Monday, August 14, 2017

Breastfeeding

Assalamualaikum..

Lama tak membebel kat sini. Rasa macam tak boleh tido pulak malam ni. Mehla kita bebel sikit..



Introducing our 3rd bundle of joy. Second Saifs in the family. Saif Shaamil nama diberi. Lahir pada 21 Mei 2017 jam 11.45pg di HUSM Kubang Kerian. So he is 2 months plus now. Kisah lahir dia boleh baca kat blog pregnancy la eh hehe.

Ermm nak cite pasal breastfeeding lah. Alhamdulillah Shaamil so far masih fully bf. Last campur masa dia dlm wad lepas lahir haritu. Tu pun mungkin dalam 2 atau 3 feeding sessions. Pertama sebab susu aku takde dan dia pun dehydrated. Air kencing dia warna coklat! Maknanya dia tak cukup susu. So atas nasihat doktor dan sebab susu aku pun tak keluar banyak lagi masa tu, aku pun bagila dia minum fm yg disediakan pihak hospital. Yg kedua dan ketiga tu masa aku tinggalkan dia dalam nursery utk sehari. Aku balik sebab rindu dgn anak2 yg lain huhu. End up aku yg merana sebab susu bengkak gile. Nasib baik tak demam. So thats it. Lepas tu aku memang fully bf and direct feeding..

Dont get me wrong ya. Aku bukan pandang serong pada mommy yg bagi anak minum fm. In fact Shaheem dulu fully fm dari lahir sampaila dia wean off botol umur 3thn. Dia tak menyusu aku langsung! Anak sulung kan. Aku takde ilmu penyusuan. Aku ingat menyusu anak ni as simple as ABC. Rupanya tak.. Banyak yang aku kena tahu. And then aku tak dapat sokongan dari ahli keluarga. Sedih.. Aku frust sebenarnya tak dpt susukan dia. Rasa macam I'm a bad mom. Yela masa tu bf ni satu benda besar. Tengah hot kot masa tu dgn isu bf/fm ni. Ibu yg bagi anak minum fm ni macam berdosa besar lahh. Huh. Baca post2 and komen dalam Facebook boleh meroyan tau hahaha. Tapi lama lama aku redha. Everything happen for a reason kan. Allah dah tentukan semuanya. Mesti ada hikmah yg kita tak tahu.. Apa apapun alhamdulillah sihat walafiat jugak Shaheem tu walaupun tak minum susu ibu hehehe..

Time Shafina pulak aku dah bagitau husb siap2 time pregnant lagi, aku nak susukan dia. Aku sentiasa berdoa supaya aku diberi peluang utk menyusukan dia bila lahir nanti. Dah lahir, alhamdulillah Shafina menyusu dgn baik. Tapi dia jaundice lama sangat pulak. Dia kurang berak walaupun kerap menyusu. So doctor suspect susu aku tak mencukupi. Tak banyak. Doktor suruh aku topup dengan fm. Aku sedih tapi demi anak kuturutkan jua. Alhamdulillah lepas topup fm, jaundice Shafina takde dah. Alhamdulillah juga Shafina tak confuse nipple. So Shafina aku campur bf and fm. Sampai umur lebih kurang setahun. Lepas tu aku bf je sampaila dia wean off umur 2y plus (lupa exact age).

Utk Shaamil ni, again aku berdoa supaya aku diberi peluang utk menyusukan dia sepenuhnya. Aku mintak dengan Allah supaya murahkan rezeki dia. Supaya susu aku banyak dan cukup untuk dia.

Aku ni sebenarnya very low supply mum. Kalau pump, walau berjam2, lantai botol tu pun tak penuh. Tak pernah dapat 1oz. Dari zaman Shaheem dulu lagi. Frust ok. Kalau kat hosp tu jeles betul tengok mak2 yg pam susu utk anak. Sekejap je dah penuh 1 botol. Aku ni lenguh2 duduk langsung tak keluar pun ada. Kalau marmet tu ada la jugak sikit sikit. Tapi lenguhla. Sebab tu la aku bagi direct feeding je Shaamil ni. Dengan harapan cukupla susu aku untuk dia huhu.. So far berat dia naik cantik. Birth weight 3.22kg, 1 month 4.5kg, 2 months 5.3kg. Kita tengok berat 3 months pulak. Honestly aku kadang2 pun rasa macam susu aku tak cukup sangat dah skrg ni. Dia makin besar so demand pun lebihla. Aku dah cuba macam2 milkbooster. Oat, horlicks, kurma, air berliter2. Hopefully cukupla susu aku untuk Shaamil. Amin amin.. Aku tak nak stress stress. Ni pun kadang2 mak aku cakap Shaamil tak tembam la, nampak kecikla.. Huhu sedih. Tapi aku tak nak benda tu mempengaruhi aku. I bear in mind tembam atau tak bukan ukuran utk cakap anak aku sihat atau x. Yg penting dia kenyang, tido elok dan sihat tak demam ke ape. Tu dah memadai. Susu aku tak banyak takpe, yg penting cukup utk dia.

Anywayyyy memandangkan aku direct feeding Shaamil, masalah sikitla kalau aku nak pegi mana2. Kena bawak dia, tak boleh bagi orang lain tolong jagakan. So susahla sikit huhu. Ni mak aku dah bebel dah ni sebab aku tak ajar Shaamil minum botol langsung. Dia takut nanti kalau one day terrrpaksa bagi botol Shaamil akan reject. Ahh tapi aku selalu pikir kalau dah lapar sangat mesti dia akan hisap jugak kan?hehe.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kami.. Takpe dik, mama rela bawak adik ke hulu ke hilir. Ke mana jua mama pergi.

Kenapa aku nak sangat breastfeeding Shaamil ni? Satu, aku nak tunaikan hak dia. Dua, aku nak cuba setelah gagal sebelum ni. Shaheem gagal, Shafina 50-50 so harapan aku semoga dgn Shaamil ni aku berjaya bf dia 100%. Insyaallah. Aku nak buktikan walaupun aku low supply mum, aku juga mampu susukan anak aku sepenuhnya..

Doakan aku dapat hadapi cabaran2 menyusukan anak ni. Doakan juga rezeki Shaamil melimpah ruah.. Insyaallah aminn..

Sleep tight baby. Mama will always be with you.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...