Shaheem? Aku tawakal je. Moga-moga nanti ada orang yang aamaaat baik untuk jaga dia. Aduh sedih bila pikir-pikir. Tapi terpaksala. 

Raya pun tak lama dah. Jeles tengok orang buat persiapan untuk family masing-masing. Aku nak siap ape pun tak tau. Tak retilah wei. Baju raya sendiri dah ada dah. Hubby pulak, entahla dia. Katanya pakai yang mana ada je. Tak bestnya tak sedondon huu.. Tapi takleh keluarkan hal sedondon ni ngan dia. Nanti dia sound aku balik macam tahun lepas heh. Untuk anak pun aku takde siapkan ape. Hubby cakap tak payah sibuk nak beli sekarang. Balik kampung baru cari. Tak pun pakai yang mana ada je. Kesian Shaheem :(

Oklah, takleh nak membebel panjang. Sementara Shaheem tido ni aku nak masuk dapur. Masak untuk berbuka nanti. Nak masak ape pun tak tahu lagi huuuuuu...


4 comments:

  1. xpe.. bersederhana dalam menyambut syawal kan.. heee.. :)

    ReplyDelete
  2. hik3..en.husband org pon pkai bju melayu time nikah je.jimat die kata...

    ReplyDelete
  3. bosan....ayat x power

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...