Tuesday, October 20, 2009

Hutang?Oh, pening!




Alkisahnye..aku ada seorang sahabat yang pinjam duit dengan aku.
Masa dia mintak tu aku memang takde rasa berat hati pun nak bagi. Aku memang ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Masa aku bagi tu, yela, niat aku bagi pinjam la. Bukan kata "takpela, aku sedekah kat ko je". Sebabnya dia beria-ia cakap kat aku dia akan bayar dengan segera. Hari ni pinjam, esok akan terus bayar balik. So, aku tak kata ape la.. Aku anggap itu sebagai pinjaman dan aku tunggu bila dia akan bayar. Dah dia cakap camtu kan??

Korang pun leh agakla kan.. Dia akhirnya, sampaila ke hari ni, belum melunaskan lagi hutang tersebut. Dah 6 bulan dah dia pinjam.....

Actually, tak banyak pun jumlah wang yang dia pinjam tu. RM50 je. Aku kadang-kadang fikir nak halalkan aje. Tapi kan..bila aku pulak yang kesempitan wang..sesak..sengkek..takde duit..aku mula terpikir-pikir, kalola member aku tu bayar RM50 tu sekarang, sure aku ada duit sikit sekarang ni. Pastu mulala aku rasa macam teruk sangat. Aku cubala fikir positif kenapa kawan aku tu tak bayar lagi duit aku. Tapi susahla.. Lebih-lebih lagi bila aku tengok dia macam senang dan ada duit. Kemudian dia buat-buat senyap pula. Takkan dia dah lupa kot dia ada pinjam duit ngan aku?

Aku tak pernah mintak dengan dia. Sebab aku takut nanti dia kata aku mengungkit. Bukan mengungkit, aku cuma menuntut hutang. Aku takut dia akan cakap, "ala Wani RM50 je pun...." RM50 tu bukan sikit. Kalau aku kaya raya, duit dalam purse ni sentiasa banyak dan penuh, aku memang takkan kisah. Aku kira halal je. Tapi macam aku cakap tadi, ada masanya aku memang kesempitan wang, dan masa tula aku akan ingat-ingat balik hutang dia ni.. Kadang-kadang aku takut bila aku mintak, dia akan cakap.."Wani, takkan ko tak boleh tolak ansur. Aku study lagi. Ko dah keje..." Aku paling pantang sebenarnya dengan ayat ni. Apa orang ingat dah keje je duit pun banyak, x pernah susut? Dah kejela tanggungjawab tu lagi besar. Lagi banyak duit yang diperlukan... Dan sebenarnya masa aku bagi pinjam tu pun aku fikir sebab aku dah keje jadi aku tak kisah nak bagi kawan aku pinjam.

Bila pikir-pikir balik, kalaula kawan aku tu tak bersungguh-sungguh cakap dia akan bayar balik esoknya, dan aku pun tak pegang pada janji dia tu, aku takkan teringat-ingat macam ni.. Aku takkan rasa bersalahla tiap kali teringat ada orang berhutang dengan aku.. Aku nak halalkan tapi.......

Macamana aku nak cakap ngan dia ni.. Macamana aku nak mintak balik duit aku tu....Macamana aku nak lupakan janji dia tu pada aku..so that aku takkan berfikir dua kali bila aku cuba untuk menghalalkannya.... Macamana????

Helppp helpp!

10 comments:

  1. sama la mcm yam...
    tapi org nih pinjam rm10..
    sampai sekarang x byr..
    ye yam taw rm 10 mesti org kate sikit je en n suh halalkan..
    erm tapi masa dye pinjam sumpah lagi dgn yam kate nak byr..
    pastu kalu dye lupe suh ingatkan..
    pastu bile ingatkan kate nnti2 la..
    ikut hati nk je halalkan..
    tapi sumpah dye tuh mcm ne?
    xke sumpah tuh nnti mkn diri sndiri..
    huhuhuh

    ReplyDelete
  2. maryam,
    haa..lebih kurang same la kan kes kita ni yam...aih susah btul..xtau dah cane nak buat..xtau macamana nak bgtau dia..xtau macamana nak lupakan hutang ni..hmmmmm....

    ReplyDelete
  3. sabar dik..

    mmg susaH kita nk ckp sbb dia kwN kita...


    ku selalu alaminye.. susah nk ckp..tp kkdg bila dh xleh nk simpan ku sms jer..lalalalal nsb kwn memahami..& byr wlaupun secara ansuran.. kkdg memahami mgkin dia jua ade mslH.. hik3

    ku jua byk hutaNg ngan banK hik3

    ReplyDelete
  4. erm..ramai org, byk ragamnye kan..
    try le amal konon2 nk pinjam RM 50 dgn die..wat dialog camni :

    "eh, aku nak pinjam duit ko RM 50, bleh x..?kn ari tu ko pinjam duit aku..ni kira ko bayar blk utang ko tu le.."

    ckp elok2 le kt die..shi pasti die akn bayar..kdg2 mnsia ni lupa..so, kita kna le ingatkn.. :)

    ReplyDelete
  5. enasan,
    tulaa pasal..sebab dia kawan sndiri kan. tu yg susah...kekadang pun mmg wani pk dia sndiri ada msalah.sbb dia pun blajar lg.tp tula, sbb dia penah janji nk byr.alih2 wat senyap, x contact pun...

    hmm susah2

    ReplyDelete
  6. shi,
    bleh pakai jugak cadangan shi tu..cuma jangan nnt dia kata 'eh aku blajar lagi, ko dah keje..asal nak pnjm duit aku lak?" huhuh..

    amal rasa dia lupala kot dia ada pinjam..tp..ntahla hehehe..nnt amal try k...

    ReplyDelete
  7. mmg xsuke org yg berhutang tp buat2 lupe...klau xdpt byr full byrlah ansur2 kan...dasar tul

    ReplyDelete
  8. zura,
    hmm tula..rasa macam serik pun ada gak ni..harap2 dia ingatla nnt..xpun, saya yg akan ingatkan dia nnt...

    ReplyDelete
  9. nasib wani cakap dia masih belajar. terdetik di hati adakah saya orang yang dimaksudkan? hihi.. ye la, bukan apa, kot-kot pernah terpinjam duit then lupa nak bayar.

    tapi kalau dengan saya, wani kira halal la kot. kita kan kawan. haha.. :)

    ReplyDelete
  10. lina chan
    hehehe jangan risau, kawan saya ni bukan kawan-kawan terdekat kita pon. bukan PCD. kawan yang saya kenal lama dah ni. huu sampai sekarang tak bayar lagi. takpela, malas dah nak ingat, halalkan ajelah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...